Jumaat, 4 April 2014

YANG PERGI TETAP PERGI...SEMUA YANG HIDUP AKAN MENYUSUL....TAK KIRA WAKTU MUDA ATAU TUA...TAKDIR MASING2...YANG SAMPAI MASA TAK BOLEH TARIK DIRI....KENA JALAN JUGA....MAKA MORAL BERHENTILAH JADI JAHAT

Al Fatihah Untuk Ustaz Awang Jidin Tukul Besi
Posted on Friday, April 04 @ 01:19:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Melalui whatsapps yang terima jam 10.19 mlm tadi menyebut bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Awang Nasaruddin Abu Bakar, 74, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 9.00 malam tadi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Awang Jidin (Tukul Besi) merupakan pemidato PAS terkenal pada tahun 1980 an dan mula 'kendur' pada awal 1990-an kerana faktor usia dan keunzuran. Perkataan "Tukul Besi" kerana suaranya yang berapi dalam ceramah dan mangsa utamanya ialah UMNO sebagaimana Ustaz Azhar berceramah mangsa utamanya JKKK.

Semasa muda remaja saya suka mendengar ceramah Ustaz Awang Jidin, pasal kalau ustaz ceramah mesti dapat lihat BOM ASAP.. Orang muda sekarang mana merasa. Ceramah beliau selalu di kepong oleh polis dan FRU dan kami akan bermandi dengan 'bom asap' FRU dan polis... itu yang bestnya!!



Walaupun sakit dan uzur beliau masih datang ke program dan aktiviti PAS. Gambar di atas adalah beliau keletihan dan tidur semasa program PGU 7.0 di Kg. Banggol Peradong 15 Mac 2013 lalu.

Harakahdaily dalam berita menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Jenazah beliau akan disolatkan di Masjid Pekan Batu 6, Kuala Terenganu jam 11.00 pagi esok 4 April 2014.

Beliau adalah veteran PAS Terengganu yang pernah menerima anugerah Tokoh Ulama’ PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Melawati, Selangor pada Jun 2009 lalu.
Ustaz Awang pernah menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 bersama dengan Ustaz Harun Jusoh yang mewakili parti PAS Terengganu Jasanya kepada masyarakat di negeri ini amat besar dan pernah menjadi tenaga pengajar di Masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Baru Enam serta dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.

Kehebatan ilmunya dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Haji Abas Awang, Haji Ismail Sulong, Haji Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Gambar ketika beliau sakit 2009

Ustaz Awang juga pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus sebelum diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah hingga sekarang (2009). Kelantangan beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tukul Besi’ yang terkenal suatu ketika dahulu.Sebelum ini, beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS Terengganu.

Namun begitu, kini kesihatannya semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang masih dijaga oleh kedua-dua orang isterinya di Kampung Bukit Tok Beng, Seberang Takir.

Isteri pertamanya Hajah Rokiah Haji Abas, 57, pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Kuala Nerus dari tahun 1969 hingga 1993, ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Enam dan tenaga pengajar.Manakala, isteri keduanya Hajah Shamsiah Zakaria, 47, pula merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Negeri Terengganu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, pengarah Halwa Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Nerus dan tenaga pengajar.

Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua orang isterinya itu telah memperolehi seramai 18 orang anak yang berjaya dibidang agama dan akademik. Salah seorangnya ialah Ustaz Abdul Fattah Awang, Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, exco DPP Perak dan juga seorang seorang pendakwah.

Semoga Allah memberkati beliau sekeluarga..


AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM

NAMA : USTAZ HAJI AWANG NASIRUDDIN BIN ABU BAKAR
PANGGILAN : USTAZ AWANG JIDIN
TARIKH LAHIR : 1943
TEMPAT LAHIR : KG. SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, KUALA TERENGGANU
KELULUSAN : UNIVERSITI DEUBOND (INDIA), UNIVERSITI AL AZHAR (MESIR)

JAWATAN DALAM PARTI.

1. AJK DEWAN ULAMA’ PAS PUSAT 1995 - 1999
2. TIM. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU 1981 - 1982
3. KETUA DEWAN ULAMA’ PAS TERENGGANU 1987 - 2001
4. AJK BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI 1968 - 2001
5. YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA NERUS 1971 - 2001

BERTANDING DALAM PILIHANRAYA

CALON PAS : 1971 (PRK Batu Rakit) ,1974,1978, 1982, 1986 DAN 1990

JAWATAN DALAM KERAJAAN

1. AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI TERENGGANU (EXCO) 1974 - 1978
2. ADUN KAWASAN JERAM (1974-1978)
3. TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
4. PENOLONG PENGARAH AKADEMIK PEMBINAAN INSAN (API)

JASA / KHIDMAT MASYARAKAT

1. TENAGA PENGAJAR MASJID/SURAU
2. PENGASAS SEKOLAH RENDAH DARUL TAQWA BATU 6
3. PENGASAS MASJID TAQWA BATU 6
4. AHLI LEMBAGA PENGARAH SEKOLAH RENDAH ISLAM (DAR-DAR)
5. PEMIDATO YANG LANTANG DENGAN GELARAN “ TUKUL BESI”

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI

1. PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK)
2. TOKOH PAS TERENGGANU 2001 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS PUSAT)
3. TOKOH PAS TERENGGANU 2006 (SEMPENA JUBLI EMAS PAS TERENGGANU)

PERISTIWA HEBAT DALAM PERJUANGAN

1. PENCERAMAH HEBAT AKHIR 70-AN HINGGA AWAL 80 –AN SEHINGGA DIGELAR US AWANG TUKUL BESI.
2. DAPAT MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUHAD / PENGORBANAN DI DALAM CERAMAH YANG DISAMPAIKAN SEHINGGA ADA YANG TERUJA DENGAN CERAMAHNYA
3. CERAMAH DAN PENGAJIANNYA DI ‘TAPE’KAN TETAPI TIDAK DIBUKUKAN

DISEDIAKAN OLEH

DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
KERJASAMA
DEWAN ULAMA PAS NEGERI TERENGGANU



TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com
 
 MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
Posted on Thursday, April 03 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, telah timbul krisis keyakinan yang serius. Suasana bertambah ‘chaotic’ bila PM Najib membuat kenyataan pada 24 Mac 2014. Pandangan saya berdasarkan fakta di bawah,

(i) PM dlm sidang media ke tiganya memaklumkan penerbangan berakhir di Selatan Lautan Hindi, tetapi fakta sebenarnya ialah data satelit (dan belum ada bukti penerbangan itu) yang terakhir ialah di Selatan Lautan Hindi. Pembentangan PM di parlimen dan sms MAS kepada keluarga mangsa menambah kekeliruan seolah pesawat itu telah terhempas di Selatan Lautan Hindi. Sehingga kini tiada pengesahan visual apalagi bukti yang menunjukkan pesawat itu berada di Selatan Lautan Hindi. Setakat ini, yang jelas dan terbukti ialah data satelit (handshake dengan pesawat) yang berakhir di situ.
(ii) MAS pada 8 Mac mengumumkan komunikasi terakhir MH370 ialah 2.41 AM.Tetapi kemudiannya DCA mengeluarkan fakta Komunikasi verbal terakhir sebenarnya 1.19 AM dan komunikasi terakhir dengan secondary radar ialah 1.21 AM.
(iii) PM di dalam sidang media ke 2 (15 Mac) mendakwa “human intervention in the cockpit”. Ini berdasarkan susunan bagaimana ACARS tidak lagi aktif sebelum komunikasi verbal terakhir, diikuti oleh Transponder juga tidak lagi aktif, dan kemudiannya pesawat membuat ‘air turnback’ lalu mengikut waypoint tertentu hingga hilang dari primary radar. Tapi MAS kemudiannya memberi maklumat yang membuka ruang kritikan bila menjelaskan bahawa transmisi ACARS dalam keadaan ‘cruising’ ialah setiap 30 minit, Jadi adalah tidak sahih dakwaan bahawa ACARS dimatikan sebelum komunikasi terakhir 1.19 AM. ACARS menurut MAS berkemungkinan dimatikan diantara 1.07 hingga 1.37 minit. Jadi ada kemungkinan selepas komunikasi verbal terakhir barulah masalah MH370 bermula. ACARS dan transponder pesawat menjadi tidak aktif, satu persatu atau mungkin secara serentak.
(iv) Di dalam taklimat media 9 Mac, di maklumkan kemungkinan ‘air turnback’ tetapi sehingga hari ini tiada penjelasan apa yang berlaku diantara radar awam di pihak Malaysia dengan TUDM dari 1.19 AM 8 Mac sehinggalah taklimat kepada PM pada petang 8 Mac yang turut dihadiri Panglima Tentera Udara (PTU). Tetapi Ketua Turus Angkatan Tentera menjelaskan dalam taklimat media yang sama bahawa air turnback itu tidak dikenalpasti secara realtime (sewaktu kejadian). Maksudnya ‘air turnback’ itu dikenalpasti setelah merujuk semula kepada rakaman data radar primary. Kekeliruan bertambah bila PTU mendakwa dalam taklimat media yang sama juga bahawa TUDM tidak bertindak kerana ‘blip’ menunjukkan ia pesawat komersil. Ini menunjukan ada pihak di TUDM menyedarinya secara realtime. Timbalan Menteri Pertahanan kemudian mendakwa di Parlimen bahawa TUDM menyangka pesawat itu membuat ‘air turnback’ atas arahan pihak tertentu. beliau kemudian menarik balik kenyataannya dan berkata ia hanya ‘assumption’.
(v) IGP mengesahkan mengenalpasti identiti pengguna passport curi pada 10 Mac 2014. Menteri KDN dakwa anggota Imigresen tidak buat kerja dengan betul kerana bagaimana etnik Asia boleh pegang passport Itali. Pengarah DCA sebaliknya memberi contoh Mario Balotelli seorang berkulit hitam tetapi memegang pasport Italy. Polis pada 11 Mac kemudiannya menunjukan dua keping gambar yang di cetak warna pada kertas A4 menunjukkan dua lelaki berkulit cerah keturunan Iran. Gambar itu mengelirukan kerana sekeping kertas telah koyak sebahagiannya dan bertulisan tangan dengan dakwat marker pen di atasnya. Satu persembahan yang tidak profesional di dalam kes tumpuan dunia.
(vi) All right goodnight. Pengarah DCA menyebut kalimah ini dalam taklimat media, CEO MAS pula berkata kemungkinan kalimah ini di lafazkan oleh Co Pilot MH370. Akhirnya semalam terbukti tiada kalimah itu dilafazkan oleh sesiapa di dalam pesawat MH370 yang berkomunikasi dengan mana-mana pihak di darat.
Ini adalah antara rentetan benda-benda kecil yang akhirnya menimbulkan persepsi bagaimana tidak terurusnya pihak Kerajaan mengendalikan krisis. Saya bagaimanapun berpendapat, ia tidak membuktikan kegagalan menangani krisis tetapi ia jelas adalah kegagalan menangani komunikasi yang berkesan. Ini adalah masalah yang menghantui kerajaan PM Najib sejak sekian lama. Masalah ini jugalah yang menghantui isu Lynas, kenaikan harga barang dan GST. Kalau kita ingat isu kangkung, ini isu yang sama. Bukan isu kegagalan menjalankan tanggungjawab, tetapi seakan ambil remeh bila memberi penjelasan.
Setelah mengulas panjang lebar, suka saya kata, tidak ada siasatan dalam apa tragedi sekalipun yang tidak mendapat kritikan. Baru-baru ini ketika banjir di Britain, pihak Kerajaan British dikecam dengan teruk sekali. Ketika 9/11, pihak perisikan Amerika mendapat kritikan yang amat dahsyat. Insiden ini adalah satu pelajaran yang tidak ternilai buat kerajaan Malaysia. Kita berharap ia memberi peluang untuk kerajaan menilai semula strategi komunikasi di dalam menangani krisis.
Kickdefella
 
 Misteri 90 saat sebelum transponder dimatikan
Posted on Thursday, April 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Petaling Jaya: Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan misteri.

Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

“Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya.

BERITA HARIAN 
 
Penumpang MH370 Noorida Hashim dari DBKL sepatutnya bersara 1 April
Posted on Thursday, April 03 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Semalam merupakan tarikh persaraan pilihan bagi penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Noorida Mohd Hashim, 57, sebagai setiausaha kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Noorida yang bertugas dengan DBKL sejak 36 tahun lalu, menyertai pihak berkuasa pada 1978 dan menggunakan cuti sebelum bersaranya untuk melancong ke Beijing, China.


Katanya Noorida, adik ipar kepada Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Datuk Mohamed Ramli Abbas, bercuti bersama-sama kakaknya, Datin Biby Nazli Mohd Hassim, 62, yang juga isteri Mohamed Ramli, berserta dua anak mereka Maria Datuk Mohamed Ramli, 32, dan Dina, 30.

Tengku Adnan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan DBKL bagi membantu meringankan beban keluarga Noorida berikutan tragedi pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lepas.
Sumbangan itu disampaikan kepada sepupu Noorida, Faridah Badur di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Sementara itu, Faridah yang mengucapkan terima kasih atas sumbangan DBKL berkata keluarganya masih berharap Noorida dan kakaknya berserta dua anak saudaranya dalam keadaan selamat.
Beliau juga turut berterima kasih kepada seluruh masyarakat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik bagi kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal Penerbangan MH370.
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

– Bernama,
2 April, 2014.

 Pemilihan PKR: Khalid tak akan tarik diri
Posted on Thursday, April 03 @ 06:57:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tiada rancangan untuk menarik diri dari persaingan timbalan presiden PKR.

Menjawab soalan pemberita adakah beliau akan menurut cadangan Naib Presiden PKR Tian Chua semalam agar calon timbalan presiden menarik diri untuk “mengurangkan persaingan”, Khalid menjawab ia hak setiap ahli.

"Itu terpulang kepada individu. Itu keistimewaan PKR.

“Mereka beri peluang kepada semua yang berminat untuk menawarkan diri (bertanding)," kata Khalid dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Semalam Tian Chua mengatakan satu rundingan bakal diadakan dan beberapa calon dilihat akan menarik diri bagi 'mengurangkan persaingan' dan bertanding sebagai satu pasukan pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Tian turut menyeru semua ahli parti itu menolak hanya satu puak atau kumpulan saja daripada menguasai parti itu.

Khalid tidak memberi jawapan jelas ketika ditanya adakah beliau bercita-cita untuk menjadi presiden atau kekal menjadi menteri besar Selangor jika berjaya memenangi jawatan timbalan presiden.

Beliau sebaliknya hanya berkata, lebih banyak ketidaktentuan dalam politik berbanding dunia korporat yang diceburinya sebelum ini.


MALAYSIAKINI
 
 Lelaki sambung solat berjemaah lepas bunuh
Posted on Wednesday, April 02 @ 23:10:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Kes pembunuhan kejam: ISTERI mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.



Sambung solat lepas bunuh – gambar Mymetro

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

sumber
 
(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto
Posted on Wednesday, April 02 @ 22:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

tips cara betul guna gear kereta auto

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)-fitrihadi.com



Tiada ulasan: