Isnin, 28 April 2014

HUTANG DAN BERBELANJA TAK PAYAH BELAJAR

Monday, 28 April 2014

BERSIH 2.0 KASI PECAH TEMBELANG KEPADA PRESIDEN OBAMA SIAPA NAJIB SEBENARNYA!!!!!



Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengambil kesempatan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mendedahkan kepincangan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca ekstremis agama dan kaum berleluasa di Malaysia.

Maria yang turut aktif dalam gerakan hak asasi manusia di Malaysia berkata, slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan Malaysia bukan sebuah negara demokratik dan tidak sederhana, saya beritahu beliau (Obama)," kata Maria malam tadi.

"Kami berbincang dalam tempoh 50 minit... perbincangan berkenaan undang-undang dan akta tekanan, termasuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Hasutan.”

Dalam pertemuan itu, Maria juga sempat berkongsi dengan Obama bagaimana pentadbiran Najib bermain politik agama selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.

"Kerajaan sedia ada ini adalah sebuah kerajaan minoriti, dan kerana tidak mendapat sokongan kerajaan, terpaksa membina asas berdasarkan agama Islam hingga menyebabkan ekstremisme agama berlaku," kata beliau.

Maria juga menerangkan mengenai kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud.

"Jika tiada perubahan yang tulen sekarang, ia pasti akan membawa kepada perpecahan dalam negara kerana isu agama dan kaum," katanya.

"Dalam isu ini, kerajaan mesti menghentikannya jika mereka mengiktiraf masyarakat yang pelbagai kaum, tetapi mereka tidak lakukannya."

Selain politik agama, Maria juga mendedahkan penemuan Tribunal Rakyat yang dijalankan oleh Bersih 2.0 di mana banyak berlaku kepincangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kami juga bawa isu tentang senarai pemilih, penipuan, rasuah, kempen berbentuk ugutan yang membantu kerajaan minoriti mengekalkan kuasa," katanya.

Selain Maria, antara yang berpeluang bertemu Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur semalam adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri.

"Isu rampasan Injil berbahasa Melayu juga diberi perhatian dan saya bangkitkan mengenai jurang sempit yang dihadapi penganut agama Kristian di sini, di mana kami sering terperangkap dalam tekanan antara majoriti lawan minoriti," kata Dr Herman.

Selain itu, isu-isu seperti pendakwaan berat sebelah oleh Putrajaya serta pelaksanaan undang-undang baru yang bertentangan dengan hak asasi manusia juga dibincangkan.

"Kami juga bangkitkan mengenai penggunaan Akta Hasutan sebagai alat dakwaan bermotifkan politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga aktivis sosial.

"Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong menjelaskan secara terperinci mengenai penggunaan akta yang menindas dalam negeri serta pengenalan akta baru yang membawa perbicaraan tanpa bicara atau Akta Pencegahan Jenayah (PCA)," kata Maria.

Malah, semasa perbincangan itu, pihak Suhakam juga memberitahu Obama mengenai kuasa terhad yang diberikan kepada mereka, kata Maria lagi.

Lebih mengecewakan lagi, Maria berkata Najib juga tidak mempunyai keberanian dan mengambil inisiatif untuk bertemu dengan kumpulan sivil, walhal Obama sanggup meluangkan masa hampir sejam berbincang dengan mereka.

"Kami juga beritahu Obama, Perdana Menteri tidak pernah berjumpa dengan kami.
"Tapi beliau ambil masa hampir sejam untuk bertemu dengan kami, malah menjemput kami," kata beliau.
Obama tiba di Malaysia pada Sabtu dalam siri lawatan tiga harinya serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Malaysia.

"Kami juga menerangkan berkenaan situasi hak asasi di Malaysia, dan meminta AS tidak lagi menggelar Malaysia sebagai negara demokratik dan negara sederhana, kerana ia memberi kesan kepada tugas hak asasi manusia," kata Maria.

"Kita memerlukan transformasi demokratik.”

Maria berkata, Obama mempunyai tahap diplomasi yang tinggi dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap segala isu yang dibangkitkan mereka.

Hari ini, Obama akan berlepas ke Filipina sebagai destinasi terakhir lawatannya ke Asia sebelum pulang ke AS.


FAKTA YANG MACAI-MACAI UMNO TIDAK TAHU SEBAB DIPADAMKAN DARI DI SIAR OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 TERMASUK ASTRO AWANI!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2014/04/fakta-yang-macai-macai-umno-tidak-tahu.html
Like · ·

Monday, 28 April 2014

FAKTA YANG MACAI-MACAI UMNO TIDAK TAHU SEBAB DIPADAMKAN DARI DI SIAR OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 TERMASUK ASTRO AWANI!!!!

Mungkin macai-macai UMNO yang menyokong UMNO secara membuta tuli dan memekak telinga bila melihat akan angka berfakta hutang negara dibawah Najib ini akan mula mencari kata-kata untuk di putar ... bukannya untuk mencari kebenaran tetapi untuk penyedap telinga dan halwa jiwa serta pedingin kepala.

Rakyat yang berfikiran waras tidak akan dari kelompok anutan politik mana sekali pun akan ketar dan gelabah resah melihatkan betapa banyaknya negara kita berhutang ketika ini.

Hutang sudah hampir RM550,000,000,000 ....

Dulu pernah juga kedengaran para pemimpin UMNO jual minyak di serata negara terutamanya di kampong-kampong, luar bandar dan rancangan Felda bahawa lagi banyak negara hutang lagi bagus sebab tandanya orang percaya kat negara kita berikan hutang .... negara kalau nak maju kena berhutang.

Apakah ayat-ayat sama juga akan diguna pakai lagi? .. Nampaknya ayat-ayat itu kekal evergreen untuk para pemimpin UMNO sebagai senjata ampuh mau menyakinkan rakyat tetapi hanya rakyat yang jumud kepartian sahaja yang sanggup menerimanya.
Dewan Ulamak PAS Pusat added a new photo.
1 hr ·
 
 
Like · · · 8585275

DAP senarai pendek 5 calon PRK Bukit Gelugor

BERNAMA | .
GEORGE TOWN:  DAP Pulau Pinang menyenaraipendekkan lima nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei depan.
Pengerusinya Chow Kon Yeow (gambar) berkata nama calon berkenaan akan diserahkan untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan bermesyuarat esok.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung senarai calon itu.
"Semua calon bukan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...tiada wakil rakyat dalam senarai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tukar Barang sempena sambutan Hari Bumi 2014, di Lebuh Pantai di sini hari ini.
Chow juga enggan mengulas sama ada anak mendiang Karpal Singh turut disenarai pendekkan sebagai calon PKR itu.
Spekulasi hangat menyatakan anak lelaki Karpal Singh, Ramkarpal atau anak perempuannya Sangeet Kaur Deo akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Cina.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP, berikutan nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.
Karpal Singh memenangi kerusi itu pada 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lim Boo Chang dengan majoriti 1,261 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, Karpal Singh mempertahankan kerusi Bukit Gelugor selepas menewaskan calon BN Datuk Koay Kar Huah dengan majoriti 21,015 undi dan memenanginya lagi pada 2013 dengan majoriti lebih besar 41,778 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei sebagai hari pengundian untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor sementara hari pencalonan pada 12 Mei. Hari pengundian awal ditetapkan pada 21 Mei. -
 
 Obama ke Malaysia serah Sijil Kematian?
Posted on Monday, April 28 @ 07:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Obama menjejak kaki bumi Malaysia setelah 48 tahun tiada seorangpun Presiden Amerika ke sini.

Kali terakhir Presiden LB Johnson ke Malaysia tahun 1966.

Dua perkara isu utama dikala Obama jejak bumi Malaysia ialah :
i) Perjanjian TPPA
ii) MH370

Setelah PMNajib akui Obama Super Power maka dengan rela hati PMNajib akan menurunkan tandatangan mengikat perjanjian TPPA ciptaan Amerika untuk menjajah ekonomi Malaysia.

Dan keduanya barangkali Obama ke Malaysia untuk menyerahkan "Sijil Kematian"  pesawat MH370 kepada PMNajib.

Alangkah bahagianya PMNajib dapat dua "habuan" dari Obama!

Obama ke Malaysia serah Sijil Kematian?"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
tokpepijat
Posted on Monday, April 28 @ 07:08:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
Tan Sri Rais Yatim Mari Kejap Gua Nak Bagi Soalan dan Cadangan
Posted on Monday, April 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Begini lah Tan Sri Rais Yatim... Perkataan UMNO tu berasal dari Perkataan Apa ya Tan Sri ???... boleh tak Tan Sri bagi tahu gua dari Perkataan Bahasa Apa Perkataan Umno tu... puas gua cari dalam Bahasa Melayu makna Perkataan Umno tu tapi Tak Jumpa lah Tan Sri, cuba Tan Sri CITE sikit dalam Bahasa Apa Perkataan Umno tu... kah kah kah !.

Dalam Bahasa Melayu KUNO ke, dalam Bahasa Melayu DOLU-DOLU ke atau dalam Bahasa Bangsa Umno ke... PENING lah Tan Sri bila BUDAK BAWAH UMUR yang bertanyakan soalan Najis Mughalazah kepada Ulul Amri Umno tiba-tiba bertanyakan kepada gua dalam Bahasa Apakah Perkataan Umno tu... kah kah kah !.
Berkenaan CADANGAN gua pulak... Apa kata DITUKAR Perkataan Umno kepada Bahasa Malaysia yang lebih MUDAH difahami oleh semua Rakyat Malaysia daripada yang TUA sampailah ke Budak Bawah Umur, kan ke lebih CANTIK bila Bahasa Malaysia Diguna Pakai oleh Parti yang Tan Sri menjadi Isi Perut nya. Dengar kata Tan Sri ni Melayu bukan nya INDON... kah kah kah !.

Apa yang lu MERABAN ni Rais Yatim oiiii, apa lu TERINGATKAN Jambatan Yang dulu pernah lu Bakar suatu masa dulu, lain kali kalau nak bercakap kata Orang Melayu Dolu-Dolu "Cakap Sinag Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar". Supaya tak ada bila bercakap seperti Orang Mabuk San Maguel kepunyaan Anak Tun Mahathir tu... kah kah kah !. sumber klik sini


hemmmmm..... umno oh umno... kenapa bila bercakap kepala lutut dijadikan sandaran beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Monday, April 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tiada ulasan: