Sabtu, 5 April 2014

DIAKHIRAT TAK BOLEH KATA BOHONG ATAU KATA TERLUPA....CAMNE HEBAT PUN....AKHIRNYA MATI JUGA....DAH TUA ITU TANDA DAH DEKAT NAK MATI....TAZKIRAH PADA TUBUH IALAH SELALU SAKIT....KULIT BERKEDUT2....RAMBUT BERUBAN....TENAGA DAH LEMAH SANA SINI...CUCU DAN CICIT DAH BESAR2...MAKA BERSEDIALAH...YANG MUDA PUN BOLE MATI MENGEJUT.....

Semakan Mahathir Mengenai Dairinya Mungkin Tak Bermakna Lagi
Posted on Saturday, April 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam akhirnya tampil dengan penjelasan panjang lebar mengenai peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 dan kaitan dengan kemunculannya dalam sebuah program di Kelantan minggu lalu yang membuatkan beliau mengatakan bahawa Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku.

Dalam kenyataannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa itu, beliau bukan saja mengatakan Mahathir berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku, bahkan juga dua tiga hari selepasnya.

Dakwaan Musa Hitam itu menimbulkan pelbagai persoalan baru tentang kesahihannya kerana maklumat sebelum ini mengatakan Mahathir berada di China pada tarikh tersebut. Mahathir sendiri ketika bercakap mengenaianya sehari selepas Musa membuat dakwaan itu turut tidak dapat mengesahkan secara tepat di mana bekiau berada ketika itu.

Menurut Mahathir, oleh kerana kejadian itu sudah lama iaitu kira-kira 30 tahun lalu, beliau sudah tidak ingat lagi mengenainya. "Pasal perkara itu sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata itu betul atau tidak," demikian Mahathir dilaporkan sebagai berkata mengenai dakwaan terbaru bekas timbalannya itu.

Bagaimanapun setelah seminggu berlalu, semakan Mahathir mengenai diairinya seolah-olah tidak menemui jawapan. Sehingga ini beliau masih tidak muncul untuk mengesahkan sama ada beliau berada di dalam negara atau di China ketika itu sedangkan untuk melakukan semakan itu, dalam dunia serba terbuka ini, bukanlah terlalu sukar.

Namun demikian, beberapa blog dan portal pro kerajaan dilihat tampil mempertahankan Mahathir dengan mengemukakan beberapa keratan akhbar yang mengatakan Mahathir memang berada di China atas urusan rasmi. Gambar Musa Hitam menghantarnya di Lapangan Terbang juga turut disertakan.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin juga mengesahkan Mahathir berada di China di mana beliau turut serta dalam lawatan itu. Beliau juga merakamkan ingatannya bagaimana Mahathir terlihat sedih pada suatu ketika yang kemudiannya baru diketahui kerana menerima perkhabaran mengenai kejadian Memali itu.

Namun di penghujung tulisan di blognya, Zam juga terlihat ragu-ragu dengan awal-awal meminta maaf jika beliau tersilap mengenainya.

Blog dah portal tersebut juga banyak membelasah Musa Hitam berikutan dakwaannya itu dengan mengatakan beliau masih mempunyai dendam yang belum dilangsaikan terhadap Mahathir.

Di sebalik pendedahan blog dan portal itu, ada juga yang mengatakan bahawa lawatan Mahathir ke China itu sebenarnya hanya bermula pada 20 November manakala kejadian Memali direkodkan pada 19 November dan tidak mustahil juga serangan polis sudah pun bermula pada 18 November lagi.

Barangkali kerana menunggu terlalu lama untuk Mahathir menyemak diarinya dan mengesahkan di mana beliau sebenarnya berada ketika itu, maka hari ini Musa Hitam membuat keputusan tampil dengan kenyataan baru serta panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaan yang dibuatnya di Kota Bharu sebelum ini.

Dalam penjelasan Musa Hitam ini, secara kesimpulannya, beliau mengesahkan sekali lagi bahawa Mahathir memang berada di dalam negara ketika kejadian itu, bahkan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu turut memberikan taklimat kejadian kepada Perdana Menteri.

Menurut Musa, beliau ada meminta Mahathir menangguhkan lawatannya berikutan peristiwa Memali atas beberapa faktor seperti ia melibatkan umat Islam dan kejadian pula berlaku di Kedah, namun lawatan itu akhirnya tetap diteruskan juga, sambil menafikan beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika itu.

Dengan keberanian Musa tampil untuk kali kedua mengesahkan apa yang dikatakannya, serta menyebut beliau menunggu detik untuk menceritakan kebenaran ini dengan begitu lama, tidak syak lagi bahawa Mahathir memang ada di dalam negara dan hanya berlepas ke China selepas kejadian Memali itu.

Fakta lain yang mengesahkan Mahathir berada di dalam negara ialah berdasarkan buku tulisan Tunku Muszaffar Shah, Ketua Polis Baling ketika itu yang bertajuk "The Policeman Remembers". Petikan helaian tulisannya itu sudah bertebaran di alam maya sejak minggu lalu lagi.

Ini, sekaligus bermakna, semakan Mahathir terhadap diairinya mungkin sudah tidak bermakna lagi. Penjelasan detail Musa ini memberi petunjuk bahawa Mahathir tidak perlu lagi menyemak dairinya kerana maklumat yang diberikan sudah cukup jelas. Cuma, yang ditunggu selepas ini ialah apakah Mahathir akan mengaku mengenainya atau beliau ada kilasan lain terhadap Musa Hitam? (SH 04/04/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com


 Memali: Antara 2 Tun, Ada seorang yang bercakap BOHONG!
Posted on Saturday, April 05 @ 08:05:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Komentar

Peristiwa tragedi Memali yang sudah hampir 30 tahun berlalu kita menjadi polimik semula setelah dibangkitkan oleh Profesor Agus dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berperanan sebagai Moderator.

Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator. Pada kesempatan ini Prof. Agus bertanyakan Tun Musa Hitam berkenaan peristiwa Memali.

Tun Musa menjelaskan bahawa pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan Tun Musa Hitam bukannya Pemangku Perdana Menteri. Prof. Agus menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

Ekoran daripada itu Tun Mahathir bila ditanya wartawan di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana mengatakan di tak ingat. Tun Mahathir mengambil jalan mudah menjawab soalan wartawan dengan berkata.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).


"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir.
Manakala semasa pelancaran buku ‘Malaysia Kaya, Rakyat Miskin’ yang dikarang oleh Anas Alam Faizli di Kelab Sultan Sulaiman Bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah berkata salah seorang daripada Tun Musa Hitam ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad berkata benar mengenai isu tragedi Memali yang menggemparkan negara pertengahan tahun 80an dulu bila ditanya wartawan.


“Saya hanya mengetahui insiden ini apabila dilaporkan dalam akhbar,” kata beliau.

Kesimpulannya salah seorang daripada Tun MESTI BERCAKAP BOHONG!!
Siapa agaknya pilihan anda??


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com


 Luka Memali berdarah kembali
Posted on Saturday, April 05 @ 07:53:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Di antara dosa terbesar dilakukan oleh kerajaan Malaysia terhadap orang Melayu-Islam di negara ini adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November, 1985.

Selepas 29 tahun berlalu, kes ini panas kembali apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada awal minggu ini mendedahkan sebuah fakta penting yang beliau sembunyikan selama ini.


Menurut Musa, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan dan dua tiga hari selepas kejadian sedangkan selama ini majoriti rakyat Malaysia difahamkan bekas perdana menteri itu berada di China.
"Titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang," kata Musa pada majlis Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran kerajaan negeri Kelantan di Kota Baru minggu ini dan menambah itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana jika ditanya mengenai tragedi berdarah Memali.
Ramai yang bertanya mengapa selepas 29 tahun baru perkara ini didedahkan Musa?
Saya tidak akan bertanya soalan seperti ini kerana apa yang dilakukan Musa sama seperti dilakukan Michael Corleone dalam filem The Godfather III apabila beliau membuat pengakuan kepada Cardinal Lamberto mengenai dosanya besarnya mengarahkan pembunuhan abangnya Fredo.

Manusia tidak akan mampu memendamkan sesuatu dengan terlalu lama apa lagi kesalahan besar seperti pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali.
Ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur semalam mengenai pendedahan Musa, Dr Mahathir berkata: "Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Hotel Istana malam tadi.

Walaupun sudah lama peristiwa ini berlalu, ianya tidak akan selesai sehingga pelaku yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ini dihadapkan ke muka pengadilan.

Fakta baru yang didedahkan Musa boleh menjadi asas untuk kes ini dibuka semula.
Saya masih teringat beberapa tahun lalu apabila berkesempatan ke kampung Memali dan menemuramah keluarga dan sahabat Ibrahim untuk projek filem pendek arahan seorang teman mengenai tragedi berdarah itu.

Saya melihat bagaimana kesedihan masih lagi menghantui penduduk kampung tersebut terutama yang menyaksikan sendiri bagaimana serangan dilakukan terhadap kampung mereka.

Sebak di hati melihat linangan air mata Solehah, isteri kepada Ibrahim apabila menceritakan detik-detik kematian suaminya.

Ibrahim memberikan satu pengajaran besar kepada rakyat Malaysia. Beliau tidak hanya bercakap seperti ramai ahli politik Malaysia.

Beliau tidak tunduk kepada undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menghalalkan penahanan tanpa bicara.

Ibrahim dan 13 pengikutnya bukan sahaja tidak menyerah kalah malahan membayar dengan nyawa dalam melawan kekejaman ISA.

Selepas 29 tahun, nama Ibrahim dan pengikut-pengikutnya masih lagi disebut-sebut seperti tidak pernah mati. Luka Memali berdarah kembali. – 30 Mac, 2014.

AMIN ISKANDAR

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Disiarkan oleh The Malaysian Insider di sini.
 MH370: Misi besar Ocean Shield dan HMS Echo jejaki kotak hitam
Posted on Saturday, April 05 @ 07:18:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




MH370: Misi besar Ocean Shield dan HMS Echo jejaki kotak hitam

PERTH: Usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Angus Houston berkata dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.


Beliau berkata kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia dan HMS Echo  milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer di selatan Lautan Hindi.

"Menggunakan 'Towed Pinger Locator' (TPL) dari tentera laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240 km," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, berkata usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter.

Dalam usaha ini, kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya.

Beliau juga berkata usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah daripada 'pinger'.

Katanya disebabkan tiada bukti kukuh ditemui, pencarian bawah permukaan air itu dibuat berdasarkan analisis data.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke sini, membincangkan tentang pencarian dalam air dengan rakan sejawatannya dari Australia Tony Abbott.

Beliau juga melihat sendiri usaha pencarian MH370 yang dilaksana dari bandar raya di Australia Barat itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Susulan itu usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

ASTRO AWANI

Tiada ulasan: