Jumaat, 4 April 2014

BARU KRITIKAN.....BAGAIMANA SEKSAAN KUBUR NANTI....BAGAIMANA DINERAKA ALLAH....DIAKHIRAT....DIMIZAN...DITITIAN...LAGI MENCEMASKAN....TAQWALAH JANGAN DUNIA SANGAT....KERJA MENGEJAR DUNIA AJE.....INGAT2LAH MATI

MALUNYA MALAYSIA!!! Mai baca sistem pilihanraya Indonesia berbanding Malaysia
Posted on Wednesday, April 02 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff



Indonesia mengamalkan sistem proportional representation (perwakilan berimbang). Calon yang bertanding dicalonkan oleh parti dan tidak ada calon bebas (calon tidak boleh bertanding sendirian).

Calon yang bertanding tidak perlu membayar wang deposit. Tempoh kempen adalah selama sebulan. Seminggu sebelum hari mengundi ialah tempoh bertenang dan kempen tidak dibenarkan lagi.

Tempoh bagi setiap penggal pilihan raya ialah lima tahun. Setiap rakyat yang berumur 17 tahun layak mengundi. Tapi bagi sesiapa yang sudah berkahwin, jika pun belum mencukupi umur 17 tahun layak mengundi. Pendaftaran mengundi adalah secara automatik.

Pada hari mengundi, bawa sahaja Kad Pemilih yang diberikan oleh Komisi Pemilihan Umum (SPR), maka boleh mengundi. Semasa mengundi dakwat kekal digunakan.

Setiap parti atau calon yang bertanding boleh mengiklankan diri dalam tv atau media massa yang lain.

Berbanding dengan Malaysia, ada perbezaan. Begitulah.

Tetapi sebelum memberi ulasan, aspek ini perlu diberi perhatian. Mengapa dengan sistem yang lebih demokratik, nampaknya Malaysia lebih maju?

sumber


MH370 : Akhbar Mana, Portal Berita Mana Dan Individu Mana Yang Bakal Disaman
Posted on Wednesday, April 02 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

Kalau setakat Cakap dengan AIR BASI sekadar untuk MENGGERTAK baik lah hentikan Hishamuddin, Rakyat Malaysia dan Hampir seluruh Penduduk Dunia bukan nya seperti Penyokong Umno yang hanya Menerima BULAT-BULAT seperti TELOR yang dibuat ROTI TELOR apa saja kata Pemimpin Umno. Walaupun ianya jelas BERCANGAH dan BELAWANAN dari Kenyataan AWAL dan Kenyataan AKHIR tanpa rasa BERSALAH.

Mungkin BETUL ada Akhbar serta Portal Berita LUAR NEGARA yang MEMUTARBELITKAN BERITA berkenaan Kehilangan Pesawat Mas MH370, namun jangan pula ianya dijadikan ALASAN untuk tidak MENGAKUI KESILAPAN yang telah Keluar dari Mulut-Mulut yang Bertanggungjawap dalam Menangani Isu Kehilangan Pesawat Mas MH370 tersebut. Mungkin ada Perkara yang PERLU Disembunyikan dari Pengetahuan Umum.


Tetapi itu bukan lah Alasan untuk Bercakap seperti Tun Mahathir Penyokong Kuat Kassim Ahmad Anti Hadis, yang terkenal dengan PUTAR BELIT 360 Darjah dipenghujungnya akan mengatakan SAYA SUDAH LUPA. Jangan kerana sudah TERSILAP dengan Kenyataan yang sendiri Keluarkan maka orang lain hendak dijadikan KAMBING HITAM pulak, cuba RENUNGKAN dan INGATKAN kembali betul ke Berita Diputarbelit atau sendiri sudah KANTOI.

Ambil sahaja Contoh Berita yang disiarkan oleh LIDAH-LIDAH SYAITAN YANG DIKENALI sama ada Media Cetak mahupun Media Elektronik, kenapa sampai boleh Mengeluarkan Berita yang Bertajuk seperti SAH Pesawat MH370 TERHEMPAS dan SAH Pesawat MH370 DIRAMPAS. Dari mana Media tersebut mendapat BAHAN sehingga boleh menggeluarkan Berita dengan Tajuk yang sebegitu, apakah Berita tersebut tidak termasuk didalam SALAH LAPOR berkenaan Pesawat yang Hilang.


Sepatutnya sebagai yang Mengaku Konon nya Orang Melayu dan Pejuang Melayu kena lah PELAJARI akan PEPAPAH MELAYU yang boleh dijadikan PELAJARAN dalam Kehidupan, seperti Cakap Siang Pandang-Pandang dan Cakap Malam Dengar-Dengar. Yang mana setiap PERCAKAPAN yang keluar dari Mulut kena DIPASTIKAN tidak Bercanggah antara satu sama lain. Jadi apakah perkataan BERAKHIR itu bermaksud MENDARAT DI ATAS AIR LAUTAN HINDI dengan SELAMAT.

Itu belum lagi Cakap-Cakap seperti BUAH MANGGIS 4 Tan, BATTERY dan KOMPENAN RADIO, sedang dikala ini untuk mendapatkan Sekilo Buah Manggis pun bukan nya Mudah ini kan pulak 4 Tan beb. Yang TERKINI setelah hampir Sebulan Pesawat tersebut HILANG baru diketahui yang Komunikasi Terakhir antara Pusat Kawalan Trafik Udara dengan Kokpit MH370 adalah "Good Night Three Seven Zero" dan bukan nya "All Right, Good Night" seperti yang Didedahkan pada Awal nya. baca sini

Jangan lah Pelajari Pepatah Melayu yang boleh Menghancurkan Orang Melayu itu sendiri seperti Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.Kerana kalau Anak sudah Mati siapa yang akan Meneruskan Adat, tak kan boleh Bapa kepada Anak Meneruskan Adat dengan terus hidup MENDONGKAK LANGIT seperti Syaitan Yang Dikenali. Dimana Syaitan hanya akan MAMPOS hanya bila SANGKAKALA DITIUP oleh MALAIKAT ISRAFIL, itu kalau tak silap gua lah. sumber klik sini

hemmmmm..... gua nak tengok gak akhbar mana, portal berita mana serta individu mana yang akan disaman oleh kerajaan malaysia pimpinan datuk seri haji najib... itu pun kalau ada telor lah beb... kah kah kah... A B U."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, April 02 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Shahidan nafi Hisham atau PM setuju beri taklimat MH370
Posted on Wednesday, April 02 @ 22:13:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau sebagai berkata taklimat berhubung kehilangan pesawat MAS akan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ataupun Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya menghantar nota terlebih dahulu bagi menetapkan tarikh taklimat berkenaan.

sumber



Kalau Tak Tahan Kritikan, Berhentilah Jadi Menteri...
Posted on Thursday, April 03 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Berikutan kritikan dalam banyak media terhadap kerajaan, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenyataan bercanggah, maklumat tidak tepat, kelewatan menyalurkan maklumat dan seumpamanya berkenaan operasi pencarian pesawat MH370, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein membayangkan akan mengambil tindakan saman terhadap perbuatan media yang didakwanya salah lapor itu.

Menurut sepupu Najib Razak itu, kerajaan telah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi lagi dan apabila tiba masanya, kerajaan patut menyaman mereka.

Walaupun beliau mendakwa sudah mengumpul bukti sejak hari pertama operasi mencari MH370 lagi tetapi tindakan Hishammuddin ini dipercayai lebih didorong selepas pengumuman Perdana Menteri pada 24 Mac lalu yang membawa erti pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpangnya terkorban, telah menimbulkan rasa marah waris mangss kerana sehingga ini tiada bukti kukuh mengenainya.

Sementara kenyataan Najib yang berbunyi "berakhir di Lautan Hindi" itu ditafsirkan oleh media sebagai "terhempas" serta disiarkan secara meluas keesokannya dan tidak dianggap salah tafsir oleh kerajaan, namun kerajaan hanya menganggapnya salah lapor selepas tujuh hari kemudian, itu pun setelah waris penumpang dari China meluahkan kemarahan mereka.

Sebelum itu pula, sudah beberapa kali maklumat tidak tepat dan bercanggah dikeluarkan oleh kerajaan. Ketidaktepatan maklumat itu bukan sahaja mengenai bagaimana penumpang yang menggunakan pasport curi boleh meloloskan diri, bahkan juga dalam hal semudah mengenalpasti ayat perbualan terakhir antara kokpit dengan pusat kawalan udara.

Sebab itu, setelah masuk hari ke 25 ini, maklumat kerajaan yang seolah-olah meyakini pesawat itu telah terhempas semakin diragui. Meski Najib turut terbang ke Perth untuk meninjau operasi mencari dan menyelamat, pemergian beliau turut juga diselubungi dengan pelbagai andaian dan persepsi.

Di ketika Hishammudin mengugut mahu menyaman media, di waktu yang sama Ketua Pengarah DCA, Azharuddin Abdul Rahman pula dilaporkan menghalau media dalam sebuah persidangan yang sepatutnya beliau turut menyentuh tentang perkembangan terkini mencari dsn menyelamat MH370.

Kenapa secara tiba-tiba media dimusuhi dan dijauhi? Adakah apa-apa yang cuba disembunyikan?

Dalam isu kerajaan dengan media, terutamanya dalam saat tegang seperti operasi yang sedang berjalan sekarang, kritikan memang tidak boleh dielakkan, terutamanya jika ianya berpunca daripada kelemahan kerajaan sendiri. Kalau pihak kerajaan dan agensinya bersikap telus dan tidak berbelit-belit dalam memberikan maklumat, media biasanya hanya menyalurkan saja apa yang dinyatakan itu.

Tetapi jika maklumat A bertukar B keesokan harinya, dan lusa menjadi C pula, tentulah media akan memberikan kritikan. Media arus perdana atau yang dikawal oleh kerajaan mungkin akan cuba melindungkannya tetapi media baru tentu saja akan mengkritiknya dan kerajaan seharusnya menerima baik kritikan seumpama itu.

Namun sekiranya media melontarkan fitnah, barulah kerajaan mempunyai pilihan untuk mengemukakan saman. Kritikan bukanlah fitnah. Mentafsirkan berakhir di Lautan Hindi sebagai sama erti dengan terhempas juga bukanlah fitnah.

Najib dan Hishammuddin adalah anak bangsawan yang tidak biasa dengan kritikan. Sejak lahir mereka sudah terbiasa dengan puji-pujian dan kawan-kawan yang mengelilingi mereka juga hanya terdiri daripada kalangan yang suka memuji. Tetapi dengan memilih karier sebagai pemimpin, kritikan tidak dapat diasingkan. Ia harus diterima sebagai asam garam dan cabaran.

Penonjolan watak suka kepada pujian amat terserlah apabila Hishammuddin, di sebalik kekalutan pesawat MH370 yang masih hilang, terlihat amat gembira dan teruja apabila seorang remaja Perancis, Victor Lopez yang berusia 15 tahun menulis surat menyatakan rasa kagumnya terhadap personaliti beliau yang ditontonnya melalui televisyen semasa operasi ini.

Hishammuddin bukan saja menurunkan tandatangannya pada sekepiing kad untuk dihadiahkan kepada remaja itu, tetapi turut berharap akan berjumpanya suatu masa nanti. Tidak dipastikan pula, jika pertemuan itu diadakan nanti, apakah beliau akan terbang ke Paris atau remaja itu akan diterbangkan dengan pembiayaan penuh ke Kuala Lumpur?

Memanglah penilaian Victor Lopez terhadap Hishammuddin tidak sama dengan penilaian rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan saja kenal Hishammddin melalui televisyen tetapi juga kenal ketika beliau memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan dan deretan isu yang gagal diselesaikannya. Rakyat Malaysia juga kenal ketika beliau mencium keris dan kemudian menarik baliknya.

Sebenarnya itulah Hishammuddin. Kritikan, walau untuk kebaikan akan sentiasa dianggap menyusahkan manakala pujian, biar sekecil mana sekali pun, akan diperbesarkan dan dianggap penting dalam kehidupannya.

Sebagai pembayar cukai, yang dalam erti kata lain turut menyumbang bayaran kepada gaji dan elaun para menteri, tentulah tidak boleh jika beliau mengharapkan rakyat memberi pujian dan sokongan saja. Kalau tidak betul dan ada silapnya, maka bersedialah menerima kritikan pula.

Kalau terasa berat sangat beban kritikan yang ditanggung dalam isu pesawat yang hilang ini, berhentilah jadi menteri dan kembalilah kepada dunia yang penuh puji-pujian dan sanjungan seperti yang biasa dinikmatinya sebelum ini. (SH 02/04/2014)

SHAHBUDIN HUSIN

http://shahbudindotcom.blogspot.com


Rumah Bapa Penumpang MH370 Di Bera Di Pecah Masuk
Posted on Wednesday, April 02 @ 22:07:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





BERA: Belum reda dengan kesedihan berikutan kehilangan anaknya Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi Rabu.

Bagaimanapun semasa kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60 tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Hanya isterinya Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.

Menurut Rosila, semasa kejadian dia dan anaknya sedang tidur di salah sebuah bilik dan tersedar apabila lampu tiba-tiba terpasang.

"Saya tersedar dan terpandang dua lelaki bertopeng berdiri di sebelah katil meminta saya supaya jangan berbuat bising dan mengikut apa yang diarahkan sambil mengacukan parang ke arah saya.

"Mereka meminta saya menanggalkan barangan kemas saya seperti gelang dan subang selain bertanyakan di mana saya menyimpan wang. Disebabkan khuatir diapa-apakan, saya hanya menyerahkan barangan kemas saya serta menunjukkan di mana saya menyimpan wang dan alhamdulillah saya serta anak tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini Rabu.

Menurutnya, dua lelaki berkenaan yang turut bersenjatakan pemotong besi dipercayai warga Indonesia berdasarkan pertuturannya.

Katanya, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

Berikutan kejadian itu, beliau mengalami kerugian wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai RM5,000 dan dua buah telefon bimbit dan bersyukur penjenayah itu tidak melarikan pasport dia, anak perempuan dan suaminya.

"Saya merayu kepada mereka janganlah ambil pasport tersebut sebab anak tiri saya mangsa tragedi pesawat MH730 dan saya amat memerlukan pasport berkenaan untuk ke Australia jika ada apa-apa perkembangan terbaru. Alhamdulillah, mereka meletakkan semula pasport tersebut," katanya.

Rosila berkata, setelah penjenayah terbabit keluar, dia segera ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan sebelum melaporkan kejadian itu di Balai Polis Mengkuang.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani ketika dihubungi Bernama berkata kes sedang disiasat dan polis sedang memburu penjenayah itu.

sumber


 

Tiada ulasan: