Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat semula tragedi Memali
- Apr 02, 2014
- LIM KIT SIANG
Berikutan pendedahan minggu lalu oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam yang mengatakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada dalam negara ketika kejadian dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak tiga dekad lalu, saya telah meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memastikan perkara sebenar memandangkan Mahathir telah mengelak dari memikul tanggungjawab atas kematian 18 nyawa, termasuk 4 pegawai polis.
Sebab lain sebuah RCI perlu dibentuk untuk menyiasat semula Tragedi Memali adalah mereka yang terbabit masih hidup dan boleh memberi keterangan ke atas kejadian yang seharusnya boleh dielakkan.
Antaranya ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir; bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam; bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Mohd Amin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Ketua Setiausaha Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling ketika Tragedi Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan seorang pengikut Ibrahim Libya yang sekarang adalah senator, Muhamad Yusof Husin, dari Baling, Kedah.
Testimoni OCPD Baling ketika itu, Tunku Muszaffar Shah, adalah satu sebab tambahan yang kuat untuk membentuk sebuah RCI bagi menyiasat semula tragedi 1985 supaya kejadian sebenar boleh dirungkai untuk negara dan rakyat.
Dua tahun lalu, Tunku Muszaffar menulis sebuah buku yang menjelaskan bahawa peristiwa berdarah pada 19 November 1985 di Memali yang mengakibatkan kematian Ibrahim Libya, 13 pengikutnya, dan empat anggota polis, adalah hasil campur tangan politik dalam operasi polis, menyebabkan ibu pejabat polis Bukit Aman gagal membuat keputusan yang tepat dalam usaha menangkap Ibrahim Libya selepas cubaan kedua untuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 gagal.
Dalam buku beliau yang bertajuk 'Memali: Policeman Remembers', Tunku Muszaffar mengatakan bahawa kegagalan untuk buat keputusan yang tepat adalah disebabkan campur tangan politik dan kerana mengambil remeh keupayaan pengikut Ibrahim Libya.
Tunku Muszaffar menulis bahawa pegawai atasan di Bukit Aman tidak sepatutnya menerima arahan daripada "tuan politik" mereka dan menolak permintaan yang tidak sejajar dengan etika tugas polis atau prosedur kerja mereka.
"Budi bicara dan tindakan polis mengenai bagaimana mereka akan menjalankan sesuatu tugas sepatutnya mengikut situasi yang sedang terjadi," tulis beliau.
Menurut Kertas Putih kejadian Memali yang dibentangkan di Parlimen pada Februari 1986, percubaan kerajaan menangkap Ibrahim di bawah ISA adalah atas tuduhan menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang mensasarkan untuk menjatuhkan kerajaan pusat dengan kekerasan.
Walaupun Tunku Muszaffar tidak mendokumenkan sebarang contoh campur tangan politik, beliau mencatat bahawa Musa mengeluarkan arahan khas semasa percubaan penangkapan pertama pada 2 September, 1984. Dalam buku itu, beliau mencatat bahawa Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa tiada kekerasan digunakan dalam penahanan Ibrahim dan berundur jika menghadapi tentangan.
Diketuai oleh Ketua Cawangan Khas Daerah, pihak polis pergi ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada 2.45 pada hari itu, tetapi berundur selepas mereka bertembung dengan kira-kira satu dozen orang bersenjata buluh runcing dan senjata lain.
Menurut pengikut Ibrahim ketika itu, Muhamad Yusof Husin, yang menceritakan Tragedi Memali, yang dijadikan sebagai satu bab dalam buku itu, percubaan tangkapan pertama yang gagal menyebabkan pengikut-pengikut Ibrahim membuat keputusan untuk mengawal pemimpin mereka agar tidak ditangkap. Muhamad Yusof sekarang adalah Senator PAS mewakili Kedah sehingga 20 Mei.
Dalam buku itu, Tunku Muszaffar mengkritik pegawai atasan di Bukit Aman, termasuk Pemangku Ketua Polis (IGP), kerana memandang rendah pengikut Ibrahim. Cubaan menangkap Ibrahim dengan menghantar jumlah anggota polis yang ramai di rumah Ibrahim pada November 1985 menyaksikan pengikut Ibrahim bertindak-balas menyerang polis dengan senjata api dan senjata tajam, sehingga akhirnya pendakwah berkarisma itu terkorban.
Dalam buku itu, beliau menggambarkan orang-orang atasan itu sebagai "armchair jeneral" yang melihat bahawa tindakan yang tepat adalah menangkap Ibrahim di rumahnya, walaupun mengetahui bahawa penyokong-penyokong Ibrahim telah menunggu dan ada antara mereka mempunyai lesen senjata api.
Sebenarnya ada satu lagi sebab kuat untuk RCI ditubuhkan bagi menyiasat semula Tragedi Memali, iaitu untuk menentukan sama ada ia adalah campur tangan politik yang pertama dalam profesionalisme, kebebasan, dan integriti institusi negara dalam tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir, campurtangan yang bukan saja dilakukan ke atas polis tetapi juga telah merebak ke institusi lain, termasuk perkhidmatan awam, Jabatan Peguam Negara, Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dan yang paling utama sekali, adalah keperluan untuk mencari rumus dalam usaha menamatkan campur tangan politik di institusi negara ini sekaligus memulihkan keyakinan rakyat terhadap tadbir urus yang baik di Malaysia.
Musa turut jadi mangsa fitnah seks
- Apr 02, 2014
- LAN JUSOH
Ketika itu mereka berada di kerusi Timbalan Perdana Menteri. Masing-masing pernah menjadi timbalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Setiausaha PKR Terengganu, Rosli Abdullah berkata, cerita tuduhan seks yang menimpa Anwar dengan konspirasi liwat 1 dan II sebenarnya sudah kedengaran sejak 1980-an lagi.
Katanya, faktor tersebut antara yang disebut-sebut punca Musa meletak jawatan selepas berganding dengan Dr Mahathir, yang pernah dikenali dengan gelaran 2M.
“Cerita berkenaan sudah tersebar ketika itu. Ini seolah-olah dilihat antara senjata paling berkesan bagi melumpuhkan rakan sendiri dalam parti apabila tidak disukai,” katanya di sini.
Baru-baru ini ketika program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, Musa Hitam mendakwa pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.
“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.
“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang...
“Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir. Orang itu yang kritik saya,” katanya malam 27 Mac lalu.
Turut menjadi panelis pada program itu ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, manakala moderator Prof Madya Dato’ Dr Mohamad Agus Yusof.
Rosli berkata, tuduhan seks atau liwat cuba dihalalkan dalam Umno bagi menjatuhkan rakan sendiri yang dilihat ada potensi mencabar kedudukan ketua.
Ketika ditanya Dr Agus mengenai buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Musa berkata, beliau tidak ada masa untuk membaca buku yang memaparkan politik kotor.
M'sia dikritik lemah perjuang hak etnik Rohingya
- Apr 02, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, persidangan yang dihadiri oleh ahli parlimen dari negara-negara Asean memberi gambaran peranan Malaysia yang sangat lemah memperjuangkan hak asasi rakyat di Myanmar terutama nasib etnik Rohingya.
"Ahli Parlimen Sepang, Batu Gajah turut mengikuti persidangan itu tahu apa yang berlaku.
"Bagaimana ahli-ahli parlimen negara lain mempertahankan hak asasi termasuk etnik Rohingya,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi Kementerian Luar Negeri.
Negara Asean mempunyai jawatankuasa penting iaitu Asean Intergovernmental Commission on Human Right (AICHR) yang diwakili oleh Tan Sri Mohammed Shafee Abdullah.
Tambah Kamaruddin, persidangan itu turut membandingkan wakil Malaysia dalam AICHR dengan wakil negara Thailand yang lebih aktif dalam isu Rohingya walaupun berlainan agama.
"Mereka menegur wakil-wakil kita di persidangan Bangkok.
"Berlainan agama tetapi peranan wakil Thailand terbaik, bersungguh dan bertegas untuk memastikan dan memperbetulkan apa yang berlaku di Myanmar,"katanya.
Kamaruddin mengiyakan Shafee Abdullah yang dimaksudkan itu ialah peguam mewakili kerajaan dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik ditanya oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.
"Ya, dialah orangnya yang saya lihat dalam web site di mana beliau dilantik oleh Wisma Putra sebagai wakil Malaysia dalam AICHR.
"Malangnya dilihat tidak memainkan peranan dalam AICHR sebagaimana peranan pemimpin-pemimpin negara luar yang lain,"katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin antara wakil yang hadir dalam persidangan itu melahirkan kekecewaan apabila peranan Malaysia dipertikaikan.
Beliau yang membahaskan rang Undang-undang Perbekalan Tambahan itu merayu agar Malaysia tidak lagi mendiamkan diri dalam isu hak asasi manusia.
"Kerajaan sepatutnya memikirkan cara penyelesaian jika kita benar-benar menghormati hak asasi manusia.
"Rohingya, mereka sangat mengharapkan Malaysia boleh berasama mereka. Sekurang-kurangnya satu tindakan perlu diambil oleh kerajaan untuk Rohingya,"katanya.
Hanipa berharap Menteri Luar dan parlimen Malaysia mengambil sikap tegas kerana difahamkan Myanmar akan meluluskan empat rang undang-undang antaranya akan menafikan kerakyatan Rohingya dan mereka tidak dibenarkan di negara mereka.
Bersih 2.0 serah Laporan Tribunal Rakyat kepada MP
- Apr 02, 2014
- ANIS NAZRI
Penyerahan laporan itu diketuai pengerusinya, Maria Chin Abdullah kepada wakil ahli parlimen yang hadir iaitu Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.
Maria, sebelum itu turut meluangkan masa untuk berbincang dengan ahli parlimen yang hadir berkaitan penemuan dan cadangan yang turut terkandung dalam laporan tersebut.
Bercakap kepada pemberita, Maria menegaskan sudah sampai masanya kerajaan menjalankan tanggungjawab untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan bersih seperti yang dituntut badan tersebut.
Katanya, setelah parlimen menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya sejak dua tahun lalu, menjadi tanggungjawab kepada badan itu untuk memastikan segala cadangan pokok yang dikemukakan dapat dilaksanakan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selain Kian Meng, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Md. Ramli, Ahli Parlimen Kota raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut menyertai perbincangan tersebut.
Menurut Maria, pihaknya menjemput kesemua 222 orang ahli parlimen untuk pertemuan hari ini.
Sementara itu, beliau turut menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkaitan satu kaum, satu undi itu hanya akan menyemarakkan api perkauman.
Selain menganggap ia satu kenyataan memalukan, Maria turut menegaskan kenyataan itu hanya membolehkan kerajaan melalui SPR melakukan persempadanan semula mengikut kaum.
Malah, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden yang juga menyokong kenyataan Shahidan tersebut tempohari.
M'sia perlu berani dahului kecam regim Mesir
- Apr 02, 2014
- SALMIYAH HARUN
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, Malaysia salah satu anggota OIC perlu mengambil langkah awal dengan memperlihatkan ketegasan kepimpinan negara khususnya isu-isu membabitkan umat Islam di dalam pertubuhan itu.
"Kalau kita hendak tunggu negara-negara lain siapa lagi hendak diharapkan.
"Malaysia patut memainkan peranan besar ini dalam kemelut kezaliman di Mesir,"katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di bawah Kementerian Luar Negeri.
Mahfuz juga meminta Malaysia mengeluarkan kenyataan tegas membantah tindakan Kerajaan Mesir untuk menunjukkan kewibawaan negara menangani isu umat Islam di Timur Tengah.
Seramai 529 rakyat Mesir yang menyokong kepimpinan Morsi dikenakan hukum mati termasuk pemimpin dan bekas speaker Mesir juga aktivis Ikhwanul Muslimin.
Beliau menegaskan, hukuman mati oleh mahkamah tentera itu adalah satu bentuk kezaliman yang melampau dalam dunia hari ini.
"Mereka golongan yang tidak bersalah. Mereka adalah penyokong Dr Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah tetapi digulingkan oleh pihak tentera pimpinan Jeneral Al-Sisi.
Turut merayu agar Malaysia memainkan peranan dalam isu ini adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad ketika dalam perbahasanya selepas itu.
Mangsa terbakar seluruh badan berlari minta tolong
- Apr 03, 2014
- ASLANI M
Keadaan kedai makan yang musnah
dijilat api dalam kejadian malam semalam yang turut memusnahkan empat
kereta dan tiga motorsikal.
GUA MUSANG: Penyelia Dun Galas, Ustaz Abdullah
Husain turut bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa kebakaran di
Dataran Kesedar di sini malam tadi.“Seorang mangsa yang panik akibat terbakar di seluruh tubuh berlari bagi mendapat pertolongan sehingga ke belakang bangunan kedai.
“Kebetulan ketika itu saya berada tidak jauh dari situ dan terus turun dari kereta membantu mangsa dan menghantar mereka ke Hospital Gua Musang.
“Orang ramai juga menghantar mangsa-mangsa lain ke hospital. Dan seorang daripada mereka yang kritikal kemudiannya dihantar ke hospital di Kota Bharu,” katanya di sini.
Pada kejadian tersebut 11 pelanggan yang sedang makan di sebuah kedai tidak jauh dari stesen minyak Shell disambar api selepas dipercayai minyak tumpah dari arah stesen minyak.
Tiga daripada mangsa kritikal. Kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu turut memusnahkan empat kenderaan termasuk milik pekedai dan pelanggan serta tiga motosikal.
Abdullah berkata, beliau difahamkan kejadian itu berlaku ekoran berlaku limpahan minyak dari tangki stesen minyak ketika sebuah lori sedang mengisi minyak.
Katanya, disebabkan kedudukan stesen minyak terbabit di kawasan agak tinggi menyebabkan minyak yang tumpah mengalir ke arah Dataran Kesedar.
“Minyak tersebut tiba-tiba menyambar sebuah gerai burger kemudian berjangkit kepada kenderaan dan motosikal yang terletak berdekatan.
“Keadaan itu menyebabkan api marak sehingga menjulang tinggi yang boleh dilihat dari jauh. Kejadian berlaku hanya dalam beberapa minit sebelum dapat dikawal sepenuhnya pasukan Bomba dan Penyelamat,” katanya.
Menurutnya juga beliau berada di Hospital Gua Musang sehingga jam 1 pagi bagi membantu mangsa dan keluarga mereka.
Sementara di Kota Bharu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
“Saya berkongsi rasa sedih di atas insiden tersebut dan Insya-Allah saya akan usahakan untuk melawat mereka terlibat dan menghulurkan bantuan.
“Buat masa sekarang saya dalam perjalanan ke Johor bagi mengikuti satu program di sana,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau juga berharap kejadian seperti itu tidak berulang dan semua pihak berhati-hati menguruskan bahan-bahan yang mudah terbakar.
Katanya, sebarang kecuaian akan mendatangkan akibat yang tidak diduga.
Kedai makan di Dataran Kesedar yang marak dijilat api akibat tumpahan minyak dari stesyen minyak berhampiran.
Taklimat MH370: Shahidan tidak perlu beri alasan
- Apr 03, 2014
- SALMIYAH HARUN
Petang semalam Pakatan Rakyat telah menulis nota kepada Shahidan bagi mengatur satu taklimat berhubung kehilangan pesawat MAS itu.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke telah menyerahkan nota makluman berkenaan di pejabat Shahidan sendiri sekitar jam 4 petang semalam.
"Sebelum ini pihak kerajaan dan Datuk Seri Shahidan mengatakan kami tidak menulis nota maka taklimat tidak dapat diakukan.
"Dengan surat (nota) ini kita harap tiada lagi alasan daripada pihak kerajaan," katanya di Lobi Parlimen.
Nota berkenaan mencadangkan taklimat itu dibuat pada Selasa hadapan, jam 8.30 malam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen.
Pakatan Rakyat berharap menteri berkenaan dapat mengatur taklimat ini yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Jika ada sebarang perubahan diharapkan dapat dimaklumkan secepat mungkin," katanya lagi.
Sebelum ini, Hishammuddin dalam satu memo telah menjemput Ahli Parlimen BN mengikuti taklimat MH370 yang diadakan di luar bangunan Parlimen.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana mereka tidak dilibatkan bersama dalam taklimat itu dengan menegaskan isu MH370 perlu ditangani tanpa sempadan politik dan menegaskan taklimat itu perlu juga diberikan kepada mereka.
Jadual taklimat untuk Pakatan Rakyat disyorkan oleh Shahidan pada Selasa kelmarin bagaimanapun pada hari itu Hishammuddin telah bertolak ke Hawaii.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi desakan supaya Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) ditubuhkan secepat mungkin sebelum sidang Dewan Rakyat ditangguhkan minggu depan.
Ini kerana kehilangan pesawat berkenaan sudah masuk hari ke-27 apatah lagi bateri kotak hitam yang hampir tamat tempoh sekaligus tidak dapat mencari punca kehilangan pesawat itu.
Inilah Diego Garcia
Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militan USA yang paling rahsia.
Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau
karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana
daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1.790 km.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pulau ini pertama kali ditemui
oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun
1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942,
Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara
untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang
Jepun di Samudera Hindia.
Tahun 1966 Inggeris sepakat
memberikan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan militan di pulau Diego
Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar
Samudera Hindia semasa era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa
kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini.
Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent' AS dengan segala
kelengkapan canggihnya.
Beberapa operasi militan yang
digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang
Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.
Daerah ini juga dikatakan bebas
dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat
mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.
Berita Utusan Malaysia mengutip Cabal Times menjelaskan analisa itu. Cabal Times adalah sisipan misteri dan berita konspirasi.
Beberapa bukti menguatkan andaian ada pesawat disembunyikan di Pangkalan AS Diego Garcia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan