Posted on Wednesday, April 16 @ 20:27:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Wah lagi berita pasal kapal terbang... Tindakan seorang lelaki yang cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada pada ketinggian 30,000 kaki telah menimbulkan menimbulkan suasana panik & gempar dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat.
Menurut maklumat kejadian ini berlaku ketka pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California. Tindakan lelaki ini boleh membunuh semua penumpang dan anak kapal kata kapten kapal berkenaan.
Bagaimanapun kejadian ini dapat diselamat oleh tindakan cepat tiga orang penumpang kapal terbang berkenaan. Lelaki tersebut direbahkan oleh tiga penumpang berkenaan dengan memeluknya.
Seorang wanita berada di sit belakang berjaya merakam detik kejadian tersebut. Monique Lawler yang merakam kejadian ini berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat.
Video rakamannya telah dimuat naik di youtube.
"Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya serta memeluk suspek sehingga pesawat mendarat.
Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska dan lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
http://tempayanretak.blogspot.com/
Pemimpin Muslim Yang Amanah dan Adil Terbaik Untuk Semua
Posted on Wednesday, April 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PAS Negeri Selangor juga menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membantu hasrat Kerajaan Negeri Kelantan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.
PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pembentangan rang undang-undang (private bill) ini yang akan di bawa oleh salah seorang Ahli Parlimen bukan kerajaan akan mendapat laluan yang baik untuk diluluskan di dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 tersebut.
PAS Negeri Selangor amat yakin dan percaya sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan diberi peluang untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka Negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah gejala sosial masyarakat dan mendapat keberkatan serta rahmat Yang Maha Esa bertepatan dengan firman Allah Taala di dalam surah Saba` ayat ke 15: "Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. " dengan bermaksud "Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah.". Kerajaan Negeri Brunei Darussalam yang kini telah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah Islam secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan perlembagaan negara boleh menjadi contoh yang baik kemurahan rahmat Allah Taala dengan rezeki yang semakin melimpah ruah dan negeri yang aman makmur.
Akhirnya, PAS Negeri Selangor mendoakan semua Kerajaan Negeri Kelantan akan dapat melaksanakan amanah yang telah sekian lama terpendam kerana halangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga hasrat Kerajaan Negeri Kelantan akan dipermudahkan oleh Allah Taala dan akan dicontohi oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang lain..
Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor,
ADN Taman Templer, Selangor
Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman","serif";}

Ketua
Menteri ialah satu jawatan ketua badan eksekutif bagi sebuah kerajaan.
Ketua Menteri Sarawak dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, atau
dipilih dan mendapat kepercayaan daripada anggota Dewan Undangan Negeri
Sarawak.
Datuk
Stephen Kalong Ningkan (1920-1997) merupakan Ketua Menteri Sarawak
yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara
Malaysia pada 16 September 1963. Beliau menang besar dalam Pilihan
raya 1962 dan membolehkannya dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak
pertama. Pada tahun 1963, jajahan-jajahan Britain di Asia Tenggara
iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung
untuk membentuk Malaysia.
Selepas
itu disandang oleh Dato 'Penghulu Tawi Sli (lahir 12 Jun 1912,
meninggal dunia 1987) adalah Ketua Menteri kedua Sarawak dari suku kaum
Dayak dan selepas itu disandang oleh Ketua Menteri Sarawak dari kaum
bumiputera Muslim sejak tahun 1970 sehingga kini. Tiada isu perkauman
dan isu keagamaan berlaku di Sarawak kerana masyarakat Sarawak lebih
bersikap toleransi antara satu sama lain.
PAS
Sarawak secara umumnya berpendapat bahawa sesiapa sahaja boleh
dilantik sebagai Ketua Menteri asalkan ianya boleh diterima oleh semua
golongan masyarakat tidak mengira bangsa dan warna kulit yang penting
ianya berwibawa, jujur, amanah, tidak mementingkan diri sendiri dan
adil kepada semua seperti mana yang disarankan dalam ajaran Islam.
Pada
dasarnya PAS Sarawak lebih mengutamakan pilihan seorang Muslim tidak
kira dari bangsa mana pun untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak
malah didalam perlembagaan Sarawak tidak menyatakan bangsa serta agama
untuk layak memegang jawatan Ketua Menteri.
PAS
Sarawak sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung tinggi Al-quran dan
Al-Sunnah dan ajarannya yakin bahawa Islam lebih mementingkan
ciri-ciri seorang pemimpin yang bertaqwa kerana ia bukan sahaja boleh
mentadbir adil dan saksama malah amanah dalam menguruskan
pembendaharaan negara serta menolak unsur–unsur rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan menindas rakyat.
Islam
juga mengajar umatnya supaya memilih dan melantik seorang pemimpin
yang adil untuk semua dan ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang
tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua
kalimah syahadah, ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah
yang memimpin diatas muka bumi Allah ini.
Islam
yang diperjuangkan dan diamalkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap
merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik,
ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. Ia bersumberkan
Al-quran dan hadis. Risalah yang dibawa oleh PAS bukannya rekaan para
pemimpin tetapi berdasarkan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad saw.
Sejarah
sudah membuktikan bahawa pemimpin Muslim yang bertaqwa adalah berlaku
adil untuk semua. Sebagai contoh kerajaan umat Muslim di Sepanyol telah
berjaya memperlihatkan sikap toleransi antara penganut agama yang
sangat tinggi.
Di
bawah pemerintahan Islam di Sepanyol itu, Yahudi dan Kristian dapat
hidup dengan aman dan gemilang. Bahkan ‘The Golden Age of Jewish
History’ adalah semasa pemerintahan Islam di Sepanyol.Sehingga tokoh
ilmuwan Yahudi yang terkenal Musa bin Maimun (Moses Maimonides)
menganggap bahawa pemerintahan Islam di Spain adalah ‘the golden age of
freedom and tolerance’ untuk penganut Yahudi.
Demikian
juga penganut Kristian, mereka menikmati hak beragama dan bergaul
dengan semua rakyat tanpa kezaliman dan penindasan. Ini adalah hakikat
sejarah. Justeru itu, ramai penduduk Sepanyol menganut Islam secara suka
rela tanpa sebarang paksaan kerana memaksa seseorang menganut Islam
adalah salah dan menyanggahi asas arahan al-Quran.
PAS
Sarawak yakin dengan sifat dan akhlak pemimpin seorang Muslim yang
menjawat jawatan Ketua Menteri dapat menyatukan seluruh rakyat Sarawak
yang berbilang bangsa, kaum dan agama agar hidup dalam suasana harmoni,
saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta dapat menikmati
kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.
Pemimpin
Muslim yang amanah, jujur dan adil untuk semua adalah lebih baik dari
Muslim yang hanya ada pada nama tapi tidak melaksanakan ajaran Islam
sebenar dalam kehidupan hariannya.
Kepada
yang bukan Muslim tidak perlu khuatir dan bimbang akan kepimpinan
seorang Muslim yang amanah dan adil untuk menerajui negara ini, contoh
terdekat seperti tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui
Kelantan lebih dari 23 tahun tiada melakukan rasuah, tidak mengambil
kesempatan mengumpul harta untuk kepentingan diri dan keluarga tapi
lebih penting menjaga kebajikan rakyat.
Ciri-ciri
kepimpinan macam inilah yang perlu ada pada seorang Ketua Menteri di
Sarawak tanpa mengira bangsa dan fahaman ideologi. Seorang Ketua
Menteri seharusnya bersikap adil untuk semua bukannya hanya mementingkan
diri sendiri dan berpuak-puak saja, sikap rasis dan hanya pentingkan
diri sendiri menyebabkan rakyat bosan dan benci dengan sikap seorang
Ketua Menteri semacam itu.
Sekiranya
Pakatan Rakyat memerintah Sarawak, kita mahu Ketua Menteri terus
diterajui oleh seorang Muslim yang berwibawa, amanah, jujur dan adil
untuk semua tanpa mengira keturunan dan warna kulit. Ajaran Islam lebih
bersifat universal tanpa mengira bangsa dan islam melarang umatnya
menindas penganut agama lain.
Sememangnya
Islam sesuai untuk semua bangsa, ini bukan bermakna Islam memaksa
penganut agama lain memeluk islam. Hak Kebebasan beragama tetap
terpelihara dan Islam menjamin penganutnya dan yang bukan Muslim supaya
sentiasa hidup dalam keadaan aman damai dan harmoni selalu. Jadi tiada
alasan untuk mereka yang anti Islam untuk menakutkan penganut agama
lain supaya takut dan benci dengan islam.
Slogan
PAS untuk semua dan rahmat untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik memang sesuai dengan keadaan Sarawak yang mempunyai
berbilang bangsa dan kepercayaan agama.
'RAHMAT UNTUK SEMUA"
ILTIZAM UNTUK SARAWAK
Haji Adam Ahid
Pesuruhjaya PAS Sarawak
Pesuruhjaya PAS Sarawak
Isu Hadis Palsu, TV AlHijrah Teliti Video Ceramah Ustaz Don
Posted on Wednesday, April 16 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
PETALING JAYA: Stesen televisyen TV AlHijrah sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu.
Pegawai Perhubungan Korporat TV AlHijrah, Irwan Abdul Rahman berkata, pihaknya juga akan mengambil kira beberapa pandangan pihak-pihak yang berpengetahuan soal Agama Islam sebelum memutuskan bentuk tindakan yang sepatutnya.
"Kami sedang kumpulkan beberapa perkara dan mengkaji semula semua video dan komen yang disebarkan itu sama ada daripada program televisyen terbitan TV Al Hijrah ataupun video lain.
"Kami akan rujuk kepada ustaz dan alim ulama yang lebih pakar untuk menilai video tersebut serta menunggu penjelasan daripada Ustaz Don sendiri sebelum memutuskan apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini pada Rabu.
Irwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran video ceramah Ustaz Don di Internet ketika ini.
Ustaz selebriti itu dikatakan telah menyampaikan ceramah dengan mengemukakan hadis-hadis palsu dan tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan banyak pihak.
Malah, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah melalui laman sosial Facebook miliknya turut meminta mufti dan para ulama menilai ceramah yang disampaikan oleh ustaz tersebut untuk kepentingan semua umat Islam.
Koleksi rakaman video ceramah berkenaan tersebar di Facebook dengan tajuk: Kompilasi hadis palsu dan pendustaan Don Daniyal.
Selain mengadakan ceramah-ceramah peribadi, Ustaz Don juga mengendalikan rancangan agama berjudul 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah pada setiap Isnin Hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Sementara itu, Irwan menjelaskan, segala program yang diterbitkan oleh stesen televisyen itu terutamanya rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don akan dinilai kandungannya sebelum dilepaskan untuk disiarkan kepada umum.
"Pihak kami ada unit bagi mengkaji topik yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Don. Kandungan yang diberikan biasanya disemak dahulu oleh pakar-pakar agama sebelum ia diluluskan untuk siaran," ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Don tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan reaksinya kerana ketika ini beliau berada di United Kingdom untuk menjalani penggambaran sebuah program berbentuk keislaman.
sumber

'Rujuk terjemahan salah, kemudian hentam saya' - Anwar
Posted on Wednesday, April 16 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyerangnya dalam isu MH370 berdasar laporan yang didakwa salah terjemah.
Bernama semalam melaporkan Najib membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.
Agensi berita nasional itu memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weekly pada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri
"Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly.
"Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.
"Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini.
Dalam pada itu Anwar mencabar Najib dan kabinet beliau untuk menjawab pelbagai persoalan yang masih lagi timbul selepas lebih 40 hari pesawat itu hilang.
Bekas menteri kewangan itu mahu Najib menjawab mengapa sistem radar Marconi bernilai ratusan juta ringgit di Kedah dan radar tentera gagal mengesan kapal terbang yang berpatah balik merentasi lima negara termasuk Malaysia sebelum hilang di Lautan Hindi.
"Najib gagal jaga keselamatan negara.
"Mana-mana pesawat dan helikopter yang tidak mendapat kebenaran sepatutnya disiasat atau diiring tentera," kata beliau.
Anwar turut mempersoalkan mengapa kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein masih tidak mendedahkan daftar kandungan kargo pesawat yang masih misteri kerana didakwa membawa empat tan manggis dari Muar.
Beliau berkata kerajaan sepatutnya memberi maklumat agar rakyat dan media tidak membuat spekulasi bukan-bukan mengenai hal ini.
"Bukan kita tak hargai mereka yang bertungkus lumus bertugas mencari dan menyelamat tapi apa tugas kita kalau tak jaga keselamatan negara. Kita bukan TV3 dan Utusan sahaja. Rakyat harus dapat maklumat.
'Najib tak jawab apa-apa melainkan isu satu saat itu sahaja," kata beliau.

Daripada Menteri Amaran Menjadi Menteri Penafian
Posted on Wednesday, April 16 @ 16:28:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ramai yang memuji keupayaan Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan sidang akhbar, menjawab soalan dan memberi penjelasan, terutamanya daripada asakan soalan media asing sepanjang tugasnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan berkaitan kehilangan pesawat MH370.
Caranya menjawab soalan-soalan wartawan dikatakan cukup meyakinkan, tenang dan menunjukkan beliau memang membuat persiapan yang sewajarnya sebelum setiap kali sidang akhbar itu diadakan.
Kemampuannya berhadapan dengan media bukan saja menunjukkan beliau lebih baik berbanding Perdana Menteri, Najib Razak yang dua kali membaca kenyataan akhbar mengenai tragedi MH370, sekali di Kuala Lumpur dan sekali lagi di Perth, tetapi mengelak untuk disoal jawab oleh wartawan, bahkan gaya dan stail yang ditunjukkan oleh Hishammuddin itu mengingatkan kita kepada kemampuan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dalam aspek yang sama, terutama ketika dalam kerajaan.
Baik ketika bersama kerajaan dulu, mahupun sebagai Ketua Pembangkang sekarang, kemampuan Anwar berhadapan dengan media, baik tempatan mahupun asing, tidak perlu dipersoalkan lagi. Melihat kebolehan Hishammuddin itu, seperti menunjukkan beliau mempelajari sesuatu daripada apa yang pernah ditonjolkan oleh Anwar sebelum ini.
Hanya berbekalkan kebolehan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan kelembikan beliau sebelum ini, khasnya ketika menjadi menteri dalam negeri seakan-akan telah dilupakan.
Bahkan, gelarannya sebagai Menteri Amaran Dalam Negeri berikutan kekerapan memberi amaran tetapi tiada tindakan, tidak lagi dibangkitkan ketika ini.
Lebih menarik, beliau yang hampir disingkirkan oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO tahun lalu serta tertinggal jauh berbanding dua regunya yang lain iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal, sudah mulai disebut-sebut sebagai bakal pengganti Najib hanya kerana penonjolannya berhadapan dengan media berkaitan kehilangan pesawat yang masih misteri sehingga sekarang.
Tragedi MH370, disebalik membawa cerita duka kepada ramai orang di seluruh dunia, bagaikan membawa rahmat terselindung kepada anak bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn itu.
Namun demikian, jika sebelum ini Hishammuddin digelar Menteri Amaran, gelaran barunya selepas beberapa ketika mengendalikan sidang akhbar berkaitan misteri MH370 turut bertukar menjadi Menteri Penafian pula berikutan sejak kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke 38 ini, peranannya yang paling banyak sekali dilakukan ialah membuat penafian.
Beliau tidak saja menafikan banyak teori dan spekulasi yang disiarkan oleh beberapa media asing, bahkan juga terpaksa menafikan spekulasi yang dibuat oleh media dalam negara dan dimiliki oleh UMNO sendiri. Apabila Utusan mengaitkan kehilangan pesawat dengan CIA, beliau tampil menafikannya dan begitu juga ketika NST menyiarkan berita ada panggilan yang cuba dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ketika pesawat itu terbang rendah di perairan Pulau Pinang, sekali lagi beliau juga menafikannya.
Ketika Anwar Ibrahim membuat dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat, Hishammuddin juga segera menafikannya dengan berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan dan kerajaan sentiasa telus kepada media dan orang awam.
Bahkan ketika kenyataan Perdana Menteri yang memaklumkan kesimpulan kerajaan berdasarkan data satelit Immarsat bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi dan tafsiran ianya terhempas dipertikaikan seminggu kemudian kerana masih tiada bukti serpihan kapalterbang dan cebisan mayat ditemui, Hishammddin dengan selamba dan penuh yakin menafikan perkataan terhempas itu datang daripada mulut Najib.
Menurut Hishammudin, Najib tidak pernah menyebut terhempas, tetapi hanya berkata, pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.
Dalam hal ini, Hishammuddin bukan saja mampu mengendalikan sidang akhbar tetapi juga mampu melindungi Najib walau dalam situasi semua orang mempercayai berakhir di Lautan Hindi adalah sama dengan terhempas. Kemampuan ini tentunya amat menggembirakan Najib.
Seiring dengan berlalunya masa dan keghairahan semua orang membuat pelbagai spekulasi, teori, telahan dan andaian berkaitan pesawat yang masih hilang itu, ia juga mungkin membuatkan Hishammuddin tampil dengan banyak penafian lagi.
Dengan membuat banyak penafian, gelaran sebagai menteri yang suka memberi amaran, tidak lagi diperkatakan dan mula dilupakan. Hanya masa dan keadaan yang menentukan sama ada bintang politiknya turut cerah atau sebaliknya selepas ini tetapi gelaran baru ini sekurang-kurangnya tidaklah melimpahkan imej seburuk Menteri Amaran yang disandangnya sebelum ini. (SH 15/04/2014)

Pas Selangor Sokong Kelantan
Posted on Wednesday, April 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PAS
Negeri Selangor menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk
membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan
dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa
yang terdekat. Posted on Wednesday, April 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PAS Negeri Selangor juga menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membantu hasrat Kerajaan Negeri Kelantan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sepertimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini.
PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pembentangan rang undang-undang (private bill) ini yang akan di bawa oleh salah seorang Ahli Parlimen bukan kerajaan akan mendapat laluan yang baik untuk diluluskan di dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 tersebut.
PAS Negeri Selangor amat yakin dan percaya sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan diberi peluang untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka Negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah gejala sosial masyarakat dan mendapat keberkatan serta rahmat Yang Maha Esa bertepatan dengan firman Allah Taala di dalam surah Saba` ayat ke 15: "Baldatun toyyibatun warabbun ghafur. " dengan bermaksud "Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah.". Kerajaan Negeri Brunei Darussalam yang kini telah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah Islam secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan perlembagaan negara boleh menjadi contoh yang baik kemurahan rahmat Allah Taala dengan rezeki yang semakin melimpah ruah dan negeri yang aman makmur.
Akhirnya, PAS Negeri Selangor mendoakan semua Kerajaan Negeri Kelantan akan dapat melaksanakan amanah yang telah sekian lama terpendam kerana halangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga hasrat Kerajaan Negeri Kelantan akan dipermudahkan oleh Allah Taala dan akan dicontohi oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang lain..
Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor,
ADN Taman Templer, Selangor
Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman","serif";}
Pengguna Internet Diancam Jenayah Siber Salah Sendiri
Posted on Wednesday, April 16 @ 15:37:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Assalamualaikum dan Selamat bertemu kembali, internet merupakan keperluan penting dalam kehidupan kita pada hari ini.
Dengan adanya komputer peribadi dan peranti mudah alih, semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti online pada bila-bila masa dan di mana saja.
Bilangan pengguna internet Malaysia mencecah 18 juta pada tahun 2012 dan dijangka akan mencapai 25 juta pada tahun 2015.
Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni boleh mendedahkan kita kepada jenayah siber?
Setiap aktiviti online yang kita buat di internet seperti berkongsi gambar, online banking, berhubung dengan kawan di Facebook dan Twitter, membeli belah secara online dan sebagainya boleh menjadikan kita sasaran penjenayah siber.
Kajian oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kita mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial.
47% pula mendedahkan lokasi dengan berkongsi lokasi semasa di laman sosial. Perbuatan macam tu boleh mendedahkan kita kepada bermacam-macam bahaya.
Pendedahan maklumat peribadi secara online banyak berlaku melalui rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya.
Selain tu melalui aplikasi smartphone yang diberi akses untuk mengutip data peribadi yang terdapat dalam phone pengguna.
Kebanyakan aplikasi mobile yang percuma juga mempunyai iklan yang boleh dapatkan maklumat peribadi kita apabila diklik.
Dah banyak berlaku penipuan kewangan secara online, kecurian identiti dan data yang hilang sekarang ni.
Penjenayah siber yang memiliki data tersebut dapat buat bermacam perkara untuk kepentingan mereka sendiri seperti mencipta identiti palsu untuk kegiatan jenayah atau menggunakan data tersebut untuk sasaran kepada rakan-rakan dan keluarga kita.

MRT menitik beratkan kebajikan kontraktor, Azhar cabar Khalid Samad
Posted on Wednesday, April 16 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Persoalan yang masih menjadi tanda tanya berkenaan projek mega teroeknv pejalan kaki masih belum dirungkai oleh MRT adalah aspek keselamatan awam. Isu ini amat meresahkan lebih kurang 150,000 pengguna yang bekerja, tinggal dan menggunakan aliran pengangkutan awam di KL Sentral.
Sehingga kini, MRT tidak pernah mendedahkan kepada umum pelan pembinaan projek tersebut.
Dimanakah laporan Jabatan Bomba, IKRAM dan JKR termasuk agensi-agensi lain yang berkaitan mengenai rekabentuk terowong pejalan kaki ini? Begitu juga dengan pelan-pelan pengurusan keselamatan dan penyelenggaraan terowong ini. Di manakah kesemua pelan kecemasan ini?
Kesemua maklumat ini penting untuk dinilai oleh orang ramai khususnya populasi di atas KL Sentral. Mereka adalah 'stakeholders' utama dalam projek ini.
Setiap projek sebegini harus menyediakan pelan keselamatan dan kecemasan jika berlaku sebarang masalah atau bencana. Kita tidak boleh mempertaruhkan keselamatan pengguna hanya untuk pastikan projek ini dapat dijayakan.
Penjelasan CEO MRT baru-baru ini turut menyatakan bahawa sebanyak 6 tiang kokrit asas yang akan diubah, dan menafikan unjuran kami iaitu sekitar 30 batang tiang. Adakah semudah itu untuk kita berasa yakin? Bukankah lebih mudah jika beliau menunjukan kepada kita pelan yang menunjukkan 6 batang tiang yang akan diubah, bukan sebaliknya.
Tanpa pelan rekabentuk ini, kita tidak akan mudah untuk mempercayainya.
Pada masa yang sama, MRT dilihat lebih menitikberatkan kebajikan kontraktor-kontraktor kepada tender projek ini.
Malah beliau seakan-akan mahu membela mereka dengan menyatakan kos yang terpaksa ditanggung sekitar RM 1 juta oleh kontraktor-kontraktor ini.
Sepatutnya CEO MRT, Datuk Azhar lebih bimbangkan soal keselamatan rakyat yakni pengguna laluan terowong pejalan kaki tersebut.
Sebaliknya, Azhar dengan angkuhnya mencabar Khalid Samad bersemuka dengannya mengenai isu ini. Azhar sering memperkotak katikkan Khalid Samad dalam mesyuarat kordinasi teknikal MRT dan mendakwa bahawa Khalid Samad tifak arif mengenai isu kejuruteraan MRT.
Azhar sering mengatakan bahawa Khalid serta ahli-ahli politik bukanlah pakar 'subject matter'. Ini adalah disebabkan Khalid sering membawa isu ini dalam parlimen.
Ada banyak contoh bagaimana projek-projek pembangunan bandar boleh dijadikan contoh. Jurnal rujukan seperti International Journal of Urban and Regional Research yang membincangkan beberapa contoh projek mega seperti Atlantic Yards in Brooklyn, New York City, Stratford City, Thames Gateway di London dan di Amsterdam South yang terdiri daripada South Axis and Amsterdam Southeast developments.
Ini dapat memberikan beberapa panduan dan indikasi bagaimana sesuatu projek besar yang melibatkan kesan-kesan kepada keselamatan dan sosial ke atas sesuatu komuniti harus dipertimbangkan. Inilah cara bagaimana pembangunan moden dijalankan.
Niat murni MRT ‘demi rakyat’ ini perlulah disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan, warga kota bukan mahu dengar dan lihat slogan anda.
Pelan projek ini harus mendedahkan dan menjelaskan setiap kontraktor yang terlibat membinanya, juga menyenaraikan fasa-fasa pembinaan baik sebelum, semasa dan selepas siap projek ini.
MRT Corp sebagai pelaksana projek mesti bertanggungjawab kepada rakyat, jika benar niatnya ‘demi rakyat’.
MRT Watch
Web : www.mrt watch.blog.com
Email : mrtw atch2014@gmail.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan