Selasa, 1 April 2014

AGAK2LAH

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan dan pihak berkuasa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang dikaitkan dalam insiden kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac lalu.

Beliau merujuk kepada laporan New York Times, yang mana Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu.

Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasat selepas FBI meneliti cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.

"Kita harap kerajaan segera memberi penjelasan bagi memulihkan nama Zaharie yang telah dikaitkan dengan insiden tersebut.

"Ini amat penting bagi memulihkan maruah juruterbang itu dan juga keluarga beliau dari tanggapan negetif masyarakat umum dan antarabangsa," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga meminta Ketua Polis Negara segera membuat penafian bahawa wujud penglibatan Zaharie di dalam inseden kehilangan MH370.

"Sebelum ini kita lihat pihak polis dengan pantas menyerbu rumah milik juruterbang dan merampas simulator sehinggakan pelbagai tomahan negetif timbul.

"Dengan penjelasan FBI, Ketua Polis Negara pelu segera membuat penafian dan ia tidak lagi boleh ditangguh lagi," sambung beliau.
KUALA LUMPUR: Status perkahwinan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim akan diketahui pada 12 Jun ini selepas jawatankuasa pendamai membuat laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.
  
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.
  
Ab Malek menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika kes itu disebut hari ini, dihadiri Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong mewakili Raja Ahmad Shahrir.
  
Ketika ditemui pemberita, Zulkifli berkata mahkamah juga memerintahkan Nurul Izzah dan suaminya mengemukakan senarai nama dan calon jawatankuasa pendamai itu pada 17 April ini.
  
Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
  
Sementara itu, Nurul Izzah ketika dihampiri pihak media enggan mengulas lanjut kes perceraiannya dan sambil tersenyum, berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi kami."
  
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
  
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
  
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. - Bernama
SAYA tertarik untuk mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Saya melihat kenyataan Asyraf hanyalah bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.
Menggesa PAS untuk membawa deraf hudud ke Parlimen membuktikan Asyraf hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. Sedarkah beliau bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian (private bill) perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul.
Ia berbeza dengan Menteri yang hanya memerlukan sehari sahaja untuk proses memohon keizinan membentangkan rang undang-undang. Ini jelas menunjukkan bahawa Umno selaku parti tunjang kerajaan lebih berkuasa untuk membentangkan deraf undang-undang hudud atau sekurang-kurangnya pindaan perlembagaan bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah di negeri-negeri diperluaskan.
kurang nilai Islam
Adakah ahli Majlis Tertinggi Umno ini mengakui bahawa Umno 'kurang nilai Islamnya' berbanding PAS sehingga walaupun mempunyai kerusi parlimen empat kali ganda melebihi PAS, Umno mewakilkan kepada PAS untuk membawa deraf hudud ke parlimen?
Adakah hudud hanya menjadi kewajipan PAS sahaja dan tidak Umno? Bukankah Umno juga parti yang dianggotai orang Islam?
Tahukah Asyraf bahawa pada 25 Mac 1988, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (sekarang Presiden PAS) pernah mengemukakan usul membincangkan gejala murtad di Parlimen, tetapi usul itu ditolak daripada dibincang.
Selepas itu, sekali lagi pada 2 November 1999, beliau juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
Pada Mac 2006 pula, Salahuddin Ayub (pada masa itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.  Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.
Justeru, apa jaminan apabila PAS mengemukakan rang undang-undang hudud, ia tidak akan ditolak? Dan tidakkah lebih terjamin sekiranya ia dikemukakan oleh pihak yang berkuasa sekarang, iaitu Umno?
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengulangi gesaan kepada kerajaan negeri Kelantan agar mempercepatkan pewartaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Pewartaan ini sangat penting sebagai menandakan langkah ke depan di dalam pelaksanaan hudud.
Saya sangat yakin komitmen yang tidak berbelah bahagi Kerajaan Kelantan di dalam pelaksanaan undang-undang ini.  Justeru, ahli-ahli parlimen PAS juga khususnya perlu digerakkan untuk membawa sekurang-kurangnya satu usul pindaan perlembagaan secepat mungkin bagi memberikan laluan ke arah pelaksanaan undang-undang ini khususnya di Kelantan.
Sesungguhnya langkah seribu bermula dengan langkah pertama. Namun, bagaimana mahu melangkah seribu jika berhenti selepas beberapa tapak melangkah?
__________________
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said digesa menjelaskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada tahun 2009.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, peruntukan membaik pulih stadium itu terlalu besar dan dengan peruntukan itu kerajaan mampu membina sebuah lagi stadium.

Katanya, runtuhan pertama dan kedua pada 2013 telah mengakibatkan RM40 juta peralatan elektrik termasuk generator telah dicuri walaupun stadium 24 jam dikawal oleh kakitangan keselamatan.

"Kenapa kos asal kedua dan bumbung runtuh berharga RM34 juta tetapi harga membaik pulih akan memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta?

"Adakah ini termasuk kos mengganti barang-barang letrik, lampu, generator yang telah dicuri dan juga harga kos membaiki padang bola dan trek larian yang tidak dijaga?"soal beliau dalam sidang media hari ini.

11 Februari lalu kerajaan negeri Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih stadium terbabit.

Dariada kenyataan itu, Raja Bahrin percaya jumlah peruntukan membaik pulih mungkin jauh lebih tinggi dari anggaran yang disebut iaitu antara RM150 juta hingga RM200 juta.

"Nampaknya dalam gesaan Pakatan Rakyat agar kerajaan berjimat dan bijaksana menguruskan perbelanjaan, kerajaan  masih membenarkan pembaziran berlaku,"katanya.

Sehingga hari ini, katanya kerajaan Terengganu masih berdiam diri untuk memberi maklum balas berhubung kontroversi stadium runtuh yang akan menerima peruntukan ratusan juta untuk baik pulih.
KANGAR: Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat melahirkan rasa sedih di atas kematian  pengasas dan pengarah Tenaganita Irene Fernandez pada 31 Mac lalu.

Dalam kenyataannya, Pengerusi Lajnah, Mohd Anuar Tahir (gambar) berkata pemergian mendiang Irene yang juga mesra dengan panggilan 'Kakak Irene' adalah satu kehilangan besar kepada perjuangan hak asasi manusia, pengembalian demokrasi tulen dan perjuangan hak-hak pekerja di dalam negara ini.

"Irene yang saya kenali sejak dari awal tahun 1970-an sentiasa konsisten dalam perjuangannya termasuk sejak beliau menganggotai Majlis Belia Malaysia pada awal tahun 1970-an lagi.

"Irene adalah pejuang NGO yang berani dan terbukti sanggup melalui pelbagai tekanan dan kesengsaraan terutamanya dalam memperjuangkan nasib para pekerja tanpa mengira gender, ras, keturunan atau kepercayaan.

"Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga dan sahabat handai Irene di atas pemergian beliau," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam perutusan takziahnya menyifatkan perjuangan menegakkan keadilan dan menumpaskan kezaliman sesama manusia oleh mendiang Dr Irene Fernandez akan dikenang dan diteruskan.

Menurutnya, Irene ialah seorang aktivis gigih yang telah melalui berbagai proses ujian dan pengalaman dalam usahanya menegakkan hak keinsanan dan keadilan untuk semua khususnya dalam membela nasib wanita, pekerja ladang, aktivisme antipemerdagangan manusia dan mempertahankan hak wanita mangsa penderaan fizikal dan seksual.

"Pertembungan beliau dengan status quo dan mereka yang berkuasa bukanlah perkara yang asing, sehingga pernah ditahan di bawah ISA. 

"Di awal perjuangannya telah melaksanakan berbagai usaha advokasi, perlindungan dan pendakwaan untuk memberdaya rakyat ke arah menjadi asertif terhadap hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. 

"Usaha-usaha beliau juga dihargai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Menurut Rodziah (gambar), mendiang Irene tidak jemu mendidik lapisan baru aktivis untuk memiliki pengetahun dalam berbagai isu seperti perundangan, keganasan, perlindungan mangsa keganasan, strategi advokasi dan mekanismenya, kepekaan gender dan hak-hak pekerja rakyat Malaysia dan migran dalam bidang pekerjaan formal dan informal.

"Malaysia dan dunia telah kehilangan satu suara yang lantang dan tegas menentang pencabulan hak mereka yang lemah dan dieksploitasi.   Tetapi mendiang Irene Fernandez telah meninggalkan warisan lelaki dan wanita seperti beliau yang juga lantang dan tegas terhadap sebarang bentuk kezaliman.

"Irene Fernandez akan dikenang kerana jasanya kepada umat manusia," ujarnya.
10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor
Posted on Tuesday, April 01 @ 19:52:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S.

Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record).

Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:




















sumber

Tiada ulasan: