1,633 mangsa banjir Johor menumpang di 23 pusat pemindahan
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata setakat pukul 10 pagi ini, kesemua mangsa di Johor Baharu, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Ledang dan Segamat itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan.
"Seramai 566 mangsa berada di sembilan pusat pemindahan di Segamat, Batu Pahat (422 mangsa, lima pusat pemindahan), Pontian (401 mangsa, tiga pusat pemindahan), Kota Tinggi (97 mangsa, dua pusat pemindahan), Johor Baharu (65 mangsa, satu pusat pemindahan), Kulaijaya (54 mangsa, satu pusat pemindahan), Kluang (20 mangsa, satu pusat pemindahan) dan Ledang (lapan mangsa, satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap itu berkata antara kawasan yang masih terjejas di Segamat ialah Kampung Sanglang, Kampung Paya Dalam, Kampung Awat, Kampung Pogoh 2, Kampung Batu Badak, Kampung Tandong dan Kampung Spang Loi.
Di Batu Pahat pula melibatkan Koris, Kampung Parit Haji Kamisan, Sungai Suloh, Parit Lapis serta Kampung Linau Kechil.
Di Kota Tinggi, kawasan yang terjejas adalah Kampung Mawai Baru dan Kampung Perpat; Pontian melibatkan Parit Stan dan Tampuk Laut; Ledang melibatkan Kampung Kundang Ulu; Johor Baharu melibatkan Kampung Nong Chik; Kluang melibatkan Kampung Melayu Batu 4 dekat Paloh manakala Kulaijaya melibatkan Kampung Baru Sengkang. - Bernama
Banjir: Apa kewajipan kita?
- Dec 07, 2013
- DR KHAIRUDDIN AT-TAKIRI
Setakat semalam 6 Disember 2013 akhbar melaporkan di Pantai Timur seramai 42,626 telah dipindahkan.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera (61). Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Di Terengganu setakat semalam jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).
Bagaimanakah sikap kita dalam menghadapi situasi banjir ini? Saya mencadangkan beberapa perkara berikut:
1. Bagi mangsa banjir banyakkanlah bersabar dengan sentiasa menyebut innalillahi wainna ilaihi raji'un sebagaimana diajar oleh al-Quran kepada mereka yang menghadapi musibah (rujuk surah al-Baqarah ayat 155-156). Mudah-mudahan mereka diberikan ganjaran pahala yang banyak oleh Allah menerusi musibah dan segera diganti oleh Allah dengan yang lebih baik sebagaimana sabit dalam beberapa hadis.
2. Mereka juga perlu banyak berdoa agar Allah lepaskan segera mereka daripada kedukacitaan ini dengan membaca doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw seperti:
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diri
Surah Aali Imran ayat 173
Amalkan doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri.
3. Bagi bukan mangsa banjir inilah waktu kita menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa banjir sebagai lambang ukhuwwah persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita juga. Dicubit peha kanan yang kiri juga terasa. Rasulullah s.a.w. adalah yang paling prihatin terhadap umat sehingga Allah gambar baginda sebagai "merasa berat ke atas dirinya apa yang kamu semua deritai". Rujuk surah al-Taubah 128.
4. Mangsa banjir memerlukan sokongan moral. Maka marilah kita turun mengunjungi mereka dengan sekurang-kurangnya melemparkan senyuman kprihatinan dan tanya khabar yang pasti sahaja menggembirakan mereka. Nabi bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang melepaskan satu kedukacitaan daripada saudaranya di dunia maka Allah kepaskan kedukacitaannya di hari Akhirat". Hadis riwayat Muslim
5. Mangsa banjir di kala ini memerlukan bantuan makanan, selimut, tikar, pakaian, pampers anak. Maka marilah kita segera hulurkan bantuan kewangan kepada mereka sama ada menerusi pelbagai pihak yang sedang mengumpulkan dana dan menyediakan kelengkapan atau dengan turun sendiri menemui penyelia pusat pemindahan dengam membawa bahan-bahan keperluan.
6. Bantuan untuk mereka tidak boleh terhenti setakat berakhirnya banjir malah mereka memerlukan bantuan untuk kembali bangkit untuk hidup kerana mereka telah kemusnahan harta benda yang banyak sama ada rumah, kenderaan, pakaian, alatan rumah dan dokumen rasmi. NGO-NGO kebajikan perlu merancang bantuan kewangan untuk mereka menghadapi sekurang-kurangnya sesi persekolahan baru.
Moga banjir yang berlaku memberi hikmah yang besar. Moga musibah ini membawa kita semua kembali kepada Allah. Moga doa mangsa banjir dan kita semua kepada Allah serta keprihatinan kita terhadap mangsa banjir diganti oleh Allah dengan keberkatan hidup untuk rakyat Malaysia.
Allahu Akbar. Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Banjir: Pemuda PAS kumpul sumbangan RM40,300
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih atas sumbangan bertali arus dari masyarakat yang prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor beberapa hari ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, setakat hari ini, DPPM telah menerima sejumlah RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan orang ramai dan jumlah tersebut terus meningkat setiap hari.
Katanya, hasil dari misi pertama pasukan Jabatan Amal Malaysia di dua daerah terlibat teruk dengan musibah ini, kerja-kerja misi pengagihan bantuan sedang giat dijalankan.
Di daerah Kemaman, ujarnya pasukan Amal bersama Alternative Riding Club (ARC) seramai 70 orang keseluruhannya bertungkus lumus mengagihkan bantuan berupa makanan dan peralatan termasuk pakaian, ubat-ubatan, selimut dan bantal di pusat pemindahan banjir di stadium, sekolah dan juga masjid.
Beliau berkata, Bilik Gerakan telah dibuka 24 jam untuk membantu kawasan terjejas teruk seperti Air Puteh, Chukai, dan Kemasek.
“Dalam beberapa jam kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda hujan semakin reda dengan ada mangsa yang telah kembali ke rumah dan misi menghantar bantuan ke rumah juga dilakukan oleh pasukan Amal,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, misi seterusnya di kawasan terbabit adalah untuk pembersihan dan ia akan mula dilakukan pada hari Ahad bersama anggota Jabatan Amal seluruh negara yang akan berkampung di sana.
Di Kuantan pula, katanya kawasan yang terjejas teruk adalah di Sungai Isap dan Tanjung Lumpur.
Tambahnya, Pasukan Amal seramai 30 orang tempatan berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan.
Katanya, misi mengagihkan bantuan dijalankan 24 jam melalui sumbangan orang ramai di pusat pemindahan serta rumah-rumah yang tidak terjejas.
“Operasi pembersihan rumah terjejas juga akan mula dilaksanakan pada hari Ahad bersama pasukan bantuan Amal dari seluruh negara,” katanya lagi.
Sehubungan itu, ujar beliau DPPM memohon agar seluruh masyarakat sama ada individu, NGO, persatuan mahupun parti politik turut sama membantu menghulurkan bantuan semampu boleh bagi meringankan bebanan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir.
DPPM juga masih menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk disalurkan ke keluarga yang terlibat melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100 atau hubungi Sdr Yusapiza Ya’acob di talian hotline: 017-2692944.
“DPPM juga memohon umat Islam seluruh negara agar mengadakan solat Hajat dan bermunajat agar musibah ini akan segera berakhir,” ujarnya.
Banjir: Kelantan hulur bantuan RM50,000
- Dec 07, 2013
- HARAKAHDAILY
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, sumbangan ini adalah sebagai tanda kebersamaan dan rasa simpati kerajaan negeri terhadap mangsa banjir di negeri itu yang disifatkan paling buruk abad ini.
"Sekalipun dipisahkan oleh sempadan negeri yang berbeza, namun kebersamaan sebagai rakyat Malaysia di bawah satu bumbung Pantai Timur tetap menggamit rasa simpati daripada kami di Kelantan.
"Justeru, sebagai tanda kebersamaan dan simpati dari pihak kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan sebanyak RM50 ribu untuk membiayai misi bantuan kepada mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini termasuklah bantuan pasca banjir," katanya.
Dalam pada itu, bantuan dari kerajaan Kelantan itu akan disampaikan terus kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang akan dihantar mulai esok 8 Disember 2013.
Rombongan sukarelawan ini akan bergerak melalui badan sukarela Jabatan Amal dan juga agensi-agensi kerajaan negeri.
"Jumlah ini merupakan permulaan dan kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menambahkan nilai peruntukan jika situasi memerlukan.
"Harapan saya agar misi bantuan yang akan dihantar secara rasmi oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini," katanya.
GEMPAK ! MB TERPAKSA ROMPAK UNTUK BANTUAN MANGSA BANJIR??..MANA JENTERA BANJIR,..NEGERI KAYA DGN. ROYALTI MINYAK ...PENGURUSAN HAMPEH!!!
Laman Pro UMNO (Terengganu Today) dengan bangga menyiarkan berita kononnya MB Terengganu Ahmad Said menjadi "Robin Hood" menahan lori roti Gardeniea dan mengedar roti berkenaan kepada mangsa banjir walaupun dihalang oleh pemandu lori.
Tulis laman pro UMNO berkenaan Terengganu Today "Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut."
Satu persoaalan di sini macam mana mangsa banjir boleh kelaparan?
Mana pelan menghadapi banjir oleh kepimpinan dan kerajaan UMNO?
Sebenarnya ke mana pergi pakej bantuan banjir? Siapa yang mengendalikannya dan kenapa tak sampai kepada mangsa banjir?
Paling pelik MB terpaksa merompak untuk bantu mangsa banjir?? Tak boleh ke telefon bertanya pusat bantuan untuk diagihkan?
SANDIWARA BODOH MB TERENGGANU NAK TUNJUK HEBAT.
SUMBER
FAKTA MAKANAN DI PAU 2013
Makan 5 kali sehari.
24,200 biji telur.
5,720 kilogram (kg) beras.
5,400 kg daging lembu.
6,050 kg daging ayam.
4,950 kg ikan.
3,410 kg sayur.
880 kg tepung gandum.
Buah-buahan tempatan kepada semua tetamu bagi menggalakkan rasa cintakan buah-buahan tempatan.
Bilangan perwakilan, tetamu kenamaan, kakitangan, anggota keselamatan dan petugas media: 19,850 orang.
Maaf, ini BUKAN untuk bantuan mangsa banjir, tetapi untuk majlis perhimpunan satu pertubuhan di PWTC.
NI SAKA YANG MAKAN NIE.. KEDAH KINI
FAKTA MAKANAN DI PAU 2013
Makan 5 kali sehari.
24,200 biji telur.
5,720 kilogram (kg) beras.
5,400 kg daging lembu.
6,050 kg daging ayam.
4,950 kg ikan.
3,410 kg sayur.
880 kg tepung gandum.
Buah-buahan tempatan kepada semua tetamu bagi menggalakkan rasa cintakan buah-buahan tempatan.
Bilangan perwakilan, tetamu kenamaan, kakitangan, anggota keselamatan dan petugas media: 19,850 orang.
Maaf, ini BUKAN untuk bantuan mangsa banjir, tetapi untuk majlis perhimpunan satu pertubuhan di PWTC.
NI SAKA YANG MAKAN NIE.. KEDAH KINI
- bukan nk tentang apa2..lgipun sye ni xde fahaman politik mana2 pihak,mat
said bukan merompak tpi sblum tu dia dah hubungi/berbincang dgn pihak
gardenia (termasuk pemandu lori)
untuk membeli roti2 tersebut..nnti cukup bulan bil masuk pejabat menteri besar terengganu...
Saya ulangi..saya bukan berada / mempunyai fahaman politik mana2 pihak
air naik .
KJ: Rakyat disuruh ikat perut, tapi laporan audit...
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekali lagi mengingatkan kepentingan menarik sokongan anak muda.
Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.
Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.
"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.
"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.
Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.
Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.
Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.
"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau.
Pemuda 'tulang depan'
Dalam soal sama, Khairy menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.
Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.
"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.
"Kita mesti hukum dan ambil tindakan ke atas mereka yang ambil rasuah ini," kata beliau.
Beliau turut berseloroh dengan para perwakilan apabila memberi komen ditujukan kepada Wanita Umno.
"Pemuda Umno tak payah gelaran tulang belakang Umno kerana kita telah menyumbang tulang-tulang depan Umno yang besar," kata beliau disambut sorakan perwakilan.
Khairy berkata walaupun Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini berjaya meletakkan golongan mahasiswa untuk bersama dalam pentas perbahasan, golongan itu hanya sebahagian dari keseluruhan anak muda.
Beliau turut mahu Umno mula mendekati anak muda seawal usia 17 atau 18 tahun bagi memikat hati mereka dalam perjuangan parti.
"Sebahagian besar anak muda tidak sampai ke menara gading.
"Kalau tak didekati dari sekolah, kita ketinggalan dalam blok yang besar," kata beliau dalam ucapan penggulungan PAU ke-67 hari ini.
Khairy juga menyentuh isu paling penting anak muda iaitu kos hidup yang semakin tinggi.
Beliau berkata kira-kira 75 peratus anak muda khususnya di bandar berpendapatan kurang RM3,000 tidak mampu mempunyai simpanan.
Justeru beliau mahu kerajaan menaikkan peruntukan untuk Skim Rumah Transit kepada Kementerian Perumahan untuk membina lebih banyak rumah dalam skim sedemikian.
"Peruntukan tambahan ini perlu kerana 600 rumah yang dibina dalam skim ini tak cukup," kata beliau.
Pemuda 'tulang depan'
Dalam soal sama, Khairy menyokong penuh penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara untuk bertindak ke atas laporan ketua audit negara.
Menurut beliau, tidak adil meminta rakyat berjimat tetapi pada masa sama pelbagai laporan ketirisan dan rasuah tak dapat dijelaskan.
"Bila lihat laporan ketua audit negara yang tak dapat dijelaskan dan pada masa sama suruh rakyat ikat perut, mereka akan marah dan benci kita.
"Kita mesti hukum dan ambil tindakan ke atas mereka yang ambil rasuah ini," kata beliau.
Beliau turut berseloroh dengan para perwakilan apabila memberi komen ditujukan kepada Wanita Umno.
"Pemuda Umno tak payah gelaran tulang belakang Umno kerana kita telah menyumbang tulang-tulang depan Umno yang besar," kata beliau disambut sorakan perwakilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan