Selasa, 10 Disember 2013

SEMAKLAH...JANGAN FIKIR RAMAI RAKYAT BODOH SANGAT....RAMAI YANG DAH CERDIK2...PAKAR2 PELBAGAI BIDANG....SAMADA BIDANG AGAMA ATAU BIDANG2 LAIN...BAGITU JUGA ADA YANG WARAK MENDEKAT DIRINYA DENGAN ALLAH....JADI MANUSIA@RAKYAT NI JANGAN KITA ABAIKAN PANDANGANNYA

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

KEMAMAN: Skuad Perakite Prihatin hari ini telah menghantar bantuan bernilai RM30,000 ke Kemaman dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di kawasan ini.

Misi tersebut menggabungkan pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak dan parti politik.

Ianya turut disertai oleh AJK PAS Pusat, Asmuni Awi, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan pendakwah bebas, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pihaknya mendapat bantuan daripada pelbagai pihak yang menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan lain seperti beras, gula, lampin bayi, tuala, roti, tikar dan sebagainya.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan-sumbangan tersebut kurang daripada seminggu.

"Ramai yang prihatin terhadap mangsa banjir dan mereka bermurah hati menyalurkan pelbagai jenis sumbangan," katanya ketika ditemui Harakahdaily yang bersama-sama dalam misi tersebut.

Salman menjelaskan, daripada sumbangan berbentuk wang, pihaknya telah membeli barangan keperluan mengikut kehendak serta kesesuaian mangsa banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Skuad Perakite Prihatin telah menghantar bantuan tersebut ke bilik operasi induk PAS Kemaman.

Skuad itu juga turut bersama-sama membungkus sebelum diagihkan bantuan tersebut kepada mangsa-mangsa banjir.

"Semoga sedikit usaha daripada kami ini dapat mengurangkan beban mangsa, kami sangat simpati terhadap ujian yang mereka terima ini," jelasnya lagi.

Raja Iskandar menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

KOTA BHARU: Biar pun Kelantan juga dilanda banjir, namun demi semangat kemanusiaan pasukan sukarelawan dari negeri ini dihantar bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman.

Rombongan sukarelawan itu diketuai Jabatan Amal dan turut disertai Briged Nisa Negeri Kelantan, badan bukan kerajaan serta agensi-agensi kerajaan negeri.

Pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10 pagi tadi.

Pada majlis itu Ahmad menyerahkan bendera Kelantan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari sebagai gimik pelancaran. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Mohd Nawi.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membiayai misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kedua-dua lokasi tersebut.

“Bantuan disampaikan kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang dihantar hari ini,” ujarnya selepas pelancaran tersebut.

Beliau juga berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir.

Menurutnya juga sukarelawan terbabit dapat membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir memandangkan air bah semakin surut sekarang.

Katanya juga, atas semangat negeri berjiran, kerajaan Kelantan turut sama membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman.

“Kita mempamerkan semangat kejiranan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Banjir juga berlaku di sini, namun sudah pulih semula.

“Malah kerja-kerja secara gotong royong diadakan sejak semalam bagi membersihkan kesan-kesan banjir di sini,” ujarnya.
 Abby Abadi Kena Marah Dengan Mangsa Banjir.. Biar Video Berbicara..
Mangsa Dendam Politik Disekat Bantuan Banjir

Rumah separuh tenggelam. Ceritanya lagi. Ada jiran yang datang mintak baju selai untuk dipakai. Apa pun kami sampaikan sekadar yang mampu. Atas sumbangan kalian2 semua beliau diucapkan terima kasih.

Inilah antara bukti temubual kami apabila kami bertanya sudah dapat bang bantuan banjir?

Hanya sebab fahaman politik berbeza. Bantuan yang gunakan wang pembayar cukai tidak sampai kepada yang sepatutnya.

Ini videos bukti sedutan kisah sedih yang sempat kami rakamkan. Akan menyusul lagi video's yang lain lepas ni.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha mempertingkatkan lagi tahap kebersihan kawasan bandar dengan menambah bilangan lori pengangkut sampah bagi kegunaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan membelanjakan sebanyak RM6 juta membeli 23 lori pelupusan sisa pepejal bagi kegunaan 12 PBT di di negeri ini.

Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan operasi memunggah sampah ke tempat pelupusan dapat dipertingkatkan lagi.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci kenderaan terbabit kepada ketua-ketua jajahan pada program diadakan di pekarangan Kota Darulnaim petang ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan anggota-anggota Exco.

Menteri Besar juga berkata, PBT terbabit perlu membayar semula kepada kerajaan negeri secara berperingkat.

Menurutnya juga kerajaan negeri merancang memperkenalkan peraturan baru bagi orang ramai membuang sampah di tong sampah milik PBT iaitu pada sebelah petang hingga malam.

“Cara berkenaan juga tidak akan membiarkan sampah begitu lama terperap dalam tong sampah sehingga mempamerkan pandangan yang kurang enak serta bau yang tidak menyenangkan,” ujarnya
KOTA BHARU: Jenayah tembak yang semakin menjadi-jadi sekarang nampaknya belum mampu ditangani kerajaan biar pun pelbagai langkah pencegahan dilakukan.

Begitu juga kes jenayah lain, di mana statistiknya semakin meningkat setiap hari.

Jalan keluar bagi mengatasi kemelut tersebut sebenarnya sudah lama ada dalam perundangan Islam, namun tidak ramai yang menghiraunya.

Dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang dilulus pada 1993 disebut qisos dan diyat yang dikenakan terhadap kesalahan yang menyebabkan kematian manusia.

Hukuman terhadap kesalahan tersebut diperincikan di bawah kesalahan qisos.

Pensyarah Jabatan Al-Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Hamidi Abdul Ghani berkata, kerajaan juga boleh meminda Akta Penjara sebagai langkah alternatif bagi mengekang gejala sosial sekarang.

Katanya, Akta Penjara boleh dipinda bagi memberi laluan cara pelaksanaan hukuman sebat secara terbuka.

“Cara sebatan yang dilakukan sekarang secara tertutup. Sedangkan dalam Islam sebatan perlu dibuat secara terbuka.

“Misalnya hukuman sebat kepada penzina hendaklah disaksikan kepada orang ramai. Kalau dibuat di tempat tertutup ia tidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya di sini.

Menurutnya dalam Islam orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan hukuman sebat yang dijalankan.

“Kita tengok sekarang biar pun hukuman sebat sudah lama dilakukan namun tidak nampak keberkesanan hukuman tersebut, malah kadar jenayah semakin bertambah.

“Biarlah orang nampak pelaksanaan hukuman sebat dijalankan,” katanya yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang syariah di UKM.

Ijazah pertamanya juga dalam bidang syariah di Universiti Islam Madinah. Selain itu memiliki Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam dari UIAM.

Oleh itu Hamidi berkata, kerajaan pusat dicadang meminda Akta Penjara sebagai salah satu cara mengurangkan kadar yang berlaku sekarang.

“Keberkesanan hukuman dalam Islam kerana hukuman yang dijatuh dipertontonkan kepada umum.

“Sekarang di Malaysia hukuman bunuh balas telah ada iaitu hukuman gantung, namun ia tidak memberi kesan di jiwa rakyat,” ujarnya.

Kata beliau hukuman dalam Islam mesti mengerunkan orang awam.

Beliau juga berkata, kesalahan seseorang dalam Islam bukan dihukum penjara, sebaliknya perlu disebat.

Hukuman sebat yang dijalankan di Malaysia sekarang bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Dadah Merbahaya, Akta Senjata Api dan Akta Pencolekan.
KUALA LUMPUR: Exco Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad bertekad akan meneruskan kerja cemerlang yang telah dirintis oleh Mantan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Sambil mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Presiden dan pimpinan tertinggi PAS yang telah melantik beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Iskandar berkata tugas berat kini menanti beliau.

Tugas tersebut adalah untuk memastikan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dan empat kerusi Parlimen yang dimenangi PAS di negeri itu dapat dipertahankan, selain dari kerusi-kerusi yang belum lagi dimenangi dapat dirampas daripada Barisan Nasional.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abdul Rani Osman, yang telah menyediakan tapak yang kukuh bagi PAS di Selangor.

"Sebagai Pesuruhjaya saya akan memastikan kecemerlangan PAS Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu akan dapat dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan kenyataan pertama beliau selepas dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru menggantikan Abdul Rani yang sebelum ini memohon untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu bagi sesi ini.

Menurut Iskandar lagi, PAS Selangor akan berusaha untuk terus memantapkan kerjasama dan persefahaman di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat berlandaskan konsep saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

PAS Selangor juga katanya akan memastikan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus kukuh dan mendapat sokongan rakyat.

"PAS Selangor juga akan menjadikan tema Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS tahun ini, "Rahmat Untuk Semua" sebagai panduan kepada perancangan dan gerakerja pada sesi ini," katanya lagi.

Untuk mencapai hasrat tersebut katanya, PAS Selangor akan membuka seluas-luas ruang kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyumbang kebolehan dan bakat mereka selagi mana ianya tidak lari dari prinsip-prinsip perjuangan PAS.

"Semoga seluruh tenaga dapat digembelingkan untuk mengukuhkan PAS Selangor di dalam usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat di negeri ini," tegasnya.
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan semakan semula terhadap kelulusan kenaikan gaji Adun negeri itu akan diadakan dalam masa dua minggu lagi.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan memanggil ahli dewan negeri untuk berbincang bagi memahami cadangan dan saranan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terhadap isu itu yang dikemukan baru-baru ini.

“Kenaikan gaji itu telah diluluskan Dewan Negeri Selangor. Justeru, kita perlukan perbincangan lanjut dengan ahli dewan,” katanya dipetik Selangorkini.

Dewan Negeri Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji untuk 56 Adun berkuatkuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menggesa kadar kenaikan itu dikaji semula dengan mengambil kira suara rakyat terbanyak.

Dalam pada itu Abdul Khalid berkata, sehingga kini tiada Adun dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang membantah kenaikan berkenaan.

Tiada ulasan: