Masa harga getah turun mengapa tak puji kerajaan?
- Apr 23, 2014
- http://omakkau.blogspot.com
EDISI RAKYAT YANG TIDAK
TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH ???? ... MASA HARGA GETAH TURUN
MENGAPA TIDAK PUJI KERAJAAN .. INI TIDAK ADIL!!!!
Inilah dia rakyat yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak ... sanggup melakukan "bughah" marahkan kerajaan UMNO/BN kerana harga getah turun .. Ini tidak adil!!!!
Itu menunjukkan betapa kehebatan kerajaan UMNO/BN sehingga mampu menurunkan harga getah sehingga menjadi RM1.80sen sekilo.
Pemandangan di atas ialah sekelompok warga peneroka Felda Kg New Zealand, Maran, Pahang yang berani membuat demo dan bantahan aman kerana kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak langsung dilihat macam tidak mempedulikan nasib mereka khasnya dan rakyat luar bandar dan kampung lain yang hidup bergantung kepada hasil getah.
Penderitaan dan kesengsaraan mereka tidak mendapat pembelaan sedangkan kelompok inilah yang cukup kuat menyokong UMNO/BN PRU 13 lalu .. kelompok yang bersusah payah memastikan UMNO/BN terus berkuasa di Putrajaya.
Apabila mereka kini sedang susah para pemimpin UMNO/BN semacam tidak ambil endah.
Lakukan sesuatu .. belalah nasib mereka .. kurang beban dan penderitaan kelompk warga yang berjuang untuk UMNO sekian lama ini. Masyarakat Melayu di kampung amat sukar nak berdemo tapi kalau sampai mereka berani berkumpul dan berdemo membuat "bughah" ertinya kesabaran mereka sudah tercabar dan sampai kemuncaknya.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Siapa orang tua yang duduk di luar pintu ini?
- Apr 23, 2014
- http://greenboc.blogspot.com
Sekali imbas, beliau seperti seorang tua yang hidupnya sebagai seorang penumpang.... tetapi orang tahu beliau adalah seorang bekas Menteri Besar Kelantan, dan seorang Mursyidul Am sebuah parti Islam di negara ini.
Sekalipun bergelar Mursyidul Am, beliau tidak sombong untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh orang lain malah khusyuk mendengarnya walau terpaksa bertimpuh di celah pintu.
Dato Saifuddin Nasution pernah bercerita:
"Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya".
Seseorang bertanya:
"Tok Guru tak makan daging rusa ke?"
Jawab Tuan Guru Nik Aziz;
"Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah di akhirat nanti."
[ADMIN fb MahaYusofII & GB]: Kehidupan TGNA telah memberi banyak motivasi kepada kita tentang hidup. Kuat ibadat bukan kepalang. Walaupun kurang sihat masih digagahi untuk terus bersama jemaah mengerjakan solat.
Terasa malu dan kerdilnya dengan diri sendiri bila berhadapan dengan keteguhan ibadat TGNA bersamaan usianya berbanding dengan umur kita.
Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada TGNA di atas ilmu yang di sampaikan sama ada dari sudut ilmiah mahupun perbuatan...!
Namun ada juga golongan yang menghina TGNA seperti dicatatkan di dalam satu status di media sosial:
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Insan yang mulia tetapi dihina akan terus memperolehi pahala yang berlipat ganda dari Allah sementara yang menghinanya pula juga akan terus memikul beban dosa kerana melakukan penghinaan tersebut. Sehinggalah di satu ketika, siapa tahu akan diterbalikkan keadaan, yang dihina akan dipakaikan dengan kebesaran-Nya sementara yang menghina akan menjadi orang paling melarat di sisi-Nya...
Sebutir "intan" tetap "intan" yang berharga walau kelihatan seperti "terbuang" di celah pintu, tetapi sebutir "kaca" tetap "kaca" walau diletakkan di almari berkilau dan bercahaya.
wallahu 'alam.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Parti politik Thailand gagal tentu tarikh baru p'raya
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
Bagaimanapun, mereka masih berbelah bahagi tentang bilakah ia sepatutnya diadakan.
Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan tiga tarikh, iaitu 20 Julai, 17 Ogos atau 14 Sept, namun tidak mendapat sokongan padu daripada 58 parti yang menghadiri mesyuarat tiga jam tengah hari semalam untuk mencari penyelesaian.
Parti pemerintah Pheu Thai Party yang merupakan pilihan untuk memenangi pilihan raya itu sekiranya diadakan, mahu tarikh lebih awal, manakala parti politik kecil berharap ia diadakan seberapa segera.
Parti Demokrat, parti pembangkang utama yang memulau pilihan raya umum Februari lepas, tidak menghantar wakil selepas ketuanya, bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva enggan hadir disebabkan soal keselamatan.
Sekurang-kurangnya dua wakil daripada parti politik keluar ketika mesyuarat sedang berlangsung disebabkan tidak berpuas hati dengan giliran untuk bercakap.
Beratus-ratus penunjuk perasaan, diketuai sami Buddha Issara daripada Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat, tampil sebelum mesyuarat bermula dan mengadakan tunjuk perasaan aman dengan menggesa supaya pembaharuan mengambil tempat sebelum pilihan raya itu diadakan.
Beliau kemudian menyerahkan kain rentang menggesa agar diadakan pembaharuan sebelum pilihan raya kepada pegawai SPR, dan kain rentang itu kemudiannya digantung di dalam bilik mesyuarat ketika perbincangan sedang berlangsung.
Dalam mesyuarat berkenaan, wakil Pheu Thai, Pokin Palakul berkata konflik yang melanda negara itu boleh diselesaikan dengan 'mendengar' suara rakyat menerusi undi.
Seorang anggota SPR, Somchai Srisitthiyakorn berkata suruhanjaya itu boleh menetapkan tarikh pilihan raya tetapi kumpulan politik yang berbalah itu perlu berunding terlebih dahulu.
Seorang wakil daripada parti yang kecil, Thai Rak Tham Party, mencadangkan supaya SPR mengadakan pendaftaran pilihan raya di kawasan pangkalan tentera atas faktor keselamatan memandangkan pendaftaran sebelum ini diganggu penunjuk perasaan antikerajaan.
Akibatnya, pendaftaran tidak dilakukan di beberapa lokasi, sehinggakan pilihan raya itu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Perlembagaan. - Bernama
Polis bentuk pasukan jaga keselamatan calon presiden
- Apr 23, 2014
- ELMI RIZAL ALIAS
"Seluruh anggota pada masa ini sedang fokus melaksanakan keselamatan dalam pemilihan parlimen mulai dari tempat penjumlahan undi hingga ke Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) daerah di seluruh Indonesia," kata Ketua Polri Jeneral Sutarman di Kawasan Industri Jababeka Bekasi, Selasa.
Pemilu Parlimen Indonesia berlangsung 9 April lepas dan KPU dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya umum berkenaan dari 7 hingga 9 Mei ini.
Sementara itu, jurucakap polis Indonesia Brigidier Jeneral Boy Rafli Amar berkata setiap calon presiden dan naib presiden yang ditetapkan oleh KPU akan dijaga oleh satu pasukan keselamatan.
"Tetapi, sebelum inipun, kami sudah melakukan langkah-langkah keselamatan kepada individu yang dinyatakan oleh parti masing-masing sebagai calon presiden," katanya.
Beliau berkata perlindungan proaktif pihak polis kepada calon presiden dan naib presiden berkenaan adalah untuk menjaga keselamatan tokoh politik itu ketika melaksanakan aktiviti di tempat awam mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPU.
Dalam pada itu, Polri akan menambah jumlah anggotanya bagi menghadapi Pemilu Presiden dalam usaha mencegah penipuan atau penyelewangan pada pilihan raya umum berkenaan.
Pada Pemilu Parlimen lepas, polis Indonesia menerima 202 laporan membabitkan 57 kes politik wang, pengundian lebih dari sekali (38) dan melanggar tempoh berkempen (19).
Bakinya membabitkan aktiviti kempen di tempat yang dilarang, merosakkan harta benda serta pemalsuan. - Bernama
Ya, saya ada bank di Tanzania - Daim
- Apr 23, 2014
- HARAKAHDAILY
"Ya... memang saya ada bank di sana (Tanzania)... lama dah. Anwar pun tahu sebab dia ambil alih Menteri Kewangan daripada saya dulu.
"Masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa mengenai rasuah (peringkat kabinet)... kenapa waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya," kata Daim dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin di ibu negara semalam.
Beliau turut mengakui pernah dua kali disiasat pada 1999 berhubung pemilikan itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalm siri ceramahnya sebelum ini mendakwa mempunyai bukti penyelewangan besar Daim.
Beliau turut mendakwa Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Maklumat itu kata Anwar diperolehi dari gabenor bank negara Tanzania yang menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di negara itu.
Anwar berkata, beliau dimaklumkan bank di Tanzania itu adalah 'istimewa' kerana Daim hanya menyimpan duit sahaja tanpa sebarang operasi.
Terbaru dalam satu temubual dengan Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula mendedahkan bahawa Daim juga pernah memiliki sebuah bank di Bangladesh.
Menurut Razman, beliau mempunyai maklumat bahawa Daim pernah mengambil alih ICB Islamic Bank Limited berdaftar di Karwan Bazar, Dhaka sekitar antara tahun 2006 dan 2007.
"Bagaimanapun maklumat yang kami perolehi, beliau telah menjual bank itu pada Oktober 2010 dengan harga USD55,000 juta," kata Razman kepada Harakahdaily.
Razman juga mendakwa, Daim mempunyai beberapa lagi milikan di luar negara melalui syarikat induk ICB Financial Group Holding AG atau juga dikenali sebagai ICB Banking Group yang berpengkalan di Switzerland.
Wednesday, 23 April 2014
Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas Bukannya Terhempas Di Lautan Hindi
Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas Bukannya Terhempas Di Lautan Hindi
: Berdasarkan sumber perisikan tertinggi Rusia, mereka mendakwa pesawat
MH370 dirampas bukannya kapal terbang MH370 terhempas di Lautan Hindi (SEPERTI DIDAKWA DI SINI).
Malah bertambah teruk lagi apabila sumberperisikan tertinggi Rusiamengatakan..pesawat MH370 telah dilarikan ke Afghanistan berhampiran sempadan tertinggi.
Laporan Badan Perisikan Rusia : Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas?
Berapa ramai di sini yang masih lagi di sini yang percaya kapal terbang MH370 dirampas oleh satu konspirasi terbesar dalam sejarah penerbangan dunia?
Dan berapa ramai yang senada dengan Perdana Menteri Malaysia, Perdana Australia dan lain-lain mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di lautan Hindi? Mengapa?
Malah bertambah teruk lagi apabila sumberperisikan tertinggi Rusiamengatakan..pesawat MH370 telah dilarikan ke Afghanistan berhampiran sempadan tertinggi.
Laporan Badan Perisikan Rusia : Berita Terkini Pesawat MH370 Dirampas?
Sumber laporan risikan tertinggi Rusia (badan perisikan Rusia) yang dilaporkan oleh portal berita The Sun mengatakan :
- Semua penumpang pesawat MH370 masih hidup
- Penumpang MH370 telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalampondok tanah dengan hampir tiada makanan
- 20 penumpang Asia yang merupakan "kumpulan pakar" telah diseludup ke kubu di Pakistan.
- Laporan rasmi akan menyusul…
- Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia
Laporan Rasmi The Daily Star |
Berapa ramai di sini yang masih lagi di sini yang percaya kapal terbang MH370 dirampas oleh satu konspirasi terbesar dalam sejarah penerbangan dunia?
Dan berapa ramai yang senada dengan Perdana Menteri Malaysia, Perdana Australia dan lain-lain mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di lautan Hindi? Mengapa?
Ayuh kita sama-sama nantikan laporan penuh daripada pihak terlibat mengenai pendedahan portal akhbar The Daily Star ini. Mari teruskan berdoa untuk mangsa tragedi kehilangan MH370