Berita Utama
Karpal Singh meninggal dunia
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.
Anak mendiang, Gobind Singh Deo mengesahkan kejadian itu menerusi laman Twitter peribadinya kira-kira jam 3.40 pagi.
Post by Suara Rakyat.
Karpal Singh, pembantu maut kemalangan jalan raya
- Apr 17, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi, lapor Roketkini.
Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah.
Karpal, 74, dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal.
Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).
Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987.
Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Karpal Singh meninggal dalam kemalangan di Tapah (bersama video)
Posted on Thursday, April 17 @ 05:02:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut
meninggal dunia apabila kereta jenis Toyota Alphard yang mereka naiki
melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara
Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Karpal yang dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.
"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal
terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,"
tulis twit tersebut.
Kapal Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi DAP...
Ramai orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.
Apakah kematian Kapal Singh adalah berakhirnya kata-kata "kalau nak laksana hudud langkah mayat saya"? Walahualam!
Kapal Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi DAP...
Ramai orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.
Apakah kematian Kapal Singh adalah berakhirnya kata-kata "kalau nak laksana hudud langkah mayat saya"? Walahualam!
Karpal Singh, PA maut kemalangan
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu
peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV)
yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan
laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.
Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama
Antara Ketirisan Bakat Dan Kemampuan Negara
Posted on Thursday, April 17 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Johan Mahmood Merican beberapa hari lalu berkenaan kesungguhan kerajaan mengenal pasti dan menarik semula bakat Malaysia di luar negara khususnya yang berkepakaran tinggi untuk diposisikan di jawatan-jawatan strategik negara. Berdasarkan rekod, setelah 3 tahun berlalu Talent Corp telah meluluskan kira-kira 2,100 diaspora Malaysia untuk kembali berkhidmat di tanah air.
Menurut data, ekoran daripada peningkatan tahap pendidikan di Malaysia, jumlah graduan bekerja masih berada pada paras yang tinggi iaitu sekitar 1.26 juta dalam tempoh enam bulan pertama 2013. Pada masa yang sama, negara juga mempunyai kira-kira 1,200 institut latihan kemahiran awam dan swasta. Ini menunjukkan bahawa sepatutnya Malaysia tidak berhadapan dengan kekurangan jumlah pekerja mahir tempatan setiap tahun demi untuk mencapai 50 peratus daripada tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2020.
Manakala, jumlah pekerja asing yang berdaftar di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara aktif yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada akhir tahun 2012 adalah berjumlah 1.6 juta orang. Dua per tiga atau 71 peratus daripadanya adalah pekerja kurang mahir yang bekerja di sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Mereka memenuhi permintaan pekerja kurang mahir.
Menyonsong misi menuju negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020, negara sangat memerlukan majoriti pekerja berkemahiran tinggi untuk memangkin transformasi ekonomi yang berinsentifkan tenaga buruh. Sehingga hujung Disember 2013, hanya 3.4 juta (28%) daripada 13.7 juta jumlah tenaga kerja adalah pekerja mahir. Jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan prestasi negara maju yang lain. Persoalannya, adakah misi tersebut akan tercapai?
Satu lagi isu penting yang berkaitan untuk mencapai misi tenaga mahir tempatan tersebut adalah penarikan bakat Malaysia yang mengalir di pasaran global. Jika dirujuk kepada laporan Bank Dunia dan Talent Corp pada tahun 2010, lebih sejuta rakyat Malaysia diaspora dan satu pertiga daripadanya berusia 25 tahun ke atas, mempunyai pendidikan tertiari dan merupakan pekerja yang berkemahiran. Kebanyakan mereka berkhidmat di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Singapura, UAE dan Qatar.
Kerajaan khususnya Talent Corp bukan hanya perlu menarik golongan pakar sahaja, malah perlu memikirkan lebih serius bagaimana menarik satu pertiga diaspora pekerja mahir Malaysia untuk memenuhi pasaran buruh dengan faktor tarikan ekonomi yang lebih menarik disamping membentuk iklim sosio-politik yang lebih menggalakkan. Ini bukan soal pengurangan kebergantungan pekerja asing semata-mata tetapi bagaimana kerajaan bersifat lebih inovatif untuk mengemudi cabaran ini.
Tidak dapat dinafikan, negara-negara sedang membangun berhadapan dengan kadar migrasi yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor serta insentif. Antara yang biasa dikemukakan ialah tahap pendapatan, peluang pekerjaan yang bersesuaian serta kualiti hidup di negara luar. Walaupun kadar ketirisan bakat tidak berada dalam mod negatif berbanding peratus jumlah pekerja mahir, namun negara kita berhadapan dengan insufficient talents khususnya dalam memacu pertumbuhan perkembangan sektor ekonomi dalam tempoh 6 tahun mendatang.
Dalam hal ini kerajaan harus meneliti semula indikator umum yang telah digariskan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) sepertimana yang telah dipaparkan menerusi The Global Talent Index (GTI) untuk menyukat kemampuan negara dalam menarik serta mengukuh kedudukan bakat di Malaysia. Antara komponen utama untuk diberikan perhatian khusus adalah kualiti pendidikan, kecukupan bakat, produktiviti pekerjaan dan kualiti hidup.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kek pendidikan dalam bajet. Malah, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, kerajaan sanggup membiayai kos rundingan kepada salah sebuah syarikat pemikir global (profit based think tank) McKinsey & Co sebanyak RM 20 juta sehingga mengabaikan kepakaran yang sedia ada di negara ini. Ia tidak termasuk kos-kos membina sistem pentaksiran baru, menggaji guru-guru bahasa Inggeris luar negara dan lain-lain. Hakikatnya, pelaburan pendidikan yang dibuat tidak mencerminkan pencapaian sebenar jika digandingkan dengan negara-negara luar.
Jurang pencapaian pendidikan di Malaysia semakin melebar menerusi dua indikator khas kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan peringkat antarabangsa iaitu Trends in International Mathematics and Science Survey (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA). mecatatkan rekod kemerosotan berturut-turut dalam kedua-dua indikator tersebut sejak tahun 2009 hingga 2011. Mampukah Timbalan Perdana Menteri mengukuh fundamental dan meningkatkan keyakinan rakyat dalam tiga gelombang transformasi pendidikan bagi tempoh 13 tahun (2013-2025)?
Faktor upah bulanan adalah antara pertimbangan utama. Meskipun purata upah bulanan meningkat 6% pada 2012, namun masih bergelut untuk meneruskan hidup khususnya di kawasan bandar-bandar utama. Kenyataan ini boleh disemak melalui satu kajian survey terbaru yang dilakukan oleh Jobstreet ke atas 2062 orang graduan pada bulan Mac lalu. 63 peratus responden yang berpendapatan sebanyak RM 2,500 sebulan membelanjakan RM 1,500 sebulan untuk keperluan asas, membayar liabiliti hutang kenderaan serta bayaran balik pinjaman pendidikan. 60% daripada mereka menjangkakan gaji pertama yang akan diperolehi adalah sekitar RM 3,500 sebulan sedangkan para majikan berupaya untuk membayar antara RM 2,500 ke RM 2,800 sahaja.
Selain itu, mudah-mudahan pembentangan private bills mengenai implementasi hudud dapat mengendurkan kebimbangan rakyat terhadap isu jenayah berat yang semakin kritikal di negara ini. Sudah menjadi harapan kami, agar pelaksanaan tuntutan Syariah ini dapat mengurangkan kadar jenayah berat seterusnya mengundang keharmonian dikalangan masyarakat. Perasaan selamat di negara sendiri sudah diragut dengan kejadian jenayah kejam yang boleh berlaku secara mudah samada di dalam mahupun di luar rumah. Apatah lagi, pelbagai isu keselamatan pertahanan negara turut menjadi perhatian serius ekoran daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, kebarangkalian ancaman pihak asing dalam MH370 serta penculikan di Semporna.
Setiap warga Malaysia prihatin terhadap negaranya. Perasaan kasih terhadap tanah tumpah darahnya ini sesekali tidak pudar. Rakyat mahukan pentadbiran negara yang lebih efisyen dan berwibawa. Kita optimis jika negara ini ditadbir dengan tata-kelola yang berhemah, pengurusan ekonomi yang pruden, pembangunan sosial yang mampan, dan kesuburan kerukunan masyarakat majmuk, maka secara automatik rakyat Malaysia yang berada di negara luar akan pulang untuk menabur bakti di negaranya sendiri.
Yang Benar,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Naib Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan