Rabu, Februari 17, 2010
Statistik Anak Luar Nikah
Berikut statistik bilangan anak luar
nikah di antara tahun 1999 dan 2003. Sekiranya sesiapa mempunyai
statistik terkini, sila kongsikan.
PECAHAN MENGIKUT NEGERI
Selangor = 12,836
Perak = 9,788
Kuala Lumpur = 9,439
Johor = 8,920
Sabah = 8,435
Negeri Sembilan = 4,108
Pahang = 3,677
Kedah = 3,496
Pulau Pinang = 3,412
Melaka = 2,707
Kelantan = 1730
Perlis = 691
Sarawak = 617
Terengganu = 574
Jumlah = 70,430.
Apapun statistik hanya
menunjukkan bilangan anak luar nikah DIDAFTARKAN sekaligus bukan jumlah
sebenar keseluruhan anak luar nikah di Malaysia.
Dalam tempoh 6 tahun, pasti
nombor terbabit bertambah. Saya jangka jumlah pertambahan terbabit
berlaku secara rawak tidak bergantung kepada negeri.
Sumber Topix
21 Mac 2011
Kelahiran Anak Luar Nikah Semakin Meningkat
Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu
bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006
hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam
tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
2010/05/23
Jauhi Sebelum Terjebak
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Firman
Allah SWT yang bermaksud: ' Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan
yang buruk' 17:32
Kes buang bayi di Malaysia
semakin menjadi-jadi. Bagaikan tiada penyudahnya, hari demi hari ada
saja kes bayi yang dijumpai sama ada yang masih hidup ataupun yang
telah meninggal dunia. Bagi yang tidak berperikemanusian bayi yang baru
dilahirkan dibuang di tempat pembuangan sampah atau yang lebih kejam
sanggup tanam bayi dan pam ke dalam mangkuk tandas. Bagi yang masih
mempunyai jiwa manusia, bayi akan di letak di hadapan pintu pagar masjid
atau di klinik supaya mengharapkan bayi tersebut diambil serta dijaga
oleh seseorang.
Berikut
merupakan statistik anak luar nikah di Malaysia yang didaftarkan di
Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2005 hingga 2009:
Merujuk kepada statistik di atas, jumlah keseluruhan anak luar nikah di
Malaysia dari tahun 2005 hingga 2009 ialah seramai 214 033 atau
bersamaan 0.79 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.Daripada jumlah
itu Kaum Melayu yang beragama Islam mencatatkan bilangan kes yang
tertinggi.Ini statistik anak luar nikah yang didaftarkan, tidak
diketahui berapa ramai lagi anak luar nikah yang tidak didaftarkan oleh
pelaku yang tidak bermoral.
Seperti yang dilaporkan media, kes anak luar nikah ini melibatkan
golongan remaja yang masih menuntut di universiti atau yang masih lagi
di bangku sekolah. Apa dah jadi dengan remaja masa kini. Inikah bakal
pemimpin masa akan datang?.Nauzubillah, semoga Allah menjauhi malapetaka
ini daripada berlaku.
Siapa yang bersalah dalam kes ini, remaja terlibat, ibu bapa, masyarakat, kawan-kawan, guru, pemimpin, media atau kerajaan.Ini bukan masa untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah tetapi ini masanya untuk kita semua berganding bahu supaya kejadian anak luar nikah ini tidak lagi berlaku di Negara Malaysia yang tercinta.Kenapa begitu banyak sekali kes tersebut berlaku.Mungkin kerana termakan pujuk rayu, pengaruh rakan, tekanan perasaan atau saja-saja.
Semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa hendaklah mengurangkan aktiviti hiburan yang melampau yang melibatkan percampuran jantina antara lelaki dengan perempuan.Manakala pihak media sama ada media cetak atau elektronik hendaklah mengurangkan iklan-iklan yang tidak elok serta rancangan hiburan yang banyak disajikan untuk penonton, dan banyakkan rancangan yang berunsur ilmiah atau hiburan yang santai.
Islam telah mengajar kepada umatnya supaya jangan hampiri zina sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Israa' ayat 32.Adalah lebih baik remaja yang telah mempunyai pasangan atau cuba-cuba untuk mencari pasangan supaya cepat-cepat kembali ke pangkal jalan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.Jika anda betul-betul sukakan si dia, terus jumpa ibu bapa untuk menyatakan hasrat anda untuk berkahwin dan bukan terus bergelumang dengan maksiat dengan sering keluar bersama-sama pada waktu malam ataupun siang hari.Anda mampu mengubahnya.
Semoga kejadian anak luar nikah di Malaysia tidak terus berlaku.Ya Allah selamatkan seluruh umat Islam di Malaysia daripada malapetaka ini.'Say no to couple'.
9 Jamadil Akhir 1431H
23 Mei 2010 M
Sumber berita
1. Seksanya mayat bayi ini.
2. Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi
3. Mayat bayi ditanam ditemui
Siapa yang bersalah dalam kes ini, remaja terlibat, ibu bapa, masyarakat, kawan-kawan, guru, pemimpin, media atau kerajaan.Ini bukan masa untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah tetapi ini masanya untuk kita semua berganding bahu supaya kejadian anak luar nikah ini tidak lagi berlaku di Negara Malaysia yang tercinta.Kenapa begitu banyak sekali kes tersebut berlaku.Mungkin kerana termakan pujuk rayu, pengaruh rakan, tekanan perasaan atau saja-saja.
Semua pihak terutamanya pihak kerajaan yang mempunyai kuasa hendaklah mengurangkan aktiviti hiburan yang melampau yang melibatkan percampuran jantina antara lelaki dengan perempuan.Manakala pihak media sama ada media cetak atau elektronik hendaklah mengurangkan iklan-iklan yang tidak elok serta rancangan hiburan yang banyak disajikan untuk penonton, dan banyakkan rancangan yang berunsur ilmiah atau hiburan yang santai.
Islam telah mengajar kepada umatnya supaya jangan hampiri zina sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Israa' ayat 32.Adalah lebih baik remaja yang telah mempunyai pasangan atau cuba-cuba untuk mencari pasangan supaya cepat-cepat kembali ke pangkal jalan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.Jika anda betul-betul sukakan si dia, terus jumpa ibu bapa untuk menyatakan hasrat anda untuk berkahwin dan bukan terus bergelumang dengan maksiat dengan sering keluar bersama-sama pada waktu malam ataupun siang hari.Anda mampu mengubahnya.
Semoga kejadian anak luar nikah di Malaysia tidak terus berlaku.Ya Allah selamatkan seluruh umat Islam di Malaysia daripada malapetaka ini.'Say no to couple'.
9 Jamadil Akhir 1431H
23 Mei 2010 M
Sumber berita
1. Seksanya mayat bayi ini.
2. Mayat bayi ditanam dekat landasan keretapi
3. Mayat bayi ditanam ditemui
2010/05/17
Syukran Cikgu
Ahad, 6 November 2011
Malaysia Lahirkan 52,000 Anak Luar Nikah Setiap Tahun
Jabatan pendaftaran negara mendedahkan bahawa setiap tahun kita
melahirkan seramai lebih daripada 52,000 anak luar nikah. Jumlahnya
adalah melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak yang
dilahirkan di negara kita.
Pada tahun 2010 sahaja seramai 52,982 kanak-kanak luar nikah
didaftarkan di negara kita dan pada tahun 2009 pula seramai 52,378 anak
luar nikah didaftarkan.
Jika setahun seramai 52,000 anak luar nikah dilahirkan, dalam tempoh 10
tahun negara kita dipenuhi oleh seramai setengah juta anak luar nikah,
secara rambangnya kita akan mempunyai populasi seramai 4% yang terdiri
daripada anak luar nikah dalam tempoh 20 tahun.
Memandangkan masalah sosial dan pergaulan serta seks bebas akan
berkembang biak lagi dengan rancaknya di negara kita dan sebelum ini
juga memang telah ramai yang melahirkan anak luar nikah, jumlah 4%
daripada populasi dipenuhi anak luar nikah berkemungkinan adalah lebih
tinggi lagi. Tidak mustahil kita mempunyai 10% anak luar nikah daripada
jumlah keseluruhan populasi.
Satu hal baru yang mula menjadi masalah masyarakat di negara kita mula
timbul apabila jumlah anak luar nikah ini menjadi terlalu ramai adalah
peraturan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak membenarkan anak yang
lahir kurang dari 6 bulan tempoh perkahwinan berbinkan nama ayahnya,
walaupun si ayah mengaku dialah ayah sebenar kepada anak tersebut hasil
daripada hubungan zina.
Beberapa ulama mula mempertikaikan syarat yang dikenakan oleh Jabatan
Pendaftaran untuk tidak mendaftarkan anak berbinkan nama ayah. bagi
mereka ini bakal menimbulkan satu lagi masalah besar terhadap anak
tersebut apabila ia membesar nanti. Kita tidak boleh menghukum anak yang
suci itu, alasan mereka. Baca laporannya di sini.
Ulama yang mempersoalkan syarat itu menasihati negara kita mengambil
fatwa tidak popular dari beberapa Mazhab yang membenarkan anak dibinkan
kepada ayahnya jika ayahnya mengaku bahawa dia yang bertanggung jawab.
Ulama serta majlis fatwa negara kita mengambil fatwa yang lebih popular
dalam menolak kebenaran mengbinkan si ayah jika tempoh kelahiran
kurang daripada 6 bulan. Akibatnya ramailah anak yang akan berbinkan
Abdullah kerana ayahnya tidak diiktiraf dalam syarak sebagai ayah yang
sah.
Memang kita patut mempertimbangkan saranan para ulamak tersebut
memandangkan alasan mereka adalah bagi mengurangkan kerosakan yang bakal
berlaku pada anak-anak luar nikah jika hak penjagaan dan lain-lain
terputus apabila tidak berbapa. Ini kerana segalanya telah berlaku dan
kita perlu menyelesaikan masalah di depan mata sebaik mungkin.
Tetapi dalam masa yang sama kenapa para ulama tersebut tidak
mempersoalkan kenapakah kita hanya memejam mata dan membiarkan para
ibubapa yang terang-terang mengaku berzina sehingga melahirkan anak
tersebut. Sedangkan ia merupakan satu masalah besar yang perlu ditangani
bagi mengelakkan ianya berulang dan diikuti oleh lebih ramai lagi
manusia lain.
Penyelesaian jangka pendek memang wajib ditangani, tetapi penyelesaian
jangka panjang bagaimana pulak?. Kenapa mereka tidak menangani dahulu
sistem hukuman zina yang lansung tidak memberikan pengajaran kepada
penzina. Bukankah itu merupakan salah satu punca besar kenapa merebaknya
aktiviti zina di negara kita?
Kita ansyik membahaskan penyelesaian jangka pendek dengan mengambil
berbagai-bagai fatwa tidak popular sedangkan fatwa yang sahih seperti
hukuman terhadap penzina tidak pernah kita jalankan. Maka semakin lama
semakin kusut jerutan masalah mencengkam masyarakat kita.
Posted on Thursday, April 03 @ 19:09:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Sinopsis: Kita mewarisi Islam dari Nabi SAW. Islam yang dibawa sangat sempurna, meliputi seluruh aspek kehidupan. Dalam lintasan sejarah, Islam cuba dinodai dengan pelbagai cara.
Terakhir, umat Islam dihidangkan dengan sekularisme yang kemudian membuahkan beberapa bentuk jahiliah tetapi dengan nama moden. Kita wajib berpegang dengan Islam sempurna yang dibawa oleh Nabi, tidak terikut dan terpengaruh dengan pelbagai fahaman dan kepercayaan karut yang bercanggah dengan Islam itu sendiri.
DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai Islam sempurna pada 26 JamadilAwwal 1435H (28 Mac 2014):Islam Yang Sempurna (0)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ustaznik
Posted on Thursday, April 03 @ 19:09:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sebuah lagi kapal terbang MAS berpatah Balik?
Posted on Thursday, April 03 @ 21:28:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Hari ini gempar pula cerita sebuah pesawat Malaysia Airlines, MH004 dalam penerbangan ke United Kingdom terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan kerosakan teknikal.
Pesawat Airbus A380 yang berlepas pada jam 10 pagi itu sepatutnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 11 malam ini.
Namun pesawat tersebut terpaksa berpatah semula ke KLIA setelah sejam di udara kerana mengalami kerosakan kipas paramotor (propeller) pada sayap kiri.
Menurut wartawan MySuara yang dihubungi oleh seorang penumpang MH004 tersebut, semasa sesi penundaan selama hampir empat jam tersebut menyatakan rasa trauma dengan insiden MH370 yang hilang 8 Mac lalu dan dikatakan berakhir di Lautan Hindi.
"Pagi tadi adik saya berseloroh supaya berhati-hati ketika melintasi Lautan Hindi. Apabila juruterbang memaklumkan pesawat menghadapi masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik ke KLIA, saya berasa sangat cemas dan gementar,” Jelasnya penjawat awam yang dalam perjalanan untuk menyambung pelajaran peringkat sarjana.
“Apapun saya sedikit lega dengan tindakan pantas dan bijak juruterbang. Jika pesawat telah dibaiki sekalipun, saya rasa tidak sedap hati. Saya mungkin tidak dapat tidur lena untuk 12 jam penerbangan kali ini,” tambahnya.
Kerosakan teknikal tersebut bagaimana telah dibaiki dan penerbangan disambung semula pada jam 1.30 tengah hari tadi dengan pesawat yang sama. Pihak MAS tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut.
Sebelum ini, pada 23 Mac sebuah pesawat MAS MH006 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.
Nampaknya semua yang terjadi kepada MAS akan menjadi perhatian dan bahan berita.
TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
Anda Selalu Ditindih Oleh Hantu Sewaktu Tidur (Sleep Paralysis)
Posted on Thursday, April 03 @ 19:08:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Fenomena ini mungkin telah seringkali dialami oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena ini dengan kewujudan hantu/syaitan yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sukar untuk mengetahui kebenaran hal tersebut kerana tiada bukti mahupun teori kukuh yang dapat mengaitkan fenomena ini dengan gangguan hantu/syaitan.
Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal
perubatan barat yang menamakan fenomen ini sebagai“Sleep Paralysis“
ataupun kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini mungkin
menyebabkan kita berasa takut, terutamanya jika kita ‘ternampak, terasa
atau terdengar’ sesuatu yang sebenarnya tiada di situ. Ia mungkin
terjadi sekali atau berkali-kali dalam masa semalaman.
Adakah Sleep Paralysis merbahaya?
Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep
Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara
teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai
kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah psikitari
yang tersembunyi.
Apakah itu Sleep Paralysis ?
Sleep Paralysis adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, kita tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Zyra sendiri telah merasai fenomena ni, memang takut sangat tamabah-tambah bila tak boleh nak baca sebarang ayat Quran sebab lidah jadi kelu. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh.
Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku?
Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia
berlaku ketika kita sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau
predormital. Jika ia berlaku ketika kita terjaga pula, ia dipanggil
hypnopomicatau postdormital.
hypnagogic atau predormital - Ketika
kita mula tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan.
Selalunya kita akan mejadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan
sebarang perubahan yang belaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar/peka
ketika mula tidur, kita mungkin perasan bahawa kita tidak dapat
bergerak atau bercakap.
hypnopomic atau postdormital - Ketika
tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM(rapid eye
movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan
NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil
75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan
menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah
kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun
terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan
akan “turned-off” ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau
tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan
bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap.
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur Mengikut Kaedah Islam
Untuk pengetahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).
Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.
Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. Wallahualam
Jawapan menteri sahkan Azri adalah Papagomo - Rafizi
Posted on Thursday, April 03 @ 16:17:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jawapan bertulis oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog pro-kerajaan yang dikenali sebagai Papagomo.
Rafizi membangkitkan perkara berkenaan dengan membandingkan jawapan di Parlimen dengan laporan dan gambar Papagomo yang disebar meluas melalui blog Umno.
Sumber KiniTV
Posted on Thursday, April 03 @ 16:17:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jawapan bertulis oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog pro-kerajaan yang dikenali sebagai Papagomo.
Rafizi membangkitkan perkara berkenaan dengan membandingkan jawapan di Parlimen dengan laporan dan gambar Papagomo yang disebar meluas melalui blog Umno.
Sumber KiniTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan