Kami mahu GST dimansuh, bukan tangguh
- Apr 11, 2014
- IRFAN ES
GST adalah sesuatu yang tidak diperlukan oleh negara ini. Ia menaikkan harga segala barangan di sekeliling kita dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Ia mengakibatkan yang miskin menjadi lebih miskin.
Ia menyebabkan seorang ibu terpaksa bekerja membantu menyara keluarga meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Ia menyebabkan seorang bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan lalu meninggalkan ruang yang amat sedikit untuk bersama dan mendidik anak-anak. Lalu anak-anak tidak diasuh dengan sempurna, lalu terpengaruh dengan perkara yang tidak baik, lalu makin bertambahlah masalah sosial di negara ini. Anda katakan keharmonian negara bermula dari rumah tangga yang sempurna, jadi bagaimana?
GST menyebabkan rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Tekanan tidak baik untuk kesihatan. Tekanan perasaan menyebabkan manusia hilang kawalan. Jenayah akan menjadi-jadi.
Tekanan perasaan menyebabkan manusia lebih jauh dari Tuhan. Anda pernah dengar cerita-cerita di Facebook tentang umat Islam yang terpaksa murtad untuk mendapatkan bantuan kewangan disebabkan kefakiran hidup? Pernahkah anda mendengar hadis bahawa hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran? Dan anda masih mengatakan anda seorang pejuang akidah?
Anda mahu mengambil contoh negara-negara maju yang tiada masalah melaksanakan GST. Biar saya ceritakan keadaan di negara-negara Barat. Mereka laksanakan GST, tetapi tidak mencukai tinggi harga keretanya. Mereka laksanakan GST, tetapi pendidikan percuma, tidak perlu pinjam PTPTN untuk sambung belajar di universiti kerana semuanya ada biasiswa. Mereka ada gaji minimum berasaskan jam, bukan bulan. Mereka ada bantuan sosial untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang yang baru kehilangan kerja. Lebuh raya mereka mengenakan tol yang amat minimum. Harga minyak petrol mereka lebih rendah dengan nilai mata wang mereka yang tinggi.
Mengapa kita tidak mahu ikut contoh sebegini? Mengapa kita suka ambil separuh dan meninggalkan separuh lagi? Sudah terbiasa dengan cara kita ambil sebahagian ajaran al-Qur’an dan meninggalkan sebahagian yang lain?
Maka rakan-rakan dan para pejuang Facebook. Marilah kita turut bawa jihad dari Syria itu lebih dekat dengan rumah, ke Rohingya lalu ke negara kita sendiri. GST ialah undang-undang zalim. Ketirisan dan pembaziran oleh kerajaan tidak mahu dibasmi, tetapi cukai mahu ditambah.
Imam Nawawi pernah diminta oleh khalifah untuk mengeluarkan fatwa membenarkan kerajaan mencukai lebih rakyat untuk membiayai peperangan mempertahankan negara. Beliau menolak malah menegur khalifah supaya menghentikan kemewahan perbelanjaan kerajaan terlebih dahulu. Darurat apakah pula yang sedang kita hadapi sekarang?
Justeru marilah kita sama-sama berbuat gegak-gempita di seluruh negara, di Facebook, di blog, di kedai kopi, di tempat kerja, di taman atau di mana sahaja menceritakan bahaya GST. Sebarkan berita tentang kezalimannya. Ini adalah untuk kebaikan masa depan anda. Nanti jika ia telah dilaksanakan, anda dan orang-orang yang anda sayangi juga yang susah. Jangan sampai sudah terlajak perahu tidak mampu diundur lagi.
Kita bukan mahu GST ditangguh atau dikaji semula. Kita mahu GST dimansuhkan serta-merta.
Batu marmar Kelantan dieksport ke China
- Apr 11, 2014
- ASLANI M
GUA MUSANG: Biar pun dinafikan mendapat royalti petroleum sejak 2004 sehingga sekarang, namun bumi Kelantan dianugerah kekayaan pelbagai sumber galian lain.
Emas, besi, batu marmar, barite, alluvial, feldspar, batu kapur (limestone) dan pelbagai jenis mineral kini dimanfaatkan kerajaan negeri bagi menjana hasil negeri.
Misalnya emas yang dilombong di Sokor, Tanah Merah sejak 2010 sehingga sekarang telah ditemui lebih 300,000 gram.
Kerajaan negeri mendapat pulangan hasil melalui bayaran royalti sebanyak 5 peratus, manakala Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pula dibayar tribute (3 peratus) oleh syarikat yang diberi kebenaran melombong.
Selain emas kerajaan negeri juga kini memfokuskan perlombongan batu marmar, antara kawasan yang paling luas ditemui di Malaysia.
Perlombongan batu marmar dijalankan di Bukit Batu Bong, Mukim Ulu Nenggiri, Bertam membabitkan kawasan seluas 65 ekar.
Kerja-kerja perlombongan di kuari batu marmar tersebut dimulakan pada Jan 2011 bagi menghasilkan blok-blok mentah marmar.
Projek tersebut dibangunkan Kelstone Sdn Bhd, anak syarikat PKINK dengan kerjasama CEP Resources Entity Sdn Bhd sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.
Pengurus Besar Kelstone, Mohd Shah Ab Kadir berkata, CEP melabur sebanyak RM30 juta bagi melombong batu marmar di Bukit Batu Bong, Gua Musang.
Katanya, sejak beroperasi sehingga Febuari lepas sebanyak 647 blok seberat 8,276 metrik tan dihasilkan di lombong tersebut.
“Sebahagian daripada jumlah batu marmar tersebut telah dieksport ke China iaitu sebanyak 36 blok pada 2012 dan 48 blok tahun lepas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Selain Bukit Batu Bong, Kelstone juga menemui kawasan baru yang lebih luas bagi menghasil batu marmar berkualiti tinggi di Gua Air Sejuk dianggar seluas 182 ekar.
CEP Resources Entity juga kini dalam usaha menghasilkan marmar saiz kecil sehingga satu kaki. Ia bergantung kepada permintaan pelanggan.
Marmar yang sudah dipolish bersaiz 1 kaki persegi harga di pasaran lebih RM20 sekeping, manakala blok mentah yang dijual pukal lebih RM5,000 sebungkah.
Penyelia kuari CEP Resources Entity, Pon Cha Nnanu, 53 berkata, Gua Musang kini menjadi lokasi baru pengeluaran batu marmar di Malaysia selepas Simpang Pulai di Perak hampir kehabisan sumber.
Memali: Mahathir ingat-ingat lupa rupanya
- Apr 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Ini sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.
Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.
Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.
Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.
Musa Hitam kemudiannya tampil dengan kenyataan akhbar yang panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaannya bahawa sememangnya Mahathir berada di dalam negara, sambil mengatakan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu juga sempat memberi taklimat mengenai Memali kepada Perdana Menteri.
Baca di sini
Pesawat Australia kesan satu isyarat dari dasar laut
- Apr 10, 2014
- MOHD RAZMAN ABDULLAH
Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.
"Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield," kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia "menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia".
Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperoleh.
Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat.
Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa.
Kotak hitam MH370, yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, mungkin dapat merungkai persoalan tentang apa yang berlaku pada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIM) merumuskan bahawa MH370 telah terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Tidak cadang tukar Anwar penasihat ekonomi - Khalid
- Apr 11, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang yang juga Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang meminta kerajaan negeri melantik penasihat ekonomi negeri yang lain bagi menggantikan Anwar.
"Mungkin orang tidak tahu pengalaman Anwar sebagai penasihat ekonomi, beliau mendapat pengiktirafan dunia.
"Walaupun saya tahu dalam soal ekonomi tetapi saya tidak mendapat apa-apa pengiktirafan dunia," katanya sambil ketawa ketika sesi penggulungan perbahasan titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) petang tadi.
Malah katanya, tidak semua penasihat ekonomi sanggup mendapat elaun sebanyak RM1.
"Cuba tanya penasihat ekonomi kerajaan pusat berapa gaji atau elaun mereka perolehi setahun, dan apa hasilnya.
"Ia tidak sama dengan Anwar, hanya RM1 sahaja kita berikan dan hasil nasihatnya kita hargai," ucap beliau.
Khalid turut memberitahu, ketika beliau bertemu Anwar membincangkan soal membabitkan ekonomi dan keputusan walaupun hanya sepuluh minit penerangan yang diberikan beliau sudah dapat menjangka sama ada Anwar bersetuju atau tidak.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui walaupun belum ada pelaburan luar yang dibawa masuk oleh Anwar ke Selangor tetapi yakin pada satu masa pasti akan ada pelaburan terutamanya dari negara Timur Tengah.
"Kita semua sedia maklum pengaruh Anwar di Timur Tengah, beliau amat disegani dan mempunyai pengaruh yang kuat.
Khalid menambah, sehingga sekarang kerajaan tidak mempunyai apa-apa cadangan untuk menukar Anwar dengan penasihat ekonomi yang lain.
Beliau menegaskan pengalaman Anwar sepanjang menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri cukup membuktikan beliau layak memegang jawatan itu seterusnya menjadikan Selangor sebuah negeri maju.
Bagaimana Lelaki Miang Menggunakan Ayat-ayat Manis Untuk Menggoda Wanita?
Barangkali wanita tidak tahu bagaimana lelaki memikat hati mereka untuk
mendapatkan sesuatu secara "percuma" kan? Ada juga lelaki yang meng-
gunakan ayat manis untuk menjerat gadis, wanita, isteri orang dan seumpa-manya. Tahukah bagaimana lelaki menggunakan ayat-ayat manis untuk
menggoda wanita?
Pelbagai taktik yang digunakan dan kadangkala kita tidak terfikir bahawa
kita telah terjerumus dalam permainan lelaki dan akhirnya kita menyerah-
kan segala-galanya.Penyesalan pada akhirnya tidak berguna dan ketahuilah
bagaimana ia bermula untuk anda menolaknya dari awal lagi.
Bagaimana ia bermula?
Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalah mendapatkan pelbagai jenis medium hubungan dengan anda. No telefon,
Bagaimana ia bermula?
Pertama sekali yang paling utama untuk lelaki memikat wanita adalah mendapatkan pelbagai jenis medium hubungan dengan anda. No telefon,
e-mail akaun sosial, ID chat atau apa-apa yang boleh menghubungkan
mereka dengan anda.
Langkah seterusnya pastilah dengan mendekatkan diri dengan anda, dalam
erti kata lain "approach". Mula-mula berkenal-kenalan terlebih dahulu.
Mereka akan menguji anda dengan pelbagai soalan yang mudah.
Diantaranya adalah "Awak duduk dengan siapa?", "Sorang je ke kat rumah tu?"
"Sunyi je rumah tu?", "Mana anak-anak?", "Boyfriend tak marah ke call ni?"
"Suami kerja ke?". Soalan ini bertujuan menyemak status anda sama ada
berkahwin atau tidak atau sudah berpunya atau tidak. Ini menjamin bahawa
mereka tidak buang masa.
Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala
Langkah ketiga adalah dengan memberikan soalan cepu emas yang kadangkala
anda malas menjawabnya.
"Awak kerja mana?", "Awak duduk rumah sendiri ke?", "Awak tak sunyi ke?".
"Awak kerja mana?", "Awak duduk rumah sendiri ke?", "Awak tak sunyi ke?".
Soalan ini bertujuan untuk mengetahui bahawa anda benar-benar keseorangan
dan status kewangan anda. Hati-hati semasa berkata benar. Seeloknya menipu
sedikit kerana anda belum kenal siapa mereka sebenarnya.
Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk
Langkah keempat adalah dengan menanyakan soalan-soalan sensitif untuk
menguji tahap "kegilaan" anda.
"Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat". "Sana tak hujan ke? Sini hujan", "Awak tak
"Ish.. Hujan pulak, sejuk sangat". "Sana tak hujan ke? Sini hujan", "Awak tak
boring ke duduk sorang-sorang?", "Suara awak ni buat saya...", "Sedapnya
suara awak, tak tahan saya mendengar", "Awak tak ada gambar ke?"
"Awak nak tengok muka awak...". Soalan ini untuk memastikan respons anda
berkenaan soalan yang ditanya. Jika anda melayannya maka mudahlah untuk
mereka melangkah lebih jauh.
Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang
Langkah kelima adalah dengan mengajak anda keluar berjumpa, atau yang
paling miskin pun mengajak anda ke laman sembang secara langsung
(online chat) atau ada juga mula mengajak anda membicarakan isu-isu sensitif seperti "Awak pakai apa malam-malam ni?" menggunakan
telefon (Phone Sex).
Langkah keenam? Anda tertewas!
Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada
Langkah keenam? Anda tertewas!
Masa yang diperlukan untuk membuatkan anda terjerat bergantung kepada
bagaimana anda melayan mereka. Jika anda memberikan respons yang baik,
mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sesuatu dari anda.
Jika anda kurang memberikan respons maka waktu yang lama diperlukan.
Jika respons anda tidak menggalakkan bagi mereka maka lama kelamaan
anda akan hilang hubungan dengan mereka.-cerita.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan