Posted on Wednesday, April 16 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Suatu memorandum telah dihantar kePejabat Pendidikan Negeri Pahang ,Bandar Indera Mahkota ,Kuantan Pahang atas pertukaran 3 orang guru termasuk Cikgu Mohd.Norizzat Bin Mohd. Johari ,Pengerusi SGMM oleh Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(NGO PENDIDIK),semalam.
Pertukaran Cikgu Mohd. Nor Izzat dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya arahan 'perpindahan atas keperluan perkhidmatan'.
" Saya ingin menegaskan bahawa arahan pertukaran secara zalim ini bertentangan dengan matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia terhadap warga pendidik dalam mengangkat martabat profesionalisme perguruan dalam persada pendidikan negara"
Memorandum telah diterima oleh Pn. Hjh. Rashidah Bt. Mohd. Arif ( Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang ).Walaupun pada awalnya En. Rosdi Bin Ismail ( Pengarah Pendidikan Negeri Pahang) telah bersetuju menerima memorandum ini dalam satu temujanji yang dibuat sehari awal sebelum kunjungan dibuat ,tetapi akhirnya terpaksa bergegas ke suatu mensyuarat lain 15 minit sebelum masa yabg dijanjikan.
Turut bersama dalam penyerahan memorandum tersebut adalah En. Mohd. zai Bin Mustafa, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia(MAKPEN)
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Pn. Normala Sudirman melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan KPM menukarkan guru secara zalim sejak sekian lama.Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka dengan cara zalim seperti ini.
Terkini ,tindakan menukarkan Cikgu Norizzat ,Pengerusi SGMM adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan menganiaya warga pendidik secara tidak profesional. NGO Pendidik optimis ,tindakan yang tidak bertamadun ini akan menyebabkan semakin ramai warga pendidik benci kepada kezaliman yang telah dikenakan dan akan bangkit membuat perubahan ke arah mengangkat maruah profesionalisme pendidikan serta halatuju pendidikan yang lebih terarah.
Beliau juga menggesa jika benar pertukaran tersebut bukan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia,maka batalkan surat pertukaran tersebut dan tarik semula arahan berpindah sekolah dalam tempoh 24 jam. Tindakan seperti ini dianggap sebagai 'menunjuk kuasa ' dan 'pentadbiran diktator' dalam sejarah pendidikan di Malaysia. KPPM jangan bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan Jabatan Pendidikan Negeri sewenang- wenangnya menzalimi warga pendidik.Ini penting untuk menjaga kredibiliti KPM seterusnya mengangkat martabat dan profesionalisme perguruan di Malaysia.
Isu pertukaran guru yang tidak mengikut prosedur adalah 'pembongkaran isu lama' dan 'hukuman mandatori' jika ada kalangan guru yang cuba bersuara dengan jujur untuk membetulkan kepincangan sistem pendidikan yang ada atau dianggap menyokong Pakatan Rakyat.
'Penjara organisasi ' yang menghalang guru bersuara ini akan merugikan masa depan pendidikan negara .Selama ini ,jika ada guru yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat juga ditukar secara zalimkerana dianggap 'melawan arus' walaupun berdedikasi dalam tugas.
Inilah dilemma warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat ' Yang Menurut Perintah' .
Yang lebih teruk lagi ,ada guru yang dipecat,ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan keluarga dan anak- anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun .
"Kami ingin memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak diperbetulkan ,tunggulah saat dimana warga pendidik dan rakyat Malaysia bangkit berarak turun ke jalanraya untuk menzahirkan protessecara besar- besaran. Ingatlah ,doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT .
Tangan yang menurunkan tandatangan surat pertukaran, surat pemecatan dan tahan gaji sebenarnya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti. Bukankah gaji yang diterima adalah untuk memberkatakan rezeki kita bagi menyara keluarga dan anak - anak ? Apakah dengan cara zalim seperti ini keberkatan akan diperolehi "
Kami juga mendesak agar disiasat siapa yang mengarah Pengarah Pelajaran Negeri untuk menukarkan seseorang guru. Apakah mereka menerima tekanan orang politik yang bertaraf menteri dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk arahkan mereka bertindak.?.
NGO Pendidik menyeru agar warga pendidik bangkit dalam 'menegakkan keadilan 'dengan penuh keberanian untuk 'merobohkan tembok kezaliman' yang membelenggu jiwa pendidik selama ini dan terus berani bersuara demi memartabatkan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Berani kerana benar !. Jangan biarkan minda dan jiwa warga pendidik dijajah dengan penjajahan alaf baru yang merugikan masa depan negara.
"BANGKIT PENDIDIK MEMIMPIN PERUBAHAN"
Salam hormat daripada :
Pn. Normala Sudirman ( Cikgu Mala).
Habis Madu Sepah Dibuang
Posted on Wednesday, April 16 @ 13:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KLIK
Sumber: manjongmari
Najib tidak jawab isu MH370, manipulasi kenyataan saya, kata Anwar
Posted on Wednesday, April 16 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi keluar kenyataan mampu selesaikan krisis MH370 dalam masa sesaat jika jadi perdana menteri. Gambar fail The Malaysian Insider.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.
Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.
"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.
Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.
"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.
Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.
"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya. - 16 April, 2014.
sumber
Kena ulang dengan niat qada
- Apr 03, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Saya terlambat solat Asar kerana sibuk bekerja. Ketika sedang solat pada rakaat pertama sewaktu membaca surah Fatihah, azan maghrib mula berkumandang. Adakah saya perlu berhenti dan solat semula dengan niat qada atau terus sahaja solat dan menukar niat qada?
Minta penjelasan Ustazah.
Jawapan:
Waktu penghujung asar dan hampir dengan maghrib di sebut waktu ‘Attahrim’ masa ini haram tunaikan solat. Dalam keadaan begini anda kena ulangi solat asar dengan niat qada walau bagaimanapun anda berdosa kerana melengahkan solat asar.
Perlu diingatkan melengahkan solat fardhu sehingga terlepas waktunya adalah hukumnya berdosa besar.
Apa perlu buat jika tertinggal tahiyat awal
- Apr 02, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Saya tertinggal tahiyat awal. Apa yang harus saya buat? adakah saya kena solat semula?
Jawapan:
Hukum tahiyat awal dalam solat ialah sunat ab’adh iaitu sunat yang dituntut. Tertinggal tahiyat awal tidak membatalkan solat ia hendaklah diganti dengan ‘Sujud Sahwi’. Kaedahnya setelah selesai tahiyat akhir hendaklah terus sujud sahwi dengan niat ‘sahaja aku sujud sahwi kerana tertinggal tahiyat awal’ sujud sahwi dilakukan sebagaimana sujud biasa ia itu sujud kemudian duduk antara dua sujud dan sujud sekali lagi, bangkit dari sujud terus bagi salam.
Bacaan dalam sujud sahwi ialah ’subhana man la yanamu wa la yashu’ bermaksud: Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Yang haram dikahwini
- Feb 07, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Boleh ustazah terangkan tentang haram sementara kerana ikatan perkahwinan, contohnya haram kahwin dengan ipar. Apakah lagi hukum yang berkaitan dengannya? Terima kasih.
Jawapan:
1. PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI UNTUK SEMENTARA KERANA IKATAN PERKAHWINAN
a.Iaitu adik-beradik isteri kita, sama ada adik-beradik seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
b.Adik beradik perempuan bapa mertua, sama ada saudara seibu sebapa, atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
c. Adik beradik perempuan ibu mertua, sama ada sudara seibu sebapa atau atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
2.wanita bukan Islam
3.Isteri orang
4.Wanita dalam iddah
5.Wanita yang sedang dalam ihram
6.Wanita yang dicerai talak tiga: Bekas suaminya tidak boleh menikahinya melainkan setelah ia berkahwin dengan lelaki lain dan suami barunya itu menceraikannya, barulah dia boleh dinikahi oleh bekas suami pertamanya.
Bolehkah melihat wanita menyusu anak di youtube?
- Feb 12, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Apakah hukum kita (wanita Islam) melihat perempuan menyusukan anak di you tube?
Jawapan:
Wanita Islam boleh melihat wanita lain menyusukan anak sama ada secara zahirnya atau di you tube. Menurut jumhur ulama aurat wanita Islam dengan wanita Islam lain ialah antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.
Mencintai isteri cara Rasulullah
- Feb 12, 2014
- .
1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.
Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menjahit dan menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.
Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.
Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah RA dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh baginda.
3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.
Contoh: Suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini,” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.
4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.
Contoh: Suatu ketika beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”
Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”
5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.
Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.
http://peribadirasulullah.wordpress.com/
Berhutang dengan anak
- Mar 17, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Assalamualaikum Ustazah. Saya nak bertanya apa hukumnya kalau ibu-bapa menggunakan Wang simpanan anak yg diberi oleh saudara mara untuk hal yang penting seperti bayar bil atau beli makanan. Keizinan telah diminta dan janji untuk dibayar balik. Tapi Masih belum berkesempatan
Jawapan:
Hukumnya adalah sebagai berhutang dan wajib bayar apabila mampu. Kecuali anak menghalalkan ibu bapa menggunakannya.
Susu ibu: Rahsia di sebalik saranan al-Quran
- Feb 13, 2014
- .
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kamu kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman : ayat 14 )
Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.
Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www . Icr.org/pubs/imp-259.htm)
Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini.
Air susu ibu mengandung zat-zat pemakanan penting iaitu:
Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.
Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.
Protein
Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.
Protein berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.
Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.
Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.
VITAMIN DAN MINERAL
Susu ibu mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. zat
pemakanan mikro penting itu antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.
- Vitamin
Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan mudah diserap.
- Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.
- Fluorin
Fluorin membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.
Untuk mereka yang bergelar ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara ekslusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun. Katakan tidak pada susu formula.
http://detikislam.blogspot.com/
Mana lebih utama, ibu atau isteri
- Mar 18, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
Soalan:
Benarkah suami mesti mengutamakan ibu dan bapanya berbanding ibu dan bapa mertua? Bagaimana pula dengan kedudukan isteri berbanding ibu dan bapanya? adakah begitu juga? Mohon penjelasan Ustazah.
Jawapan:
Hubungan anak lelaki tidak terputus walaupun sudah berkahwin.Sekiranya ibu bapanya miskin dan tidak berharta maka ia wajib membantu dan kewajipan memberi kasih sayang juga tidak terlepas daripadanya. Kerana redha Allah datang daripada redhanya ibu bapa. Walau bagaimanapun tanggungjawab memberi nafkah kepada keluarga sendiri tidak boleh di abaikan seperti nafkah anak-anak dan isteri seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran anak-anak dan sumber kesihatan (perbelanjaan untuk kesihatan)
Bagaimana mahu solat jika haid tidak teratur?
- Mar 29, 2014
- DR USTAZAH ASIAH ALI
SOALAN:
Pada kebiasaannya selepas tujuh hingga lapan hari darah haidh saya akan berhenti dan saya boleh solat kembali. Namun akhir-akhir ini darah haidh saya tidak teratur. Selepas hari kelapan darah haidh akan berhenti dan akan datang balik beberapa hari kemudian.
Dalam tempoh tersebut bolehkah saya mandi wajib dan beribadah seperti biasa? Adakah saya kena tunggu lebih daripada lapan hari baru boleh mandi wajib? Untuk pengetahuan ustazah usia saya sekarang 43 tahun dan tidak mengidap apa sakit.
Harap ustazah dapat memberi penjelasan
JAWAPAN:
Tempoh haidh paling pendek ialah satu hari satu malam atau 24 jam. Tempoh haidh paling lama ialah 15 hari 15 malam. Dalam kes puan ini haidh yang puan lalui akhir-akhir ini tidak konsisten, sekiranya puan lalui perkara yang sama ini sudah hampir tiga kali kedatangan haidh puan tidak boleh mandi dan beribadah seperti biasa, puan hendaklah tunggu haidh puan betul-betul kering barulah boleh mandi wajib dan beribadah seperti biasa. Walau bagaimanapun saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan doktor sakit puan agar mendapat khidmat nasihat dan rawatan.
Lima perkara yang sering dilupakan
- Apr 03, 2014
- RAJA NURUL AIN RAJA YACOB
“Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA PERKARA. Pertama: masa sihat sebelum sakit. Kedua: masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).: masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis ini adalah peringatan baginda Rasulullah SAW kepada manusia berhubung putaran hidup yang penuh cabaran dan berisiko tinggi. Kitaran masa yang tidak akan kembali menjengah sesudah singgah dalam kehidupan kita mengikut detik-detik sejarah yang kita lakari setelah dikurniakan 24 jam untuk dikendalikan dengan bijak dan berkesan.
Allah SWT memberi peringatan bagi menegaskan kepentingan masa yang menjadi hak untuk ditunaikan agar manusia tidak leka, lalai dan mengabaikan diri sendiri.
Bagaimana kita menerobos dengan kebijaksanaan akal untuk mengenderai LIMA PERKARA sebelum LIMA PERKARA di atas? Kita dijadikan Allah SWT sebagai makhluk manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua jenis makhluk yang lain hanya kerana manusia (Adam AS) sanggup menempatkan diri sesudah tawaran tersebut ditolak oleh makhluk-makhluk lain iaitu kedudukan yang mulia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.
Berbekalkan akal dan ilmu yang dikurniakan untuk meneroka, menyelidik, menggali dan memproses segala maklumat yang dicambahkan ke dalam naluri dan pemikiran manusia sehingga kekuasaan Allah SWT terserlah bersama kecanggihan wujudnya ketamadunan bangsa, kemajuan negara dan pembangunan teknologi. Nikmat kehidupan yang dikecapi secara kronologi sejarah perkembangan manusia mengikut zaman telah memberi perubahan yang besar untuk manusia menakluki dunia dan mengangkat martabat mereka sebagai makhluk intelek.
Dalam hal yang lain pula, dinyatakan oleh Rasulullah SAW bahawa pada suatu zaman akhir nanti, akan semakin banyak manusia yang tertambat hatinya kepada kehidupan dunia seperti dalam hadis berikut:
“Akan datang kepada umatku suatu zaman, iaitu mereka cinta kepada LIMA PERKARA dan lupa kepada LIMA PERKARA yang lain iaitu Cinta kepada Dunia dan Lupa kepada Akhirat. Cinta kepada Harta dan Lupa kepada Perhitungan. Cinta kepada Makhluk dan Lupa kepada Khaliq. Cinta kepada Dosa dan Lupa kepada Taubat dan; Cinta kepada Mahligai dan Lupa kepada Kubur.”
Semua ini hanya akan dapat dicapai apabila kita rebut LIMA PERKARA sebelum LIMA PERKARA. Selagi nafas berkesempatan menyedut segar udara yang dibekalkan buat seketika, peluang mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat terbentang luas. Berhati-hatilah dalam tiap langkah meniti kehidupan dunia yang sementara ini, sebelum rumah kata pergi, kubur kata mari.
Setiap fenomena yang berlaku di alam sarwajagat merupakan peringatan bagi kita yang lalai dan lupa tentang betapa pentingnya lima perkara sebelum lima perkara. Rebutlah segala peluang yang ada sebelum kekesalan membungkam diri akibat selalu lalai dan leka dengan apa yang telah dicapai dalam memenuhi kehendak dan keperluan hidup ini.
Insafilah segala peristiwa yang berlaku di sekeliling kita melalui fenonema yang bukan calang-calang hebatnya seperti sebaran penyakit moden yang luar biasa sifatnya, ribut taufan yang mengoncang bumi, deruan ombak yang menggunung tinggi dan pelbagai mehnah yang mengancam perpaduan manusia dari semasa ke semasa.
Membolak balikkan dunia adalah sangat mudah bagi Allah SWT. Allah menjadi saksi atas segala sesuatu yang berlaku. Mengapa masih ada dalam kalangan kita (manusia) yang tidak mahu mengambil iktibar daripada setiap kejadian yang disampaikan oleh Allah SWT di sekeliling mereka melalui tanda-tanda kebesaran-Nya?
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Fushilat: 53)
Oleh itu, mari kita insaf dan sedar diri bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, tiada ulangan lagi, walau kehidupan abadi menanti untuk kehidupan selama-lamanya. Sesiapa yang hidup hatinya pasti akan mengutamakan bekalan jalan ke akhiratnya. Oleh itu, janganlah mensia-siakan waktu hidup di dunia untuk menuju ke alam abadi di akhirat sana. Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datang LIMA PERKARA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan