Rabu, 9 April 2014

SERONOK JADI PUJAAN MAKHLUK DIBUMI....MAHKLUK DILANGIT TAK TAHU PUJI ATAU DIKEJI.....WALLAHU'ALAM


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap penganjuran hiburan liar pesta 'Topless Friday Beach Party' yang akan berlangsung di The Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh kepada Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), D. Rao di Bangunan DBKL sebentar tadi.

Berkata kepada media, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Noor, penganjuran parti tersebut bercanggah dengan nilai moral dan budaya negara ini serta tidak sensitif dengan ajaran Islam.

"Mengambil kira perkara-perkara buruk yang berlaku ketika penganjuran konsert Future Music Festival Asia (FMFA), penganjuran parti liar ini tidak harus dibiarkan.

"Penganjur ternyata tidak sensitif dengan suasana masyarakat yang masih berdukacita dengan kejadian kehilangan pesawat MH370 dengan mengadakan parti bebas yang tidak bersesuaian langsung," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Mohd Yusoff memberitahu program tersebut amat memalukan dan turut membawa kepada gajala sosial yang teruk.

"Kita cukup sedih dengan penganjuran ini, ia cukup memalukan masyarakat Malaysia.

"Dalam keadaan kita berdepan dengan gejala sosial yang sukar dikawal, hari ini masih ada pihak yang mahu membuka ruang kepada penyebaran keruntuhan moral.

"Kita minta semua pihak mengambil tindakan tegas atas penganjuran parti itu dan tidak harus dibiarkan," kata beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd Rahman menyatakan pihaknya tidak menerima apa-apa permohonan dari pihak penganjur berhubung parti itu.

"Tidak ada permohonan dan kalau ada sudah pasti permohonan tersebut tidak diluluskan.

"Kita telah arah permis itu tutup seminggu bagi siasatan dan dalam masa yang sama satu surat tunjuk sebab akan diberikan untuk penjelasan mereka," jelasnya.

Rolan yang turut memberitahu, DBKL telah pergi ke permis tersebut pagi tadi setelah menerima maklumat dan mengambil tindakan segera dengan menurunkan segala iklan yang berkaitan dan mengarahkan pembatalan penganjuran.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang turut hadir mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas DBKL bagi memastikan pembatalan penganjuran parti itu.

Beliau yang menyatakan, penganjuran ini pasti diluar pengetahuan DBKL dan jika ia diketahui lebih awal pasti penyebaran iklan-iklan ini tidak berlaku.

Turut hadir pada penyerahan memorandum itu adalah, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaqi Atiqullah.

 Pelik Kalau Dap Sokong Hudud, Hairan Umno Tolak Hudud
Posted on Wednesday, April 09 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Kita sudah tentu berasa pelik jika DAP sebuah parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam menyokong pelaksanaan hudud. Ini kerana mereka tidak faham akan kehebatan dan keadilan hudud. Sebab itu mereka terus menentang hudud. Pemimpin DAP yang paling lantang menentang hudud ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh. 

Namun begitu apa yang lebih menghairan dan memelikkan kita ialah keengganan pimpinan Umno tertinggi Umno menyokong dan membantu ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan yang mana undang-undang hudud telah diluluskan di Kelantan sejak era 90-an lagi. Walaupun pemimpin-pemimpin bawahan khususnya dari Kelantan menyatakan kesediaan mereka menyokong pelaksanaan hudud namun pemimpin tertinggi terus berdiam diri malah mereka tidak menarik balik kenyataan-kenyataan mereka yang menghina hudud tidak berapa lama dulu. Malah mantan pimpinan yang mereka puja juga masih kekal menentang pelaksanaan hudud tidak pernah menarik balik semua kenyataan yang jelas menghina Islam, hudud dan Rasulullah S.A.W.
Hari ini media menyiarkan kenyataan Karpal yang menentang pelaksanaan hudud. Ianya sedikitpun tidak menghairankan kita semua. Namun kita hairan jika Ahli Parlimen Umno dan BN yang beragama Islam tidak menyokongnya jika nanti ia dibentangkan di Parlimen.
Media hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.

"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

SOFI WAHAB
http://mutaligat.blogspot.com
 
 Macam Mana orang macam Tengku Razaleigh Hamzah boleh lagi dibiarkan ujud dalam U
Posted on Wednesday, April 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kalau orang luar UMNO kritik UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Jika DAP atau MCA atau mana2 orang bukan Melayu kritik dan hentam UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Orang lain tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Tapi kita menyokong bila Tengku Razaleigh Hamzah mendedah keburukan UMNO. Tentulah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh ada kebenaran nya. ini bukan macai UMNO yang cakap. Ini bukan ketua cawangan yang cakap. Ini bukan ketua bahagian cabuk yang cakap. Ini bukan menteri half past six yang cakap.

Ini Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas menteri kewangan. Bekas menteri perdagangan. Bekas Pengerusi BBMB. Bekas Pengerusi dan pengasas Petronas. Bekas boss Dato Najib yang ketika itu hanya pembawa beg Tengku Razaliegh.

Dia merupakan bekas pemimpin tertinggi UMNO mendahului Dr Mahathir lagi. Semasa Mahathir masih merangkak dalam dunia politik UMNO, Tengku Razaleigh sudahpun menjadi naib presiden yang terkanan. Dia pernah menjadi menteri kewangan yang dihormati dan disegani.

Oleh kerana dia dihormati dan mempunyai masa depan yang baik, musuh politik nya berusaha menjatuhkan nya dengan cara kotor. Politik si Kitol dan Raja Mandaliar pun dijalankan. Dia pernah dikaitkan dengan skendel BMF suatu ketika dahulu sedangkan BMF tidak ada kaitan dengan dia. Walaupun dia menteri kewangan ketika skendel BMF tercetus, BMF melapur secara lansung kepada jabatan PM yang dikuasai oleh Dr Mahathir.

Ramai orang tidak tahu bahawa Tengku Razaleigh merupakan pengerusi pertama Petronas. Dia bersama dengan Tun Salleh Abbas dan beberapa pegawai lain ditugaskan oleh Tun Razak mengujudkan PDA 1974 yang melahirkan Petronas. Hari ini, nama nya sebagai pengerusi Petronas yang pertama dilupakan. Bahkan Petronas tidak pernah pun menjemput Tengku Razaleigh ke majlis2 rasmi mereka.

Apa sudah jadi? Jawapan nya PETRONAS bersikap macam UMNO. Sikap UMNO ialah apabila seseorang tidak lagi berkuasa dan berguna, mereka akan dipinggirkan dan dibakul sampahkan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Ghafar Baba sebaik sahaja tidak menjadi TPM. Orang lama UMNO sepertinya dilupakan dalam sekelip mata.

Baru2 ini Tengku Razaleigh mendedah keburukan UMNO. semasa berucap diperlancaran buku Rich Malaysia, Poor Malaysians yang ditulis oleh Encik Anas Alam Faizli, Tengku Razaleigh telah mendedahkan angkara durjana UMNO dengan mengambil contoh apa yang UMNO lakukan keatas Petronas.

Semua orang Melayu mesti faham dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh.
Saya tidak faham macam mana orang seperti Tengku Razaleigh ini boleh lagi dibenarkan ujud dalam UMNO. kritikan Tengku Razaleigh lebih dasyat dari apa yang boleh dikata oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim digabungkan sekali. Kerana bidasan Tengku Razleigh itu menikam kepada sumber kuasa UMNO itu sendiri.

Iaitu penggunaan kuasa politik keatas sumber kekayaan negara yang paling utama iaitu Petronas. Petronas sudah diperkosa dan dirogol oleh UMNO secara bersiri. Ini lebih dasyat dari tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim.

Sedangkan Petronas itu milik seluruh negara dan kekayaan yang ada pada Petronas bukan nya untuk menyelamatakn politik UMNO dan kroni UMNO. Tidak ada wang dan sumber kekayaan negara selamat jika UMNO berada berhampiran.

Kena hentam demikan rupa pun, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang berbunyi. Maka yang demikian bolehlah kita anggap apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh itu benar belaka. Ini menjadi asas untuk semua orang Melayu menolak UMNO.

Ini suatu pertubuhan politik yang amat bahaya. Jika ada harta benda, kekayaan, wang perbendaharaan, UMNO akan gasak sampai habis dan kering kontang. Itu sebab ya UMNO mesti laksanakan GST untuk memerah rakyat sampai ke tulang belulang.

Apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh?

UMNO menggunakan Petronas untuk mensabsidi kumpulan yang kuat dan kaya dan menganaktirikan rakyat lemah. Semenjak tahun 1997, jumlah nilai sabsidi yang diberikan oleh Petronas kepada TNB, kepada IPP dan beberapa syarikat lain, berjumlah RM137 billion. Sabsidi yang diberikan kepada rakyat golongan miskin pada tahun 2011 ialah RM14 billion. Tapi sabsidi kepada yang miskinlah yang UMNO tarik balik manakala sabsidi kepada sikaya dan sikuat diteruskan.

UMNO menggunakan Petronas sebagai bank peribadi dan wang Petronas dugunakan untuk menyelamatkan syarikat2 yang menjadi lemah yang asalnya disebabkan angkara pemimpin UMNO sendiri. Petronas mendanai BBMB ketika itu sebanyak RM3.5 illion dari tahun 1985-1991. Akhirnya apa jadi kepada BBMB? Ianya ditelan oleh bank yang lebih kecil dan sekarang bank orang Melayu tidak ada lagi. Yang ada ialah CIMB. Mana maruah UMNO yang menjerit sana sini menjaga maruah Melayu bila BBMB berkubur?

Petronas dikudakan untuk menyelamatkan syarikat Konsortium perkapalan Nasional dengan dana sebanyak RM2 billion pada tahun 1997. Ketika itu yang menentukan apa petronas boleh buat atau tidak ialah Dr Mahathir. Petronas jugalah yang membiayai pembinaan menara berkembar sebanyak RM2 billion dan mendanai pembiayaan Putrajaya sebanyak RM22 billion. Ini semua dosa2 yang dilakukan oleh UMNO kepada orang Melayu.

Makna nya, Tengku Razaliegh kata, UMNO khianat bangsa Melayu.

Kenapa keadaan demikian terjadi? Ianya terjadi kerana UMNO menggunakan kuasa politik dan kuasa kerajaan untuk mengisi poket pemimpin UMNO dan rakan2 mereka yang disebut sebagai kroni. Pakatan jahat antara pemimpin UMNO dan kroni2 mereka menghasilkan kegiatan rent-seeking.
Rent-seeking ialah cara mendapat kekayaan melalui memiliki lessen, quota, monopoli dan sebagai nya. pendapatan datang kepada indidvidu kerana pemilikan lessen, quota, monopoli, konsesi dll. Pendapatan tidak datang hasil perusahaan dan aktiviti penghasilan dan pengeluaran.

Ini dasar yang UMNO laksanakan. Iaitu mencipta suatu kelompok yang kaya raya atas nama bangsa Melayu. Usaha membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu lahir dari Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan sejak 1970. Tapi perlaksanaan nya di kudakan oleh pemimpin politik yang membaca DEB sebagai lesen untuk mencipta suatu kelompok Melayu menjadi kaya raya dengan tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada majoriti Melayu yang miskin. Nama Bangsa Melayu digunakan oleh pemimpin UMNO untuk mengayakan diri sendiri dan suatu kelompk kecil yang kononnya mewakili bansga Melayu secara keseluruhan.

Lagi sekali UMNO khianat bangsa Melayu.

Maka sebab itu, kita yang bukan dalam UMNO menyokong pemikiran Tengku Razaleigh kerana dia menyamai pemikiran yang kita perjuangkan.

Maka bertambahlah kehairanan nya kita, mengapa orang seperti Tengku Razaleigh ini dibenarkan ujud dalam UMNO dan mengancam kedudukan pemimpin UMNO yang meneruskan dasar2 yang mengkhianati bangsa Melayu. Sepatutnya orang seperti Tengku Razaleigh paling kurang, sudah dikenakan tindakan disiplin.

SAKMONGKOL AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
 
  Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan (Yang Membinasakan)
Posted on Wednesday, April 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Alhamdulillah, Allah menjadikan proses melarikan diri daripada lensa itu mudah buat saya. Dia yang memudahkan. Mungkin kerana saya sendiri, juga masih kelam-kelam di pinggiran disimbah cahaya studio dan gemerlapan pentas. Belum jadi bintang. Belum jadi purnama.

Keberagamaan hari ini amat membingungkan.
Bagi mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam semasa, jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum habis mengaji. Jangan sekali-kali mencita-citakannya. Lebih baik, hindari lensa, hindari publisiti sebelum usia mencecah 30′an. Sibukkan diri dengan mengaji.
Menjadi selebriti itu bererti, di alam realiti pendapatmu dinilai berdasarkan populariti. Jarang kerana hujah dan ilmu. Maka, kukuhkan dulu ilmu dan pengalaman, sebelum engkau menyerah leher kepada kehidupan yang berisiko tinggi itu. Hakikat menjadi selebriti agamawan, kesilapanmu dipertahankan peminat, kebenaranmu dicemburui lawan. Selamatkah dirimu, tanpa ilmu yg jitu?
Justeru, dalam banyak keadaan, rebutlah kelebihan menjadi insan bertaqwa yang tidak dikenali. Viral, trend, populariti, ia adalah ujian yg berat. Mengapa engkau dengan sengaja menempa susah? Apatah lagi kesusahannya adalah beban yang jauh dari berbaloi.
Setiap kali berpendapat, engkau boleh melapikkan ‘fatwa’mu dengan permohonan maaf dan meminta nasihat jua teguran. Tetapi agama mengkehendaki kita tawadhu’ dengan ilmu mendahului tawadhu’ dengan mad’u. Tawadhu’ dengan ilmu bererti kita membataskan diri daripada berkata-kata pada perkara yang kita tiada pengetahuan mengenainya.
Pengetahuan ialah apa yang kita pelajari, kita dalami, kita fahami. Bukan apa yang kita dengar, tidak sekali-kali sekadar meminjam apa yang orang kata. Jika salah, salah yang berkata, bukan salah kita yang meminjamnya.
Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berpesan di dalam Majmū’ al-Fatāwā beliau:
من تكلم في الدين بلا علم كان كاذب، وإن كان لا يتعمد الكذب
‘Barangsiapa yang berbicara tentang hal-ehwal agama tanpa ilmu maka dia dikira berdusta sekali pun dia tidak berniat untuk berdusta.’
Dek kerana bahayanya perbuatan memetik buah sebelum ranum, rancangan-rancangan realiti keagamaan itu berbahaya. Jika dalam dunia masakan, Chef Wan risaukan chef segera melalui rancangan realiti masakan, kita pula risaukan ulama segera yang dihasilkan oleh rancangan realiti di kaca televisyen. Mendengar ceramah-ceramah alumni program realiti televisyen yang banyak itu, sungguh dukacita hati saya dibuatnya. Demikianlah akibat mensesiakan usia muda yang sepatutnya diisi dengan belajar, bukan mengajar, biar pun berdakwah masih fardhu ain dalam rutin seharian masing-masing.
Al-Imam al-Shāfi’ī rahimahullāh berpesan, seperti yang ternukil di dalam Fath al-Bārī, syarah kepada Sahih al-Bukhārī:
إِذَا تَصَدَّرَ الْحَدَث فَاتَهُ عِلْم كَثِير
“Apabila seseorang yang baru belajar tergesa-gesa ke hadapan (kerana mahu menjadi tokoh), maka akan terluput daripadanya ilmu yang banyak”
Mengapa tergesa-gesa beraksi di lensa, sebelum ilmu secara amanah disemat di dada? Lidah tidak bercabang, lancar berkata-kata, tidak selancar mata membaca dan akal memikirkannya. Jika televisyen mensyaratkan ada ASAS agama, maka ASAS itulah racunnya, kerana pada usia yang begitu muda, kalian sudah sibuk ke sana sini mengajar (kalau boleh dikatakan mengajar), bila masanya yang ASAS itu hendak ditambah, diperbaiki dan ditingkatkan?
Jika zaman belajar tidak rancak belajar, mustahil zaman mengajar boleh rancak mengajar. Kecuali ada penyakit yang direstui penyebarannya.
Dek besarnya bebanan berkata-kata di pentas ceramah, apatah lagi di depan lensa, saya sendiri lebih tenang menulis berbanding berceramah. Sebelum menulis, saya kena membaca dan punya ruang berfikir sebelum menyebarkannya.
Ceramah, mudah benar kemalangan ilmu berlaku.
Semoga Allah ampunkan saya, bekas orang muda yang banyak bercakap, bakal orang tua yang kurang beramal. Sekadar berkongsi nasihat buat yang sudi.
(Dan amaran buat yang enggan bermuhasabah diri)
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
See more at: http://saifulislam.com/2014/04/keghairahan-menjadi-selebriti-agamawan-yang-membinasakan/#sthash.2iPOz61J.dpuf 
 
 
LIMABELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA
Ertinya: Daripada Ali b Abi Talib ra Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan dirinya aripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadikan ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum dimerata tempat.
12. kain sutera bayak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para arti-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akshir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama(Sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobahkan menjadi makhluk lain.

Tiada ulasan: