Sabtu, 5 April 2014

REKABENTUK SYURGA TAK TERGAMBAR TAPI TAK BEREBUT MENDAPATKANNYA





MH370: Misi besar Ocean Shield dan HMS Echo jejaki kotak hitam
Posted on Saturday, April 05 @ 07:18:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur






PERTH: Usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Angus Houston berkata dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.


Beliau berkata kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia dan HMS Echo  milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer di selatan Lautan Hindi.

"Menggunakan 'Towed Pinger Locator' (TPL) dari tentera laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240 km," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, berkata usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter.

Dalam usaha ini, kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya.

Beliau juga berkata usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah daripada 'pinger'.

Katanya disebabkan tiada bukti kukuh ditemui, pencarian bawah permukaan air itu dibuat berdasarkan analisis data.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan kerja dua hari ke sini, membincangkan tentang pencarian dalam air dengan rakan sejawatannya dari Australia Tony Abbott.

Beliau juga melihat sendiri usaha pencarian MH370 yang dilaksana dari bandar raya di Australia Barat itu.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Susulan itu usaha mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Pada 24 Mac, iaitu hari ke-17 misi pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

ASTRO AWANI


 Tragedi Memali : Pergi Jahanam Dengan Islam Apakah Dakwaan Itu Benar
Posted on Saturday, April 05 @ 02:20:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Kata MANTAN Presiden Umno yang juga Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam "Sewaktu berlangsung PROSIDING KES Dakwaan Saya terhadap Seorang Penulis di Mahkamah beberapa Tahun lalu di mana dalam kes ini Saya BERJAYA (ketika itu Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri), Peguam Bela bertanya DUA SOALAN yang serupa".

Soalan nya "Sama ada Dr Mahathir berada di Dalam Negara Pada Hari PERISTIWA MEMALI Memali Berlaku dan adakah Saya MEMANGKU Jawatan Perdana ?. Jawapan KONSISTEN Saya berikan bahawa Beliau (Tun Mahathir)  berada di Dalam Negara dan Saya TIDAK Memangku Jawatan Perdana Menteri. Tetapi TIDAK ADA MEDIA yang Sedia Melaporkan FAKTA ini.


Itu Dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam, Betul atau Tidak kalau ditanyakan kepada Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis sudah tentu beliau kata TAK BETUL dan mungkin juga beliau akan kata "Saya Sudah Lupa". Apa-apa pun Artikel Pergi Jahanam Dengan Islam dibawah sudah hampir menampakkan KEBENARAN nya. sumber


                                 Pergi Jahanam Dengan Islam !!!


Perhimpunan Agung Umno 1985, wakil Kedah berucap meminta kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri bertindak tegas menangkap Ust. Ibrahim Libya, yg kononnya menjadikan Kg. Memali sebagai sarang subversif yg menghimpun senjata utk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Rentetan dari itu akhirnya telah membuat kerajaan bertindak, namun tiada siapa yg menyangkakan kerajaan akan sampai ke peringkat sanggup membunuh....

Kerajaan melancarkan operasi yg dinamakan...  baca fakta disini

OPS HAPUS !!!
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, April 05 @ 02:20:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Rekabentuk iPhone 6 hangat diperbualkan
Posted on Saturday, April 05 @ 07:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Rekabentuk iPhone 6 hangat diperbualkan

KUALA LUMPUR: Desas-desus rekabentuk iPhone 6 yang dijangka akan dikeluarkan di pasaran September ini, menjadi topik bualan hangat dikalangan penggemar produk Apple.

Pelbagai teori dibuat dan pelbagai jenis gambar dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan kemungkinan rekabentuk telefon pintar itu.


Namun, bagaimanakah rekabentuk telefon pintar itu, masih belum diketahui.








Apa yang pasti, penggemar telefon pintar Iphone tidak sabar menunggu keluaran produk terkini Apple itu yang dikatakan bakal membawa ciri-ciri baru yang sesuai dengan citarasa pengguna.

Menurut laporan portal berita Nikkei Business Daily, iPhone 6 datang dalam dua versi iaitu skrin berukuran 4.7 inci atau 5.5 inci dengan resolusi tinggi dan skrin yang lebih besar daripada produk sebelumnya.

Laporan tersebut yang tidak menyebut mana-mana sumber berkata, Apple telah membuat tempahan paparan skrin cecair kristal beresolusi tinggi menerusi syarikat elektronik gergasi Jepun, Sharp, Japan Display dan syarikat ternama Korea, LG Display.

Sementara itu, menurut laporan agensi berita Reuters, pengeluaran iPhone 6 dengan skrin berukuran 4.7 inci itu akan dikeluarkan lebih awal berbanding iPhone 6 dengan skrin berukuran 5.5 inci.

Menurut laporan sebelum ini,  Apple dikatakan merancang untuk menggunakan kristal nilam atau sapphire pada paparan skrin telefon iPhone berkenaan yang akan membuat ia hampir mustahil untuk pecah.

Laman web 9to5Mac adalah yang pertama untuk melaporkan berita ini, yang mengatakan Apple dan GT Advanced bersetuju untuk menghasilkan sehingga 200 juta skrin gajet berkenaan.

Berbanding dengan kaca biasa, kristal nilam susah untuk pecah atau calar.

Ini menjadikan bahan yang sesuai untuk digunakan oleh Apple untuk keluaran iPhone seterusnya yang berkemungkinan akan mempunyai skrin yang sedikit melengkung seperti khabar angin yang tersebar di internet.

ASTRO AWANI





Airasia Sindir Pesawat MH370 Hilang?


Tinggal 3 hari saja lagi, maka genaplah sebulan pesawat MH370 hilang tanpa dikesan. Sungguh 20 lebih negara yang turut serta mencari pesawat milik Malaysia Airlines dengan menggunakan kelengkapan tentera yang canggih negara masing-masing, masih juga tidak dapat menemui pesawat MH370. Nyata, secanggih mana pun teknologi manusia, tidak dapat jua melawan kuasa Allah yang mengkehendaki sesuatu perkara itu berlaku. Maka kita berserahlah kepadaNya untuk membantu kita mencari pesawat yang hilang berkenaan.
Namun, tatkala negara masih lagi sedih akan kehilangan pesawat MAS itu, ada juga pihak penerbangan lain yang menangguk di air yang keruh. Jika sebelum ini, mereka berperang mengenai iklan makanan, gara-gara kritikan nasi lemak telanjang Chef Wan, hari ini mereka semakin melampau-lampau pula.
Sekeping gambar keratan iklan milik AirAsia:


TRAINING & PREPARATION

Pilot training in AirAsia is continuous and very thorough. Rest assured that your Captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!
Melampau bukan? Dah macam kebudak-budakan. Iklan AirAsia kalau tak sindir MAS memang tak sah.
Akibatnya ramai yang mengencam tindakan AirAsia menerbitkan iklan tersebut.


Tak tahu apa motif AirAsia menangguk air keruh di saat ini. Sudahlah senior pilot AirAsia buat hal dengan mendakwa kerajaan sembunyikan maklumat dari orang awam mengenai MH370 dan akibatnya digantung tugas. Dan sekarang iklan berunsur sindiran tak kena pada masanya pula?
AirAsia jangan terlalu berlagak bagus. Kejadian di Hanoi, Vietnam tidak akan pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia di mana AirAsia dengan tidak berhati perutnya melarang seorang ibu dan anaknya yang hanya mempunyai kesan chicken pox dari menaiki penerbangan AirAsia kembali ke Malaysia walaupun mereka memiliki surat pengesahan dari doktor yang anak mereka sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang yang lain.
Disaat itulah MAS tampil membantu ibu dan anak tersebut dari tempat tinggal hinggalah mereka kembali ke Malaysia dengan selamat. Mana AirAsia? CEO AirAsia hanya meminta maaf dan nafi tidak beri bantuan. Di waktu ini, tiada sesiapa pun yang nak melihat dan menilai kebaikan yang dilakukan oleh MAS.
Apa pun, tindakan AirAsia yang semakin hari semakin melampau ini patut diberikan pengajaran. Jangan berasa hebat sangat bilamana merasakan diri mereka menjadi pilihan rakyat yang kononnya boleh memberikan harga penerbangan ke mana-mana destinasi dengan harga murah. Adakalanya harga murah yang diberikan itu tidak menjamin kualiti perkhidmatan yang bagus. MYMEDIAHUBONLINE

Punca Sebenar Kenapa Pak Lah Diawasi Oleh Amerika Syarikat Didedah..
Posted on Friday, April 04 @ 17:54:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Beberapa hari lalu kita gempar dengan pendedahan sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai (senarai mengikut abjab)


Timbul persoalan kenapa nama Tun Mahathir tak ada sedangkan nampak umum Tun Mahathir begitu lantang kencang AS? Adakah sekadar sandiwara semata-mata hakikatnya tidak begitu?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Pak Lah disenaraikan kenapa?

Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam mengesahkan beliau tahu diawasi Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Malah, Perdana Menteri kelima itu juga berkata, beliau tahu seorang lagi rakyat Malaysia dipantau agensi yang sama berikutan kaitan individu berkenaan dengan satu projek membabitkan dua negara yang dicurigai AS.

“Ketika itu, saya diminta mengesyorkan mereka (syarikat Malaysia) untuk mendapatkan projek di luar negara. Projek yang mereka minta itu di sebuah negara yang dicurigai oleh AS. Disebabkan itu, saya diheret dalam perkara itu."

“Ada lagi seorang, dia jual barang (dihantar dari Kuala Lumpur) yang dianggap tidak tidak diterima (oleh AS).”

Sabtu lalu, sebuah majalah mingguan Jerman, Der Spiegel mendedahkan satu dokumen rahsia bertarikh 2009, menunjukkan nama bekas Perdana Menteri berkenaan tersenarai dalam kalangan pemimpin dunia yang disasarkan NSA untuk pengawasan.

Dokumen itu yang didedahkan bekas kontraktor NSA, Edward Snowden kepada wartawan, turut menunjukkan nama 10 pemimpin negara lain, termasuk Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe. Der Spiegel melaporkan senarai penuh dokumen itu mempunyai 122 nama pemimpin dunia.

Abdullah yang yakin pengawasan itu dibuat disebabkan AS mengawasi setiap perkembangan di Asia Barat, berkata beliau bagaimanapun langsung tidak bimbang dengan tindakan berkenaan.


TEPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Tiada ulasan: