Posted on Sunday, December 08 @ 17:22:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc
Najib puji Rosmah atas “jasanya”
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. - petikan TMI
ULASAN GB
Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.
Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.
Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka?
Jika rejim Mubarak telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui plihanraya demokrasi yang telah menobatkan Dr.Morsi sebagai Presiden Mesir menggantikan Mubarak itu, apakah nanti Najib bakal menerima nasib yang serupa?
Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, dimana Najib tidak berupaya untuk menyembunyikan hubungan baiknya dengan rejim Mubarak yang telah menelan lebih AS$70 bilion harta rakyat Mesir.
Kata pepatah: Birds of the same feather flock together... kantoi tu..-greenboc
Bekas calon PKR saman Hadi Awang
Posted on Sunday, December 08 @ 18:41:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA
TERENGGANU 5 Dis. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin hari ini
memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Mohd.
Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif
memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A &
Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif
ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul
Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya
dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Menurut
Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil
bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada
kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak
meneruskan hasrat berkenaan.
Dalam
pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu
ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu
telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya
sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif
yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan
emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan
penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Menurut
plaintif, Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada
tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi
oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam
pakatan pembangkang.
"Kawasan
pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga
merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.
"Maka
tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk
secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang
merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda,"
dakwa plaintif.
Dakwanya
lagi, tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar
luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di
internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara
meluas.
Perkara
itu, dakwa beliau, memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak
bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam
jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan
kesejahteraan penduduk.
Berikutan itu, plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.
Selain
ganti rugi, plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan
daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang
berunsur fitnah terhadapnya.
Dalam
PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu, Barisan Nasional
berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh
6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul
cuma memperoleh 52 undi.
Berita macam ini bersumberkan : http://www.utusan.com.my
..........
Antara petikan ceramah yang dipercayai menjadi isu.
Berita Ini Adalah Palsu - PAIP
Posted on Sunday, December 08 @ 17:52:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Siren evacuate dh bunyi..
Terkini.. Empangan sungai lembing di jangka akan pecah bila bila masa.. Air mendadak naik.. Td ada PAIP buat announcement kt dpan TUNAS MANJA BUKIT SETONGKOL suruh kuar dr rumah dan bersiap sedia dr sebarang kemungkinan akan berlaku.. Please pray for us RAKYAT KUANTAN
Taman guru
Bukit rangin
Sg isap
Tanah putih
Kg belukar
Kt area cendrwsh dh jem teruk tu.msg2 nk slmtkn diri
Info dari Team TM kat Temerloh:- TEMERLOH
1. BANDAR TEMERLOH SEKARANG SEDANG DINAIKI AIR DI SEKITAR BELAKANG KFC, SECRET RECIPE.AIR MENCECAH PARAS LUTUT.
2. GOBANG PATIN AIR MENCECAH HINGGA JLN KE LAMPU ISYARAT.
3. ESPLANADE TEMERLOH AIR SEMAKIN NAIK DAN v PETRONAS.
MARAN (GELOMBANG KEDUA - TEMPAT2 YG SBLM INI TIDAK DINAIKI AIR TELAH DINAIKI AIR)
1. JLN BUKIT GAJAH MENUJU ULU JEMPOL TIDAK BOLEH DILALUI.
2. JLN K.SENTUL KE SG JERIK TIDAK BOLEH DILALUI.
3. KG CHENOR SEBERANG DINAIKI AIR.
P/s: ada x member @ saudara mara yg dok kat area temerloh...tlg info kpd yg brkenaan.
Facebook Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP
Beberapa menteri harus dibuang dan diganti dengan Rosmah, kata wartawan veteran
Posted on Sunday, December 08 @ 19:45:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Datuk A. Kadir Jasin berpendapat bahawa Perdana Menteri harus melantik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
Bekas
Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A.
Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula
peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor
sebagai menteri.
Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak
yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota
Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan
kerajaan.
“Saya
dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik
menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat
kepercayaan rakyat jelata.
“Walaupun
pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh
melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya
menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas
Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta
dan Jasa”.
Najib semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 semalam menyebut dua peristiwa jasa Rosmah kepada negara.
Katanya
bantuan pertama adalah menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia
yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip dan kedua
menggunakan hubungan baik dengan keluarga diraja Arab Saudi membenarkan
pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke
negara tanpa visa.
Kadir
berkata, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib
menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Begitu
juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam
tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan.
“Dengan
cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah
sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan
kementerian,” katanya.
Kadir
turut menolak hujah perwakilan Wilayah Persekutuan semasa perhimpunan
Umno tempoh hari yang mendakwa semua lelaki tidak sayangkan isteri
kecuali Najib.
Katanya,
media melaporkan Affandi berkata isteri Perdana Menteri seharusnya
dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan
kepada suaminya.
“Saya
sangat berkecil hati dengan tuduhan ini. Saya bantah sekeras-kerasnya
tuduhan itu. Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Najib dan
Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU 2013.
“Tetapi
kalau benar dia mengatakan lelaki lain tidak sayang isteri, saya rasa
itu satu penghinaan yang sangat dahsyat. Bayangkan tekanan emosi Najib
jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya. Beliau sayangkan
isterinya,” katanya.
Affandi
dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno berkata, jika Rosmah
berada dalam jet eksekutif, Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan
menambah orang bodoh pun tahu penerbangan dengan jet eksekutif lebih
mahal daripada terbang dengan jet komersial tetapi ia perlu dilihat
daripada aspek keselamatan.
“Bolehkah
anda bayangkan tekanan emosi yang akan Perdana Menteri tanggung
sekiranya sesuatu buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan
pesawat komersial?” kata Affandi.
Rosmah
dikritik hebat oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bulan lalu kerana
menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk lawatan peribadinya ke
Timur Tengah. – 8 Disember, 2013.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Sunday, December 08 @ 19:45:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PKR: Anwar paling layak diumpamakan seperti Mandela
Naib
presiden PKR N Surendran berkata tokoh Malaysia yang paling layak
diumpamakan seperti tokoh anti perkauman Nelson Mandela adalah ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, Anwar merupakan pemimpin Melayu pertama yang memecahkan tembok perkauman dan membentuk kerjasama politik antara kaum.
"Buat kali pertama, kita mendapat ahli politik Melayu dengan kewibawaan kebangsaan dalam diri Anwar, yang berulang kali menyatakan 'jangan lihat warna kulit rakyat, tapi lihat keperluan mereka',” katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, MP Padang Serai itu berkata ia menjadi intipati mesej Anwar sejah bertahun-tahun lamanya.
Surendran berkata, mesej berkenaan berjaya memecahkan cengkaman kaum Umno dan BN.
"Dalam konteks ini, perjuangan Anwar selari dengan perjuangan Nelson Mandela untuk menghentikan politik perkauman,” katanya.
Tambahnya, Anwar juga berulang kali menyebut bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memburu pemimpin BN selepas berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
"Akan ada suruhanjaya kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan. Perjuangan ini bukanlah mengenai balas dendam tetapi untuk menyelamatkan negara,” katanya.
Katanya, seperti juga Mandela, Anwar turut dikurung atas tuduhan yang diada-adakan dalam konspirasi politik untuk menamatkan karier politiknya.
Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat
kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) tidak dilaksanakan.Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.
Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.
Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.
"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.
"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.
Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.
Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula menjelaskan kedudukan kewangan negara masih stabil.
Menurutnya, hutang negara berada pada kadar 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sehingga akhir September jumlah RM529.6 bilion itu disifatkan Ahmad sebagai masih terkawal.
Kenyataan bercanggah kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran MP Pakatan Rakyat yang mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara.
Para MP berkenaan juga menuntut Najib menjelaskan dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa.
Tokoh wartawan cadang Rosmah dilantik jadi menteri
Tokoh
kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis
mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Langkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.
Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.
“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.
"Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.
"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak 'perform' dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.
"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi perdana menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," katanya.
Katanya, Rosmah boleh dilantik ke jawatan menteri selepas dilantik sebagai senator.
"Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan," katanya lagi.
Kadir dalam tulisan terdahulu bertarikh 21 November lalu turut mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menegur media atas laporan berhubung kunjungan Rosmah ke luar negara.
Menurut Kadir, kenyataan Shahidan itu mencabar petugas media yang melaporkan isu berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah ke Qatar itu.
Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.
Kadir yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menulis, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.
"Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.
"Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan