Post by Suara Rakyat.
Beli air untuk basuh kencing!
- Apr 14, 2014
- AHMAD LUTFI OTHMAN
"Penduduk di Lembah Klang mungkin terpaksa menghadapi catuan air sehingga bulan puasa dan hari raya.'Ini kerana paras air di beberapa empangan di Selangor terutamanya empangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras 55 peratus paras yang membolehkan catuan air ditarik balik.
"Situasi itu diburukkan lagi dengan keadaan cuaca yang panas serta kering yang dijangka berterusan sehingga Ogos."
Pagi 10 April, akhbar melaporkan kenyataan sama, daripada Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selamat bahawa penduduk di Lembah Klang mungkin terpaksa berdepan catuan bekalan air sehingga Julai ini bagi membolehkan takungan empangan di negeri ini mencapai paras 55 peratus.
"Sampai bulan Ramadan? Teruknya! Masya-Allah, apa kerajaan Selangor buat ni? Lepas setuju MoU dengan kerajaan pusat pasal air, lagi teruk jadinya? Harakah kena timbulkan isu catuan, yang mungkin berlanjutan sampai raya.
"Jangan diam hanya kerana ia babitkan kerajaan Pakatan. Kalau ia berlaku zaman BN, saya boleh bayangkan apa kecaman hebat Harakah kepada Umno," emel seorang pembaca Harakah dari Tanjong Karang kepada saya dipetik.
"Ini bukan salah sepenuhnya kerajaan negeri," saya membalas pendek.
"Siapa pun puncanya, Syabas atau kroni BN, kerajaan negeri tak boleh lepas tangan. Buat apa reserve berbilion ringgit kalau rakyat nak basuh kencing pun kena beli air bersih di kedai," jawabnya. Reaksi saya terhenti.
Semasa warga Lembah Klang tertunggu-tunggu pengumuman yang melegakan ketika hujan mulai turun dengan lebatnya, termasuk dengan ribut petirnya sekali, laporan TV3 itu cukup mengejutkan, malah begitu mengecewakan.
Catuan air sejak beberapa bulan ini -- dan mulai 4 April lalu melibatkan 1.15 juta daripada 1.8 juta pemilik akaun Syabas di Kuala Lumpur dan Selangor -- menimbulkan begitu banyak kesukaran.
Banyak kawasan menyaksikan catuan bukan lagi terhad kepada tempoh hari, tetapi lebih lama lagi. Malah dalam dua masa hari catuan dibuat, penduduk terbabit terpaksa berdepan kesulitan, terutama yang mempunyai keluarga ramai, orang tua, OKU, mereka yang uzur dan tinggal di rumah pangsa.
"Rumah saya kecik, nak simpan tong air tambahan pun takda ruang. Anak perempuan yang uzur kena pakai banyak air," cerita seorang rakan di Damansara Damai.
"Adik perempuan saya di Kajang terpaksa membeli air mineral botol besar yang berharga Rm7.50 di stesen minyak untuk kegunaan hadas kecil," ujar rakan sepejabat, Khairul Hartimi. "Rakannya enam orang yang menyewa di tingkat 3 flat amat pun sama. Kesian bagi orang perempuan; orang lelaki tak apa lagi sebab tak datang haid," tambahnya.
Kita tidak mempersoalkan paras air di empangan, ataupun jumlah taburan hujan yang dikira tidak mencukupi untuk mencapai tahap 55 peratus bagi membolehkan catuan berakhir, tetapi apakah cukup sekadar alasan itu diberikan dan kita semua terpaksa menunggu dan menunggu? Apakah segala usaha dan inisiatif proaktif telah dilakukan bagi menamatkan keresahan ini?
"Nama pun pemimpin kerajaan, kenalah cari jalan atasi krisis besar ini. Apa salahnya bagi subsidi untuk kami beli bekas air atau beri potongan RM10 ke atas bil bulanan air. Satu tong besar boleh hanguskan 20 peratus duit BR1M yang saya dapat," jiran sebelah taman perumahan saya mengeluh.
Berapa banyaklah air yang boleh disimpan untuk kegunaan selama dua hari? Itupun ratusan ringgit terpaksa "dibazirkan" untuk membeli tong air yang relatif mahal itu. Kalau peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga bekas air, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan/
Pernah pada satu pagi, saya terasa nak bersarapan bubur nasi di KFC Bandar Baru Ampang. Hasrat terhalang apabila kami dimaklumkan KFC tidak menyediakan sebarang minuman panas dan juga bubur nasi kerana tiada bekalan air.
Saya kemudiannya membuat aduan terus kepada Ibu Pejabat KFC: "Apabila KFC tidak mampu sediakan walaupun hanya secangkir kopi, saya curiga bagaimana tahap kebersihan makanan lain yang disediakan, entah suci tidak!"
Ya, isu kebersihan menjadi topik utama khususnya kepada mereka yang terpaksa makan di luar. Bagaimana bahan-bahan mentah dibersihkan, ketika air menjadi sesuatu yang begitu mahal sekarang?
Seorang pemilik restoran mamak di Ampang memberitahu saya, dia terpaksa membeli air dengan kos yang agak tinggi, untuk meneruskan bisnesnya... Sekurang-kurangnya dia lebih prihatin daripada pengusaha KFC tadi, 'kan?
"Masa air dicatu, susah nak masak di rumah, tapi lagi tak selera makan di kedai bila fikirkan macamana depa masak. Bersih ke?" isteri saya mengingatkan semasa membeli satu lagi tong air di Ampang, Khamis lalu.
Anda sendiri di rumah, tentu maklum tentang kesukaran untuk menjaga kebersihan ini. Apa khabar tandas di rumah anda? Terlalu berdikit-dikit menggunakan air juga menyebabkan timbul masalah lain.
Maaf, saya yang uzur sebelah badan termasuk membabitkan tangan kiri ekoran serangan strok, sukar sekali untuk istinjak, terutama selepas buang air besar, dalam tempoh catuan air. Saya membayangkan lebih ramai lagi yang menghadapi kesulitan lebih perit berdepan krisis air yang berterusan ini.
Saya memanjangkan kemarahan warga Selangor-KL -- yang banyak menghantar SMS dan emel -- kepada wakil rakyat Pakatan. Ada yang memberi respons segera sambil turur menegur kaedah menangani krisis ini, tetapi ada juga yang seperti tidak ambil peduli. Ya, memang banyak lagi masalah lain yang lebih besar untuk diberi perhatian segera.
"(Syabas, PUAS atau pihak berkuasa) patut cerita apa program nak suppy air dalam tempoh catuan dulu, lepas itu baru boleh cerita sampai bila nak lanjut tempoh catuan," SMS seorang Adun, memberi reaksi segera.
Cuma, saya teringat keluhan kolumnis Harakah, Selena Tay, dalam tulisannya di Harakah edisi Isnin lalu: "Tiada satu pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu catuan air pada masa sidang Parlimen yang sedang berlangsung kini. Semuanya terlalu sibuk pasal pesawat MH370 sehingga sudah lupakan pasal isu catuan air yang menyusahkan kehidupan harian rakyat.
"Inilah rungutan semua 20 orang suri rumahtangga yang diwawancara oleh penulis ini perihal isu catuan air di KL dan Selangor.
"Ramai warga Lembah Klang berasa hairan mengapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya diam membatu perihal isu ini walhal isu ini amat membebankan rakyat bahkan dalam setengah hal merugikan rakyat juga terutamanya golongan peniaga."
Mungkin bagi sesetengah pihak, isu catuan air ini kecil. Tapi ingatlah, banyak perkara yang kita pandang mudah, sebenarnya memberi impak besar dan serius kepada orang lain, termasuk menjejaskan pendapatan mereka.
Eton Thundergod mampu bertahan 46 hari
Posted on Monday, April 14 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Eton Thundergod
Telefon pintar dari China kebiasaannya bukanlah telefon pilihan namun teknologi mereka kini semakin meningkat. Kini banyak telefon pintar dari China mampu menyaingi telefon pintar utama yang lain.
Terbaru, telefon pintar Eton Thundergod melalui peningkatan dengan mampu bertahan selama 46 hari dalam mod bersedia dan mampu digunakan tanpa perlu kerap dicaj.
Ramai yang sangsi kerana telefon ini memiliki ukuran yang nipis, hanya 9 milimeter, namun mampu memberikan kuasa bateri yang tinggi.
Eton Thundergod dilengkapi bateri berkapasiti 5000 mAh. Bateri berkenaan menawarkan kemampuan mod bersedia hingga 1100 jam atau sekitar 46 hari.
Selain itu, teknologi bateri itu juga mampu bertahan selama 55 jam dan 21 jam jika digunakan untuk internet di masing-masing jaringan 2G dan 3G.
Dari segi prestasi, Eton Thundergod ini juga menawarkan kualiti yang bagus seperti prosesor octa core MT6592 dengan pilihan kelajuan 1.7GHz serta 2.0GHz selain terdapat RAM sebesar 2 GB yang ditunjangi OS Android Jelly Bean 4.2.
sumber
Kerajaan tidak patut boros, bukan laksana GST bebankan rakyat
Posted on Monday, April 14 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
AMPANG JAYA 14 APRIL: Kerajaan Pusat menolak nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) agar mengawal perbelanjaan, tidak boros dan jangan membazir.
Sebaliknya kerajaan menolak nasihat itu dengan memilih untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat bagi mengelakkan kedudukan (rating) kewangan negara tidak terus merosot.
Mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop berkata, nasihat itu dikeluarkan IMF dalam penilaiannya terhadap ekonomi Malaysia yang dibuat setiap tahun di bawah Artikel 4 Consultation.
“IMF melihat ekonomi Malaysia kalau tak dilakukan sesuatu sama ada mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan hasil, rating kita akan merosot.
“IMF menasihatkan agar Malaysia, pertama, berjimat berbelanja seperti jangan bazir, boros, buat tender terbuka projek kerajaan dan langkah lain.
“Pilihan kedua, kenakan cukai lebih tinggi supaya dapat tingkatkan hasil lebih tinggi tetapi kerajaan Malaysia ambil jalan mudah kenakan GST, bukan ambil langkah berjimat cermat,” kata Dr Rosli ketika ditemui Selangor Kini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri Wacana Rakyat: Kesan TPPA dan GST kepada sektor perumahan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini semalam.
Tambah beliau, kedudukan rating kewangan lemah menyebabkan Malaysia boleh dikenakan kadar faeadah tinggi sekiranya berhasrat membuat pinjaman dari sumber kewangan luar negara.
Dr Rosli memberitahu rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali turun dalam bantahan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Mei nanti.
sumber
Wakil rakyat Melayu selar orang Melayu sokong GST
Posted on Monday, April 14 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Amatlah hairan mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.
PETALING JAYA: Ahli parlimen DAP kawasan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar orang Melayu yang miskin tetapi tidak mahu membantah cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.
“Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.
“Malah ada yang dirasuk oleh Umno untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
“Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.
“Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?,” tanya beliau dalam blognya.
Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini apa kena dengan kepala mereka, tanya beliau.
Mohd Ariff Sabri berkata, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah paras kemiskinan tegar jika garis kemiskinan RM650 sebulan.
Papa kedana
Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000 maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang.
Katanya, golongan yang miskin ini menerima bantuan BR1M 300 jika ketua kampong kata ok.
“Golongan ini lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari RM3, 000 penanda aras layak mendapat BR1M.
“Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, bertambah RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1, 000 sebulan,” tambah beliau.
Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?
Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu, kata Mohd Ariff Sabri.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan