Hudud: PAS sedia terima keputusan undian di Parlimen
- Apr 27, 2014
- HARAKAHDAILY
Justeru, Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyatakan demikian dalam satu kenyatan hari ini, sebagaimana di bawah.
Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Kelantan berhubung keputusan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian (private member’s bill) bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 atau undang-undang hudud dikuatkuasakan di Kelantan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan, sama ada pro atau kontra.
Sebagai sebuah parti yang sejak dari awal penubuhannya bergerak di atas landasan demokrasi, PAS menghormati dan mengalu-mengalukan apa jua pandangan dan kritikan yang diberikan.
Dalam hal ini, PAS juga ingin menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan penjelasan atau memberikan kritikan, teguran atau pandangan terhadap rang undang-rang undang yang ingin dibentangkan dan juga terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (hudud) yang ingin dikuatkuasakan.
Meskipun undang-undang hudud adalah undang-undang Allah yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis, namun lantaran penguatkuasaannya dilaksanakan oleh manusia, PAS akur bahawa sudah tentu terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki, baik dari aspek undang-undang substantif mahupun dari aspek prosedural.
Dalam masa yang sama, PAS juga menyeru kepada pihak-pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.
PAS berulangkali menegaskan bahawa apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ianya tidak akan dipaksakan ke atas rakyat atau di laksanakan secara ‘pintu belakang’ melalui cara-cara yang di luar dari kaedah Perlembagaan dan undang-undang.
Jika sekiranya ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan.
Jika dilihat dalam konteks penguatkuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 ini, PAS sebenarnya mempunyai pilihan untuk terus menguatkuasakan Enakmen tersebut di Kelantan oleh kerana Enakmen ini telah diluluskan melalui proses perundangan yang sewajarnya di dalam Dun Kelantan lebih 20 tahun yang lalu. Apatah lagi ianya hanya terpakai di Kelantan untuk orang Islam sahaja.
Bahkan terdapat pakar undang-undang seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpandangan bahawa undang-undang hudud yang diluluskan ini adalah berada di dalam bidang kuasa negeri sebagaimana Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu ianya tidak menceroboh bidang kuasa Persekutuan dan tidak tidak timbul keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Namun, PAS menyedari bahawa amat perlu suatu langkah yang besar ini mendapat legitimasi demokrasi melangkaui badan perundangan negeri Kelantan di samping untuk memberi peluang kepada ruang perbahasan nasional yang melibatkan semua pihak di dalam negara ini.
Oleh kerana itu, PAS memilih untuk membentangkan rang undang-undang di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar Parlimen sendiri memberikan kebenaran kepada Dun Kelantan untuk melulus dan seterusnya melaksanakan Enakmen hudud tersebut.
Fakta ini sewajarnya direnungkan dan tidak disembunyikan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang demokrasi tetapi begitu bersungguh untuk menghalang PAS dari membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.
PAS juga menghormati ketetapan yang dibuat oleh parti dalam kompenan Barisan Nasional dan rakan komponen dalam Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan undang-undang hudud ini atas alasan ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sejak awal penubuhan Pakatan Rakyat, PAS sedia maklum pendirian Rakan rakan pakatan rakyat tentang hudud dan Rakan rakan pakatan rakyat juga telah sedia tahu bahawa hudud adalah antara perincian kepada agenda perjuangaan Islam PAS yang mustahil untuk dikompromikan.
Namun, kerjasama yang dibina adalah berteraskan kepada agenda-agenda yang dipersetujui bersama yang bilangannya jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan agenda tunggal hudud (Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993) yang merupakan agenda PAS secara solo yang diperjuangkan PAS jauh lebih awal sebelum pembentukan kerjasama politik di dalam Pakatan Rakyat.
Oleh kerana itu, PAS tidak mempunyai sebab untuk memusuhi rakan-rakan Pakatan Rakyat sekiranya Mereka tidak bersetuju dengan PAS dalam soal hudud ini dan Mereka berhak untuk tidak menyokong rang undang-undang yang akan PAS bawa di Parlimen kelak.
Perbezaan dalam soal hudud dengan rakan Pakatan Rakyat adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan komitmen dan iltizam Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan negara.
Justeru, kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam soal hudud ini namun ianya tidak akan sesekali memecahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang membawa amanah yang diberikan oleh rakyat.
Akhir sekali, PAS masih tertanya apakah sebenarnya pendirian Umno terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (undang-undang hudud) peringkat awal dulu mereka begitu bersungguh mencabar PAS dan menyatakan sokongan padu sekiranya PAS membawa perkara ini (rang undang undang) ke Parlimen.
Tetapi hipokrasi Umno terserlah apabila Kerajaan Terengganu di bawah Umno menyekat usaha PAS untuk membawa usul perlaksanaan undang-undang hudud di Dun Terengganu baru-baru ini. Inilah sikap sebenar Umno terhadap Islam yang hanya menjadikan agama sebagai alat politik dan juga bahan untuk melagakan seteru politik mereka.
Dalam hal rang-rang undang-undang yang ingin dibawa PAS di Parlimen ini, Presiden Umno wajar menyatakan pendirian dan sikap sebenar dengan ikhlas dan berhenti dari berdolak dalik.
PAS bersedia memberi laluan kepada kerajaan untuk membawa cadangan pindaan undang undang untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 secara demokratik dan sedia menerima apa pun keputusan undian di Parlimen. - HARAKAHDAILY 27/4/2014
Minum Arak mabuk tak apa asal jangan berzina! Istilah MAKSIAT baru perempuan MELAYU sekarang!
Posted on Sunday, April 27 @ 19:04:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Wanita Melayu sekarang boleh posting di facebook memberitahu dia sekadar mabuk dalam hotel bersama lelaki untuk menyambut harijadi tak lebih daripada itu. Dalam tulisannya dia tak buat maksiat dan marah orang kata dia sudah rosak (berzina).
Bangga dengan arak dan anggap arak bukan maksiat itu yang boleh dikatakan daripada posting yang dibuat.
Apa nak jadi dengan anak gadis Islam sekarang susah untuk dikatakan. Mereka seoalah-olah sudah tidak ada nilai agama dan moral.
Dimana mak bapak dia orang?
Gejala maksiat dan kehidupan soaial yang terlampau jika tak dibendung sudah pasti akan menjadi kudis gatal yang akan membinasakan genarasi akan dating. Islam akan terasing dibumi umat Islam dan maksiat akan menjadi suatu kebiasaan. Ulama dan pemerintah sudah lari daripada tanggungjawab sekadar mengejar keduniaan.
Kita akan terasing bila kita nak Islam...
TEMPAYAN RETAKhttp://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)
3 pelajar UIA kritikal selepas bas terjunam
- Apr 27, 2014
- BERNAMA
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan.
Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur ASP Mohd Fadhli Daud berkata kesemua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempatan dan dipercayai dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk program ukhwah Kelab Student Facilitating Front (STUFF) UIAM.
"Kesemua pelajar yang kritikal berusia antara 21 dan 22 tahun dihantar bersama 26 yang lain ke Hospital Sungai Buloh, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi iaitu pemandu bas dirawat di Klinik UIAM Gombak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Fadhli berkata sebelum kejadian pemandu bas berusia 39 tahun ada mengadu kurang sihat namun polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Che Ku Mohd Azizan memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mengerahkan empat jentera bersama 16 anggota ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, ada antara mereka terperangkap di celah kerusi namun kesemuanya berjaya dibawa keluar kurang sejam kemudian," katanya.
Seorang pelajar Mohd Farhan Affendi Yunos, 21, berkata dia sedang berbual-bual bersama rakannya ketika kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba tergelincir ke tepi jalan lalu terbabas.
"Saya ingatkan tidak apa-apa akan berlaku namun sangkaan saya meleset apabila bas itu kemudian terjunam pula ke takungan air di tapak pembesaran jalan itu," katanya.
Mohd Farhan berkata rakan di sebelahnya cedera di muka apabila terkena tingkap bas sewaktu bas terbalik manakala dia hanya cedera di kaki akibat terhimpit di antara rakannya dan kerusi bas. - Bernama
Hudud: Najib ketepikan sokongan Jamil Khir
- Apr 26, 2014
- ASLANI M
Malah ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen dengan memberi gambaran awal Umno bersedia menyokong enakmen berkenaan, dijawab pula Datuk Seri Najib Razak perundangan syariah tersebut belum sesuai lagi dilaksanakan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, mungkinkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika membuat ucapan di parlimen hanya sekadar syok dengan ucapannya sendiri tanpa merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu.
Katanya, kalau diteliti video ucapan menteri terbabit seolah-olah dengan jelas Umno akan menyokong enakmen tersebut apabila dibawa ke parlimen.
“Namun sekarang ucapan itu seperti disanggah Perdana Menteri apabila membayangkan belum sampai masalah hudud dilaksanakan, biar pun menurutnya Umno tidak pernah menolak hudud.
“Belum apa-apa lagi sudah wujud pertentangan antara pemimpin Umno. Mungkinkah ketika berucap di parlimen menteri sekadar mengikut rentak selepas diasak anggota parlimen Pakatan Rakyat,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Buluh Kubu di sini malam tadi.
Ketika berucap di parlimen sebelum ini Jamil Khir membayangkan Umno akan menyokong enakmen tersebut untuk membolehkan dilaksanakan di Kelantan.
Beliau juga berkata, kelazimannya usul persendirian dibenarkan dibawa selepas selesai segala urusan berkaitan kerajaan, iaitu ketika persidangan parlimen berada di penghujung.
Katanya, usul tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan menteri sebelum dapat dibentangkan.
Husam juga berkata, pelaksanaan perundangan syariah diusahakan di Kelantan bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang semakin berleluasa sekarang.
“Biarlah Kelantan menjadi model pelaksanaan perundangan tersebut. Usaha itu dilakukan bukan bertujuan hendak bertembung dengan mana-mana pihak termasuk rakan—rakan dalam Pakatan Rakyat.
“Oleh itu saya meminta semua pihak lebih matang. Sekarang rakyat mahu melihat siapa yang akan menyokong atau menentang pelaksanaan perundangan Islam.
“Bukan lagi soal boleh laksana atau tidak. Isu tersebut menjadi celaru kerana media massa tidak memainkan peranan bagi menjelaskan lagi tuntutan agama tersebut bagi membolehkan rakyat memahami,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Jangan Ketawa: Umno bukan penghalang hudud PAS, tapi DAP dan PKR, kata Utusan
Posted on Sunday, April 27 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Umno bukan lagi halangan untuk PAS melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah dari rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Menurut kolumnis Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini, persoalan sekarang adakah PAS akan tunduk kepada tuntutan DAP dan PKR untuk menggugurkan rancangan mereka.
"Perkembangan isu hudud makin panas. Terbaharu, dilaporkan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan PAS sudah mengambil langkah susulan untuk meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan biarpun mendapat bantahan sekutu PR, iaitu DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam akhbar itu hari ini
"Ini menjadikan kesemua komponen utama dalam PAS termasuk Dewan Ulama sudah bertekad tidak mahu berganjak," katanya.
Rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa pembentangan hudud ke Parlimen ditentang keras sekutu mereka, malah, setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS meninggalkan PR jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud.
"Wow, PAS yang banyak berkorban kepada pakatan mahu dihalau begitu sahaja.
"Murahnya nilai PAS, seolah-olah tiada ruginya tanpa parti itu," kata Awang Selamat.
Awang Selamat bagaimanapun berkata, beliau yakin PAS tidak akan tunduk dengan desakan PKR dan DAP.
"Kini halangan PAS, bukan lagi Umno sebaliknya parti sekutu.
"Persoalannya, apakah PAS akan tunduk beralah kepada DAP dan PKR? Awang bersimpati dengan PAS tetapi yakin parti itu tidak akan menjadi dayus mengikut telunjuk DAP, yang selama ini memudaratkan kepentingan Islam," katanya.
Awang Selamat berkata, isu hudud PAS itu bakal membuka lembaran politik baru meskipun ia menguji pemuafakatan dalam PR.
"Kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS, bangkitlah bersatu sampaikan mesej bahawa parti itu masih ada harga diri," katanya.-tmi
sumber
Hudud: PAS sedia jumpa dengan semua pihak
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA BAHARU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dalam memberi penjelasan berhubung perlaksanaan hudud.
Menurut Presiden PAS itu, perbincangan dengan semua pihak itu perlu supaya setiap orang memahami dengan tepat bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, itu akan diaplikasi di negeri ini.
Bagaimanapun menurut beliau, terserah keada pihak terbabit untuk menentukan masa dan tempat perbincangan tersebut.
"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak.
"(Soal tarikh) itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan," katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini,malam tadi.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Sebelum ini, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan muzakarah antara PAS dan Umno diadakan bagi menjelaskan hasrat melaksanakan hukum Islam itu supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.
Muzakarah atas isu perlaksanaan hukum syariah ini pernah dilontar oleh Ustaz Hadi sendiri ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada 24 November tahun lalu.
Dalam ucapan itu beliau berkata, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.
"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau ketika itu.
Beliau juga menegaskan bahawa PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.
Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.
"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau.
Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.
"Kalau Umno ikut, mereka akan tersangkut. Sebab itu bukan ideologi perjuangan mereka," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Hudud: Pakar perubatan muslim sedia bantu
- Apr 26, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Prof Mohd Hasmizi Yunus berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan khususnya dari sudut kaedah atau teknikal terbaik bagi membantu memastikan perlaksanaan hukuman itu berjalan lancar.
"Pakar adalah sebuah NGO Islam, dengan ini memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan kanun jenayah syariah II yang telah diluluskan pada tahun 1993.
"Pakar akan bersedia memberi nasihat teknikal jika perlu bagi memastikan perlaksanaan hukum tersebut lancar dan boleh memberi pencegahan kepada masyarakat umum," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam aspek perlaksanaan hukuman potong tangan pencuri yang telah sabit kesalahannya, Pakar kata beliau boleh bekerjasama memastikan bahawa hukum itu dijalankan sebaik mungkin dengan kepakaran yang ada.
Ia bertujuan untuk membantu menjaga hikmah disebalik hukuman dan tidak menyiksa pesalah, kata beliau.
Sebagai memenuhi tuntutan mentaati ajaran Islam, Pakar juga katanya akan meneliti cadangan mendapatkan bantuan doktor bedah untuk memberikan garis panduan yang selamat di dalam melaksanakan hukuman ini, agar ianya tidak bercanggah dengan etika dan profesionalisma kedoktoran serta selari dengan perlembagaan negara.
"Pakar menyedari bahawa tugas utama doktor selaku perawat kesihatan adalah memberi rawatan secara profesional kepada semua pesakit tanpa mengira warna kulit, agama atau status peribadi mereka," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menyeru orang bukan Islam agar tidak bimbang kerana undang-undang syariah Islam ini hanya dikenakan ke atas orang Islam, manaka bukan Islam diberi pilihan tanpa paksaan.
Mereka juga menyeru rakan-rakan daripada organisasi bukan Islam agar tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing sesuai dengan kehendak perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam perkara 3 dan 4. - HARAKAHDAILY 26/4/2014
Hudud: Rakyat Kelantan solat hajat dan munajat
- Apr 27, 2014
- HARAKAHDAILY
KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan dengan didukungi ulama dijangka menyertai program solat hajat dan munajat bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dapat dilaksanakan di negeri ini.
Selain golongan ulama, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) juga akan tampil memberi sokongan padu kepada kerajaan negeri di majlis berkenaan, diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam 30 April ini.
Program bermula solat Isya, solat hajat dan munajat antara lain disertai Persatuan Peguam Muslim Kelantan, Pusat Pembangunan Pondok, institusi pengajian pondok, Dakwah Halaqat, Abim, guru-guru agama, Dewan Himpunan Penyokong PAS, wakil-wakil NGO bukan Islam dan pelbagai lagi.
Dewan Ulamak PAS Kelantan dan wakil-wakil NGO akan melafazkan ikrar sokongan dan menyerah memorandum mendukung pelaksanaan enakmen tersebut kepada Menteri Besar.
Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood berkata, pada program terbabit Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri akan memberi penjelasan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.
Katanya, program tersebut merupakan agenda sulung penerangan secara terbuka mengenai perundangan syariah sebelum usul itu dibawa pada persidangan parlimen untuk membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.
“Masyarakat bukan Islam juga dipelawa menyertai program berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat lebih jelas mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
“Dan selepas program tersebut Dewan Ulamak juga akan menganjurkan program jalinan mesra bersama pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam di seluruh Kelantan bagi menjelaskan mengenai perundangan syariah,” katanya di sini.
Beliau yang juga Adun Tawang berkata, Dewan Ulamak PAS bersama NGO-NGO yang hadir akan membentuk persemuafakatan NGO bagi mendukung pelaksanaan hudud di Kelantan.
Menurutnya juga program-program penerangan seperti itu bukan perkara baru di Kelantan, sebaliknya sudah dilaksanakan sejak 1992 dan sekarang terus dipertingkatkan lagi. - HARAKAHDAILY 27/4/2014
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.
Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang
boleh membatalkan Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi
ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri anda daripadanya.Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:
{ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا
لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ } (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah,
mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka,
dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam;
- atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.
· atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
{ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:
{ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ، لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ } (التوبة: 65-66)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan
ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada
ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”.
(At-Taubah: 65-66)Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ } (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir)
kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan
bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ } (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan
Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zalim”. (Al-Maidah: 51)Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
{ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ } (آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak
akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan
orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ } (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya.
Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang
berdosa”. (As-Sajadah: 22)Firman Allah swt:
{ وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ } (الأحقاف: 3)
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa.
Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.
Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
20 Oktober 2011 – 22 Zulqa’dah 1432H.
22 Perkara Yang Membatalkan Amalan Seseorang
Posted by Admin pada 10/07/2009
Penulis : Syaikh Salim bin Ied Al-Hilali
Alhamdulillah
shalawat dan salam semoga tercurah atas Nabi-Nya dan hamba-Nya yang
tidak ada nabi setelahnya, juga kepada keluarga dan sahabatnya. amma
ba’du.
Sesungguhnya
kebahagiaan abadi adalah di surga yang luasnya seluas langit dan bumi,
yang tidak akan didapatkan oleh seorang hamba kecuali dengan menjauhi
perangi yang dianggap baik oleh sebuah jiwa akan tetapi akan
menggugurkan pahala dan amalannya.
Akan
tetapi wahai hamba Allah, engkau berada di atas suatu ilmu yang
terkumpul untuk mu di lembaran ini yang dilengkapi dengan dalil-dalil
dari Al Kitab dan As-Sunnah sahihah :
1. Kufur dan syirik
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala “Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan perjumpaan di hari
akhirat, maka gugurlah amalan-amalan mereka, dan tidaklah mereka diberi
balasan kecuali dengan apa yang telah mereka perbuat (al A’raf:174) dan juga firman-Nya ” dan
telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, jika kamu
berbuat syirik, niscaya gugurlah amalan-amalanmu dan tentulah kamu
menjadi orang yang merugi ” (az Zumar: 65)
2. Murtad
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala : ” Barangsiapa
yang murtad diantara kalian dari agamanya kemudian mati dakan keadaan
kafir, mereka itulah yang gugur amalan-amalannya di dunia dan akhirat,
dan mereka adalah penghuni neraka serta kekal di dalamnya.” (Al Baqarah : 217)
3. Nifaq dan Riya’
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam” sesungguhnya dari yang saya takutkan terhadapmu adalah syirik kecil, yaitu riya“. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman (dalam sebuah hadits qudsi) pada hari kiamat, “Jika
Allah memberi balasan kepada manusia dari amalan-amalan. Maka pergilah
kalian kepada amalan yang kamu berbuat ria di dunia, maka lihatlah
apakah kalian mendapatkan padanya pahala” (dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al Baghawi dari hadits Mahmud bin Labid dengan sanad shahih menurut syarat Imam Muslim)
5. Mengungkit-ngungkit pemberian
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ” Hai
orang-orang yang beriman janganlah kalian gugurkan pahala shadaqah
kalian dengan menyebut-nyebut (pemberian) dan menyakiti (hati penerima) (Al Baqarah : 264).
Dan dari Abu Umamah Radiyallahu ‘anhu berkata Nabi shalallahu ‘alahi wasallam bersabda: ” Tiga
perkara yang Allah tidak akan terima penolakan dan penebusan yaitu orng
yang durhaka kepada orang tua, pengungkit-ngungkit pemberian dan orang
yang mendustakan takdir“ (dikeluarkan oleh Ibnu Abi Ashim dan Thabrany dengan sanad hasan)
6. Mendustakan Takdir
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam “Kalau
seandainya Allah mengadzab penduduk langit dan bumi niscaya dia akan
mengadzabnya sedang Dia tidak sedikitpun berbuat dzalim terhadap mereka,
dan seandainya Dia merahmati mereka niscaya rahmat-Nya lebih baik dari
amalan-amalan mereka. Seandainya seseorang menginfaqkan emas di jalan
Allah sebesar Gunung Uhud, tidaklah Allah akan menerima infaq tersebut
darimu sampai engkau beriman dengan takdir, dan ketahuilah bahwa apa
yang (ditakdirkan) menimpamu tidak akan menyelisihimu, sedang apa yang
(ditakdirkan) tidak menimpamu maka tida akan menimpamu, kalau seandainya
engkau mati dalam keadaab mengimanai selalin ini (tidak beriman dengan
takdir), niscaya engkau masuk neraka (Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dan Ahmad, hadits ini shahih)
7. Meninggalkan shalat Ashr
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : “Orang
yang meluputkan dari shalat ashar maka seolah-olah dia kehilangan
keluarga dan hartanya (yakni tinggal sendirian tanpa harta dan
keluarga), (Dari hadits Ibnu Umar, mutafaq ‘alaihi), dan juga sabda beliau “Barangsiapa meninggalkan shalat ashr maka sungguh gugurlah amalannya” (Bukhari dari hadits Buraidah)
8. At Ta’ly atas Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Sesungguhnya
seseorang yang berkata, Allah tidak akan mengampuni terhadap si fulan,
maka Allah berkata, Barangsiapa beranggapan atas-Ku bahwa Aku tidak akan
mengampuni si fulan, maka sungguh Aku telah mengampuni si fulan, dan
engkau telah menggugurkan amalanmu, atau sebagaimana beliau katakan
(dikelurakan oleh Muslim dari hadtis Jundub bin Abdullah Radhiyallu
anhu) At Ta’ly atas Allah yaitu : berkata tentang Allah tanpa ilmu,
menyepelekan luasnya rahmat Allah dan bersumpah bahwa Allah tidak akan
mengampuni terhadap seseorang.
9. Menyelisihi Rasul shalallahu ‘alaihi wasallam baik ucapan maupun amalan
Berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala : ” Hai
orang-orang yang beriman janganlah kalian angkat suara-suaramu diatas
suara Nabi dan jangan kalian mengeraskan suara kepadanya layaknya
seorang diantara kalian terhadap yang lainnya, sehingga akan gugurlah
amalan-amalan kalian dalam keadaan kalian tidak menyadari” (Al Ahzab : 2). Dan firman-Nya : ” Hai orang-orang beriman taatlah Allah dan Rasul-Nya dan jangan kalian gugurkan amalan-amalan kalian (Muhammad: 33)
10. Berbuat bid’ah dalam agama
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barang
siapa membuat perkara baru dalam urusan kami ini, sesuatu yang tidak
ada petunjuk agama padanya, maka itu tertolak (Mutafaq ‘alaih dari
hadtis Aisyah radhiyallahu ‘anha) dalam riwayat Muslim disebutkan ”
Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan perintah kami maka itu
tertolak “
11. Melanggar Ketentuan-ketentuan Allah di waktu sepi
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Sungguh
aku mengetahui sebuah kaum dari umatku, mereka datang pada hari kiamat
dengan kebaikan semisal gunung putih, kemudian Allah jadikan seperti
halnya debu yang berterbangan”, berkata Tsauban, ” Wahai Rasulullah,
sifatkanlah tentang keadaan mereka kepada kami, dan supaya kami tidak
termasuk dari mereka, dan sedang kami da;a, keadaan tidak memengetahui”,
Beliau bersabda “Adapun mereka itu dari saudara kalian seagama, dan
dari bangsa kalian, mereka mengambil bagian dari waktu malam sebagaimana
juga kalian mengambilnya, akan tetapi mereka itu adalah sebuah kaum
yang jika melewati larangan Allah mereka melanggarnya (Dikeluarkan oleh ibnu MAjah dari hadits Tsauban Radhiyallahu ‘anhu dan dishahihkan oleh al Mundziri dan Al Baushiri)
12. Gembira dan Bahagia dengan terbunuhnya seorang mukmin
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa
membunuh seorang mukmin dan berharap akan terbunuhnya maka Allah tidak
akan menerima darinya penolakan (adzab) ataupun penebusan. (dikelurkan oleh Abu Dawud dari hadits Ubadah bin shamit, hadits ini shahih).
13. Menetap di negeri-negeri kafir
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : ” Allah Azza wajalla tidak akan menerima amalan dari seorang musyrik yang masuk Islam sampai memisahkan musyrikin kepada muslimin” (Dikelurkan oleh Nasai dan Ahmad dari Hadits Mu’awiya bin Hayidah radhiyallahu ‘anhu dengan sanad hasan)
14 Mendatangi dukun dan tukang ramal
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam : ” Barangsiapa
mendatangi tukang ramal kemudian menanyakan tentang sesuatu, maka tidak
diterima darinya shalat selama 40 hari (dikeluarkan oleh Muslim) dan
sabdanya ” Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun kemudian
membenarkan apa yang dikatakan maka sungguh telah kafir kepada yang
diturukan kepada Muhammad (Al Qur’an), (dikelurkan oleh Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad, dari hadits Abu Hurairah, sahih)
15. Durhaka kepada kedua orang tua
Berdasarkan
sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Tiga golongan yang Allah tidak
akan terima dari mereka penolakan atau penebusan yaitu orang yang
durhaka kepada kedua orang tua, pengungkit pemberian, dan pendusta
takdir” (telah berlalu takhrijnya dipoint no.5)
16. Pecandu Khamar
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa
meminum khamar Allah tidak akan terima darinya shalat empat puluh hari,
apabila dia taubat, maka Allah terima taubatnya, apabila dia kembali
berbuat maka Allah tidak akan terima lagi shalatnya selama 40 hari, dan
apabila dia taubat maka Allah tidak akan terima taubatnya, dan Allah
akan memberinya minum dari sungai Khibal”, dikatakan kepadanya “wahai
Abu Abdiraman , apa sungai khibal tersebut, dia berkata : yaitu sungai
dari nanah penduduk neraka (dikeluarkan oleh Tirmidzi dari hadits
Abdullah bin Umar, dan dia shahih), dan sabda Beliau Shalallahu Alaihi
Wa Sallam “Pecandu khamr, jika mati maka akan menemui Allah seperti
penyembah berhala (dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari
hadits Ibnu Abbas, dan baginya ada syahid (penguat) dari hadits Abu
Hurairah dikeluarkan oleh Ibnu Majah, secara keseluruhannya derajatnya
hasan)
Berkata Ibnu Hiban : Serupa makna khabar ini dengan ” Barangsiapa
bertemu Allah dari pecandu khamr dengan anggapan halal meminumnya,
seperti penyembah berhala, karena kesamaan keduanya dalam kekufuran.
17. Berkata dusta dan beramal dengannya
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam “Barangsiapa
yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya maka
tidak ada kepentingan bagi Allah seseorang meninggalkan makan dan
minumnya ” (dikeluarkan oleh Bukhari)
18. Memelihara anjing kecuali anjing yang dididik untuk pertanian atau berburu
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Barangsiapa
memelihara anjing, maka akan berkurang amalannya setiap hari sebear
satu qiroth (dalam riwayat lain dua qiroth), kecuali anjing untuk
menjaga kebun atau anjing penjaga ternak (mutafaq alaihi, dan riwayat kedua dari muslim)
19. Budak yang lari dari tuannya, tanpa karena takut atau keletihan dalam pekerjaan, sampai dia kembali kepada tuannya
20. Istri yang durhaka sampai kembali taat terhadap suaminya.
Berkata Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Dua
golongan yang sungguh sangat merugi yaitu seorang hamba yang lari dari
tuannya sampai kembali kepada mereka dan seorang istri yang maksiat
terhadap suaminya sampai dia kembali kepadanya (dikeluarkan oleh Hakim dan Thabrany dalam as shaghir, shahih)
21. Pemimpin yang dibenci kaumnya
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Tiga
golongan yang sangat merugi yaitu seorang budak yang lari dari tuannya
sampai dia kembali, seorang wanita yang bermalam dengan suaminya dalam
keadaan (suami) murka padanya, dan seorang pemimpin yang dibenci kaumnya” (Dikeluarkan dan dihasankan oleh Tirmidzi)
Berkata Tirmidzi : ” Sekelompok
orang dari ahli ilmu membenci seseorang untuk memimpin sebuah kaum,
yang mereka benci padanya. Apabila imam itu tidak dzalim, maka
sesungguhnya dosa itu atas yang membencinya. Dinukilkan dari Manshur:
Kami bertanya tentang perkara imam, maka dikatakan kepada kami:
Pemimpin-pemimpin yang dzalim itu sangat menyusahkan, dan adapun yang
menegakkan sunnah maka sesungguhnya dosa bagi siapa yang membencinya.”
22. Seorang muslim memboikot saudaranya muslim tanpa udzur syar’ie
Berdasarkan sabda Nabi Shalallahu Alaihi Wa Sallam ” Dibukakan
pintu-pintu surga pada hari Senin dan Kamis dan diampunkan bagi setiap
hamba yang tidak mensekutukan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang
yang antara dia dan saudaranya ada kebencian” Beliau berkata, ”
perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun,
perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun,
perhatikanlah keduanya oleh kalian sampai mereka kembali rukun.” (Dikeluarkan oleh Muslim dari hadits Abu Hurairah)
Wahai
saudara seislam, ini adalah perbuatan-perbuatan yang dapat menggugurkan
amalan-amalan, berada di depanmu. Dan bahayanya terhadap agamamu sangat
jelas, maka jauhilah perkara tersebut dan berhati-hatilah darinya dan
hendaklah hatimu tetap berharap kepada sesuatu yang memberi manfaat
kepadamu di dunia dan akhirat, karena setiap hati butuh kepada tarbiyah
supaya suci dan terus bertambah suci hingga sampai usia lanjut
sempurnalah dan baiklah ia.
Ya
Allah yang membolak-balikan hati tetapkanlah hati-hati kami atas
agama-Mu, dan janganlah Engkau palingkan kami meskipun hanya sekejap
saja.
Dikutip dari salafy.or.id offline dari website http://www.geocities.com/dmgto/aqidah201/batalamal.htm, penulis Syaikh Salim al Hilali, judul Beberapa Perkara Pembatal Amal
Baca risalah terkait: Akankah Amalku Diterima ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan