Khamis, 24 April 2014

ALLAH BOLEH MENGHANCURKAN DUNIA DAN ALLAH BOLEH MENSEJAHTERAKAN DUNIA.....BOLEH MENYELAMATKAN DUNIA....ALLAH BUAT LEBIH DAHSYAT DARI GAMBAR YANG KITA DI BUKIT BINTANG....JANGAN FIKIR ALLAH TAK MELIHAT ATAU TAK TAHU KEJAHATAN YANG KITA BUAT...ALLAH TAHU....KITA YANG BODOH LAGI SOMBONG....TAK INGAT KEMATIAN....TAK INGAT ALAM KUBUR....LANGSUNG TAK PERGI MAJLIS PENGAJIAN...RASA DAH PANDAI SANGAT...KALAU PANDAI SANGAT AMBIK TULIAH MENGAJAR DISURAU2 ATAU MASJID2 BAGI FREE TAK PAYAH BAYAR...NI DAH BODOH BANYAK CAKAP...YANG TERUK SOLAT PUN TAK BUAT DAN KAKI MAKSIAT....CAKAP AGAMA KEMAIN PANDAI DAN BERAPI2....MEMANG PUN NERAKA ITU ADA API








Assalamualaikum ... pesanan tokguru ♥♥♥
KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.
Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.
Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat  bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

Bangsa Umno Dinasihatkan Untuk Tidak Membaca !!!
Posted on Wednesday, April 23 @ 22:03:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Tetapi jika Bangsa Umno nak jugak membaca itu NASIB lu orang lah beb, bukan apa gua KESIAN dengan lu orang yang Tak Habis-Habis dan Tak Sudah-Sudah DITEMPELAK seperti ORANG BODOH oleh MANTAN Ulul Amri Umno yang juga Penyokong Kuat Kassim Ahmad ANTI HADIS serta BAPAK kepada Tuan Punya MINUMAN KESIHATAN San Maguel... kah kah kah !.



Bukan nya SEKALI atau DUA KALI tetapi BERKALI-KALI Tun Mahathir Muhamad yang juga dikenali sebagai Mahathir A/L Muhamad Iskanadar KUTTY mengeluarkan Kenyataan seperti MENGHINA, MEMPERLEKEH serta juga seolah-olah MENJATUHKAN MARUAH Ahli Umno serta Parti Umno itu sendiri tanpa dapat DISANGKAL oleh Ahli dan Pemimpin Umno... kah kah kah !.


Antara Kenyataan-Kenyataan TERKENAL yang keluar dari Mulut Longkang Mahathir dan ianya seperti MELUMURKAN Najis Lembu NFC ke Lambang Umno yang bergambar KERIS TELANJANG itu ialah seperti "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno", "Umno Parti Korupsi", "Umno Sudah Busuk Sampai Keusus" dan banyak lagi... kah kah kah !.
Semua Kenyataan dari Mulut Longkang Mahathir itu lansung tidak DIBANTAH atau DINAFIKAN Kebenaran nya MALAHAN ada yang mengatakan yang ianya adalah Kata-Kata BERKIAS dari Mahathir, yang mana menunjukkan kata-kata "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" dengan sendiri nya DIAKUI oleh Ahli Umno Masa Kini... kah kah kah !.
Yang Terkini Kenyataan dari Mahathir ialah berbunyi "Semasa menjadi Pemimpin Saya JARANG Mendengar TEGURAN BERNAS dari Kawan melainkan daripada MUSUH dan PARTI LAWAN, Saya dapati TEGURAN PIHAK KETIGA dan Pihak TIDAK BERKEPENTINGAN biasanya lebih IKLAS dan perlu DITIMBANGKAN secara SERIUS'... kah kah kah !.
Kepada Bangsa Umno yang Membaca jugak walaupun sudah gua MENASIHATI supaya jangan Membaca, gua ingin Bertanya dengan lu orang. Rasa-rasa lu orang Kenyataan dari Mahathir ini BENAR atau BERKIAS, Berkias seperti "sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" dan yang Benar seperti "Kalau Hendak Makan SUP TANGAN Datang Lah Ke Negeri Kelantan"... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... sebab itu ada pepatah baru yang berbunyi "bodoh macam umno" bagi mengantikan pepatah lama yang berbunyi "bodoh macam lembu nfc"... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, April 23 @ 22:03:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Anggota Parlimen Batu, Tian Chua yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika berucap dalam ceramah di Pantai Dalam di sini, Ahad lepas.
  
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata siasatan dilakukan menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948, Seksyen 124C Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
  
"Ucapan Tian Chua kira-kira pukul 9 malam itu seolah-olah menjatuhkan sistem perlembagaan negara ini dan kita masih siasat apa motif sebenar ucapan itu," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
  
Mengulas rancangan pihak tertentu menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 Mei ini, Khairi berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang notis memaklumkan penganjuran perhimpunan itu.
  
"Pihak penganjur telah membuat pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad namun mereka (penganjur) masih belum mengemukakan notis.
  
Beliau berkata berdasarkan undang-undang, penganjur perlu menghantar notis 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan. - Bernama

 Jalan Bukit Bintang Tutup
Posted on Wednesday, April 23 @ 21:37:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Ini dipanggil sinkhole at cavity of lime stone formation. Perkara ini boleh berlaku kerana Bukit Bintang terletak antara Kenny Hill formation dengan Lime stone formation di KL.






Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/


 Catuan dihentikan bila air di Empangan Sungai Selangor meningkat 42%
Posted on Thursday, April 24 @ 06:47:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kerajaan negeri Selangor sedia menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42%, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini.
Beliau berkata setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97% dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.


Katanya, walaupun empangan lain terus menunjukkan peningkatan melebihi paras 50% namun empangan ini hanya membekalkan sebahagian kecil air kepada pengguna.

Empangan Sungai Selangor membekalkan kira-kira 60% keperluan pengguna di Lembah Klang.
"Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air," kata Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam.

Sehubungan itu, beliau berkata exco negeri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari kolam bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
Katanya, sembilan buah pam berkeupayaan tinggi akan disediakan bagi mempastikan kerja-kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
Beliau berkata infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal.
Ini sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara Mei sehingga September ini, kata beliau.
"Kerja mengepam itu telah dimulakan sejak tiga hari lalu, melibatkan sembilan daripada lebih 26 bekas lombong bijih timah yang ada di negeri ini," kata Khalid.
Menurutnya, pam berkapasiti tinggi itu mampu mengepam air sebanyak 50 juta liter sehari.
"Jadi pengguna tidak perlu bimbang bila tiba musim kering nanti kerana kita sudah ada perancangan untuk enam bulan seterusnya.
"Kita berharap rakyat terus bersabar dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah ini termasuk usaha kita membuat persiapan awal...menghadapi musim kering," katanya.
Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang akhbar setiap dua hari sekali bermula Jumaat ini bagi memaklumkan perkembangan semasa bekalan air mentah.
Sidang akhbar itu akan dikendali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi; Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen); dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas). – Bernama, 23 April, 2014.

KUALA LUMPUR: Biarpun perkara berkaitan Islam sudah difahami sebilangan besar ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), perkara berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II perlu diperjelaskan secara terperinci kepada mereka.

Ini kerana, Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukuman hudud masih belum difahami secara jelas oleh kebanyakan ahli DHPP.

Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan PAS Pusat melalui Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) bagi memastikan penerangan mengenai hudud itu betul-betul disampaikan daripada mereka yang pakar mengenainya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata tanggungjawab tersebut perlu dilakukan segera bagi menjawab segala persoalan yang timbul berkaitan hudud di kalangan DHPP sendiri.

"Saya difahamkan usaha ke arah penerangan berkaitan hudud itu sedang dilakukan. Cuma, saya harap jika diadakan taklimat sedemikian, panggil sekali DHPP dan ahli-ahlinya bagi memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam," tegas beliau.

Bercakap kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini, Mujahid berkata adalah lebih baik jika siri penerangan itu dilakukan antara DUPP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

"LPN tidak banyak terlibat dengan siri penerangan hudud ini kerana PAS ada pasukan sendiri berkaitan hudud, yang diketuai DUPP sendiri. Tetapi, LPN tiada halangan untuk membantu di mana yang perlu jika diperlukan oleh PAS Pusat dalam usaha memudahkan lagi urusan tersebut," kata beliau.

Sebelum ini, Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee mengatakan kebanyakan ahli DHPP sendiri tidak jelas dan faham berkaitan hukum hudud ini, selain beranggapan hukum tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian.

Justeru, kebimbangan itu kata Vincent membataskan usaha PAS Pusat dan DHPP untuk memberikan penerangan kepada masyarakat bukan Islam berkaitan hukum hudud apabila ahli DHPP sendiri tidak memahaminya.

Ekoran kebimbangan tersebut, Vincent menggesa PAS Pusat segera mengadakan pertemuan dengan DHPP dan ahli-ahlinya untuk diberi penerangan secara terperinci agar memudahkan usaha penerangan kepada golongan bukan Islam.

Vincent yang menyatakan sokongan terhadap hukum hudud itu juga menyatakan kesediaan DHPP untuk terus menjadi jambatan di antara PAS dengan golongan bukan Islam berhubung hukum hudud, sesuai dengan peranan yang diberikan PAS sejak tertubuhnya DHPP.


 Hudud: Adakah PAS akan alami nasib yang sama dengan Sultan Brunei??
Posted on Wednesday, April 23 @ 21:19:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Laporan Sinar Harian semalam 22 April 2014 menyuebut golongan LGBT memboikot sebuah hotel milikan Sultan Brunei kerana Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual. Pada masa yang sama PBB memberi pengumuman bahawa kod hukuman terbaharu Brunei dikatakan telah melanggar hak asasi manusia.

Tekanan demi tekan dikenakan atas hasrat dan cita-cita murni ini. Sebelum itu Sultan Brunei juga mengalami masalah yang sama dalam negara sendiri semasa arahan undang-undang Islam untuk dilaksanakan dimana ada individu Islam yang tidak bersedia ke arah pelaksanaan ini.

Kerajaan negeri PAS Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.


Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu 2 April 2014 lalu sebagai menyahut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia bersama membantu jika kerajaan negeri Kelantan bersedia melaksanakan undang-undang berkenaan.

Atas peluang yang diberikan ini PAS mengambil kesempatan untuk membentangkannya di Parlimen. Langkah ini mendapat pandangan yang bertentang sebahagian daripada ahli PAS sendiri yang melihat PAS sepatutnya melakukan referendum rakyat Kelantan untuk melihat sokongan.

Istilah terburu-buru dalam hal ini telah dimainkan, seolah-olah PAS Kelantan terburu-buru dalam tindakannya kerana cabaran daripada UMNO.

Ada juga yang menyebut in adalah perangkap UMNO untuk memecah belah Pakatan Rakyat. Saya tak berhasrat untuk tulis panjang kerana saya telah ulas di sini (sila baca).


Manakah PAS menjadi sukar dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS apabila ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani membuat kenyataan tidak bijak dan kenyataan ini telah dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Saya juga tak nak ulas panjang pasal Dr Rosli Alani, dia ini pernah ada kes dalam kenyataannya terhadap Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi suatu masa dulu.

Seperti kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw sebagai ahli penyokong kelab PAS memang mereka akan dilema dalam hal ini. Tanggungjawab penerangan kepada bukan Islam tidak boleh dibebankan ke atas mereka, malah mereka sendiri sepatutnya diberikan lagi penerangan yang lebih jelas.

Sepatutnya PAS ambil peluang untuk menjelaskan kerana ini adalah satu-satunya peluang terbaik PAS untuk bukan Islam.

Kesungguhan untuk melaksanakan hukum hudud dalam PAS sendiri sebenar tak terserlah. Dulu di Terengganu berapa ramai bijak pandai undang-undang seolah sambil lewa dalam hal ini. Hanya yang berpendidikan skular Hj Wan Mutalib sahaja yang beriya-iya dengan bekas Pesuruhjaya PAS sekarang hingga akhirnya mereka terjumpa ada undang-undang Islam lebih awal daripada undang-undang tubuh negeri Terengganu yang ada sekarang sehingga pewartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu. Undang-undang ini dibentang oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan diluluskan didalam sidang tersebut pada 7 Julai 2002.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini adalah ekoran janji PAS pada pilihan raya 1990. Tapi malangnya Tun Mahathir membuat ugutan dalam perlaksanaan hukum hudud ini.

Selepas itu PAS Kelantan seolah-olah mendapat 'lesen' tak payah bersungguh-sungguh atau mencari iktiar kerana Tun Mahathir menghalang. Ayat bukan Karpal Singh menghalang tapi Mahathir menjadi alasan untuk hal ini.


Saya masih ingat bagaimana seorang peguam yang membantu Ahmad Lutfi Othman dalam penulisan bukunya berkaitan pemecatan Tun Salleh Abas, berjudul "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran" (Penerbitan Pemuda, 1989) telah bercakap pada Jawatankuasa PAS Pusat semasa AlMarhum Ustaz Fadhil Noor Presiden masa itu adakah PAS nak lawan perlembangan atau nak ikut perlembangan dalam undang-undang hudud... tidak ada kata putus PAS pada masa itu.

Saya cerita semua ini, sekadar nak maklumkan kita (PAS) macam selesa selepas kita memang dan jadi YB yang bertugas untuk rakyat. Kita tak fikir kita akan dipersoalkan oleh ALlah dengan apa yang kita janji.

Semasa kita berkuasa di Kelantan, kita mungkin lalai.. jika kuasa itu ditarik apa kita nak jawab kepada Allah. Misalnya di Perak, kita diberi kuasa, kita buat perjanjian Pangkor II?? Apakah alasan kita?

Itu dari dalam PAS, manakala pada Pakatan Rakyat sendiri PAS juga menghadapi laluan sukar dengan DAP yang boleh dikatakan 100% tidak akan bersetuju. Kita rasa kita tak kisah kerana kita tak pernah mengharap daripada DAP. Jika ada pun kira bonus.

Kita juga menghadapi masalah yang besar dengan PKR termasuk Islamik PKR sendiri. Pimpinan PKR yang Islam bercakap semacam senada dengan orang kafir! Saya rasa yang ini saya akan ulas dalam artikel lain... nanti panjang pula.
Daripada luar Pakatan Rakyat, BN khususnya. UMNO adalah tongak BN sebagaima kata Presiden PAS dia kata dia bersetuju, dalam hati itu urusan Allah. Manakala komponennya sama juga dengan DAP kita mungkin tidak mengharap..
Belum lagi dibentang kita sudah lihat alunan ombak dan geloranya...



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Setiausaha kantoi perah susu badan untuk kopi bosnya

susuSeorang Setiausaha pejabat akhirnya dibuang kerja oleh majikannya gara-gara “kantoi” menyediakan kopi menggunakan susu “semulajadi”. Perbuatan setiausaha ini berjaya dirakam melalui CCTV yang diletakkan di penjuru ruang pantry pejabat tersebut.


Tiada ulasan: