Isnin, 4 Februari 2013

TAK ELOK CENGKELAT DAN MENGHALANG ISLAM

Kekasih halal, kekasih haram
Posted on Monday, February 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: imamsurau

"Soalan: Saya mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Satu hari dia minta keizinan saya untuk kahwin dengan gadis pilihannya. Alasan diberikan, untuk mengelakkan maksiat. Pada saya usianya yang masih muda harus digunakan untuk belajar bersungguh-sungguh. Jadi, apa yang harus saya lakukan sekarang?

JAWAPAN:

KITA biasa mendengar bagaimana datuk dan nenek kita dahulu sering dikaitkan dengan mempunyai anak ramai. Kita juga biasa mendengar kata-kata nakal; orang dulu tak ada benda lain hendak dibuat. Menjelang malam selepas isyak, mereka sudah pasang kelambu untuk masuk tidur.

Tidak seperti kita sekarang. Embun jantan menitis pun masih lagi di luar rumah.

Jadi tidak hairanlah jika setiap keluarga mempunyai anak ramai. Lapan hingga 10 anak dikira biasa. Kebanyakannya mencecah hingga 14 dan ada juga yang saya temui sehingga 19 orang.

Bila difikirkan semula, antara faktor lain yang menyumbang anak ramai dalam kalangan datuk nenek kita adalah berkahwin pada usia muda. Mana tidaknya, anak gadis zaman dahulu rata-ratanya berkahwin usia 14 tahun. Malah ada yang berkahwin seawal 11 tahun!

Jika umat Islam mempunyai anak ramai, ia jadi kebanggaan Nabi Muhammad SAW kerana secara langsung dapat meramaikan umatnya. Realiti hari ini, mereka yang mempunyai adik-beradik ramai dan datang daripada keluarga besar kelihatan mudah dari banyak segi.

Saya mempunyai pengalaman dengan sebuah keluarga besar yang mempunyai ahli seramai 11 orang. Dari segi keyakinan diri, rata-rata ahli keluarga ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Bilangan keluarga dengan umur yang ‘dekat-dekat’ mempunyai kaitan dengan kemahiran bersosial dan emotional intelligence (IQ). Ini kerana tidak cukup dengan pandai bergaul, mereka sudah mempunyai sumber pendapatan sendiri. Dari situ mereka dapat menggerakkan ekonomi melalui tabungan wajib setiap bulan. Hampir seperti pelaburan!

Baru-baru ini pula, saya menghadiri majlis tahlil arwah ayah saudara. Dia pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mengumpulkan dua daripada isterinya dalam sebuah rumah. Seorang daripada isterinya orang Jambi, Indonesia yang saya gelar tante.

Apabila adik tante saya yang datang dari Jambi melihat bilangan saudara-mara yang datang menziarahi arwah dan mengadakan tahlil, dia agak kaget.

“Kalau di Jambi kami tak perlu jemput orang lain untuk tahlil. Cukup dengan adik-beradik dan saudara-mara. Kami di sana mempunyai keluarga yang besar,” katanya.

Bayangkan, arwah bapa saudara saya yang mempunyai anak seramai sembilan orang itu pun masih dikatakan tidak ramai!

Memang untung mempunyai keluarga besar. Semua pekerjaan mampu dibuat bersama.

Kalau hendak mengadakan kenduri ataupun majlis perkahwinan, suasana akan ceria apabila semua ahli keluarga mengambil bahagian.

Bermula dengan abang sulung menyediakan makanan untuk jemputan, yang kedua menyiapkan khemah, si adik pula menguruskan orang untuk merewang dan yang lain-lain menguruskan sesi fotografi, mak andam, pelamin dan seumpamanya.

Yang bagusnya mereka bukan sekadar menguruskan tetapi bertanggungjawab menaja barang hantaran pengantin. Jadi, mempelai hanya goyang kaki dan benar-benar jadi raja sehari.

Begitu hebatnya mempunyai adik-beradik yang ramai. Jadi jangan takut jika dikurniakan anak yang ramai. Bahkan, bersyukurlah.

Sesungguhnya setiap kurniaan ALLAH adalah yang terbaik buat kita.


Segera tunaikan kebaikan

Rata-rata mengetahui bahawa berkahwin adalah sunah yang perlu diikuti oleh setiap umat yang mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah nabinya. Setiap perkara yang dilakukan kerana sunah nabi tentu sekali akan meraih ganjaran pahala.

Jika bernikah sebagai sunah dan menjadi wajib kepada mereka yang tertentu, maka yang sengaja meninggalkannya akan menanggung dosa.

Berapa ramai teruna dan dara di luar sana yang berkasih-kasihan, selesa dengan keadaan dan status mereka hanya sebagai ‘kekasih yang tidak halal’.

Amalan melambatkan perkahwinan (tanpa alasan kukuh), menjadikan hubungan kekasih ini sentiasa berpanjangan dalam keadaan berdosa.

Daripada Ma'qil bin Yasar, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang di antara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Berbeza pula apabila si suami memimpin atau memegang tangan isterinya dengan kasih sayang. Perlakuan ini kelihatan remeh, tetapi ia sebenarnya mampu meraih ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.

Bagaimana dengan melihat wajah kekasih hati? Menyimpan gambar yang bukan muhrim sahaja sudah dikira berdosa apalagi memandangnya secara nyata. Sehinggakan ALLAH memerintahkan kepada perempuan dan lelaki agar menundukkan pandangan ketika berjalan.

"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih sayang), maka ALLAH akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila seorang suami memegang jemari isterinya (dengan kasih sayang) maka berjatuhnya dosa daripada segala jemari keduanya." (Riwayat Abu Sa’id)

Begitulah indahnya Islam. Jalan sudah diberi, lampu jalan juga sudah dipasang sepanjang jalan, sign board sebagai petunjuk juga sudah siap sedia di kiri kanan kita.

Malah, destinasi juga sudah dinyatakan awal-awal lagi. Tinggal kita sebagai umat baginda perlu melalui jalan yang betul untuk mencapai syurga-NYA.


Tidak halal

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana rendahnya akhlak dan moral masyarakat mendiami bumi indah Malaysia ini, sehinggakan setiap 10 minit akan lahirlah seorang anak luar nikah.

Sekiranya bernasib baik, dapatlah bayi ini membesar sama ada di bawah jagaan Jabatan Kemajuan Masyarakat ataupun orang perseorangan yang menginginkan zuriat.

Sekiranya nasib bayi ini kurang baik, terbiarlah dia di tepi longkang dikerumuni semut dan kerengga yang menggigit. Tetapi, kebanyakannya berakhir di mulut anjing liar yang menggonggongnya sebelum dimakan.

Natijahnya, yang ditemui semula hanyalah bangkai manusia yang cacat anggota.

Kepada pasangan yang masih berkasih- kasihan dan gagal untuk memegang status ‘kekasih halal’, renungkanlah dalam-dalam.

Bacalah petunjuk yang setiap hari terbentang di depan mata. Ingatlah sentiasa tujuan dan matlamat akhir kita yang sebenar.

Sesungguhnya, destinasi kita adalah syurga yang kekal abadi.

Janganlah terlalu asyik bercinta dan berkasih sayang tanpa menghiraukan dosa dan pahala, tanpa memikirkan balasan yang akan kita terima kelak.

Segerakanlah menunaikan sunah Rasulullah iaitu berkahwin, agar ikatan yang haram bertukar menjadi halal.

Secara langsung akan dilimpahi keberkatan, rahmat dan pahala yang berpanjangan dalam kehidupan.

sumber

Orang susah, tak minta bantuan, kita yang perlu bantu
Posted on Monday, February 04 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: rozmal

"Encik Yaakob bin Eusof dari Kg Sentosa, Seremban bukanlah jiran saya, bukan kenalan saya, bukan orang kampung saya, dia cuma saudara seIslam. Saya kenal dia sekali sahaja kerana minta tolong dia potong rumput dan kemas perkarangan Surau Taman Alamanda, Senawang.

Dari maklumat yang saya terima, dia ni memang susah, tetapi tidak suka minta bantuan kewangan semata-mata, kerana dia tahu dia masih sihat, dan boleh mencari rezeki yang halal.
Anaknya sebelum ini cemerlang PMR tahun 2011 dapat 9A dari SMK Pendeta Zaaba, kini belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). 
Saya dah lama tak hubungi dia, nombor telefon dia pun dah hilang, tiba-tiba dia SMS semalam seperti berikut : Salam, saya Yaakob yang encik bagi kerja surau alamanda dulu, nak tanya ada kerja apa-apa tak, dulu encik kata ada nak pagar dusun. 
Saya pun balaslah balik SMS, nanti saya tanya emak saya dulu, sebab dusun tu emak saya yang uruskan. 
Dia tak ada pun minta duit, tak ada pun cakap anak dia yang cemerlang amat perlukan duit, tak ada minta apa-apa. Cuma minta kerja, sebab dia boleh buat macam-macam kerja. 
Saya pun relaxlah, tiba-tiba bila malam, baru saya nak lelapkan mata, ditakdirkan Allah, Encik Yaakob terhantar SMS yang ditujukan kepada anaknya di UiTM Puncak Alam seperti berikut : Akak bagi tau mak abah belum ada duit lagi nak bayar yuran semester 2 kat U, abah usahakan OK. 
Saya dah agak dah , dia dah tersilap hantar SMS. Cepat-cepat dia minta maaf, hantar SMS dia tersilap hantar.
 
Esoknya saya telefon dia , tanya pasal kerja dusun tu, nantilah hujung minggu saya bawa dia ke Rembau tengok kawasan (site visit).
 
Saya tanya dia, apa lagi kerja dia boleh buat, dia kata dia boleh baiki rumah, sambung rumah, renovate rumah sikit-sikit, buat  pagar, baiki paip dan sebagainya.
 
Dalam saya berbual melalui telefon tu, tak ada dia kata dia nak pinjam duit, anak dia susah dan sebagainya.
Saya pun terus tanya, anak dia yang U tu dapat biasiswa tak. Dia kata UiTM ada bagi elaun , tapi elaun itu anak dia guna untuk beli lap top dan keperluan lain. Jadi dia kekurangan wang untuk bayar elaun untuk semestar 2. 
Saya tanya anak dia ambil apa. Dia kata Pra Ijazah (Asasi) di UiTM Puncak Alam, masuk tahun 2012. Saya tanya berapa dia dapat CGPA. Katanya anaknya dapat 3.89 masa semester 1.
 
Saya tanya berapa yuran semester 2 yang tertunggak, katanya RM350. Masih dia tak minta nak duit juga.
 
Saya kata pada dia, nantilah saya cuba carikan kerja, atau carikan sesiapa boleh beri pinjam RM350 untuk dia bayar yuran anaknya untuk semester 2 di UiTM Puncak Alam, sementera dia dapat kerja.
Saya pun tanya, dia ada tak akaun bank.  Sesiapa yang boleh beri kerja pada Encik Yaakob atau boleh beri pinjam RM350 kepada Encik Yaakob untuk membayar yuran semester 2 anaknya di UiTM Puncak Alam, bolehlah menghubungi terus Encik Yaakob 014-7227603 atau salurkan t terus ke Akaun Maybank, No 155126981912 atas nama Yaakob bin Eusof.  
Ustaz Zakaria bin Talib suruh kita amalkan dan sebarkan mesej kasih sayang. Dengan kasih sayang rahmat Allah akan turun. 

 PRU13, Antara Badut Politik Dan Calon Kitar Semula
Posted on Monday, February 04 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Abdul Rahman Hashim

EZAM MOHD NOOR, CALON BN PJ SELATAN

Saya terpaksa tidak bersetuju jika ada sesiapa yang cuba melabelkan Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arip, Ruslan Kasim, Zaharin Hashim, Nallakarupan, Gobalakrishnan, Wee Chee Keong sebagai 'Badut-Badut Politik' untuk memPERKASAkan UMNO yang dahulunya pernah mereka perkasamkan. Antara PERKASA dan PERKASAM memang ada perbezaannya.

DR HASAN ALI, CALON BN DUN GOMBAK SETIA
DATUK NALLAKARUPAN, CALON BN PUCHONG
IBRAHIM ALI, CALON BN PASIR MAS
EZAM MOHD NOOR, CALON BN PJ SELATAN

 
Bukankah mereka sanggup mengorbankan maruah politik mereka dengan mengkhianati perjuangan parti yang telah memenangkan sebahagian daripada mereka dalam pilihan raya umum yang lepas? Ibrahim Ali sanggup menghina dan mencerca PAS walaupun dia menang di Pasir Mas atas tiket PAS berlawan dengan UMNO/BN dan kini menjadi orang paling perkasa menyokong UMNO. 
 
Dr Hasan Ali, ADUN Gombak Setia juga sedemikian, sebelum ini begitu lantang mengkritik dasar perjuangan UMNO yang dianggap tidak islamik, tetapi hari ini setelah dipecat darpada PAS beliau beralih arah untuk bersekongkol dengan UMNO dan melupakan sahaja bahawa parti UMNO bukanlah serasi dengan perjuangan Islamnya.
 
Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang bertanding atas tiket PKR walaupun kemenangannya dalam PRU12 dahulu penuh dengan kontroversi akhirnya beliau diiktiraf juga sebagai pemenang menumpaskan calon UMNO. Hari ini sebagai Ahli Parlimen Bebas beliau dianggap sebagai orang kuat Najib yang mendapat berbagai layanan istimewa melebihi tokoh-tokoh UMNO yang lain. Sebelum ini Zul Nordin begitu alergik dengan perjuangan UMNO yang pernah dianggapnya sebagai tidak Islamik.
 
Begitu juga dengan Ezam Mohd Noor yang pernah menjadi tonggak perjuangan 'Reformasi' dalam PKR dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar pada zaman kegemilangan Anwar di dalam UMNO, kini menjadi kesayangan UMNO untuk menibai Anwar. Beliau pernah mendakwa memiliki 6 peti tentang salah laku pemimpin-pemimpin kerajaan BN, namun hari ini beliau mungkin menyesal membuat dakwaan itu sebaliknya hari ini beliau menyatakan bahawa pemmpin-pemimpin UMNO hari ini lebih bersih daripada pemimpin-pemmpin Pakatan Rakyat.
 
ZAHID MD ARIP, CALON BN DI MELAKA
 
Zahid Md Arip cucu Tun Ghafar Baba pula hari ini dijulang sebagai Mursyidul Am TIBAI yang menyamai Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau di antara tokoh pemuda PKR yang jijik melihat perlakuan songsang pemimpin-pemimpin UMNO; namun hari ini beliau bagaikan menarik semula apa yang dilontarkannya itu demi untuk membelai hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Zahid Md Arip merasakan perjuangan TIBAI yang mendedahkan keaiban Anwar Ibrahim bagaikan dituntut oleh Islam. Sebagai Mursyidul Am TIBAI, perbuatan menibai orang lain mungkin menjadi halal di sisinya.
 
Ruslan Kassim bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia yang pernah menjadi Ketua Penerangan PKR kini terpaksa pasrah bersama UMNO kembali. Beliau sering menghentam UMNO semasa dalam PKR, namun hari ini demi suvival dirinya beliau bukan sahaja bersukaria di dalam UMNO malah Ibrahim Ali juga adalah ikon perjuangan politiknya dengan memberikan tempat kepada Ruslan Kassim sebagai Ketua Penerangan PERKASA.
 
RUSLAN KASIM,
CALON BN KUALA PILAH
ZULKIFLI NORDIN,
CALON BN KULIM BANDAR.BARU
WEE CHEE KEONG
CALON BN WANGSA MAJU
 
M. Nallakarupan rakan baik Anwar Ibrahim hari ini bukan sahaja bergelar Datuk tetapi lebih dariipada itu, beliau juga diberi kepercayaan oleh boss barunya Najib sebagai seorang Ahli Dewan Negara@Senator. Begitu pantas pendakian politik Nallakarupan sehingga melangkahi tokoh-tokoh MIC lain yang banyak berjasa kepada BN. Nalla kini mengetuai sebuah sebuah parti India yang mesra BN dan rasanya beliau akan teus mendapat layanan istimewa oleh Najib selagi beliau sanggup menjadi pencacai mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim.,
 
Wee Chee Keong Ahli Parlimen Wangsa Maju yang menang majoriti 150 undi dalam PRU12, kini meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas. Beliau tak boleh menyertai UMNO, tetapi beliau juga tidak dikehendaki oleh MCA dan juga GERAKAN. Wee Chee Keong kini begitu akrab hubungannya dengan Najib dan beliau sanggup berdansa di pentas aidilfitri bersama-sama Najib dan Rosmah untuk melorongkan dirinya menjadi calon semula di Wangsa Maju. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang atas tiket DAP sebelum dsingkirkan oleh parti itu. Dalam PRU12, Wee Chee Keong bertanding atas tiket PKR menewaskan Yew Teong Look dari MCA di Wangsa Maju.
 
Datuk Seri Zaharin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru juga sanggup berkorban meninggalkan PKR untuk menyokong UMNO. Hari ini beliau memperolehi 'specal treatment' daripada Najib di atas jasa-jasanya memburukkan Anwar dan PKR. Sebagai Ahli Parlimen Bebas yang mesra BN, rasanya Zaharin Hashim akan diberikan pertimbangan untuk menjadi calon BN menentang PKR di Bayan Baru?
 
UMMI HAFILDA ALI LAWAN AZMIN ALI
CALON BN GOMBAK
PENGKHIANAT YANG BERJASA KEPADA UMNO?
RANGKAIAN DATUK T YANG BERJAYA MEMALUKAN ANWAR
 
Saya terdorong untuk membuat kupasan atas isu ini, kerana ada rasa kebimbangan di sudut hati saya bahawa pengorbanan mereka mengkhinati parti mereka sebelum ini tidak dapat diterima oleh sebahagian pemimpin UMNO terutama di kawasan parlimen masing-masing. Rasanya tidak adil jika wujud penolakan terhadap mereka ini, kerana UMNO harus membuat pengorbanan memberikan laluan kepada mereka yang berjasa ini untuk bertanding dalam PRU13 nantI. Usaha menampilkan Ummi Hafilda dan Ustadz Nasharudin Mat Isa sebagai calon mesra BN dalam PRU13 juga adalah yang terbijak jika ia mampu mencipta kejayaan menawan hati rakyat. Ummi Hafilda yang sanggup berpatah arang dengan abangnya Azmin Ali wajar diberikan peluang melawan adik beradik kandungnya sendiri di Parlimen Gombak.
 
Jika kemenangan yang diperlukan, rasanya Ibrahim Ali, Hassan Ali, Ezam Mohd Noor, Zaharin Hashim, Nallkarupan, Ruslan Kasim, Zahid Md Arip, Gobalakrishnan termasuk Datuk 'T' pengedar video lucah Anwar merupakan rangkaian badut politik UMNO/BN yang wajar dilonjakkan menjadi rangkaian calon 'Kitar Senula' untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang, gemilang dan terbiilang.
 
Saya bimbang jika kesetiaan mereka ini tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan parti, akan wujud pula sindrom TIBAI untuk menibai pemimpin-pemimpin UMNO selepas ini. Jika mereka boleh tibai Anwar, rasanya mungkin perbuatan yang sama akan berlaku kepada UMNO selepas ini apabila nama mereka tidak dihargai menjadi calon winnable UMNO/BN. Sudah tiba masanya UMNO tidak mensabotaj mereka.

....
http://locengwangsa.blogspot.com 
 
 Panas: Video, Bukti Jelas Wujudnya Perkampungan Warga Burma Di Bukit Malut
Posted on Monday, February 04 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PahangDaily



Sebelum ini sudah banyak rakaman gambar yang dibuat bagi membuktikan wujudnya perkampungan warga asing yang diberikan IC bagi membolehkan mereka mengundi setiap kali adanya pilihanraya umum di negara ini.

Namun, semua itu dinafikan oleh pihak yang berkenaan. Dengan beberapa pendedahan mengenai pendaratan warga Burmi di negara ini, maka video di atas dipaparkan sebagai bahan bukti kukuh kewujudan mereka.

Paling menyedihkan, ribuan warga Burma yang mendiami kawasan ini dipelihara oleh orang politik dan mereka diberikan berbagai kemudahan seperti rakyat di negara ini. Tidak ramai penduduk Langkawi sendiri yang berani datang ke kawasan ini kerana ia dikawal rapi oleh pihak berkenaan. Bayangkan betapa hancurnya hati anda sebagai rakyat Malaysia apabila orang asing dijaga diberikan IC untuk memastikan kemenangan pihak berkenaan setiap kali pilihanraya.

Difahamkan, setiap hari hampir 100 orang Burma di bawa masuk ke negara ini menerusi jalan laut dari Thailand. Projek IC untuk mereka diuruskan terus dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya. Malah, ada agen yang dilantik mendakwa mereka mendapat komisyen hingga mencecah RM2,500 untuk satu kepala. Soalnya, kenapa ini harus berlaku di negara kita hari ini.

Dimanakah kedaulatan negara yang kononnya ingin dipertahankan. Orang asing diberi hak untuk mengundi selepas rakyat Malaysia secara majoritinya menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Maka itu, ubahlah sekarang !!].

Sumber Artikel: links

Tiada ulasan: