Jumaat, 4 April 2014

BILA BUAYA ADA DIMANA2....KAKI KEBAS PUN BERADA DIMANA2....KAKI TIPU PUN BERADA DIMANA2....NI ORANG TAK KIRA HALAL HARAM

KUALA LUMPUR: Sebagai menzahirkan rasa kebersamaan terhadap apa yang berlaku di negara Mesir, pihak persatuan Alumni Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (Alumni KPKM) mengambil tanggungjawab mengadakan Jelajah Solidariti 529 di seluruh negeri Kelantan.

Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohd Asri Daud, siri jelajah ini diadakan bagi mengajak masyarakat bersolidariti terhadap nasib 529 rakyat negara itu yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah regim kudeta.

Apa yang menarik, jelajah ini menggunakan pendekatan persembahan pidato, flashmob, pengkisahan selain dari tayangan video dan solat hajat.

"Setakat ini kami tidak putus-putus menerima undangan untuk mengadakan program ini," katanya.

Pihak mereka juga turut menampilkan penceramah berwibawa dan dekat dengan isu pergolakan Mesir seperti penganalisis isu Mesir, Ustaz Malik Abdul Karim dan lain-lain.

 Menurut Mohd Asri, mana-mana pihak yang berminat boleh menjemput mereka untuk hadir.

"Pihak Parlimen atau DUN hanya perlu menyediakan kelengkapan logistik, manakala kami datang bersama pasukan kami termasuk Pengerusi Alumni KPKM, Ustaz Zulkipli Mat Yusoh," katanya lagi.

Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan mengharapkan Jelajah 529 ini sedikit sebanyak akan menyalurkan maklumat kepada orang ramai tentang kekejaman dan kezaliman kerajaan Mesir yang dikuasai oleh kudeta pimpinan Abdul Fattah As Sisi yang menjatuhkan hukuman gantung kepada 529 orang anggota ikhwanul Muslimin Mesir.

Jelajah terdekat ialah 7, 13 dan 15 April, masing-masing di Pasir Puteh, Kuala Krai dan Masjid Beijing Rantau Panjang.

Menyusul selepas itu pada 18 April di Tanah Merah dan 21 April di Kubang Kerian.
Sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia dilanda pelbagai tragedi yang misteri atau dengan maksud lainnya sehingga kini tiada jawapan yang diperoleh. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan misteri UFO, maka Malaysia juga tidak ketinggalan – mungkin dengan cara yang berbeza.

Yang berikut merupakan antara perkara misteri mengikut pandangan saya.

1.Kes Teoh Beng Hock. Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. kematiannya dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Kes ini masih belum ada penghujung yang jelas. Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh. Sehingga kini kematiannya masih menjadi misteri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

2.Kes Ahmad Sarbani Mohamed. Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Ahmad Sarbani pada ketika itu berumur 56 tahun, dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor. Kes ini juga masih menjadi misteri kerana tiada tanda-tanda beliau dibunuh atau membunuh diri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

3. Kes Altantuya Shaariibuu. Kes yang membabitkan warganegara Mongolia ini pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun yang lalu apabila Altantuyaa disahkan mati pada tahun 2006. Siasatan dan perbicaraan telah pun berakhir dan dua anggota polis yang dituduh telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini juga berakhir dengan tiada yang membunuh walaupun ada yang terbunuh.

4. Kes Zon Bebas Perlabuhan Klang (Port Klang Free Zone – PKFZ). Akibat PKFZ, kerajaan rugi RM12.5 bilion. Mahkamah telah membebaskan tertuduh, bekas menteri Kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy daripada tuduhan menipu bagi projek PKFZ.  Sehingga kini isu PKFZ senyap begitu sahaja tanpa ada yang dijatuhkan hukuman dan duit rakyat RM12.5 bilion hangus begitu sahaja.

Mungkin banyak lagi dan saya tidak mampu menyenaraikan semuanya. Saya juga berpendapat kes NFC yang membabitkan RM250 juta masih belum ada penghujungnya. Saya bimbang, sekali lagi duit rakyat hilang dengan cara yang sungguh misteri.

Terkini, kita kehilangan pesawat MH370 dalam keadaan yang membingungkan pakar-pakar penerbangan antarabangsa. Saya berharap, kehilangan MH370 tidak menjadi misteri seperti hilangnya kapal terbang di perairan segi tiga Bermuda.

Saya percaya, rakyat Malaysia tidak putus harap dan terus berdoa agar segalanya selamat.
"Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal Scorepene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.
"Beliau bersama wakil-wakil media menaiki kapal selam Scorpene tersebut bagi tujuan perkongsian maklumat," jawapan Zahid dipetik.
Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo.
...See More
Like · ·

Assalamulaikum... selamat hari Jumaat Admin ucapkan kepada Sahabat PRSG .. Admin nak tanya Siapa Prof. Madya Dr. Azmi Sharom nak pertikai HUDUD???
Assalamulaikum.. salam jumaat Admin ucapakan kepada semua sahabat PPRSM..Adimin nak tanya ni kah cara Wasatiyyah UMNO..keupayaan kapal selam Malaysia yg bernilai lebih satu billion ringgit hanya mampu menjadi muzium?

Pelajar terpaksa biar diri dicabul pensyarah

Cabul--Arau – Bimbang gagal dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini mendakwa terpaksa merelakan dirinya dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, mangsa berusia 20 tahun yang tidak sanggup diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen dan radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau di sini, selepas selesai peperiksaan akhir semester.
Difahamkan, dalam kejadian terbaru pada Jumaat lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.
“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.
“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya, lapor myMetro.

Siapa pakar motivasi terkenal cabul pelajar IPT Arau?

Hiasan
Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau, mendakwa dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal.

Menurut sumber Berita Harian, mangsa berusia 20 tahun, mendakwa dicabul oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Suspek meminta mangsa ke biliknya kononnya bagi melakukan uji kaji. Selepas memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.

“Selepas itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali. Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa merelakan perbuatan itu,” kata sumber berkenaan.

Pada Isnin lalu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Arau setelah melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan tertinggi IPT.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini, katanya.

“Kita sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya dipetik BH. 9:57AM - 4 Apr 2014

Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat


Ikuti laporan kami mengenai membawa maklumat terkini dan liputan terbaru operasi mencari MH370:

9.02 pagi: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah - di Laut China Selatan.

Ketua JACC akan adakan sidang akhbar

8.30 pagi: CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini mengenai berita "besar" berkaitan operasi mencari.

Tidak jelas apakah yang akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut.

Pada masa ini beberapa negara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Operasi mencari diteruskan

6.00 pagi: Operasi mencari di Lautan Hindi diteruskan yang membabitkan 10 pesawat tentera, empat jet awam dan sembilan kapal, kata Pusat Agensi Bersama Penyelarasan (JACC), yang ditugaskan memantau operasi tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) telah menetapkan kawasan mencari membabitkan kira-kira 217,000 km kilometer persegi - 1,700 km di barat laut Perth.

Cuaca hari ini diramalkan baik dengan jarak penglihatan sejaruh kira-kira 10km .

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa menurut Pasukan Pertahanan Australia, kapal kajian Tentera Laut Diraja HMS Echo akan menjalankan carian khusus hari ini, manakala Ocean Shield, yang dilengkapi 'pinger locator; dijadual tiba.

Selepas empat minggu, operasi mencari itu belum dapat mengesan MH370.



 

Sampai bilal mati dia tak pergi masjid
Ada gi kuliah..??..tak dak..
Ada gi ngaji quran...??..tak dak..
Ada masuk majlis selawat-selawat zikir..?..tak dak..
Orang buat-buat sembahyang jemaah..ada dia mari..??..tak dak..
Dia sibuk..

Memang bagus sampai tak dan pegi kuliah..
Sampai dia jahil..masuk dalam kubur...
Tak kenal Rasulullah..
Tak kenal sifat Tuhan..
Tak tau halal haram..
Tak reti akidah ahli sunnah wal jamaah..
Ni guane jap gi dalam kubur..
Ma Rabbuka...??..tak leh nak jawab...
Wa Man Nabiyyuka..??..tak leh jawab..
Wa Man Ikhwanuka..??..tak leh nak jawab..
Wa Ma kiblatuka.??..abih tak leh jawab...
MATI KERAS...abih cite...
Allahurabbi....
sumber asal..http://youtu.be/OxXVqyt0e38

Tiada ulasan: