Pelancaran TURUN P. Pinang untuk sedarkan rakyat
- Apr 12, 2014
- MOHD SABRI SAID
Ketua Penerangan PAS Negeri, Rosidi Hussain berkata, majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Presiden, Haji Mohd Sabu, Ketua Penerangan PAS Malaysia, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Haji Rashid Hasnon, wakil DAP dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Pelancaran TURUN katanya, agak lambat di Pulau Pinang namun berbagai agenda TURUN telah banyak kali dilaksanakan terutamanya bersama demontrasi aman di beberapa lokasi bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Orang ramai dijemput datang beramai-ramai ke Markaz PAS Padang Menora untuk mendengar taklimat serta penerangan yang akan dsampaikan oleh kepimpinan atasan. Moga apa yang disampaikan menjadi tajuk perbualan masyarakat pada keesokanya," tambahnya.
Majlis anjuran bersama antara Lajnah Penerangan PAS Negeri dan PAS Tasek Gelugor itu menyasarkan golongan atas pagar untuk datang supaya mereka tahu apa itu TURUN serta peranan yang dimainkan demi rakyat negara ini.
Pemilihan Parlimen Tasek Gelugor jelasnya, merupakan parlimen sasaran PAS untuk meningkat sokongan rakyat pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.
Selain Tasek Gelugot kerusi parlimen yang PAS tandingi ialah Kepala Batas dan lima Dewan Undangan Negeri (Dun) itu Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Bayan Lepas di samping mempertahankan kerusi Permatang Pasir yang dimenangi sejak PRU10 tahun 1999.
MH370: Dua minggu berlalu, anggota SAR tak patah semangat
- Apr 12, 2014
- RAZMAN ABDULLAH
Bagi mereka, misi mencari Penerbangan MH370 yang hilang awal bulan lepas, menjadi pendorong utama yang membakar semangat mereka untuk terus berbakti, sambil menerima hakikat bahawa tugas yang diamanahkan kepada mereka memerlukan mereka berada jauh dari keluarga.
Mereka merupakan anggota pasukan yang terlibat dengan pengendalian tiga pesawat C-130 Hercules TUDM, yang beroperasi dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini.
Ketua Skuadron Ke-20 TUDM Major Muhammad Jafri Suboh memberitahu Bernama bahawa kesemua mereka komited dengan usaha itu.
"Kami bangga kerana terlibat dengan misi ini bersama pasukan dari negara lain," katanya merujuk kepada usaha mencari pesawat terbabit yang melibatkan pelbagai negara dan dilaporkan sebagai paling mahal dalam sejarah penerbangan.
Muhammad Jafri mengaku tugas yang dilaksanakan adalah berat, tetapi mereka, seperti anggota pasukan pencari lain, tetap menaruh harapan agar pesawat berkenaan dijumpai, biar apapun halangan yang terpaksa ditempuhi.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang, termasuk anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Selepas 35 hari, usaha mencari pesawat itu masih belum berhasil, walaupun enam isyarat 'ping' bawah air, yang sama dengan isyarat daripada kotak hitam pesawat, dikesan di kawasan mencari di barat daya Perth, di selatan Lautan Hindi.
Pasukan pencari bergantung pada isyarat akustik itu untuk membantu mereka mengesan pesawat terbabit, lebih-lebih lagi dalam keadaan kesuntukan masa sekarang memandangkan bateri kotak hitam hanya boleh bertahan selama lebih kurang 30 hari.
Berikutan kehilangan pesawat itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan, sebelum diperluas ke Selat Melaka, Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Analisis terhadap data satelit kemudian menunjukkan pesawat MH370 terbang di sepanjang laluan dikenali sebagai 'koridor selatan', manakala kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
-Bernama
Tiga maut, bas terbalik di jalan Bentong-Raub
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.
-Bernama
Batal terus projek panda RM25 juta - NGO Islam
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata rancangan itu bukan sahaja tidak sesuai , malah ia menyiksa haiwan itu dan tidak membantu negara ini akan mendapat manfaat apa-apa melainkan terdedah kepada pembaziran.
"Kami kesal kenapa pihak Kementeriaan ghairah untuk meneruskan projek ini kerana ia bukan sahaja mendera haiwan itu dengan menerbangkannya beribu kilometer dari habitat asalnya, malah ia menelan belanja yang sangat besar, tidak relevan dengan keperluan rakyat dan bukan suatu keutamaan," tegasnya.
Adalah dilaporkan, Malaysia telah menghantar lapan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) dan empat pakar veterinar untuk menjalani latihan di China bagi menjaga haiwan di rumah baru mereka di sini.
Semalam, kerajaan memaklumkan kedatangan dua Panda Gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Mengulas lanjut Mohd Azmi berkata, pihaknya bukan sahaja mengesa keputusan itu dibatalkan kerana disaat ini negara berhadapan dengan krisis kehilangan MH370, malah adalah berdasarkan bahawa projek itu bercanggah dengan hak haiwan itu untuk hidup dalam persekitarannya yang asal dan asli.
Program membawa panda itu menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM 25 juta untuk penyediaan keseluruhan prasana.
Ianya meliputi pembinaan tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun
Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu 18, 19 April
- Apr 12, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan mengadakan ijtimak kepimpinan secara besar-besaran pada 18 dan 19 April ini, di Kemasik, Kemaman.
“Program tersebut akan menjadi perhimpunan kepimpinan pelbagai peringkat di negeri Terengganu, dengan semua jentera diharapkan akan dapat menghadirinya, bagi kita untuk mendapat tunjuk ajar daripada pimpinan dan khususnya daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, ijtimak dengan tema ‘Perkukuhkan Tarbiah, Tingkatkan Perjuangan’, dengan hasrat pimpinan parti memahami teras perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai perjuangan, mencari keredhaan Allah dan berusaha menegakkan syariah Islam di Terengganu.
Maka, ujarnya menjadi teras akar umbi, yang dibawa oleh Rasulullah SAW semenjak 14 abad yang lalu, iaitu proses pentarbiahan yang merupakan sumber kekuatan dalam PAS sendiri, yang meletakkan kefahaman ilmu dan juga dalam cara menyampaikan dakwah dalam parti.
“Dalam tempoh ini, kita nak memperkukuhkan tarbiyah di semua peringkat sebab dengan kefahaman dan tarbiyah itu, sebagaimana Allah sebut, merupakan proses nabi itu untuk membacakan ayat Allah Taala dan mendidik mereka tentang Al-Quran, meskipun, dahulu mereka ada dalam keadaan kejahilan yang sejahil-jahilnya.
“Inilah asas kita dan ini merupakan kekuatan ahli di semua peringkat, kita akan melonjakkan perjuangan kita bagi menghadapi PRU yang akan datang,” katanya yang juga Adun Sura.
Beliau berkata, satu tahun sudah berlalu ahli-ahli dan para pendukung PAS negeri akan menggerakkan lonjakan bagi ‘road map’ untuk menawan Terengganu.
“Insya Allah dengan sokongan masyarakat , kita akan mencapai kemenangan di masa akan datang. Kita berharap agar semua jentera parti turun dalam mengambil susun atur kerja bagi memperkasakan matlamat kita.
“Kita juga menjemput tokoh-tokoh pempinan Pakatan Rakyat dan PAS untuk memberi ucapan dalam program kita,” ujarnya.
Rizab RM3 bilion bukan nilai kayanya Selangor, kata MB
- Apr 12, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika sesi penggulungaan titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) memberitahu, kerajaan lebih perihatin dan berhati-hati bagi menggelak berlakunya perbelanjaan defisit.
"Kita sentiasa mengamalkan perbelanjaan seimbang agar tidak timbul perbelanjaan defisit.
"Perbelanjaan seimbang adalah di mana perbelanjaan yang kita keluar itu sama atau seimbang dengan hasil yang kita perolehi," ucap beliau.
Beliau turut menjelaskan setiap belanjawan tambahan yang dibentangkan ia diperolehi dari kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri meletakkan displin yang tinggi dalam soal kewangan negeri.
"Kalau sebelum ini saya akan bertanya kepada Jabatan Akaun Negeri setiap akhir tahun dan sekarang saya tanya setiap minggu bagi mengetahu berapa hasil yang diperolehi.
"Ini memastikan bila orang tanya kepada kita dan jawapan kewangan yang kita beri adalah simpanan terbaru (semalam) bukannya jumlah setiap akhir tahun," sambung beliau.
Khalid turut memberitahu kerajaan negeri senantiasa mengenal pasti dan memperbaiki keadaan dan soal pendapatan negeri bagi memastikan Negeri Selangor ini terus mendapat pengikhtirafan.
"Kalau orang tanya simpanan tunai RM3 bilion itu telah menjadikan Selangor itu kaya, saya katakan tidak RM3 bilion bukan nilai kaya bagi sesebuah negeri.
"Kita perlu perbaiki untuk memastikan hasil masuk negeri terus meningkat," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan