Hudud: Kita nak tunggu MCA keluar BN - Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR: PAS mencabar MCA agar
bertindak keluar daripada BN ekoran penentangan berterusan parti itu
terhadap penerimaan positif Umno dalam isu hudud.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN.
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu.
"Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini.
"Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti.
Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Bukit Gelugor merupakan kawasan tradisi MCA tetapi parti itu belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
"Kami telah berbincang mengenainya dalam mesyuarat (hari ini). Hasil mesyuarat akan dibincangkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kami akan memaklumkan kepada media mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti di Wisma MCA di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil Bukit Gelugor selepas Anggota Parlimen kawasan itu Karpal
Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lepas dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama
Oulet-outlet media pro-oposisi mengatakan bahwa khabar tersebut diumumkan dalam tweet di akaun Twitter kelompok tersebut, yang mengidentifikasi remaja laki-laki itu sebagai Abu Aisha, dan mengatakan dia gugur di Damaskus.
Kelompok ISIS tidak memberikan penjelasan lebih lanjut tentang keadaan kematian remaja laki-laki itu atau kebangsaannya, namun beredar beberapa foto yang diyakini menunjukkan Abu Aisha tengah membawa sebuah senjata serbu dan ikut ambil bahagian dalam sebuah latihan militer.(voa-islam.com)
Saya dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada ulasan. sumber imej roti
Memandangkan artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan, membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik, maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama.
Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti.
Ada kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis. sumber imej
Berita itu hanya menjadi arus perdana bila Menteri Dalam Negeri, Ahmad
Zahid Hamidi, menyangkalnya. Malaysian Insider memetik beliau sebagai
menyelar Barack Obama kerana menyifatkan Malaysia tidak berlaku adil
dalam konteks agama kepada semua kaum.
"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. (Baca di sini).
Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno secara jelas menyatakan persetujuan dan mahu bekerjasama dengan PAS ke arah perlaksanaan hukum Islam itu.
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN.
"Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu.
"Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini.
"Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti.
Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan".
Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
PRK Bukit Gelugor: MCA masih membisu
KUALA LUMPUR: MCA masih membisu berhubung dengan keputusannya sama ada bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor bulan depan.Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun Bukit Gelugor merupakan kawasan tradisi MCA tetapi parti itu belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
"Kami telah berbincang mengenainya dalam mesyuarat (hari ini). Hasil mesyuarat akan dibincangkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kami akan memaklumkan kepada media mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden parti di Wisma MCA di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi pilihan raya kecil Bukit Gelugor selepas Anggota Parlimen kawasan itu Karpal
Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Penamaan calon ditetapkan pada 12 Mei manakala pengundian awal pada 21 Mei.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lepas dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama
Mujahid termuda gugur syahid di Syria
BEIRUT, LIBANON - Kelompok mujahidin Negara Islam Irak dan Suriah Raya (ISIS) hari Isenin (28/4/2014) mengumumkan kesyahidan (Insyallah) pejuang termuda mereka, seorang remaja berusia 13 tahun.Oulet-outlet media pro-oposisi mengatakan bahwa khabar tersebut diumumkan dalam tweet di akaun Twitter kelompok tersebut, yang mengidentifikasi remaja laki-laki itu sebagai Abu Aisha, dan mengatakan dia gugur di Damaskus.
Kelompok ISIS tidak memberikan penjelasan lebih lanjut tentang keadaan kematian remaja laki-laki itu atau kebangsaannya, namun beredar beberapa foto yang diyakini menunjukkan Abu Aisha tengah membawa sebuah senjata serbu dan ikut ambil bahagian dalam sebuah latihan militer.(voa-islam.com)
6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan
Saya dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada ulasan. sumber imej roti
Memandangkan artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan, membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik, maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama.
Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti.
Senarai 6 makanan untuk pesakit kencing manis makan
Tanpa melengahkan permainan, kita terus
kepada matlamat asal, khas untuk anda yang terkena sakit kencing manis
atau yang biasa juga disebut Diabetes. Bukan untuk yang dah kena saja,
untuk mereka yang tak kena lagipun perlu amalkannya.
Tambahan pula jika keturunan anda ada rekod cemerlang menghidapi masalah kencing manis ini, eloklah makan 6 makanan untuk pesakit kencing manis yang saya senaraikan di sini. Mencegah sudah tentu lebih baik daripada merawat.
Walaupun sebenarnya manusia terlalu sukar untuk meyakini sesuatu yang mereka tak boleh nampak terus (real sebijik) on-the-spot, kita mesti cuba yakinkan diri bahawa inilah makanan yang baik untuk dimakan.

Makanan kencing manis #1 - Apa saja jenis limau secara mentah
Makanlah segala jenis buah limau samada
mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada
kelompok atau keturunan buah limau. Samada besar atau kecil masam atau
manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah.
Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda. Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan hidangan rutin untuk keluarga anda.
Kalau tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam bersama sambal belacan.

Makanan kencing manis #2 - Buah sayur Karela
Buah sayur Karela ini banyak ada dijual di
pasar malam atau di pasar besar di kawasan tempat anda tinggal. Ia
termasuk dalam satu jenis sayur-sayuran yang rupanya macam buat petula
yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih hijau pekat dan kerutan pada
kulitnya lebih halus berbanding buah petula.
Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.
Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.
Ada kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis. sumber imej
Makanan kencing manis #3 - Bawang Putih
Orang Cina memang suka makan bawang putih.
Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak.
Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada
kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.
Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.

Makanan kencing manis #4 - Minyak zaitun
Minyak zaitun amat bagus untuk anda yang
kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula
dalam badan anda agar steady sentiasa. Oleh itu jangan lokek sedikit
duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda.
Memag harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit. Oleh itu janganlah pulak digunakan untuk goreng ikan atau masakan.
Makanlah secara mentah dengan resepi yang akan saya berikan di bawah nanti yang menggabungkan bawang putih, minyak zaitun dan juga makanan kencing manis yang ke 5 di bawah ini.

Makanan kencing manis #5 - Roti gandum asli
Untuk pesakit kencing manis, makanan roti
yang diperbuat daripada gandum memang amat bagus. Kalau boleh jangan
makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai tu. Ini
kerana dah terlalu banyak proses berlaku terhadap tepung gandum yang
digunakan.
Makanlah roti padat yang banyak serta dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole grain bread. Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi makanan kegemran saya sampai sekarang.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti
Ini adalah resepi makan cara orang arab
dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya.
Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang
sihat.
Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu. Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut.
Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati. Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.
Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

Makanan kencing manis #6 - Yogurt
Rajinlah makan yogurt. Selain daripada baik
untuk penyakit kencing manis anda, ia juga baik untuk menurunkan berat
badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya
untuk dimakan dengan buah-buahan.
Ini saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di laur negara. Anda boleh sediakan makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.

Resepi yogurt makan dengan roti
Dapatkan yogurt asli daripada pasaraya
berdekatan. Biasanya saya akan beli di Giant yang meletakkan yogurt ini
di bahagian yogurt perasa lain. Perhatikan label pada bekasnya terlulis
"Natural Yogurt'.
Penyediaannya mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap!.
Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan. Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.
Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu resepi ini dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya mereka yang berpanyakit kencing manis.
Begitulah sedikit maklumat atau petua makanan untuk pesakit kencing manis yang dapat saya perturunkan di sini. Moga dapat kita amalkannya dan selamat mencuba. Insyallah nanti bila saya buat kat rumah akan saya ambil gambar resepi di atas untuk tontonan anda semua.

Obama kata minoriti dan bukan Islam dianaktirikan
Obamakata
PRESIDEN Amerika, Barrack Hussein Obama telah mengenakan “sumpah” ke atas negara kita.
Kata tetamu Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak itu: "Malaysia
tidak akan menjadi negara maju sekiranya masih mendistriminasikan
golongan bukan Islam dan monoriti."
Obama dan Mohd Najib: Saat"Magical" |
Kalau ini bukan campur tangan dan provokasi, saya tidak tahulah
apa. Lagipun saya hanya membaca laporan mengenainya dari media bebas
atas talian.
"Kita berikan peluang yang sama kepada bukan Islam dan kerajaan Malaysia berlaku adil kepada semua agama.
"Saya tidak fikir ada halangan untuk mengamalkan agama di sini. Berat sebelah dalam agama perlu dijauhi kerana kita perlu menghormati agama lain supaya agama lain menghormati agama kita,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia kali ke-4 Asean di Kuala Lumpur hari ini. (Baca di sini).
Syabas Dr Ahmad Zahid. Tidak sia-sia perwakilan Umno memilih anda sebagai Naib Presiden paling popular dalam pemilihan Umno baru lalu. Alhamdulillah masih ada pemuka Umno yang tidak dijangkiti sindrom koro.
Portal berita Malaysiakini, antara lain, memetik Obama berkata:
"Ini negara majoriti Muslim. Ada masanya mereka yang bukan Islam melihat diri mereka kekurangan atau menghadapi permusuhan.
"Tiada negara yang boleh berjaya sekiranya sebahagian penduduknya dipinggirkan dan didiskriminasi.
"Malaysia tidak akan berjaya sekiranya bukan Islam tidak mempunyai peluang sama seperti yang lain."

Saya kurang pasti apa “treatment” media arus perdana kepada berita campur tangan Obama itu.
Kalau Naib Presiden Al Gore, pada tahun 1998, sekadar memuji Anwar
Ibrahim dan reformasi, Obama kali ini menuduh Malaysia menganaktirikan
kaum minoriti dan orang bukan Islam.
Kalaulah benar apa yang dilaporkan itu, tidakkah tindakan Obama itu
berupa satu bentuk provokasi halus yang sangat mendalam dan meluas
implikasi tersiratnya?
Siapakah yang ditindas dan berasa tertekan? Siapa yang membuka
kotak pandora dengan menuntut agar mereka juga dibenarkan mengguna
kalimah Allah?
Apakah kaum minoriti dan orang bukan Islam di negara ini ditindas, tidak dibenarkan beribadat dan hidup papa kedana?
Apa ceritanya dengan gereja yang berpuluh di Brickfields, Jalan
Gasing dan Sentul? Apa halnya dengan kuil Hindu di merata simpang jalan,
bawah pokok besar dan gua itu? Apa ceritanya kuil Buddha dan wat Siam,
Gundwara Sikh dan tokong Cina di merata pelosok tanah air? Dan siapa
yang menguasai ekonomi?
Soalnya, adakah orang Melayu dan Islam hendak berdiam diri terhadap
campur tangan Obama itu semata-mata kerana ada orang yang sangat
“gumbira” dapat berkereta dengan beliau atau beliau membisikkan
puji-pujian ke telinga orang itu?
Secara tidak langsung, Obama telah melantik diri beliau sebagai
jurucakap rakyat Malaysia yang “mengacum” kepada beliau kononnya mereka
dengan dahsyat sekali didiskriminasikan oleh orang Melayu dan orang
Islam.
Wallahuaklam.
Perubahan ini mula mendapat perhatian peminat yang boleh menyaksikan gambar-gambar terbaru di laman rasmi face book Hot.FM mahupun di twitter beliau sendiri.
Malah sebuah blog turut menyiarkan kenyataannya yang menyatakan bahawa umurnya sudah mencecah 30-an dan perubahan itu bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Farah turut menambah bahawa dia sudah lama menyimpan niat tersebut. Namun, dia mahu melakukannya secara perlahan-lahan.
Secara peribadi, beliau memang dalam proses untuk ke arah itu (memakai tudung lengkap). Farah turut mengharapkan agar peminat-peminatnya mendoakan yang terbaik untuknya.
Farah mula bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM mulai 2006 dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2009 dan 2012. Dia juga memenangi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2009. selai
Selain itu, Farah Farah juga dikenali sebagai pengacara televisyen dan pelakon, antaranya termasuklah program Melodi, selain Gadis Cuci dan Alahai Fafau. Farah turut berlakon dalam filem SH3 The Movie, Jin Notti dan Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami.
Kelab-kelab berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam.
Antara kelab bola sepak terkemuka dunia yang bertindak demikian ialah kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Pada tahun lepas, kelab itu bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena.
Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung para peminat dan pemain.
Keputusan itu diambil setelah mendapat permintaan daripada pemain utamanya, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.
Pada peringkat awal, Franck Ribery hanya meminta satu ruangan kecil bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk menunaikan solat.
Pihak pengurusan kelab itu juga dilaporkan berusaha mencari imam untuk masjid tersebut.
Kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United juga menyediakan tempat bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Ayunya Farah Fauzana apabila berhijab
Perubahan daripada baik kepada lebih baik sememangnya diingini oleh semua manusia. Dalam hal ini tidak terkecuali selebriti. Yang terkini ialah perubahan Farah Fauzana yang mula mengenakan selendang ketika di konti mahupun program di luar.Perubahan ini mula mendapat perhatian peminat yang boleh menyaksikan gambar-gambar terbaru di laman rasmi face book Hot.FM mahupun di twitter beliau sendiri.
Malah sebuah blog turut menyiarkan kenyataannya yang menyatakan bahawa umurnya sudah mencecah 30-an dan perubahan itu bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Farah turut menambah bahawa dia sudah lama menyimpan niat tersebut. Namun, dia mahu melakukannya secara perlahan-lahan.
Secara peribadi, beliau memang dalam proses untuk ke arah itu (memakai tudung lengkap). Farah turut mengharapkan agar peminat-peminatnya mendoakan yang terbaik untuknya.
Farah mula bertugas sebagai penyampai radio di Hot FM mulai 2006 dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2009 dan 2012. Dia juga memenangi Anugerah Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2009. selai
Selain itu, Farah Farah juga dikenali sebagai pengacara televisyen dan pelakon, antaranya termasuklah program Melodi, selain Gadis Cuci dan Alahai Fafau. Farah turut berlakon dalam filem SH3 The Movie, Jin Notti dan Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami.
Bayern Munich bina masjid kerana Franck Ribery
SEMAKIN ramai pemain bola sepak yang beragama Islam yang mewakili kelab-kelab utama dunia diberikan layanan yang istimewa kepada mereka.Kelab-kelab berkenaan memberi ruang kepada mereka untuk menjalani dan mengamalkan cara hidup Islam.
Antara kelab bola sepak terkemuka dunia yang bertindak demikian ialah kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Pada tahun lepas, kelab itu bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena.
Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung para peminat dan pemain.
Keputusan itu diambil setelah mendapat permintaan daripada pemain utamanya, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.
Pada peringkat awal, Franck Ribery hanya meminta satu ruangan kecil bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk menunaikan solat.
Pihak pengurusan kelab itu juga dilaporkan berusaha mencari imam untuk masjid tersebut.
Kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United juga menyediakan tempat bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat. - HARAKAHDAILY 29/4/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan