Wednesday, April 16, 2014
Selesai kehilangan MH370 dalam satu saat?.. Ni jawapan Anwar buat Najib..
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.
Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.
"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.
Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.
"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.
Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.
"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya lapor The Malaysian Insider
Petani kecil gegar negara jika berhenti hasil makanan
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
“Sebab itu suara dari hati nurani petani kecil perlu diberi perhatian serius,” ujar Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya isu yang dibangkitkan oleh petani mengenai nasib mereka adalah serius dan tidak dapat diselesaikan oleh pertubuhan peladang yang sedia ada.
“Hak petani untuk mendapat tanah dan harga hasil yang berpatutan yang memberi kesan kepada nasib petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara jika petani berhenti dari menghasilkan makanan,” katanya lagi.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Penubuhan Gabungan NGO Membela Hak Petani (GABETA) adalah suatu usaha yang wajar. Nasib kira-kira 250,000 petani yang bergantung nasib kepada pengeluaran hasil pertanian belum cukup terbela.
Hampir 170,000 petani terlibat dalam sektor padi. Jika diteliti secara terperinci petani kecil masih tidak terjamin berdasarkan trend harga hasil tani yang tidak menentu akibat dari sistem harga yang tidak disemak semula terutama harga padi bagi petani kecil.
Kewujudan pelbagai agensi petani seperti Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, LPP, LKIM belum cukup membantu bila dilihat taraf hidup petani kecil di negara ini.
Sebenarnya petani di seluruh dunia sebagai golongan yang berperanan membekal makanan kepada populasi dunia kini menunjukkan mereka adalah golongan yang sedang menghadapi manipulasi dan penafian hak bukan sahaja oleh syarikat multinasional malah juga oleh kerajaan yang diperalatkan oleh syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Bunge, Cargill, Continental dan Louis Dreyfus yang menguasai pertanian bijiran diseluruh dunia sejak 100 tahun dulu.
Dalam konsep ekonomi semasa bila segelintir pihak menguasai 40% atau lebih sesuatu pasaran, maka pasaran tersebut hilang daya persaingan yang adil. Demikian sektor pertanian kini dikuasai oleh hanya sebilangan kecil syarikat korporat dunia yang menentukan harga hasil tani di seluruh pasaran global.
Dalam pertanian "perniagaan tani" ( agrobisnes ) menjadikan syarikat korporat menguasai dan menekan pasaran yang kompetitif. Agrobisnes yang dikendalikan berjalan berdasarkan prinsip komersial. Menguasai pasaran adalah objektif terpenting dan dengan itu meningkatkan keuntungan menjadi fokus.
Hakikatnya berjuta petani kecil didunia yang berusha menghasilkan makanan tidak mampu menyara keluarga mereka sendiri.
Majoriti petani kecil tidak mempunyai modal yang cukup untuk membeli benih, baja dan mendapatkan teknologi untuk menghasilkan tuaian yang memadai untuk hidup.
Bukan sahaja hak akses kepada pelbagai input pertanian dinafikan malah nasib mereka diperjudikan apabila petani diikat dengan pelbagai perjanjian perdagangan yang ditandatangi oleh kerajaan-kerajaan di dunia ketiga dengan kerajaaan negara maju.
Malangnya banyak perjanjian itu yang memberi kesan negatif kepada petani tidak merujuk kepada kaum petani untuk mendapat pandangan balas.
Akibatnya, gerakan petani besar-besaran diseluruh dunia bangkit menentang kerajaan yang bersekongkol dengan konglomerat multinasional dari kuasa besar. Ini berlaku di Jepun, India, Indonesia, Pakistan, Brazil, Chile, Thailand dan Filipina.
Dalam sidang perdagangan antarabangsa sepertii Organisasi Perdagangan Dunia ( WTO) dan Bank Dunia yang melibatkan negara dunia ketiga dan kuasa besar, ribuan petani berhimpun kerana menentang perjanjian yang merugikan mereka. Malangnya kerajaan yang mewakili petani dari negara mereka sendiri tunduk kepada tekanan negara kuasa besar.
Sehingga ini perjuangan petani sangat rumit kerana sektor pertanian sudah terdedah kepada manulasi pelbagai kuasa pasaran global yang tidak membantu untuk mendapatkan petani terutama petani kecil.
Akses kepada benih yang mereka mahu sehingga peluang mendapat pasaran, yang lebih baik, kemudahan untuk mendapat kredit yang tidak menindas, bebas dari eksploitasi orang tengah, bebas dari pelbagai eksploitasi oleh syarikat dan agensi pemerintah yang turut berpihak kepada syarikat yang menindas petani.
Kami berpendirian para petani sangat besar jasanya kepada menjamin sekuriti makanan negara. Akan tetapi petani tetutama petani kecil adalah golongan antara yang paling terbiar dan menghadapi risiko berada dalam miskin tegar apabila sektor pertanian tidak diurus dengan berkesan oleh pihak kerajaan.
Dasar Pertanian Negara memang menekankan pertanian yang berdaya saing, meningkatkan kualiti hasil, memodenkan usaha pertanian. Namun dengan terlibatnya kerajaan dalam perjanjian perdagangan antarabangsa, sektor pertanian sering menjadi tumpuan oleh kuasa besar sehingga petani kecil dalam negara menjadi mangsa akibat lambakan produk pertanian dari luar. Sementara polisi perlindungan kepentingan petani di negara kuasa besar tetap dipertahankan, petani kecil seperti di Malaysia kerap terpinggir akibat kerajaan ghairah untuk membuka pasaran kepada produk dari luar.
Sebab itu suara dari hati nurani petani kecil perlu diberi perhatian serius. Keluhan mereka sejak dari dulu mengenai pelbagai isu tidak mendapat perhatian yang sewajarnya seperti mengurangkan kos input pertanian dan mendapat jaminan bila harga hasil pertanian mereka sangat rendah. Nasib ribuan petani kecil terjejas kerana pendapatan yang tidak menentu.
Isu yang dibangkitkan oleh petani mengenai nasib mereka adalah serius dan tidak dapat diselesaikan oleh pertubuhan peladang yang sedia ada. Hak petani untuk mendapat tanah dan harga hasil yang berpatutan yang memberi kesan kepada nasib petani kecil bukan isu yang boleh dikesampingkan. Ia suara yang boleh menggegarkan negara jika petani berhenti dari menghasilkan makanan.
Dun Terengganu tolak usul laksana hudud
- Apr 15, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.
Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.
Kandungan usul beliau seperti di bawah.
Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.
Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.
Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.
Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.
Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.
Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.
Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
Azizul Yusof Lenggong and Muslimah Fi Sabilillah were tagged in Mat Indera Sipejuang's photo.
14 hrs ·
Kali ini Gua punya Ketawa ada campor sikit Rasa Tekak Loya macam nak MUNTAH, lu orang tak rasa Tekak lu orang MUAL atau pun ada GELI-GELI ke beb, kalau lu orang rasa Loya, Mual atau pun Geli-Geli gua Nasihatkan lu orang lebih baik lu orang pergi masuk Tandas Cepat-Cepat nanti Tak Pasal-Pasal habis Skrin Lap Top dan Monitar lu orang terkena dengan Muntah... kah kah kah !.
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/04/jangan-tak-percaya-umno-dari-dulu-lagi.html
Hudud: PAS sokong penuh tindakan Kelantan - TG Hadi
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada mana-mana parti termasuk dalam Pakatan Rakyat untuk menyatakan pendirian mereka terhadap usaha perlaksanaan hudud di Kelantan.
Ini kerana katanya, tidak ada sebarang perjanjian untuk menghalang PAS daripada mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persedirian berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
"Isu hudud di Kelantan ini mendahului Pakatan Rakyat. Ianya sejak tahun 90an. Awal lagi sebelum ada Pakatan Rakyat.
"Dengan sebab itu tidak ada masalah untuk kita kemukakan (RUU Persendirian).
"Adapun pendirian parti lain, terpulang kepada mereka. Kita konsisten dalam isu ini," kata beliau yang ditemui di luar Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini semalam.
Beliau juga menjelaskan bahawa PAS menyokong penuh tindakan Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang mahu mengemukakan RUU Persedirian itu selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Isu hudud kembali diperkatakan selepas Kelantan mengumumkan akan mengemukakan Rang Undang-Undang Persedirian (RUU) berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 negeri itu ke Parlimen.
Ekoran itu, pihak-pihak tertentu cuba mengambil kesempatan dengan cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.
Ketetapan 2011
Ketika isu ini hangat diperkatakan pada 2011 lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian bersama dalam isu ini melalui satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 29 September di Pejabat Agung PAS.
Dalam sidang media yang dihadiri bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu, mereka mengumumkan mengambil pendirian menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.
Ia termasuk menghormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.
Mereka juga bersetuju memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang wujud sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan itu menjadi asas dalam membincangkan isu hudud ini dan ianya terus terpakai sehingga sekarang.
Hudud: Kelantan sedia beri taklimat kepada kabinet
- Apr 16, 2014
- Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, taklimat khas juga akan diberi kepada pemimpin PAS peringkat pusat yang tinggal di luar Kelantan.
“Apabila selesai di peringkat parti kita akan perluaskan taklimat kepada kompenan Pakatan Rakyat membabitkan PKR dan DAP.
“PAS Kelantan bukan hendak memaksa mereka, penjelasan diberikan bagi memberi alasan mengapa hudud perlu dilaksanakan,” ujarnya selepas perjumpaan dengan NGO di Dewan Teratai di sini, semalam.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan wakil-wakil NGO dari seluruh Kelantan.
Menurut Mohd Amar, PAS pusat bersetuju terhadap usaha yang dilakukan itu dan menyokong langkah kerajaan Kelantan.
Katanya juga penerangan mengenai perkembangan terkini Enakmen Kanun Jenayah Syariah II turut akan diadakan membabitkan masyarakat bukan Islam.
“Taklimat akan dibuat kepada mereka sama ada yang tinggal di Kelantan dan luar untuk menjelaskan manfaat hukum hudud dan kesannya terhadap mereka.
“Program penerangan dibuat semula bukan bermakna kita menunggu 20 tahun baru hendak jelaskan kepada rakyat. Sebaliknya kita mahu menjelaskan perkembangan terkini,” katanya.
Kata beliau majoriti masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah memahami kerana perundangan tersebut tidak melibatkan mereka.
Hudud di Kelantan: Anwar mahu dengar pendirian Najib
- Apr 16, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ini kerana katanya, Umno BN mendesak kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud tetapi dalam masa yang sama mereka menolak hudud di Terengganu.
"Ini saya katakan mereka kepura-puraan ataupun pertentangan di antara apa yang dibincangkan Umno BN di sini dengan apa realitinya," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana hari ini.
Tegasnya, Umno BN begitu lantang bercakap soal hudud tetapi kasino, rasuah, kezaliman dan mahkamah tidak bebas, terus berleluasa dalam negara.
"Ini bukan soal agama, syariah dan hudud, ini adalah mainan politik Umno BN, di Terengganu pula ditolak. Pimpinan Pakatan Rakyat harus ingat perkara ini," katanya.
Anwar juga mahu mendengar apa pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang hudud ini yang kini mendapat sokongan padu daripada pimpinan Umno BN sendiri.
"Mahu Najib terangkan dengan jelas. Jangan menggunakan agama atau selawat untuk jelaskan isu hudud ini sebab Dun Terengganu sendiri menolak usul hudud," jelasnya.
Beliau tidak menolak, Umno BN cuba mengalihkan isu rasuah termasuk kehilangan pesawat MH370 supaya rakyat tertumpu pada isu hudud konomnya diperjuangkan oleh mereka.
Tambahnya, PKR mempunyai pendirian bahawa PAS Kelantan akan diberi pertimbangan khas dalam isu ini kerana ianya sudah diluluskan sekian lama.
"Tetapi kita tidak halang malah MB Kelantan setuju berikan pandangan yang lebih terperinci kepada pimpinan Pakatan Rakyat.
"Kita kena yakin dengan keupayaan mereka. Saya beri contoh kes saya pun tidak boleh didengar walaupun semua cakap soal syariah yang ada undang-undang jelas, malangnya kerana ada campur tangan politik," jelasnya.
PAC: Wan Azizah terima, ketua pembangkang tolak
- Apr 16, 2014
- MUHAMMAD FAIZAL
Pelantikan yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui Usul No 2 Tahun 2014 di bawah peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor bagi mengantikan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan sebelum ini.
"Bahawasanya menurut Peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan.
"Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa mengantikan Lee Chin Cheh Adun Kajang di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awan Kerajaan," ucap beliau ketika bangun membaca usul pada persidangan DNS pagi tadi.
Wan Azizah bangun selepas usul tersebut dibuka untuk dibahaskan mengucapkan terima kasih atas pelantikan tersebut.
Beliau mencadangkan agar Ketua Pembangkang yang juga Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dilantik sebagai Pengerusi PAC bagi memastikan ketelusan.
"Terima kasih dari ahli-ahli PAC atas lantikan ini dan saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dalam menjaga wang rakyat," katanya yang juga Presiden PKR.
Sebelum ini, DNS telah pun mencadangkan Mohd Shamsudin sebagai Pengerusi PAC tetapi menolaknya.
Pelantikan Wan Azizah itu dilakukan mengikut Perkara 68 (2) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan dipersetujui sebulat suara oleh ahli dewan.
Iraq umum tutup 'pusat penyeksaan' Abu Gharib
- Apr 16, 2014
- HARAKAHDAILY
"Kementerian Kehakiman telah memindahkan semua 2,400 penghuni ke pusat tahanan lain di Iraq utara dan tengah," kata Menteri Kehakiman Hassan al- Shammari dalam satu kenyataan.
Penjara itu terkenal dengan penyeksaan banduan oleh tentera Amerika Syarikat khususnya banduan-banduan muslim yang ditahan tanpa bicara.
Ia juga bertindak sebagai pusat penyiksaan ditakuti di bawah pepimpin Iraq yang digulingkan Saddam Hussein satu masa dahulu.
Selepas Saddam digulingkan melalui serangan Amerika Syarikat pada 2003, maklumat dari penjara itu bocor dengan menunjukkan penyiksaan banduan oleh pegawal penjara Amerika Syarikat.
Gambar-gambar penyiksaan terhadap tahanan juga tersebar secara meluas di internet yang menunjukkan tahanan diseksa seperti binatang tanpa peri kemanusiaan.
Juga turut tersebar sikap tentera Amerika Syarikat yang menghina al-Quran di penjara tersebut.
Ianya mencetuskan kemarahan masyarakat Iraq dan juga antarabangsa termasuk pertubuhan hak asasi dunia.
Bairpun ditutup dan banduan dipindahkan, banyak pihak melihat kekejaman dan penderaan terhadap banduan tidak akan diberhentikan.
Perpindahan itu hanya dilihat sebagai cara meredakan kemarahan masyarakat dunia terhadap mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan