Ahad, 22 Disember 2013

DUA2 SEKALI KOD....MEMBAZIR DAN SALAH GUNA KUASA....NAK KAHWINLAH...CALON TAK DE LAGI

Mengapa Permasalahkan Kahwin Di Kemboja, Tidak Najis Zina?
Posted on Sunday, December 22 @ 12:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Program begini di Kemboja kan baik? Mengapa puak-puak tertentu dengki sangat?

Isteri katalog Kemboja

Phnom Penh:
Helah melakukan kerja amal di Kemboja dipercayai menjadi tiket untuk warga Malaysia menikahi gadis atau wanita Muslim di Kampung Champ, di sini.

Bagaimanapun, pernikahan ekspres diuruskan sindiket tertentu itu bukan saja diragui sah atau tidak, malah menimbulkan masalah kepada penduduk setempat apabila isteri baru ditinggalkan begitu saja.

Kunjungan wartawan Harian Metro ke sini, baru-baru ini mendapati sindiket ‘perancang mahligai’ itu didalangi warga Malaysia lingkungan 40-an hingga 50-an.

Mereka bergerak di hotel sekitar Phnom Penh dan menyediakan katalog khas yang memaparkan wajah gadis atau wanita Cham yang ingin dipilih sebagai isteri.

Konon, gambar seorang wanita Muslim Cham merenung jauh nasibnya. Kahwin suka sama suka, bantu membantu, dituntut oleh Islam, di mana salahnya?

Pihak Kedutaan Besar Malaysia, di sini turut mengesahkan pembabitan warga Malaysia sebagai dalang sindiket itu berdasarkan maklumat daripada pejabat mufti di Kemboja. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa permasalahkan kahwin di Kemboja, tidak permasalahkan najis zina di Kemboja di kalangan rakyat Malaysia? Jangan ikut sangat si mulut lebar wanita UMNO yang sering permasalahkan orang berkahwin dari orang berzina.

ibnuhasyim.com


 Kisah benar daripada seorang pelancong Malaysia yang melancong ke Thailand...
Posted on Sunday, December 22 @ 11:07:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Dear friends,

Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ...satu peringatan. I would like to relate to you all an incidence... quite recent, i.e. about two weeks ago... After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..

Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.

Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.

Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.

Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.

Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.

Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu.Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.

Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun...).

Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.

Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia...(nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresen di Lapangan LCCT.

Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita....tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

Please be careful, ok?
sekadar memanjangkan

aans1.blogspot.com


 Bazir ke atau salah guna kuasa?
Posted on Sunday, December 22 @ 10:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Penganalisis politik Khoo Kay Peng kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak membazirkan wang negara.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Audit Negara. Barangkali anda semua setuju dengan label tersebut, kerana laporan audit Negara bukan laporan palsu.

Pada hemat penulis, pembaziran atau dengan kata lain membazirkan wang Negara merupakan salah laku atau salahgunakuasa yang boleh disabitkan kepada sesiapa yang melakukannya.

Barangsiapa yang melakukan pembaziran dia adalah penjenayah Negara.Lebih lebih lagi mereka itu merupakan orang yang diberi amanah untuk memimpin rakyat.

Salah satu jenayah Negara yang paling bahaya ialah “rasuah”. Rasuah adalah jenayah yang paling bahaya dan wajib di bantres untuk menyelamatkan Negara daripada muflis.

Yang membuat penulis sedih ada pihak yang mengatakan tidak boleh mesabitkan pejenayah rasuah, kerana tidak cukup bukti.

Hairan juga, kerana laporan audit Negara ada dan boleh dijadikan barang bukti yang sangat kukuh untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan rasuah.

Persoalan yang berbangkit sekarang pihak kerajaan terutama sekali SPRM yang diberi tugas membentras enggan melaksanakan tugasnya yang diamanahkan.

Pemimpin Negara ditugaskan dan diamanahkan untuk mengurus harta Negara tidak berbelah bahagi semata mata untuk kebahgiaan semua rakyat.

Malangnya mereka salahgunakuasa dan pecah amanah setelah berkuasa yang mana mahu tidak mahu wajib dan boleh disabitkan bahawa mereka adalah penjenayah dan wajib dihukum."


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
anaabdullah
Posted on Sunday, December 22 @ 10:50:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 ZERO POINT ENERGY
Posted on Sunday, December 22 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori



"Negara barat dah mula buat kajian untuk penjanaan elektrik tanpa fuel atau bahasa saintis nya FREE ENERGY atau ZERO POINT ENERGY.
Banyak sumber yang cuba digunapakai seperti SOLAR, AIR dan ANGIN. Tetapi dalam banyak2 tu yang terbaik adalah penggunaan PERMANENT MAGNET dan FLYWHEEL.
Dalam situasi TARIF TNB akan dinaikkan mulai Jan 2014, kenapa tidak universiti2 digalakkan meneroka dibidang ini?
Kerajaan Negeri Selangor boleh mulakannya dengan UNISEL. Tak perlu bina JANAKUASA sebesar macam IPP. Untuk permulaan, hanya bina untuk menampung sesuatu taman sudah memadai.


Apabila zero cost energy dapat dihasilkan, maka rakyat ada pilihan kedua untuk tidak melanggan TNB yang semakin mahal. Kerajaan negeri pula boleh mendapat pulangan kerana generator yang dibeli tidak mahal dan boleh mengenakan bayaran kepada penduduk tetapi bukan macam TNB buat. Bolehlah sekitar dibawah RM50 bagi setiap rumah kediaman. Dana yang dikutip boleh digunakan untuk maintenance generator tersebut walau pun pihak pembekal (TECHNOKONTROL, Brussels, Belgium mengatakan generator mereka boleh tahan selama 50 tahun). Yakni boleh mengupah syarikat untuk menjaga generator tersebut. Setiap taman sekurang2nya perlu ada 2 generator. Guna satu dan satu lagi dibiarkan rehat. Sebulan sekali tukar dan rehatkan yang lagi satu. Generator ini tidak menggunakan air untuk penyejukan tetapi pihak kerajaan negeri kena tempatkan generator tersebut dalam sebuah premis seperti TNB buat dan pasang pendingin udara untuk lebih baik. Tenaga letrik FREE, pasang aircond 24/7.

http://www.youtube.com/watch?v=CU5Id6mlXog

Video dibawah pula menunjukkan sebuah perkampungan mungkin di India. Mereka membangunkan Free Energy Generator. Nampak macam barangan terpakai.
http://www.youtube.com/watch?v=StdAc3FFQ6I

Video dibawah pula Free Energy Generator secara kaedah FLYWHEEL.
http://www.youtube.com/watch?v=LTLLnUOPOQk

Sekiranya kerajaan Selangor beralih mencuba mendapatkan tenaga elektrik secara begini, aku rasa TNB akan kekurangan pelanggan.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
keraskekong
Posted on Sunday, December 22 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori


 Teguran terbuka untuk pemimpin Pakatan Rakyat
Posted on Sunday, December 22 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori



"Nak tegur sikit kat pimpinan PR.
Aku diarahkan buat kajian sepanjang 2 hari ni mengenai database terkini parti-parti politik selepas PRU13.
Aku dapati parti yang paling mudah dapatkan maklumat terperinci mengenai wakil rakyat atau ahli parlimen adalah parti DAP.
Aku Google macamana pun aku dapat maklumat mereka.
Nombor telefon, alamat rumah, alamat pejabat, emel dll.
Even jika aku call, YB atau Pembantu Peribadinya akan jawab dengan mesra dan berbahasa Melayu walaupun mereka kebanyakannya Cina..

Terutama YB Seng Giaw..
P.A beliau sangat mesra..

Aku boleh retrieve dengan mudah maklumat mereka dilaman web rasmi parti DAP..
Syabas aku ucapkan.
Ianya mampu membawa rakyat lebih dekat dengan mereka dan mereka available anytime sebagai wakil rakyat.

Baiklah..
Untuk pimpinan PKR..
Amat payah nak dapatkan maklumat dengan mudah melalui laman web rasmi mereka.
Aku terpaksa keluar masuk laman-laman web lain seperti laman web milik Parlimen Malaysia, blog peribadi mereka, laman web rasmi PKR Demi Rakyat dan blog-blog bebas yang lain.
Agak susah sedikit nak dapatkan maklumat tapi masih ada harapan..

Untuk pimpinan PAS..
Ini yang paling susah..
Kena plak laman web kerajaan Negeri Kelantan down dari semalam..
Aku merayau berjam-jam dalam Internet cari maklumat ADUN dan MP mereka..
Malah ada blog milik peribadi dan Facebook mereka tidak lengkap sama sekali dan tidak dikemaskini selepas Pilihanraya..
Masa nak Pilihanraya, macam medan perang updates..
Laman web PAS pulak hanya siarkan sedikit sahaja maklumat..
Terlampau sedikit..
Laman web Parlimen Kota Bharu sahaja yang boleh diharap kerana siarkan alamat dan maklumat lengkap Majlis Tindakan ADUN kawasan jajahan mereka..

Point aku kat sini..

Jangan "jauhkan diri" dari rakyat setelah kamu dipilih jadi wakil rakyat..
Lepas menang, jangan hilang dari medan siber..
Luangkan masa sedikit tegurlah dan kongsi pengalaman dengan followers kamu tu..
Siarkan secara lengkap maklumat kamu agar mampu dihubungi pada bila-bila masa..
Sediakan talian mudah alih khas untuk kamu dihubungi..

[b]Ada juga YB dari PAS yang agak sombong apabila menjawab panggilan dan sms aku..
Kamu dipilih rakyat kerana kamu diharapkan menjadi solusi kepada masalah rakyat..
Jangan jadi klon Dacing karat yang sombong tak bertempat..

Ini pandangan personal aku..
Pandangan secara total dan tidak berpihak kepada sesiapa..
Ambil yang positif okay..

Tq..

Research personal dari facebooker : Hairul Ariffin Tuah
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
sp4n4r
Posted on Sunday, December 22 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori


 Ucapan "JazakAllahu khairan"
Posted on Sunday, December 22 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori



"Ucapan “terima kasih”, “thank you”, “syukran” atau lain-lain ucapan bagi menyatakan penghargaan kepada pemberian atau perbuatan baik orang lain terhadap kita adalah suatu ucapan yang baik. Mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita adalah sebahagian dari ajaran Islam. Ya, Islam menganjurkannya. Bahkan Islam menganjurkan ummatnya membalas kebaikan tersebut.

Ucapan Yang Lebih Baik

Mahukah tuan/puan tahu suatu ucapan yang lebih baik dari ucapan-ucapan di atas?

Dari Usamah bin Zaid radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ “جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا” فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ
Maknanya:  “Barangsiapa yang diperbuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “JazakAllahu khairan” (semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan), maka sungguh ia telah benar-benar menyampaikan pujian/terima kasih.”

(HR at-Turmudzi, disahihkan oleh al-Albani)
Ucapan جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا (jazakAllahu khairan) adalah ucapan yang paling baik kerana ia disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam sebagai suatu ucapan/doa yang cukup dapat membalas kebaikan seseorang. Makna ucapan tersebut juga sangat tinggi iaitu “semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan”.  
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
“Semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan”
Bagi orang yang beriman, doa seumpama itu yang diucapkan oleh saudaranya kepada dirinya sudah cukup menyentuh dasar qalbunya dengan kebaikan.
 Terpulanglah kepada masing-masing mahu ucapkan apa ketika menghargai perbuatan baik orang lain kepada kita.  Asalkan ia ucapan yang baik dan disukai oleh manusia lain mendengarnya, maka lakukanlah.  Kalau mahu ucap جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا, maka itulah yang terbaik dan amat disarankan.
Ucaplah جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا dengan sempurna
Sheikh Dr Abdul Basit pernah menegur sesetengah masyarakat yang hanya menyebut جَزَاكَ اللهُ sahaja.  Ucapan جَزَاكَ اللهُ yang membawa makna “semoga kamu dibalasi ALLAH” kadang-kadang boleh membawa konotasi yang kurang elok disebabkan oleh ketidaksempurnaan ucapan tersebut.
Beliau menasihatkan agar sebaik-baiknya sebutlah dengan sempurna sebagaimana di dalam hadith, iaitu جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا yang maknanya sangat baik iaitu “semoga kamu dibalasi ALLAH dengan kebaikan“.
Oh ya, jangan lupa.  Di samping ucapan baik tersebut, senyumlah juga ya :)


*Sumber:  Ucapan "JazakAllahu khairan"

--Baca juga:  
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
al-bahanj
Posted on Sunday, December 22 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori


 Najib, Ambil RM200 Ini Dan Pergi Shopping Sekarang - Makmal Kaji Kos Sara Hidup
Posted on Sunday, December 22 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori



Semalam Najib beria2 memberitahu bahawa dia faham kita. Dia kata





Dan dia kata lagi ;



Penubuhan makmal kos sara hidup ini aku tidak tahu. Adakah ia memerlukan perbelanjaan tambahan? Memang la ia di urus selia di bawah PEMANDU tapi aku tak pasti jika2 mereka akan diberikan peruntukkan tambahan disebabkan penubuhan makmal ini. Jika ia memerlukan duit maka aku cadangkan Najib jangan susah2 payah tubuh makmal. Sebaliknya ikut la cadangan aku.

Kumpulkan 10 orang menteri. Aku rasa menteri2 yang layak ialah ;

1. Rosmah
2. Najib
3. Shahidan Kassim
4. Nazri Aziz
5. Zahid Hamidi
6. Hassan Malek
7. Sabri Ismail
8. Tengku Adnan
9. Ahmad Maslan
10. Muhyiddin Yassin.

Ini antara menteri2 yang berlagak bila buat statement2 di depan media. Menteri2 ini akan menjadi tikus putih = bahan ujikaji untuk makmal kos sara hidup. Ujikaji yang mereka akan jalankan ialah ;

Peringkat pertama. 

1. Mula2 kita akan bagi no. No2 ini mewakili bilangan ahli keluarga mereka. Daripada 1 - 10.

2. Setiap menteri akan diberikan rm200.00

3. Kita akan hantar mereka ke pasaraya dan minta mereka gunakan rm200 untuk beli keperluan harian iaitu MAKANAN + BARANGAN ASAS SAHAJA untuk digunakan selama sebulan bagi ahli2 keluarga mereka. Contoh barangan asas macam ubat gigi, pampers, ubat nyamuk, sos cili, gula, milo dan sebagainya.

4. Setiap menteri boleh memilih untuk menghabiskan ataupun tidak menghabiskan duit yang mereka miliki.

5. Selepas itu mereka boleh la gunakan hasil ujikaji pada hari itu untuk mereka bawa ke mesyuarat kabinet akan datang.

6. Boleh tengok dan banding orang yang ada 10 ahli keluarga macam mana perbelanjaan mereka berbeza dengan orang yang hanya tanggung diri sendiri.. itu sebab BN kena maki fack kaw2 bila perkenalkan BRIM untuk orang bujang.  Then gunakan otak untuk mula berfikir mengenai masalah rakyat dari sekarang.

Tak payah susah2 buat makmal pun.

Then peringkat kedua.

1. Kita akan bagi setiap menteri rm900 seorang.

2. Menteri2 tersebut hanya boleh belanjakan apa2 yang mereka nak dengan menggunakan wang tersebut.

3. Tak boleh tol free, minyak free, ataupun naik kenderaan rasmi. Kena guna kenderaan sendiri, pergi dan balik kerja selama sebulan.

4. Makan pun kena belanja sendiri. Gunakan duit dari 900 tadi tue.

5. Semua elaun, kelebihan yang menteri2 selalu dapat selama neh akan dinyahaktifkan selama sebulan.

6. Dan hidupla ko jadi rakyat biasa dengan gaji rm900 selama sebulan.

Lepas sebulan boleh bentangkan hasil ujikaji tersebut pada mesyuarat kabinet yang akan datang.

Tak payah susah2 buat makmal pun. Letakkan diri ko di kedudukan rakyat. Aku nak tengok menteri mana yang akan cakap saya bersyukur hidup di negara neh. Naikkan la lagi semua harga barang. Memang best dan seronok sangat hidup di bawah pentadbiran BN.

KAH KAH KAH

Read more: amenoworld


 Cepat kahwin sebelum kerajaan laksana GST
Posted on Saturday, December 21 @ 20:55:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.


Sinar Harian | 21 Dis 2013 

 Longgokan sampah sebabkan kesesakan di MMR2
Posted on Saturday, December 21 @ 20:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





KUALA LUMPUR - Gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal hari ini kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong.
 
Longgokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang agak teruk di kawasan berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau tidak menyenangkan.
 
Bernama difahamkan kontraktor sampah melonggokkan sampah yang dikutip mereka di situ kerana tiada pilihan selepas tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan pusat tersebut.



Sementara itu tinjauan Bernama di situ petang ini mendapati sebahagian besar sampah sudah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima aduan daripada penduduk.
 
"DBKL akan siasat perkara ini, saya harap penduduk dapat bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dijalankan," kata Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga tidak dapat memberi jangkaan bila pusat pemindahan sampah itu akan dibuka kembali.
 
Sementara itu, seorang penduduk Gan Chun Wai, 35, berkata beliau menyedari keadaan tersebut pada pukul 8 pagi ketika hendak memulakan perniagaan.
 
"Semasa saya buka kedai saya tengok sudah banyak longgokan sampah yang dibuang di bahu jalan dan kami mengadu kepada DBKL," katanya.
 
Tinjauan Bernama juga mendapati segelintir penduduk mengenakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau busuk daripada saki-baki longgokan sampah di kawasan berkenaan.

Bernama | 21 Dis 2013

 Untung RM4b masih tak cukup?
Posted on Saturday, December 21 @ 17:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat rundingan semula dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengurangkan kos ditanggungnya sekali gus berupaya menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, TNB banyak mengeluarkan belanja untuk membeli tenaga elektrik daripada IPP pada kadar yang tinggi sehingga terpaksa menanggung kos berlebihan.

“Ini satu faktor mengapa TNB selalu tidak cukup wang kerana mereka terpaksa bergantung kepada IPP untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.

“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kenyataan bahawa kenaikan tarif yang berkuat kuasa 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan TNB sukar diterima kerana syarikat itu mengaut keuntungan lebih RM4 bilion.

Pada 30 Oktober lalu, TNB mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM4.61 bilion dicatatkannya keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013.

Ini mewakili peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Kalau mereka kata tidak cukup, maknanya mereka tidak ada keuntungan dan kita faham kenapa mereka naikkan tarif. Tapi macam mana boleh kata tidak cukup padahal mereka untung RM4 bilion.

“Saya kurang faham mengenai perkara ini. Sepatutnya keuntungan itu mereka boleh gunakan untuk perbelanjaan yang diperlukan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata, kenaikan tarif elektrik baru yang berkuat kuasa Januari 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat tersebut.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 17:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PR gesa sidang tergempar bincang pendedahan k'jaan jual aset negara RM1.4 bilion
Posted on Saturday, December 21 @ 17:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Sebahagian yang hadir di pelancaran kempen anti-GST di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam semalam.

 Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat tergempar di Parlimen untuk membincangkan penjualan aset negara seperti didedahkan oleh laporan Bank Dunia baru-baru ini.

“Kita perlu sesi ini untuk membincangkan tentang penjualan aset negara. Bila penjualan ini dilakukan dan mengapa kita tidak diberitahu tentang ini?
"Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan kerana laporan itu menyebut penjualan aset negara sebanyak RM 1.4 bilion kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa defisit negara ini terkawal," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan kempen PR menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berucap di perhimpunan anti-GST, malam semalam.  
Menurut Anwar, mesyuarat tergempar itu juga perlu membincangkan kemerosotan sistem pendidikan Malaysia dan ranking rendah yang diperolehi negara seperti yang didedahkan laporan sistem persekolahan dunia baru-baru ini.
Surat menuntut mesyuarat tergempar itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Isnin ini, selepas mesyuarat Majlis Presiden PR, tambahnya.
Bercakap di sidang akhbar semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memetik laporan Bank Dunia mendedahkan jumlah pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM1.4 bilion hasil penjualan aset, manakala RM4.2 bilion berupa sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013."Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.
Semalam, kempen menentang GST menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi PR yang lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming

Hampir 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir di majlis tersebut biarpun cuaca hujan.

Kempen anti-GST merupakan satu lagi usaha PR meraih sokongan umum menolak sistem cukai baru itu yang dikatakan tidak adil dan membebankan pada ketika rakyat terpaksa menangguh kenaikan harga barang. 

Azmin dalam ucapannya menyentuh penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai contoh penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan.
"Kerana itu kita menyarankan Najib melantik Rosmah jadi Menteri luar Negeri memandangkan dia mempunyai hubungan yang kuat dengan negara Timur Tengah, malah sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Siti Hasmah tidak pernah dilaporkan menggunakan jet rasmi kerajaan," katanya disambut dengan sorakan dari hadirin.
Sementara itu, Lim dalam ucapannya menegaskan, punca sesebuah negara itu muflis bukan kerana sistem cukai yang dilaksanakan, tetapi korupsi yang membarah dalam sebuah negara.
Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi menggariskan prinsip Islam dalam hal cukai, iaitu ia hanya dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.
"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil," katanya.
Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April 2014.
Selain itu, pentadbiran Najib turut melakukan pemotongan subsidi minyak dan gula yang menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu.
Terbaru, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus dan harga tol di beberapa lebuh raya di Lembah Kelang bermula 2014. – 21 Disember, 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 17:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
 


 

 

 

 


 

Tiada ulasan: