Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu
Naib
presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah
menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar
“orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman
Syiah.“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.
Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.
Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.
Mohamad, yang menafikan mengamalkan fahaman Syiah, semalam berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Atas dakwaan tersebut.
Mohamad dalam laporan Harakahdaily menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.
Rohani Binti Abdul Hamid commented on Malaysiakini.
Ingatkan
hebat dan berani sangat .. tapi hampeh!!!! ... sekadar nak tunjuk lagak
hero depan perwakilan UMNO saja .. bila di acah nak kena saman terus
menggeletar kepala lutut ketakutan sampai tidak lena tidur.
Mat Sabu timbang saman pada Ahmad Zahid
Timbalan
presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau sedang menimbang untuk
mengambil tindakan undang-undang ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau mengamalkan ajaran Syiah.Mohamad dalam laporan Harakahdaily menafikan dengan keras tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.
Ahmad Zahid dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno semalam menyebut nama pemimpin PAS itu secara tidak langsung apabila mengaitkan "orang nombor dua" parti itu.
"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.
"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu yang mahu tindakan dikenakan ke atas Mohamad Sabu.
Ahmad Zahid juga berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan ke atas Mohamad Sabu atas dakwaan tersebut.
"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu," katanya lagi.
Al Sisi di ambang maut kini hospital Arab Saudi
Written By canang on Isnin, 9 Disember 2013 | 12/09/2013 12:02:00 PTG
Dilaporkan As-Sisi perlu memotong kakinya tetapi ditolak kerana tidak mahu terkeluar dari tentera. As-Sisi memilih untuk membiarkan kakinya tidak dipotong walaupun akan menghadapi cacat kekal.
Surat khabar Ahram, laman Mishrawi dan juga Yaum Sabi’ melaporkan berita tentang perjumpaan yang dihadiri oleh As-Sisi. Hairannya, gambar-gambar yang dimuatkan kelihatan berbeza-beza. Ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim sejuk dan ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim panas.
Keadaan terkini Al Sisi dirahsiakan kerajaan kudeta.sumber
PKR: Najib 'tak tahu malu', samakan parti dengan Mandela
Naib
presiden PKR N Surendran berkata tindakan presiden Umno Datuk Seri
Najib Razak yang mengumpamakan usaha parti tersebut seperti perjuangan
tokoh anti perkauman, mendiang Nelson Mandela, adalah perbuatan yang
“tidak tahu malu”.Katanya, beliau pada mulanya terkejut apabila membaca kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan Mandela memerangi apartheid di Afrika Selatan dengan tindakan Umno.
Tambahnya, kenyataan itu tidak membantu Umno tetapi mendedahkan kelemahan parti tersebut.
Jelasnya, usaha parti Umno mencerminkan dengan tepat tindakan Parti Nasional kaum kulit putih di Afrika Selatan, yang memaksa pemisahan kaum di negara itu.
“Kita semua tahu tentang perjuangan Mandela. Malah, Mandela sendiri berkata usahanya yang paling besar adalah menentang perkauman,” kata Surendran kepada Malaysiakini.
Beliau mendakwa, Umno mengamalkan “perkauman secara muslihat” – untuk mengaburi usaha memperkayakan pemimpin parti, kroni dan ahli perniagaan terpilih.
“Membandingkan perkara ini dengan perjuangan Mandela adalah kenyataan paling tidak munasabah yang dibuat oleh Najib,” katanya.
Katanya lagi, kenyataan itu juga satu sandiwara kerana seorang demi seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno bercakap mengenai ketuanan Melayu.
“Bagaimanakah (kenyataan ini) selari dengan pendirian Mandela?
“Saya katakan, ini adalah penghinaan dan pencabulan ke atas pegangan Mandela,” katanya yang menambah, Mandela tidak mempertaruhkan nyawa dan kebebasannya demi perkara seperti itu.
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu".
(Surah Al-Ikhlas ayat 2)
Angola tutup masjid, bakar al-Quran
Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut,” jelasnya lagi.
Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.
“Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini,” menurutnya.
Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan