Rabu, 9 April 2014

BILA APA YANG DISABDA OLEH RASULLULLAH SAW SUDAH BANYAK BERLAKU/TERJADI

3 produk pelangsing badan beracun
Posted on Wednesday, April 09 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.

Katanya, berhubung ‘Figure Up’ pula, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal.


“Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012 kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular.

“Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine ialah...


BERITA HARIAN

Dahi bengkak kegilaan baharu di Jepun

Dahi bengkak kegilaan baharu di Jepun
Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.
Penampilan luar biasa itu dihasilkan menerusi suntikan air bergaram pada dahi seseorang, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari.


Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba.


 Keretapi laju punca harga rumah naik menggila di Rembau?
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:16:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Siapa yang ada tanah di Rembau atau mana-mana sekitar stesen keretapi laju, pakat-pakatlah dengan adik beradik supaya hak milik tanah tersebut telah ditukar nama daripada mereka yang telah meninggal dunia. Harga rumah memang naik menggila tidak munasabah sekarang bukan saja di Rembau, malahan di mana-mana. Orang luar negara mampu beli rumah di Malaysia, generasi kita akan datang mungkin tak ada rumah kerana dengki sesama adik beradik dan saudara mara tak nak tukar nama hak milik tanah, nak beli rumah teres pula tak mampu.



Site in Sungai Besi chosen for high-speed railway station
7 Apr 2014
PUTRAJAYA: Bandar Malaysia in Sungai Besi has been chosen as the site for the country’s terminal for the Malaysia-Singapore high-speed rail (HSR) link service.
The selection of the site was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a joint press conference with his Singapore counterpart Lee Hsien Loong yesterday.
“We have decided the terminal for the HSR link will be in Bandar Malaysia, which is the current (Royal Malaysian) Air Force base in Sungai Besi.
“The project has created a lot of excitement and both sides are working hard to achieve the 2020 deadline for completion,” he said.
The 330km rail line is expected to be completed by 2020 and will connect two terminus stations (Kuala Lumpur and Singapore) via five transit stops spread out across Negri Sembilan, Malacca and Johor.

"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:16:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


 Kisah Pak “Aji” depan kedai judi
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Ketika memandu di pekan Senawang yang terkenal dengan dua kedai judi sah yang berlesen yang sesak pada petang Ahad saya memerhatikan seorang pakcik usia emas yang memakai kopiah putih sedang duduk di hentian bas depan kedai judi. Pakcik tadi duduk mengadap kedai judi tersebut sedang berborak dengan seorang lelaki.

Saya beritahu pada isteri saya perhatikan gerak geri pakcik tadi, kerana jalan sesak pada waktu itu kereta kami bergerak amat perlahan. Naluri saya yang dah biasa dengan gelagat manusia di pekan Senawang pada hari judi kemungkinan pakcik tadi ada kaitan dengan kedai judi. Mungkin kaki judi akan mendapat khidmat nasihat pakcik tadi untuk meramalkan nombor ekor.

Isteri saya nampak lelaki dan pakcik tadi mengeluarkan kepingan kertas-kertas kecil. Kemudian pakcik tadi menghulurkan duit kepada lelaki tadi, lelaki tadi terus masuk ke kedai judi. Isteri saya amat terperanjat. Pada saya ini perkara biasa, itu belum lagi lelaki Melayu yang masuk kedai judi bawa anak-anak yang kecil, perempuan Melayu masuk kedai judi dan sebagainya.

Tak pasti samada pakcik tadi hendak lelaki tadi tukar duit di kedai judi atau sebaliknya.
Banyak kerja kita semua untuk menyedarkan orang Melayu untuk hindari judi, samada judi dengan lesen sah atau judi tanpa lesen, sama saja, kedua-duanya haram. Nak perang, perangi semua bentuk judi, bukan setakat judi internet.
Tangkapan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Kedai judi berlesan di kawasan majoriti Melayu tak perlu, terutamanya di pekan Rembau. Masjid dan surau masih banyak yang kosong, mati, tiada majlis ilmu.
Marilah kita ajak keluarga dan jiran kita ke masjid untuk solat, majlis ilmu dan sebagainya. Doakanlah agar mereka yang ketagih judi ini, insaf. Doakanlah pemimpin Islam kita berani untuk tidak mengeluarkan lagi lesen judi dan menarik semula lesen judi di kawasan majoriti Melayu.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Perbahasan Terbaik Dari Azmin Ali Yang Membuat Noh Omar Meroyan... Kah Kah Kah !
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:14:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Isu Semasa "

Apa NASIB MALANG lah lu orang Pengundi-Pengundi di Kawasan Parlimen Tanjong Karang mendapat seorang Wakil Rakyat seperti Datuk Seri Noh Omar ni beb, bercakap sudah lah bunyi MERIAM BULUH PECAH tapi masih ADA HATI nak TOLONG Azmin Ali untuk Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno... baik lah lu Cermin dulu Muka lu tu... kah kah kah !.


Oiiii... Noh Omar gua nak tanya lu ni beb, berapa Harga Pasaran LEMBU NFC... UDANG dan LINTAH DARAT pada masa sekarang ni. Apakah Harga nya masih BERTAHAN seperti masa lu jadi Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani satu ketika dulu atau Harga nya sudah Meningkat atau Menurun selepas lu tidak lagi menjadi Menteri ni Noh Omar... kah kah kah !.



video disin

hemmmmm..... tak ada lagi ke atau pun sudah pupus yang lagi bagus selain dari noh omar untuk dijadikan pengerusi perhubungan umno negeri selangor beb... kah kah kah... A B U.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:14:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




LIMABELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali b Abi Talib ra Rasulullah saw bersabda: Apabila umatku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan dirinya aripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadikan ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum dimerata tempat.
12. kain sutera bayak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para arti-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akshir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama(Sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobahkan menjadi makhluk lain.


 Kerja Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam MalaysiaSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 yang berlaku untuk menjadi hari yang sama sebagai Hari Kemerdekaan bersejarah Semenanjung Melayu semasa pemerintahan British, pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu telah dikendalikan oleh British.

Pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan suatu perintah baru tertinggi dan bebas dan kepimpinan di Persekutuan Melayu Semenanjung. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Kerja Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)


Positions :

1. Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota) U41
2. Pegawai Sains (Kimia Hayat) C41
3. Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan( C41
4. Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) U41
5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Closing Date : 20/04/2014

Kerja Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
 
Click Here for Job Details and How To Apply"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




 Bayar RM208,900 harap jadi calon ADUN di N.Sembilan
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:11:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"7 April 2014 SEREMBAN - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 75 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan RM208,900 dengan menjanjikan mangsa akan dilantik sebagai calon Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

Tertuduh, Ibrahim Saidun, 60, didakwa memperdaya Rusman Sulaiman, 51, bahawa tertuduh yang bekerja sebagai Ketua Pengarah Unit Strategik di Jabatan Perdana Menteri dapat membantunya menjadi calon ADUN dan mendorong mangsa menyerahkan wang beberapa kali sejak 2011 hingga 2012.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:11:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


ABIM gesa kerajaan kaji semula sistem Mahkamah Syariah untuk beri keadilan kepada bukan Islam
Posted on Wednesday, April 09 @ 02:04:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Sistem perundangan Mahkamah Syariah harus dikaji semula agar masyarakat bukan Islam turut berhak mendapatkan keadilan daripada institusi itu, menurut Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Setiausaha agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata orang bukan Islam seharusnya diberi hak untuk dibicara dalam Mahkamah Syariah jika ia berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Katanya apabila Mahkamah Syariah mengehadkan kuasanya untuk membicara kes pembubaran perkahwinan melibatkan orang Islam dan pasangannya yang keluar daripada Islam telah meletakkan kuasa Mahkamah Syariah sebagai terbatas dan ia dilihat sebagai janggal.



"Sebagai contoh, dalam kes (pembubaran perkahwinan) ini, Mahkamah Syariah pula yang menutup pintu mereka kepada orang bukan Islam kerana enakmen negeri membabitkan Undang-undang Islam memperuntukkan bahawa mahkamah itu (hanya) berkuasa mendengar dan memutuskan perkara di mana kedua-dua pihak mestilah beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika kes itu dibawa ke mahkamah sivil, ia membawa persoalan keistimewaan Mahkamah Syariah apabila perintah Mahkamah Sivil bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.

Muhammad Faisal berkata hakim Mahkamah Syariah yang mengadili kes seumpama itu perlu dilatih dan didedahkan dengan sistem Undang-undang Sivil, yang meliputi prosedur dan 'substantive'.

"Hakim Mahkamah Syariah perlu diberi pendedahan tentang kes-kes yang menjadi 'precedent' serta peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
"Orang bukan Islam juga perlu diberikan kebenaran untuk mengambil peguam daripada kalangan bukan Islam sebagai langkah memastikan Mahkamah Syariah tidak dilihat sebagai badan yang menafikan hak bukan Islam untuk mendapatkan hak dan keadilan," katanya. - BERNAMA



Tiada ulasan: