Jumaat, 11 April 2014

LAGI BODOH ORANG YANG TAK MAHU PATUT SERTA TAAT PADA ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengsahkan pendedahan Tun Musa Hitam bahawa beliau memang berada dalam negara pada hari berlakunya tragedi berdarah Memali 19 November 1985.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau hanya ke luar negara pada 20 November 1985 ,iaitu sehari selepas insiden yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis.

"Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," jelas beliau beliau.
Beliau juga menggelarkan mereka yang terkorban selain anggota polis semasa insiden itu sebagai 'penjenayah'.

Mahathir juga menjelaskan, maklumat kononnya beliau tidak berada dalam negara sewaktu peristiwa hitam 30 tahun lalu itu berlaku, bukan disebar olehnya.

Beliau tampil menjelaskan perkara itu ekoran desakan pelbagai pihak yang mahukan maklumat sebenar selepas satu pendedahan dibuat oleh Musa pada satu forum di Kelantan baru-baru ini.

Musa yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Mahathir Mohamad masih berada dalam negeri pada hari kejadian dan bukan berada di China seperti yang dihebahkan kepada umum.

Musa juga berkata, beliau bukanlah pemangku Perdana Menteri pada hari kejadian itu berlaku seperti yang dikatakan umum.

Dalam tulisan itu Mahathir bagaimanapun berkata beliau begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga beliau melantik Musa sebagai Pemangku Perdana Menteri.

"Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

"Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri," ujarnya.
PERTH: Sebuah pesawat Australia mengesan isyarat yang berpotensi semasa menjalankan pencarian bagi Penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Lautan Hindi tengah hari ini.
  
Ini disahkan oleh Ketua Pusat Koordinator Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston.
  
"Semasa menjalankan pencarian akustik, pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) telah mengesan isyarat yang berkemungkinan di sekitar kawasan carian kapal pertahanan Australia, Ocean Shield," kata beliau dalam satu kenyataan.
  
Beliau berkata data akustik itu memerlukan analisis lebih lanjut semalaman tetapi ia "menunjukkan potensi dari sumber peralatan buatan manusia".
  
Houston berkata beliau akan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini jika dan apabila maklumat lanjut diperoleh.
  
Beberapa transmisi isyarat yang mungkin dari perakam penerbangan MH370 telah dikesan sejak Jumaat.
  
Dua isyarat pertama dilaporkan dikesan pada Jumaat dan Sabtu oleh kapal China yang menyertai opetrasi pencarian sementara empat lagi isyarat dikesan oleh Ocean Shield, dua isyarat dikesan pada Sabtu dan dua lagi pada Selasa.
  
Kotak hitam MH370, yang mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, mungkin dapat merungkai persoalan tentang apa yang berlaku pada MH370 yang melencong beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.
  
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 krew, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.
  
Operasi pencarian yang disertai pelbagai negara dikerah untuk menjejaki MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
  
Berdasarkan analisis terbaharu data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, syarikat telekomunikasi United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIM) merumuskan bahawa MH370 telah terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang bahawa Penerbangan MH370 telah "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) yakin potensi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak yang pertama selepas Malaysia merdeka telah ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) semenjak tahun 1959 iaitu Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah (SERATA) setahun kemudiannya pada tahun 1960.

Kedua-dua sekolah ini juga menjadi modal dan rujukan penubuhan SMAN di Negeri Sarawak satu ketika dahulu dan ianya telah mampu bersaing dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberikan tumpuan kepada dua aliran pembelajaran iaitu akademik dan juga Agama.

Malah, pencapaian cemerlang di bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum menjadikannya unggul di persada pendidikan negara walaupun ianya dikendalikan di bawah Kerajaan Negeri Perak sehingga sekarang sebagai teras pendidikan yang berjaya.

Sejarah yang ada telah mencatatkan banyak pencapaian yang sungguh membanggakan rakyat Perak dan khususnya pelajar-pelajar di sana yang telah melahirkan banyak pimpinan negara dan negeri serta individu-individu yang berjaya sama ada sebagai seorang pentadbir, usahawan, pegawai kerajaan dan pelbagai bidang dalam sosio masyarakat.

Walaupun menyedari kekurangan pembelajaran seperti persekitaran sekolah ataupun permasalahan tenaga pengajar, ianya tidak menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar mahupun keputusan pembelajarannya selama ini.

Kini terdengar kerisauan banyak pihak apabila ada usaha untuk meletakkan kedua-dua sekolah yang penuh bersejarah tersebut iaitu SIS dan SERATA di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Antara cadangannya ialah demi untuk kepentingan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar agar sekolah tersebut diserapkan sebagai SABK sebagai alternatif bagi menjamin masa depan mereka.

Terdapat juga pandangan yang mengambil kira akan kemampuan dan kekangan untuk menguruskan kos pengurusan kedua-dua sekolah tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan tiada pulangan keuntungan atas pelaburan dan peruntukan Kerajaan Negeri Perak ke atas SIS dan SERATA selama ini. Dan ianya sebagai ‘jalan mudah’ bagi mengekalkan sekolah tersebut walaupun KPM ‘menguasai penuh’ perjalanan dan pergerakan SIS dan SERATA setelah menyertai SABK kelak.

Penyedar meyakini bahawa kualiti pengurusan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber manusia serta prasarana dan kemudahan sedia ada sudah mampu diuruskan dengan baik selama ini di SIS dan SERATA. Tidak timbul persoalan dan kewajaran ianya diserapkan kepada SABK jika Kerajaan Negeri Perak ingin mempertahankannya kerana sudah lebih 50 tahun kewujudan SIS dan SERATA.

Jika timbul masalah tenaga pengajar, pelbagai mekanisma boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang ada kerana selama ini ianya mampu diselesaikan dan tidak menjejaskan pembelajaran sedia ada.

Kedudukan tapak lokasi yang strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak ketika dahulu adalah sebagai menyumbang persekitaran pembelajaran kepada semua penghuni SIS dan SERATA yang berterusan.

Dengan mengambil kira kos pengurusan, SIS dan SERATA tidak melonjak peruntukan bajet yang disalurkan selama ini jika dinilai dengan aset yang sedia ada. Sebagai contoh di Negeri Kelantan, sebanyak 16 SMAN masih diuruskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dan jejak yang sama di Negeri Terengganu, sebanyak 10 SMAN masih diuruskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Dan jika di Perak, sudah tentu mampu dan akan terus mempertahankan SMAN yang sedia ada kerana Jawatankuasa Pentadbir boleh disifatkan kuat dan mampu memelihara SMAN sedia ada.

Dengan adanya Persatuan Bekas Pelajar SIS dan SERATA sebagai pemangkin dan pendorong agar kedua-dua sekolah tersebut dipertahankan. Kekuatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SIS dan SERATA juga sebagai pendinding dan pendokong kuat agar sekolah di bawah JAIPk ini terus dikekalkan.

Kerajaan Negeri Perak wajar mengambil model sekolah yang ada di Negara Turki yang diuruskan oleh badan organisasi lain. Antara mekanismanya adalah membentuk satu badan amanah melalui Yayasan yang boleh disalurkan pengurniaan yang bukan berbentuk kewangan sebagai penjana sumber kewangan.

Dengan cara ini, Kerajaan Negeri Perak tidak perlu memberikan peruntukan kewangan setiap tahun dan dimasukan di dalam Bajet Tahunan Negeri Perak nanti. Sepertimana yang telah diberikan kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) atau kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) beberapa bidang tanah bagi ianya menjana kewangan berterusan yang boleh dicadangkan juga kepada SIS dan SERATA.

Kaedah ini nanti mampu menjadi pusingan pelaburan dan mampu menjana kewangan sumber lain yang tidak hanya daripada peruntukan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Perak perlu yakin dan percaya, kemampuan dan pengurusan yang terbaik untuk menguruskan SMAN ini adalah rekod dan sejarah yang perlu dipertahankan.

Penyedar melihat, rakyat Perak akan menyokong usaha Kerajaan Negeri Perak untuk mempertahankan sekolah aliran agama Islam yang diuruskan dengan baik dan berhemah ini.

Rakyat Perak khasnya akan mempersoalkan, kenapa hanya SIS dan SERATA sahaja yang ingin diserapkan di dalam Skim SABK? Sedangkan terdapat satu lagi SMAN yang ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah JAIPk iaitu Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA) tidak diserapkan dengan Skim SABK?

Adakah kerana Jawatankuasa Pentadbir yang dianggotai oleh Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri tidak mampu lagi mempertahankan SIS dan SERATA?

Banyak pihak akan hilang keyakinan jika pihak Kerajaan Negeri Perak membiarkan SIS dan SERATA diserahkan juga melalui Skim SABK.

Penulis ialah Pengerusi Penyedar.
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Amad Said menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai "cakap tidak masuk akal" berhubung tidak menerima pertuduhan untuk bicara pegawai Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam kes 'Terowong Larkin'.
  
Malah Ahmad turut mempertikaikan tindakan FAM itu dalam menyelesaikan kes berkenaan.
  
"Suruh dia telefon saya sebab kenapa tiada pertuduhan? Siapa tukang tuduh...ker Terengganu yang tukang tuduh? Mesti persatuan (FAM) yang tukang tuduh, macam mana buat kerja ni?
  
"Yang itu (JDT didenda RM30,000) dia (FAM) tuduh pula pasal keselamatan. Sebab itulah saya kata ada tangan ghaib. Kalau macam ni senanglah kita berperang...cari 10,000 atau 20,000 'orang ghaib', 'tangan ghaib' ini pergi berperang.
  
"Tulislah saya yang kata orang dia tak masuk akal cakap.. ada pula tiada pertuduhan dan tiada apa-apa. Mengarut!," katanya.
  
Beliau berkata demikian selepas majlis pejumpaan santai bersama Menteri Besar Perlis Azlan Man yang hadir untuk menjemput kontinjen Terengganu ke temasya Sukma Perlis bermula 24 Mei ini.
  
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Tataterbit FAM, Datuk Taufek Abdul Razak membuat kejutan apabila mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang pertuduhan daripada pihak sekretariat FAM bagi membicarakan pegawai PBNJ yang didakwa terbabit dalam kes pergaduhan di terowong itu.
  
Malah Taufek turut menyifatkan apa yang terjadi dalam terowong adalah terpencil dan tidak membabitkan perlawanan atas padang.
  
Pasukan T-Team tidak meneruskan babak kedua perlawanan pusingan kedua Puala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor, pada 1 Feb lepas.
  
Justeru, Ahmad membidas kenyataan dikeluarkan pihak FAM menyalahkan keputusan penarikan diri T-Team pada perlawanan itu jelas menunjukkan kelemahan dalam menyelesaikan masalah berlaku.
  
"Takkanlah T-Team bodoh tak nak tarik diri kalau pemain rasa dah tak selamat sampai kena tumbuk dalam terowong? Malah kita diiring keluar sampai ke Mersing dan mereka juga suruh kita tukar baju...
  
"Perkara 16 (undang-undang FAM) mengatakan bahawa pengadil yang memutuskan pertandingan itu boleh diteruskan atau tidak (bergantung) atas dasar keselamatan.
  
"Pengadil dan komisioner dalam padang. Ini (insiden tumbuk) berlaku dalam terowong... Sudah jatuhkan pertuduhan denda RM30,000, sekarang ini tiba-tiba tiada pertuduhan pula pada orang yang terlibat," bidasnya.  
  
Sebelum ini, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan JDT bersalah dalam insiden pergaduhan pada 1 Feb dengan pasukan T-Team di stadium berkenaan di mana JDT didenda RM30,000 kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Selangor tegas dengan pendirian bahawa nilai pengambilalihan syarikat konsesi air negeri itu tidak boleh melebihi tawaran asal RM9.65 bilion.
Ini kerana, peningkatan kos pengambilalihan akan memberi impak negatif kepada tarif air seterusnya membebankan lebih 5 juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau  dan Air berhubung rayuan yang dikemukakan dua syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya menilai semula tawaran pengambilalihan yang telah tamat pada 10 Mac lalu.
"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau  dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dalam surat bertarikh 8 April 2014 memohon Kerajaan Negeri untuk memberi pertimbangan kepada rayuan yang telah dibuat oleh Puncak Niaga dan Syabas melalui surat mereka bertarikh 7 April 2014," ujarnya.
Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri bersedia untuk melihat semula rayuan syarikat konsesi terbabit sebelum Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air Selangor (WSIA) 2006 dilaksanakan Kerajaan Persekutuan, kos pengambilalihan yang dicadangkan tidak boleh melebihi RM9.65 billion," ujar Abdul Khalid.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri komited untuk terus bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi meneruskan usaha pengambialihan industri air Selangor melalui Seksyen 114.
"Kerajaan Negeri sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atas kerjasama yang telah mereka berikan dalam menyelesaikan isu pengambilalihan industri air seperti yang dihasratkan dalam  Akta Perkhidmatan Air Selangor 2006.

"Kerajaan Negeri akan meneruskan perbincangan berkaitan modus operandi yang perlu dilakukan bagi pelaksanaan pengambilalihan menurut Seksyen 114 akta tersebut," kenyataan beliau dipetik.

Tiada ulasan: