Posted on Monday, February 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh W. Fauzdin NS
SINAR
semalam memetik kenyataan Us Nasha, seorang bekas Timbalan Presiden PAS
merangkap bekas Ahli Majlis Syura PAS Pusat yang menyebut bahawa beliau
tetap bersama PAS walaupun dipecat dari menjadi ahli Majlis Syura PAS.
Aku
tidak peduli samada dia sanggup bersama PAS atau PAS masih sanggup
bersama Us Nasha, kerana jika ikutkan Dr Hassan Jati pun masih mengaku
ahli PAS biarpun sudah lama dipecat. Jenis muka tidak malu, hidung tak
mancung pipi tersorong-sorong, begitulah. Mungkin wujudnya Us Nasha di
dalam PAS tidak menambah, dan jika tiada beliau di dalam PAS pun tidak
mengurang, cuma boleh mengurangkan beban PAS, itu sahaja
Bila
dia sebut bahawa dia masih mahu bersama PAS kerana ingin membetulkan
PAS atau mengawasi PAS dari di'cair'kan oleh PKR dan DAP, itu yang
membuat aku merasa jijik dengan politik pencacai seperti ini. Benarkah
beliau ingin membetulkan atau mengawasi PAS? Cuba Us Nasha jawab
persoalan ini:-
1.
Semenjak bila PAS bersama PKR dan DAP dan semenjak bila beliau memegang
jawatan Timbalan Presiden PAS? Waktu beliau memegang jawatan tinggi di
dalam PAS, ertinya PKR dan DAP tidak pernah men'cairkan' PAS? Apabila
beliau tidak pegang jawatan, ketika itu PKR dan DAP mula men'cairkan'
PAS?
2.
Berapa kali dia hadir Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS Pusat? Jika
benar beliau mahu membetulkan atau mengawal PAS selama ini, sewaktu
beliau berada di dalam Majlis Syura, apa yang beliau telah lakukan?
Mengapa selalu ponteng mesyuarat yang penting itu sedangkan mendakwa
mahu membetulkan PAS? Membetulkan PAS setelah hilang jawatan?
Membetulkan PAS menggunakan media bangsat TV3 suku dan Utusan Meloya?
Mahu membetulkan PAS dengan cara mengikut bontot Najib dan Bik Mama?
3.
Cuba fikir dengan otak yang berilmu. Mana lebih baik dan telus, MCA,
Gerakan atau DAP? Jika MCA atau Gerakan menentang Hudud, dan DAP tidak
bersetuju dengan Hudud, apa bezanya? Bezanya adalah DAP tidak bersetuju
dengan Hudud tetapi pemimpin mereka bersih dari skandal rasuah dan DAP
menyokong perjuangan menentang rasuah dan keadilan. MCA dan Gerakan?
Sudah lah mereka menentang Hudud, rasuah pun mereka terlibat. Isu PKFZ
boleh dijadikan contoh. Itu belum isu moral Chua Soi Lek yang beliau
sendiri mengaku. MCA dan Gerakan sekutu Umno, wajarkah Us Nasha
menghentam PAS, PKR dan DAP sebaliknya menjilat Umno?
4.
Isu Kerajaan Perpaduan terutamanya di Selangor sejurus PRU ke 12 dulu,
Us Nasha dan Hassan Jati memainkan peranan penting untuk mengajak PAS
belot dan khianat kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, hanya kerana
jawatan MB Selangor. Beginikah Islam ajar apabila berkawan? Awal-awal
lagi akhlak Us Nasha dan Hassan Jati busuk. Apa yang berlaku terhadap
kedua-dua ekor ini mungkin balasan Allah kepada sikap dan perangainya
yang busuk dan keji itu.
5.
Isu Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim. Us Nasha dan Hassan Jati
berlagak untuk menjadi hero. Hakikatnya, isu ini bukan baru malah
bertahun dahulu lagi sewaktu Us Nasha dan Hassan Jati memegang jawatan
di dalam PAS. Namun, waktu itu, kedua-dua ekor ini membisu seribu
bahasa, tetapi kini mula bersuara untuk menunjukkan mereka hero. Hero
sebenar adalah PAS itu sendiri kerana konsisten mempertahankan keputusan
Majlis Syura Ulamak mereka. Us Nasha dan Hassan Jati tidak sedar siapa
yang berkuasa membenarkan percetakan Bible ke dalam Bahasa Melayu?
Siapa Menteri KDN? Menteri dari PAS, PKR atau DAP? Ini semua
membutakan hati Us Nasha dan Hassan Jati akibat 'berkat' berkawan dengan
Najib Altantuya.
PAS
bukan dicairkan oleh PKR atau DAP, buktinya PAS tetap konsisten
mempertahankan dasar dan keputusan Majlis Syura. Apa yang pasti, yang
'cair' kepada Umno dan menjadi 'pelacur murahan' adalah Us Nasha
sendiri. Terlalu banyak mahu dihujahkan tentang kebodohan kedua-dua
ekor manusia ini setelah mereka hilang kuasa. Rupa-rupanya kuasa boleh
mengubah sikap dan perangai seseorang.
Tak sabar nak berpilihanraya
Posted on Monday, February 04 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roslan SMS

Semua
pihak sedang memperkatakan darihal Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang
sudah pasti dipanggil (Parlimen bubar) sebelum atau pada bulan April
2013. Ianya sudah pasti akan berakhir selepas barangkali berakhir proses
pilihanraya tersebut yang enath apa kesudahnnya, hanya Allah swt yang
tahu.
Sebentar tadi saya sempat berada di sebuah warung kopi di
kampong ayah saya di Kg Assam Jawa dalam parlimen Kuala Selangor. Duduk
minum dengan kawan-kawan anak tempatan lalu datang minum sekali tiga
orang anak tempatan Cina. Seorang merupakan peyokong tegar Pakatan
Rakyat, seorang mendakwa dirinya ahli MCA tetapi menyokong PR dan
seorang lagi pemimpin MCA tempatan.
Mereka dan anak tempatan lain yang berada di meja saya itu kesemuanya penyokong akar umbi peringkat terbawah.
Masing-masing
ghairah bercerita begitu begini siap dengan ramalan masing-masing. Saya
tidak banyak menyampuk sekadar mendengar, menarik mendengar sendiri
denyut jantung akar umbi sebenar ini. Kadang-kadang apa yang kita baca
dan dengar samada di media perdana mahupun alternatif, semata-mata mahu
melepaskan kepentingan politik dan citarasa pemilik dan “political
master” masing-masing, tidak malah terkadang tersasar jauh dari
persepsi, bacaan dan citarasa pengundi peringkat akar umbi dan tempatan.
Ternyata
rakan-rakan saya petang tadi samada yang pro BN mahupun pro PR
kesemuanya telah matang dalam berpolitik dan membaca politik. Maklumlah
kita sudah mahu masuk 13 kali pilihanraya, sudah pasti rakyat semakin
dewasa, matang dan cerdik.
Rata-rata mereka semua mahu kebaikan buat Negara ini. Jangan ada gaduh-gaduh kata salah seorang.
Yang
jelasnya pengharapan atau “expectation” politik rakyat diperingkat akar
umbi juga tinggi. Mereka sudah berani menilai pemimpin ini baik
pemimpin ini tidak, wakil rakyat ini bekerja wakil rakyat ini tidak.
Kerana itu semua pihak perlu berhati-hati dalam meletakkan calon jika
berhasrat mahu menang.
Parti-parti yang bertanding jangan
menganggap perjalanan kali ini mudah. Jangan tangkap muat, jangan “over
confident” kerana rakyat sesungguhnya sudah semakin matang.
Akhbar
The Star hari ini menjangkakan PRU ke 13 yang bakal tiba akan menjadi
yang paling hangat dalam sejarah pilihanraya dalam Negara. Baguslah
kalau hangat itu bermakna rakyat bebas sebenar-benarnya membuat pilihan,
rakyat yang merupakan penentu tidak dipaksa, tidak dimomok, tetapi
menjadi Raja pada hari mengundi membuat keputusan dan pilihan sendiri.
Semoga
semuanya berjalan dengan baik dan lancar, apa pun Negara kita terus
aman dan tiada berbalah sebagaimana dunia lain, pohon dilindungi oleh
Allah swt.
Program UAI di Kuantan dapat liputan TV3..ngigau kot?
Posted on Monday, February 04 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Gendang Perang
Ustaz Azhar Idrus masuk TV3 hari ini.. Angka kehadiran luar biasa yang membanjiri stadium Darul Makmur semalam bukan sahaja menarik perhatian blogger tetapi juga penerbit TV3.
Sesetengah blogger menggambarkan kehadiran di program Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran tersebut berjumlah 100 ribu orang.
Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran
Sejarah tercipta. Tidak pernah TV3 menayangkan berita tentang kejayaan program UAI... Tapi mengapa kali ini?
Pada pandangan gua TV3 mula mengorak langkah mengembalikan kepercayaan penonton yang selama ini semakin berkurangan akibat beberapa berita tidak tepat yang disiarkan TV3.
Saksikan video siaran berita tv3
Adakah gua tersalah dengar? Pada saat ke 13 hingga 18 dalam video di atas pemberita menyebut,
Tahniah sebesar-besarnya untuk Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mencipta dua sejarah dengan satu program. Pertama, berjaya menarik anak muda terramai dalam satu program agama dan kedua adalah berjaya membuatkan TV3 mengakui Islam sedang bangkit di Malaysia lalu terpaksa menyiarkan berita program tersebut dengan rasa berat di hati... wakaka
Sumber: wasukalu.com

"100ribu orang kebanyakannya anak muda"
Tahniah sebesar-besarnya untuk Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mencipta dua sejarah dengan satu program. Pertama, berjaya menarik anak muda terramai dalam satu program agama dan kedua adalah berjaya membuatkan TV3 mengakui Islam sedang bangkit di Malaysia lalu terpaksa menyiarkan berita program tersebut dengan rasa berat di hati... wakaka
Sumber: wasukalu.com
Fuh Gila! Inilah Nama Tempat Terpanjang Di Dunia
Posted on Monday, February 04 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Azrul Zakuan

Pelik-pelik nama tempat kat dunia ni sampai nak sebut pon susah. Tapi yang lagi pelik terdapat beberapa tempat yang memiliki nama yang sangat panjang. Jom kita try sebut.
Taumatawhakatangihanga koauauotamateapokaiwhenuakitanatahu atau Taumatawhakatangihanga koauauotamateaturipukaka pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu ialah nama Maori untuk sebuah bukit setinggi 305 meter, dekat dengan Porangahau, di selatan Waipukurau di selatan Hawke’s Bay, Selandia Baru. Nama ini sering dipendekkan sebagai Taumata oleh penduduk setempat agar mudah dilafazkan.
Nama tempat terpanjang di dunia
Nama pada tanda yang menandai puncak bukit ini dieja Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukak apikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, yang dapat diertikan Pundak [atau puncak] bukit [atau tempat], di mana Tamatea, lelaki berlutut besar, yang meluncur [ke bawah], memanjat [ke atas] dan menelan pergunungan, [untuk berjalan melalui darat], [yang] dikenal sebagai pemakan tanah, memainkan [pada] seruling [hidung]nya untuk orang yang dicintainya. Dengan 85 huruf, ini merupakan salah satu nama tempat terpanjang di dunia.
Ada beberapa terjemahan dan ejaan yang berbeza. Juga telah dieja Tetaumatawhakatangihangakoauaotamateaurehaeaturipukapihimaunga-horonukupokaiwhenuaakitanarahu, 92 huruf, dan telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records juga.
Versi terpanjang nama ini rupanya lebih baru, atau barangkali lebih rasmi. Ada pernyataan bahasa nama yang lebih panjang, yang kini diperlihatkan pada sebuah tanda, telah digunakan oleh hampir seluruh orang Maori setempat.
Nama tempat terpanjang di Wales
Orang Wales mengemukakan bahawa nama yang lebih panjang telah disusun lebih panjang daripada Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, yang beberapa perdebatan lainnya disusun dan menjadi nama tempat terpanjang di Inggeris.
Sumber: www.fuh.my

MB: Hasan Ali Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta
Posted on Monday, February 04 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Siraj Mohd Zaini
SHAH ALAM 3 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.
Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.
Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.
“Saya fikir dia tidak belajar ‘accounting’ (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam,” katanya lagi.
Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.
Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.
Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.
Sumber: selangorku.com

MTEM: Mengapakah Petronas Mengkhianati Rakyat Malaysia?
Posted on Monday, February 04 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber mtem.my
KENYATAAN KHAS
Tarikh: 2 Februari 2013
Mengapakah Petronas Mengkhianati Rakyat Malaysia?
Mtem Mendesak Presiden Dan Kepimpinan Baru Petronas Di Singkirkan
KENAPA PETRONAS ?
PETRONAS adalah khazanah dan ikon negara yang menjadi penyumbang besar ekonomi negara. Hasil titik peluh sekian lama kepimpinan lalu telah menjadikan PETRONAS sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia, tersenarai dalam senarai Fortune 500 dan megah menjadi duta penjenamaan negara di pentas dunia. Sepertimana kita ketahui PETRONAS menyumbang hampir 30% kepada bajet negara dengan sumbangan RM60 billion dalam tempoh 5 tahun ini dan sejumlah sumbangan langsung bernilai RM650billion sejak penubuhannya.
Dalam konteks usahawan dan SME Melayu dan tempatan; PETRONAS selama ini tidak kurang memainkan peranan penting dalam melalui program VDP, pembangunan kapasiti, pelaburan dan projek-projek ekonomi kepada syarikat tempatan dan melayu. Sehubungan itu MTEM melihat PETRONAS sebagai pelindung dan benteng ekonomi dan sebarang perkembangan yang negatif harus dipantau dan diperbetulkan sebelum ia rosak dan perubahan harus berlaku sebelum PRU 13 ini bagi memberi keyakinan pada rakyat bahawa amanah rakyat ini tidak dikhianati.
PERUBAHAN DALAM PETRONAS
Komuniti perniagaan Melayu MTEM telah melihat perkembangan yang negatif sejak perubahan kepimpinan dalam PETRONAS seterusnya memberi implikasi kepada prestasinya sacara langsung dan tidak langsung. Ini turut sama merencat perkembangan Usahawan dan SME Melayu dan tempatan yang selama ini telah dibantu dan dibangunkan oleh PETRONAS dalam sektor langsung dan tidak langsung (core and non core business) minyak dan gas.
Secara ekonominya; aliran wang tunai kumpulan PETRONAS telah menurun pada kadar RM2.1billion kepada RM162.2billion, dan keuntungan selepas cukai menunjukkan tren penurunan termasuk penutupan operasi mereka di Sudan. PETRONAS mencaturkan nilaian risiko bernilai RM300billion untuk 5 tahun ke hadapan ini.
MTEM juga berpandangan; masalah yang lebih parah lagi adalah apabila PETRONAS pada hari ini dilihat tidak lagi memainkan peranan yang menyeluruh dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam pembangunan komuniti perniagaan Melayu dan tempatan dalam mempersiapkan negara ke arah liberalisasi ekonomi. PETRONAS hari ini lebih mengutamakan kemasukan syarikat-syarikat asing dan pemain tempatan melukut ditepi gantang.
KEANGKUHAN PETRONAS
MTEM (hingga kini) adalah sebuah gabungan 47 NGO ekonomi Melayu nasional dan 101 NGO ekonomi bersekutu dalam memperjuangkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam memastikan masyarakat Melayu tidak terus ketinggalan dalam pengagihan kek ekonomi negara.
MTEM konsisten dalam menyuarakan isu industri minyak dan gas bermula sepertimana berikut :
KENAPA PETRONAS DILIHAT GAGAL
Pelbagai aduan telah diterima dari usahawan dan pihak berkepentingan dalam dan diluar PETRONAS. Hal ini dirumuskan melalui 5 perkara berikut :
1. Dasar keterbukaan PERTONAS yang dilihat mengutamakan syarikat-syarikat asing yang sebahagiannya tidak punya lesen PETRONAS sepertimana termaktub dalam undang-undang dan tidak memberi peluang secukupnya kepada usahawan Melayu dan tempatan untuk terlibat:
a. Projek SAMUR, Sipitang Sabah; Tender Pakej Jeti
b. Projek SOGT Kimanis (Lampiran 2)
c. Penglibatan syarikat Technip dalam pelbagai projek terutama melalui MMHE (Lampiran 3)
d. Keraguan pada Kontrak perkhidmatan upstream kepada SclumbergerBusiness Consulting, Baker etc tanpa dokumentasi yang sesuai (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
e. Keraguan pada penganugerahan perkhidmatan perundingan kepada beberapa syarikat asing (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
2. Perletakan warga asing dan bekas ketua-ketua dari syarikat pesaing untuk mengisi posisi strategik dalam PETRONAS (Shelligali @ Petronas Carigali?)
a. Kepimpinan syarikat pesaing diletakkan pada posisi kepimpinan strategik dalam Petronas walaupun ada calon berkelayakan dalaman PETRONAS.
b. Keuntungan MMHE jatuh walaupun bertukar ke kepimpinan warga asing (Lampiran 4) dan dilaporkan telah dikeluarkan dari indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akhir tahun lalu [24 Dec 2012 :SUNBIZ : muka 22)
3. Aduan dan bantahan dari pelbagai pihak berkepentingan berhubung pelaburan dan projek baru PETRONAS yang kelihatan berisiko, tidak menguntungkan dan tidak sejajar dengan matlamat dan halatuju pembangunan masa depan PERTONAS yang lestari.
a. Pengambilan CNOC Canada (Lampiran 5)
b. Pengswastaan MISC yang dilaporkan awal tahun ini.
4. Aduan dari pelbagai pihak mengenai keputusan PETRONAS dalam pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat berkepentingan asing yang bermasalah, tidak mempunyai pengalaman kerja yang baik dan masalah integriti.
a. Pemberian kontrak kepada syarikat dengan tuduhan rasuah oleh US SEC (Lampiran 6)
b. Tuduhan skandal RM60billion sebuah syarikat asing dalam projek RAPID dan penglibatan syarikat tersebut dalam pelbagai projek lain seperti RSC (Laporan MACC : Rujuk www.mtem.my)
5. Mengadakan pelbagai polisi baru dan halangan yang menyebabkan banyak SME Melayu dan tempatan yang kehilangan pekerjaan dan lesen semasa memperbaharui lessen dari PETRONAS contoh : Steel Structure Swac Code, Detail Design Engineering Swac Code
6. PETRONAS tidak melakukan yang sewajar dan secukupnya sepertimana sebelum ini dalam mengadakan transformasi ekonomi untuk kepentingan ekonomi MElayu dan Tempatan.
a. VDP
b. RC
c. License (swac code)
d. Kontrak Fabrikasi
e. Perolehan
Semua ini dapat dirumuskan dengan masalah kepimpinan utama PETRONAS yang telah lari dari halatuju dan matlamat asal penubuhan sehingga menjejaskan ekonomi dan persiapan negara dan komuniti perniagaan khususnya dalam industri minyak dan gas menghadapi negara berpendapatan tinggi dan liberalisasi ekonomi dunia.
Maka adalah sewajarnya Presiden Petronas kini memberi laluan kepada kepimpinan baru yang menjiwai dasar dan perjungan kerajaan dan membawa kembali Petronas prestasi yang lebih baik dari sebelum ini.
Semua ini disimpulkan dengan baik sekali oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman dalam kenyataannya kepada PETRONAS awal Januari ini :
“Jadilah GLC yang berpegang kepada janji dan sentiasa mengenang budi dan bukannya menggigit jari kepada orang yang menyuapkan makanan”.
Perdana Menteri Malaysia perlu mengambil tindakan kepentingan rakyat perlu di dahulukan.
Sumber: mtem.my

- Penyertaan dalam makmal PEMANDU dan TERAJU
- Cadangan MTEM dalam isu Minyak dan Gas dalam pertemuan dengan PM, TPM dan DSIJ.
- Kerjasama MTEM dan PEMANDU dan MTEM dan TERAJU
- Pertemuan MTEM bersama COO PETRONAS (29 Mei 2012)
- Kenyataan MTEM berhubung penyertaan Malayu dalam inisiatf industry minyak dan gas (Lampiran 1)
- Pertemuan MTEM bersama Penasihat Petronas (19 Didember 2012)
- Pertemuan MTEM bersama Pengerusi PETRONAS (10 Januari 2013)
- Permohonan pertemuan MTEM bersama Presiden PETRONAS
- Mesyuarat telah ditunda sebanyak 3 kali
KENAPA PETRONAS DILIHAT GAGAL
Pelbagai aduan telah diterima dari usahawan dan pihak berkepentingan dalam dan diluar PETRONAS. Hal ini dirumuskan melalui 5 perkara berikut :
1. Dasar keterbukaan PERTONAS yang dilihat mengutamakan syarikat-syarikat asing yang sebahagiannya tidak punya lesen PETRONAS sepertimana termaktub dalam undang-undang dan tidak memberi peluang secukupnya kepada usahawan Melayu dan tempatan untuk terlibat:
a. Projek SAMUR, Sipitang Sabah; Tender Pakej Jeti
b. Projek SOGT Kimanis (Lampiran 2)
c. Penglibatan syarikat Technip dalam pelbagai projek terutama melalui MMHE (Lampiran 3)
d. Keraguan pada Kontrak perkhidmatan upstream kepada SclumbergerBusiness Consulting, Baker etc tanpa dokumentasi yang sesuai (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
e. Keraguan pada penganugerahan perkhidmatan perundingan kepada beberapa syarikat asing (Rujuk laporan MACC : www.mtem.my)
2. Perletakan warga asing dan bekas ketua-ketua dari syarikat pesaing untuk mengisi posisi strategik dalam PETRONAS (Shelligali @ Petronas Carigali?)
a. Kepimpinan syarikat pesaing diletakkan pada posisi kepimpinan strategik dalam Petronas walaupun ada calon berkelayakan dalaman PETRONAS.
b. Keuntungan MMHE jatuh walaupun bertukar ke kepimpinan warga asing (Lampiran 4) dan dilaporkan telah dikeluarkan dari indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akhir tahun lalu [24 Dec 2012 :SUNBIZ : muka 22)
3. Aduan dan bantahan dari pelbagai pihak berkepentingan berhubung pelaburan dan projek baru PETRONAS yang kelihatan berisiko, tidak menguntungkan dan tidak sejajar dengan matlamat dan halatuju pembangunan masa depan PERTONAS yang lestari.
a. Pengambilan CNOC Canada (Lampiran 5)
b. Pengswastaan MISC yang dilaporkan awal tahun ini.
4. Aduan dari pelbagai pihak mengenai keputusan PETRONAS dalam pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat berkepentingan asing yang bermasalah, tidak mempunyai pengalaman kerja yang baik dan masalah integriti.
a. Pemberian kontrak kepada syarikat dengan tuduhan rasuah oleh US SEC (Lampiran 6)
b. Tuduhan skandal RM60billion sebuah syarikat asing dalam projek RAPID dan penglibatan syarikat tersebut dalam pelbagai projek lain seperti RSC (Laporan MACC : Rujuk www.mtem.my)
5. Mengadakan pelbagai polisi baru dan halangan yang menyebabkan banyak SME Melayu dan tempatan yang kehilangan pekerjaan dan lesen semasa memperbaharui lessen dari PETRONAS contoh : Steel Structure Swac Code, Detail Design Engineering Swac Code
6. PETRONAS tidak melakukan yang sewajar dan secukupnya sepertimana sebelum ini dalam mengadakan transformasi ekonomi untuk kepentingan ekonomi MElayu dan Tempatan.
a. VDP
b. RC
c. License (swac code)
d. Kontrak Fabrikasi
e. Perolehan
Semua ini dapat dirumuskan dengan masalah kepimpinan utama PETRONAS yang telah lari dari halatuju dan matlamat asal penubuhan sehingga menjejaskan ekonomi dan persiapan negara dan komuniti perniagaan khususnya dalam industri minyak dan gas menghadapi negara berpendapatan tinggi dan liberalisasi ekonomi dunia.
Maka adalah sewajarnya Presiden Petronas kini memberi laluan kepada kepimpinan baru yang menjiwai dasar dan perjungan kerajaan dan membawa kembali Petronas prestasi yang lebih baik dari sebelum ini.
Semua ini disimpulkan dengan baik sekali oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman dalam kenyataannya kepada PETRONAS awal Januari ini :
“Jadilah GLC yang berpegang kepada janji dan sentiasa mengenang budi dan bukannya menggigit jari kepada orang yang menyuapkan makanan”.
Perdana Menteri Malaysia perlu mengambil tindakan kepentingan rakyat perlu di dahulukan.
Sumber: mtem.my
Menumpah kasih kepada OKU
Posted on Monday, February 04 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Dr Halimah Ali
SHAH ALAM - 2Februari 2013: Setelah usai majlis makan malam PUSAT DAKWAH SERANTAU(PDS) sebuah produk YAYASAN AMAL MALAYSIA, YB Dr Halimah sudah mahu melangkah pulang tetapi apabila melihat insan istimewa yang disorong oleh ibu setia yang bertulang besi berhati waja, beliu berhenti dan menyapa.
Mahu ambil tahu siapa gerangan si OKU ini.
Walaupun beliau tidak mampu berkomunikasi tetapi jelas dengan perhatian khusus oleh YB DR HALIMAH, anak malang yang mengalami kecederaan teruk kerana kemalangan jalan raya menunjuk respon beliau mengerti dan menghargai tumpuan khas tersebut.
Baru minggu lepas YB baru menyarankan agar budaya memberi direalisasikan. Beliau gigih mahu masyarakat MEMBUDAYAKAN SPIES SUPAYA SIFAT MEMBERI menjadi lumrah dan norma. Bermula dengan senyuman dan kata-kata positif yang boleh merubahkan keadaan emosi dan fisiologi seseorang.iNI DI ANTARA perkara penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup dunia hingga khirat insya Allah.
Sumber: drhalimahali.blogspot.com

Hamas kunjungi Anwar: Tidak hiraukan Najib, pengiktirafan meningkat PR bakal men
Posted on Monday, February 04 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Wong Choon Mei & Alaa Soleiman
Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi terkemuka dari Palestin yang diketuai oleh Walid al Moudi, ahli senior biro politik Hamas dan Ahmad Al-Kurd, bekas menteri hal ehwal sosial Palestin di ibu pejabat parti PKR di Kuala Lumpur.
Anwar, berusia 64 tahun yang dijangka akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada parti Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal, mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana berterusan dengan agenda politik perpecahan mereka di wilayah itu.
“Semasa saya masih lagi ketua pelajar pada tahun 1973, saya telah mengetuai demonstrasi menentang keduataan AS dan Israel kerana ketidak adilan yang melampau dalam polisi Timur Tengah mereka. Pada ketika itu, ia merupakan demonstrasi terbesar di bandaraya Kuala Lumpur,” Anwar memberitahu sidang akhbar bersama dengan delegasi Palestin pada hari Jumaat.
“Saya berani berjanji kerajaan PR yang baru akan lebih bertegas dan telus dalam sokongannya terhadap rakyat Palestin, dalam menuntut keadilan dan perjuangan mereka.
Pengiktirafan dunia yang meningkat terhadap PR dan tidak mempedulikan Najib
Kunjungan Hamas menaikkan kemarahan sesetengah pihak apabila tidak lama sebelum itu, Kesatuan Eropah telah melakukan perkara yang sama. Ini menandakan pengiktirafan kuasa asing akan kemungkinan besar Anwar dan parti Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan seterusnya menubuhkan kerajaan persekutuan.
Duta EU Luc Vandebon telah menegaskan bahawa EU tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anwar dan akan mengiktiraf PR sebagai kerajaan baru asalkan ia telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.
Ia juga ketara apabila delegasi telah memilih untuk mengunjungi ibu pejabat Anwar yang tidak seberapa dahulu, dan bukan membuat kunjungan balas ke atas Najib yang baru melakukan kunjungan ke atas Semenanjung Gaza untuk bertemu perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
"Jika mengikut isyarat diplomasi antarabangsa, anda boleh katakana ini bagaikan tidak menghiraukan Najib,” ketua komiti disiplin PKR," Tan Kee Kwong berkata kepada Malaysia Chronicle.
Bersama Anwar di pertemuan dengan Hamas, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PKR, Tian Chua, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Kamu dari kami, dan kami dari kamu
Delegasi Palestin telah diberi taklimat tentang keadaan semasa senario politik di Malaysia dan mempunyai pandangan yang sama tentang perkembangan terbaru di Timur Tengah.
NGO Malaysia, Aqsa Syarif juga telah menyerahkan derma sebanyak US$ 700,000 (RM 2.175 juta) untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang telah dimusnahkan pada tahun 2008 semasa pencerobohan Israel.
“Saya berterima kasih kepada pemimpin, Anwar Ibrahim kerana memulakan usaha derma ini. Encik Anwar memang dikenali sebagai penyokong kuat Palestin semenjak tahun 1980-an. Ikram dan Aqsa Syarif juga begitu aktif dalam sokongan untuk perjuangan kami dan menunjukkan keikhlasan dan kemurahan hati rakyat Malaysia. Kita mahu beritahu rakyat Malaysia seperti apa yang mereka nyatakan kepada kami, kamu dari kami dan kami dari kamu,” kata Walid dalam ucapan yang singkat.
John Kerry tidak akan mengubah dasar US-Timur Tengah
Apabila ditanya jika perlantikan John Kerry sebagai Setiausaha AS yang baru menggantikan Hillary Clinton akan mengubah pendirian kuasa besar itu tentang wilayah yang kaya dengan minyak, Walid tidak optimistik.
“Sesiapa sahaja yang menjadi Setiausaha Negara itu yang baru tidak akan mengubah dasar menyokong Israel menentang Palestin. Senjata yang membunuh kanak-kanak Palestin adalah dari AS dan AS memberi senjata-senjata itu kembali selepas 2 kali serangan terhadap Gaza. Sesiapa yang menang dalam pilihanraya di As bergantung kepada siapa yang lebih menyokong Israel dan menyokong agar Israel dalam mempertahankan diri dan menentang Palestin,” Walid tidak berselindung dalam kenyataannya yang pendek.
Sumber: Malaysia Chronicle

Sapa kata duit BR1M bukan rasuah politik?
Posted on Monday, February 04 @ 05:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Misai merah
Penerima duit tunjuk kat saya surat tawaran daripada kementerian kewangan yang bayar duit BR1M RM500 dikepilkan bersama surat di atas yang jelas menunjukkan bahawa seolah-olah duit BR1M RM500 ringit itu duit BN!Sedangkan duit yang dibayar itu guna duit rakyat pembayar cukai.
Umno ni dia bukan tak tau kata apa saja yang kerajaan bagi sebagai pemerintah adalah duit rakyat bukan duit poket Umno-BN.Tapi besa la nak kelabukan rakyat yang kurang cerdik kata itu duit Umno-BN.
Bagi ambik undi jangan!Baru nampak cerdik untuk kenakan mereka yang gula-gulakan rakyat dengan duit untuk menang pilihanraya.
Duit persekolahan RM100 yang diberikan juga disampaikan pemimpin Umno dalam kawasan sekolah.GuruBesar tak layak bagi duit tu kepada pelajar.Tak nampak lagi kata Umno nak mengUmnokan semua rakyat dengan duit.
Sumber: misaimerah.blogspot.com

Gambar CHUA SOI LEK YANG EHEM...
Posted on Monday, February 04 @ 06:38:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Dukunpasir
"
Dalam kelompok politik melayu ada pelbagai isu dan cerita cerita panas melibatkan pemimpin PAS, PKR dan Umno, tapi nampaknya MCA pun tidak berkecuali dengan berita berita panas terutama Chua Soi lek yang lebih dikenali sebagai pemimpin porno dari menjadi pemimpin Utama MCA .
Nampaknya title porno ini digunakan sebaik mungkin untuk menjatuhkan Chua Soi Lek melalui gambar dibawah ini...tapi tak tahulah kalau ada orang boleh percaya dengan gambar muka depan Chua Soi lek yang nampak gagah PERKOSA TETAPI sangat TIDAK KENA NI. Penulis rasa Chua Soi lek pun malu dengan gambar ini tapi tak tahulah kot dia BERASA SUKA hingga membuat mata Chua Soi Lek CELIK!
Yang menjadikan isu ini lebih menarik bukanlah gambar MACHO Chua Soi Lek ini..jadi tak kisah sangatlah gambar betul ke tidak...tetapi ada ANGIN ANGIN MENGATAKAN INI ADALAH KOMPLOT akhbar milik MCA sendiri iaitu the STAR......
Adakah The Star sudah tidak menjadi milik MCA lagi?? Adakah kakitangan The Star sudah mula memberontak dan bertukar menjadi TALAM dua muka .......ehh!! Sama sama kita nantikan
BERITA PENUH DISINI

ADUN Paka Diperintahkan Hadir Ke Mahkamah Syariah
Posted on Monday, February 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh BuletinOnline
DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Mohd Ariffin Abdullah, diperintahkan supaya hadir samada ada sendiri atau melalui peguam syarienya di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Dungun Terengganu, dekat sini esok, Isnin 4 Februari, pada jam 9.00 pagi.
Menurut perintah yang dikeluarkan Mahkmah terbabit pada 23 Januari 2013 itu, beliau diminta untuk menjawab suatu tuduhan oleh plaintiff, Puan Mastura binti Othman.
Ariffin juga diminta mengambil perhatian, mahkamah boleh meneruskan pendengaran dan memutuskan kes yang membabitkan beliau, walau pun beliau engkar dan tidak hadir di mahkamah sebagaimana tarikh dan waktu yang ditetapkan.
Perintah tersebut juga menyatakan, Ariffin perlu memfailkan dan menyampaikan suatu pembelaan dalam borang yang telah ditetapkan sebelum tarikh diatas atau hadir dimahkamah pada tarikh yang tersebut, sekiranya beliau mahu membela diri.

Hospital Rembau, bila agaknya nak mula?
Posted on Monday, February 04 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Mereka berjanji tender Hospital Rembau bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua dijangka dibuka pada hujung Mei 2012. Kini sudah awal Februari 2013, carian di laman web Tender JKR mendapati tender Hospital Rembau untuk kerja-kerja bangunan masih belum dikeluarkan.
Satu lagi janji ditepati untuk pengundi di Rembau sejak tahun 2008.
*********
Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.
"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
rembau-hari-ini.blogspot.com
KLIK"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan