Rabu, 23 April 2014

TANYA SAHABAT....APA WARNA KESUKAAN RASULLULLAH SAW.....JAWAB BAGINDA SAW....PUTIH DAN HITAM....TANYA SAHABAT LAGI....APA WARNA PAKAIAN AHLI SYURGA....JAWAB RASULLULLAH SAW.....HIJAU


 
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.



KUALA LUMPUR: Radio internet PAS Hijau.fm sekali lagi mengambil inisatif mengadakan Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS) pada 26 April (Sabtu) ini.

Menurut Pengarah Program Shuhaimi Embong, selain sesi bengkel yang akan dikendalikan oleh fasilatator berpengalaman, dua ikon dakwah dan politik, iaitu  Ustaz Abd Ghani Samsuddin dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan membuat penampilan khas dalam sesi perasmian dan penutup.

Beliau mengalu-alukan sukarelawan radio Hijau.fm dan  rangkaian webtv dan radio internet PAS serta pengamal media sosial Markaz PASFB dan lain-lain untuk turut serta dalam bengkel sehari itu nanti.

Sejak dilancarkan hampir setahun lepas, Hijau.FM sentiasa mempertingkat kualiti perkhidmatan kepada pendengar terutamanya menyiarkan program-program siaran secara langsung program-program utama berkaitan dengan dakwah termasuk Usrah Rakyat yang semakin mendapat perhatian pendengar-pendengar hijau.fm.

Bagi mendengarnya, pengguna boleh mengakses melalui laman web Pas Pusat (www.pas.org.my), laman PRU13 Pas (pru13.pas.org.my), laman web Hijau.fm (www.hijau.fm) dan TuneIn (www.tunein.com).

Bagi pengguna telefon pintar, boleh menggunakan aplikasi percuma Shoutcast Radio (iPhone & iPad), Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android) dengan membuat carian "Hijau.fm" di dalam aplikasi tersebut.

Selain itu pengguna juga boleh menggunakan hyper rangkai berikut: http://station.voscast.com/51298d918b97f/.

Program Bengkel E-Penyiaran Alam Siber (ePAS)  ini dikendalikan dengan kerjasama Lajnah ICT dan Media Baru (LICTMB) dan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media.

Bagi yang ingin mengikuti program ini boleh  menghubungi Rahiman (0124854178) atau emel kepada hijau.fm@pas.org.my.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dipersoal ekoran kekayaan luar biasa yang dimilikinya turut didakwa pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.

Maklumat tersebut didedahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu temubual bersama Harakahdaily semalam.

Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.

"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.

Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.

Syarikat induk itu katanya, disenarai di Bursa Saham London pada Mei 2007.

"Pemegang saham terbesar ICB Financial Group Holding ini adalah Che Abdul Daim bin Haji Zainuddin iaitu sebanyak 61.3 peratus," jelas beliau sambil merujuk satu data bulan Oktober 2010.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini turut mendakwa Daim mempunyai wang jutaan ringgit di dalam bank di Afrika dan Eropah Timur.

Terbaru dalam satu ceramahnya di ibu negara Ahad lalu, Anwar turut mendedahkan maklumat bahawa Daim juga menyimpan wang di sebuah bank di Tanzania.

Sementara itu, dalam beberapa maklumat carian di internet mendapati, ICB Financial Group Holding AG juga mempunyai rangkaian di beberapa lagi negara lain.

Ia termasuk Albania di Eropah serta Djibouti, Malawi, Senegal Ghana dan Guinea di Afrika.

Selain itu bagi negara Asia, syarikat itu juga mempunyai rangkaian di Indonesia, Laos, Malaysia dan Bangladesh.

Sehubungan itu Razman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat kekayaan luar biasa yang dimiliki Daim seperti yang telah didedahkan bebeberapa pihak ini.

"Kita juga desak Bank Negara untuk menyiasat bagaimana Daim bawa wang yang banyak ini keluar dari negara. Adakah ia dibuat secara sah atau tidak, kerana ia melibatkan Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953.

"Bank Negara juga perlu siasat perkara ini di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram," kata Razman sambil menegaskan hasil siasatan perlu didedah kepada rakyat kerana ianya melibatkan kepentingan awam.
PELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.
  
Tiga kru kapal dipercayai diculik.
  
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.
  
Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.
  
Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.
  
"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
  
Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
  
Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.
  
"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.
  
Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
Pengkalan Hulu: Kenapa Dipinggirkan?
Posted on Tuesday, April 22 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Saya menerima satu panggilan daripada sahabat saya iaitu Ketua Pemuda PAS Gerik, Mohamad Hamidi Ismail yang meminta pandangan tentang keadaan Pekan Kecil Pengkalan Hulu yang dahulunya sangat membangun ketika bekas Menteri Besar Perak menjadi ADUN Pengkalan Hulu iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali.

Mengikut sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak.

Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909. Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini.


Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air.

Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu. Pada 4 Januari 1984, semasa pemerintahan Sultan Perak ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II), baginda telah berkenan meminda nama Kroh kepada Pengkalan Hulu kerana tempat ini menjadi tempat persinggahan apabila baginda berangkat ke daerah Hulu Perak.

Kini, tinggalan tasik kecil tersebut telah dibangunkan oleh pentadbiran daerah sebagai taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasek Takong. Kaitan antara gajah dengan nama Kroh juga telah diabadikan menerusi logo Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Tetapi semua itu tinggal sejarah setelah Tan Sri Tajol Rosli tidak lagi menjadi ADUN dan Menteri Besar walaupun Barisan Nasional masih lagi memerintah Perak.

Atas nama rasionalisasi cawangan atau dengan mudah kata ‘tutup’, Maybank Pengkalan Hulu akan ditutup operasinya dengan rasminya pada 1 Mei ini. Hanya mesin ATM sahaja yang masih berfungsi dan  tiada lagi kemudahan wang tunai deposit. Penduduk yang ingin menyimpan duit atau untuk berurusan dengan kaunter dimana Maybank yang paling dekat adalah di Baling.

Untuk makluman selain adanya Pejabat Maybank terdapat juga beberapa mesin ATM di Pengkalan Hulu. Terdapat juga mesin ATM di Petronas selain BSN di rumah kedai di depan Petronas dan ATM Bank Rakyat di pintu pagar Sekolah Teknik Pengkalan Hulu. Dan alasan penutupan kerana tiada pelaburan dan tiada pinjam peribadi oleh penduduk Pengkalan Hulu.

Di sinilah peranan Ahli-Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi memastikan pembangunan sekata di tempat mereka seiring dengan tempat-tempat lain. Malah ianya juga peranan penting wakil-wakil rakyat yang dilantik bagi mempertahankan dan memelihara kemudahan yang ada untuk khidmat rakyat dan ianya adalah satu pelan tindakan penting di kawasannya.
Saya melahirkan kekesalan kerana tiada pembelaan di Pengkalan Hulu dimana rakyat di sana memerlukan sebuah bank di sana. Di sana berdasarkan daftar pemilih terdapat 13,924 orang sebagai pemilih di DUN Pengkalan Hulu, manakala pecahan berdasarkan kaum iaitu Bangsa Melayu seramai 73 peratus, Bangsa Lain-Lain sebanyak 11 peratus dan 10 peratus adalan Bangsa Cina.

Persoalan biasa kepada yang mempunyai anak, bagaimana hendak menguruskan wang pelajaran anak-anak mereka dalam keadaan bank tiada di sana? Kesukaran dapat dilihat terutama masyarakat Melayu Pendalaman yang sukar menjalankan urusan harian mereka jika bank terlalu jauh. Dimanakah kelompok yang sepatutnya membantu mereka yang kini tersepit?

Sudah tentu jika Maybank di Pengkalan Hulu ditutup akan memberikan kesan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat menggunakannya. Malah ianya akan memberikan  kesan kepada industri pelancongan dan juga sempadan luar kita iaitu Negara Thailand. Sebenarnya penutupan ini akan menjejaskan banyak pihak dan adakah pihak yang terbabit sedar akan masalah ini?

Perkara penting yang perlu diambil kira, akan membahayakan penduduk di Pengkalan Hulu kerana mempunyai risiko kerana terdedah dengan acaman rompakan dan saman bilamana mereka terpaksa menyimpan wang tunai di kediaman ataupun kedai mereka. Saya cukup cemas memikirkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh penduduk Pengkalan Hulu kini.

Bagi saya, sebelum ini ada pihak yang menjanjikan di dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum yang lalu untuk menyediakan kemudahan luar bandar terutamanya seperti di Pengkalan Hulu rupanya hanya tinggal retorik semata-mata dan hayalan buat mereka!

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
* Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Bandar DiRaja


......
Kangkung

http://tokeikangkung.blogspot.com/
 
Selapas 14 Tahun Baru Tun Daim Sedar Pasal Menteri Kewangan
Posted on Wednesday, April 23 @ 11:55:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin menyarankan agar Perdana Menteri tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan bagi menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan ekonomi negara dalam program Bicara Petang “Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu.” anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Kata Daim lagi “Kita lantik orang yang tiada pengalaman dalam perniagaan untuk membantu usahawan Melayu maka ia akan menyebabkan mereka tidak faham apa yang perlu dilakukan. Akhirnya Menteri bergantung kepada teks ucapan dan polisi pegawai semata-mata.”

Ramai yang berpendapat Tun Daim Zainuddin mengkritik Datuk Seri Najib.. tapi bagi saya tradisi 'bengong' ini telah dimulakan oleh Tun Mahathir pada tahun 2011.

Kalau Daim nak sasarkan Najib dalam hal ini sepetutnya Daim toleh kepada Mahathir. Setelah 14 tahun baru Daim menyedari kaedah ini tidak dapat membantu negara dan Bumiputera bersaing ekonomi dengan bangsa lain.

Sebelum ini, 14 tahun lalu apa yang Daim buat?

Sebenarnya yang merosakkan orang Melayu ialah UMNO. dasar dan polisi UMNO yang jahat dan berat sebelah menyerang pembangkang yang rata-rata adalah Melayu meneybabkan peluang untuk orang Melayu nak maju tak boleh.

Itu sepatutnya Daim perlu fikir!!


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
 
Bila kerajaan mahu dedah senarai kargo MH370? – Dr Syed Husin
Posted on Wednesday, April 23 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR 22 APR: Senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan yang sehingga hari ini tidak mendedahkan senarai kargo pesawat (cargo manifest) pesawat MAS MH370.

Dalam perbahasan titah ucapan YDP Agong di Dewan Negara semalam, Dr Syed berkata apakah sesuatu dokumen atau maklumat perlu dibocorkan media di luar negara terlebih dulu, kemudian baru kerajaan mahu mengakuinya.

“...ada pembocoran maklumat kepada media luar yang mendakwa sumber mereka ialah pegawai tinggi dan berkali-kali Menteri kena menafikan.

“Yang tidak dapat di nafi ialah perbualan pilot-menara kawalan, kerana direkodkan dan diterbitkan,” teks ucapan Dr Syed Husin di Dewan Negara dipetik.

“Adakah menunggu sampai ia dibocorkan? Saya menggesa supaya senarai atau manifes ini hendaklah segera diumumkan, kerana melengahkannya sudah menimbulkan banyak persoalan dan syak wasangka.

Tambahnya, sikap ini menyebabkan pakar-pakar penerbangan luar, kerajaan asing, pihak media bahkan orang awam tempatan merasa tidak puas hati.

“Percanggahan maklumat memperlihatkan pihak Kerajaan, DCA dan MAS berdolak dalik dan percanggahan berlaku kerana jurucakap bukan seorang saja yang profesional.

“Semasa Menteri menjadi jurucakap utama pun ada beberapa orang pegawai awam, polis atau tentera bahkan menteri lain juga yang bercakap dan memberikan pendapat, kadang-kadang berlainan.

“Kenyataan rasmi tentang pesawat telah patah balik dibuat hanya selepas empat hari.

“Ertinya selama empat hari China dan Vietnam terutamanya membuang masa mencari di Teluk Siam; mereka timbul marah sehingga menuduh Malaysia tidak mahu berkongsi maklumat.,” katanya.

sumber
  



MH370:Amerika tembak pesawat dakwa John Chuckman,pakar ekonomi.

Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.

Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan:"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut?

Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.

"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.

Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.

Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).

Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.

Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.

"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."

MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.

Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. -Sumber:OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB

Tiada ulasan: