GAMBAR HELIKOPTER NURI TERHEMPAS DI PULAU PERAK KEDAH TERSEBAR PANTAS DI ALAM MAYA!!!
Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah.
Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.
Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan.
Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Sejarah dan tragedi Nuri
Nuri menuju perjalanan akhirOleh: HAMDEN RAMLITEKA-teki mengenai nasib helikopter utiliti Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akhirnya terjawab apabila kerajaan mengumumkan untuk menggantikannya dengan helikopter baru.
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu pastinya melegakan banyak pihak khususnya yang meragui kemampuan helikopter berusia 38 tahun itu.
Mengikut pengumuman tempoh hari, helikopter baru itu dijangka diterima TUDM dalam tempoh dua setengah tahun sehingga tiga tahun akan datang.
Walaupun disahkan selamat untuk digunakan, langkah menggantikan Nuri dilihat sebagai wajar dilakukan segera.
Bukan sahaja kerana soal keselamatan tetapi cabaran besar yang akan ditempuh oleh negara dan TUDM khususnya menuntut persediaan rapi dari sudut pengurusan dan kesiagaan aset sedia ada.
Malah, hal ini diakui oleh seorang penganalisis pertahanan tempatan Muhammad Fuad Mat Noor yang menyifatkan sepanjang 38 tahun perkhidmatannya, Nuri sebenarnya telah 慸ilanyak
Latar Belakang Nuri
Helikopter Nuri dikenali juga sebagai Sikorsky S-61 ataupun H-3 Sea King adalah sebuah helikopter enjin berkembar pelbagai guna.
Ia dinaik taraf dengan pelbagai keupayaan seperti Radar Cuaca, 揇oppler dan Doppler GPS
Dua helikopter terhempas kemalangan paling buruk
DI SEBALIK jasa bakti Nuri, tidak dapat dinafikan sejak 1968, sudah 18 kali ia menjadi paparan utama akhbar di Malaysia membabitkan tragedi yang meragut nyawa selain pendaratan kecemasan.
Sehingga kini, tragedi membabitkan Nuri sudah meragut 101 nyawa termasuk kes yang terbaru di Genting Sempah. Hanya beberapa orang yang cukup bertuah terselamat dalam nahas Nuri seperti Sarjan T Balasubramaniam yang terbabit dalam nahas Nuri di Banding, sempadan Malaysia-Thailand pada 1991.
Mungkin, satu daripada nahas Nuri yang sering diingati adalah tragedi 18 Disember 1989 berdekatan Sungai Lundu Sarawak. Kejadian yang meragut 16 anggota Tentera Darat dan TUDM itu turut mengorbankan Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Dua, Mejar Jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri Brig Jen Datuk Hasbullah Yusoff.
Bagaimanapun, nahas paling buruk dan menyentuh hati tentu saja membabitkan dua helikopter Nuri yang terhempas selang beberapa saat pada Mac 1997 di Gunung Lumaku, Sipitang Sabah. Sejak 1968, kejadian yang meragut 11 nyawa itu menimbulkan tanda tanya.
Pelbagai andaian dan teori dibuat termasuk kemungkinan ia bergesel antara satu sama lain. Selain itu kabus tebal juga dikaitkan sebagai punca nahas.
Dalam tragedi itu dua kapten terkorban selain dua leftenan, tiga sarjan, dua koperal dan dua prebet.
Ketika operasi menyelamat dibuat, helikopter kedua ditemui hanya 4.8 kilometer jauhnya daripada helikopter pertama. Malah, penumpang helikopter kedua dikatakan melihat bagaimana helikopter pertama terjunam dan hilang sebelum terhempas.
Setiap kali nahas membabitkan Nuri berlaku, perkhidmatannya akan digantung untuk beberapa ketika atas alasan siasatan. Bagaimanapun, selepas itu perkhidmatannya disambung semula.
Namun Rabu lalu, Kabinet memutuskan perkhidmatannya akan terus ditamatkan dalam tempoh tiga tahun selepas tragedi terbaru di Genting Sempah yang mengorbankan enam pegawai dan anggota TUDM.
Nostalgia Nuri
Oleh Hafizah Iszahanid, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb
Pesawat baru perlu dicari bagi menggantikan Nuri yang semakin 'tua' dan telah berkhidmat hampir setengah abad dengan TUDM
HAMPIR 39 tahun helikopter jenis Sikorsky S61 Sea King atau lebih dikenali sebagai Nuri digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi ketenteraan dan misi kemanusiaan.
Kini, perkhidmatan pesawat itu bakal dihentikan dalam tempoh tiga tahun akan datang selepas kerajaan membeli pesawat baru bagi menggantikan helikopter pelbagai guna berkenaan.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Kabinet Rabu lalu. Kabinet bersetuju menggantikan Nuri dengan pesawat baru yang pastinya mempunyai spesifikasi lebih moden dan selamat.
Malah, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira nahas udara membabitkan Nuri, pada Jumaat lalu yang turut mengorbankan enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Walaupun pelbagai nostalgia suka dan duka dicatatkan sepanjang perkhidmatannya, kredibiliti Nuri sebagai pesawat paling lama dan banyak berjasa kepada rakyat dan negara tidak boleh dipertikaikan.
Nuri dibeli Kerajaan Malaysia daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat pada 1968. Pada awalnya helikopter seberat 3,652 kilogram ini berfungsi sebagai pesawat yang menyalurkan bantuan logistik kepada Tentera Darat sebelum diberi mandat menyertai operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.
Ketika era konfrontasi, TUDM menjadikan Nuri sebagai pengangkutan utama membawa anggota Tentera Darat membanteras kegiatan komunis di pedalaman Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Pesawat yang mempunyai kemampuan membawa 21 anak kapal itu turut memberi khidmat masyarakat melalui penerbangan ihsan terutama kepada mangsa yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan kemalangan.
Bagi masyarakat pedalaman dan Orang Asli, jasa helikopter ini disifatkan terlalu besar terutama kepada keluarga pesakit kronik kerana Nuri sentiasa 慴ersedia
http://www.mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_e36fd561-c0a85062-e6246600-de6a7a2f/1/tudm-nuri240505.jpg
INFO: Spesifikasi Nuri
Sejenis Helikopter anti kapal selam amfibia pelbagai cuaca yang mempunyai kuasa dua enjin turbin 1,480 kuasa kuasa (General electric)
Boleh membawa jumlah maksimum 3,180 liter bahan api menerusi tangki depan tengah dan belakang.
Mempunyai radius penerbangan 1,005 dan berkelajuan 220 km sejam
Mampu menampung 21 anak kapal
Dilengkapi gandar penyelamat dan tangki minyak tambahan
Pada 1992 TUDM menaik taraf Nuri dengan memasang radar pelbagai cuaca dan sistem navigasi.
FAKTA:
Kronologi membabitkan nahas dan pendaratan cemas Nuri sejak 1969
25 April 1969 - Nahas pertama Nuri menyebabkan empat anggota TUDM
terbunuh selepas pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.
11 Mac 1972 - Empat anggota terbunuh apabila helikopter Nuri
terhempas di Gambang, Pahang.
26 April 1976 - Sebelas krew dan penumpang terbunuh selepas
helikopter Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir,
Kedah.
19 Julai 1980 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan
dekat Ipoh, Perak tapi semua 18 penumpangnya terselamat.
25 April 1981 - Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 cedera dalam nahas
helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang
Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang,
Perak, tapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
9 Nov 1989 - Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang
termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas helikopter Nuri
terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.
18 Dis 1989 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu,
Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai
Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Datuk Mustaffa Awang dan
Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.
28 Ogos 1990 - Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam
latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka membuat
pendaratan cemas di padang sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM
Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika pendaratan kecemasan di
sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota
terselamat.
10 Jun 1991 - Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri
terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak
kira-kira jam 5.20 petang.
11 Julai 1991 - Tujuh maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika
cuba mendarat di Banding, Perak.
16 Oktober 1996 - Dua terbunuh, tiga hilang, manakala dua lagi
selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau
Pinang.
19 Mac 1997 - Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter
Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang,
Sabah.
5 Mac 2004 - Dua anggota TUDM maut selepas helikopter Nuri terhempas
di Taman Udara, Butterworth.
30 Mac 2004 - Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter
Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat
bandar Labuan di Sabah, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin
sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.
15 Ogos 2004 - Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 penumpang
termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh
dari Marudi, ketika dalam perjalanan dari Miri ke Ba'Kelalan, Sarawak.
13 Julai 2007 - Enam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila helikopter Nuri Sikorsky S-61 terjunam di hutan Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah.
Kapal Pengangkut Nuri neh patut leh buang dah !!
buat tukun pun xpe..
bukan nak beli yg baru...
suma beli yg 2nd..
pastuh bangga...
apa rr !
:mad:
Reply #7 selendangmerah's post
Maaf, Nuri dibeli 'keluar kilang' bukan second hand ye?Seingat saya pembelian senjata Malaysia hampir kesemuanya baru. Yang secondhand yang saya ingat adalah:
1. McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk - pembaikan semula pesawat A-4C dan A-4L USN/USMC. Mengalami kadar kemalangan yang tinggi. Tapi bukan semata2 'secondhand' sebab pesawat A-4N Israel dan A-4S Super Skyhawk RSAF juga secondhand (mungkin sebab kerja baikpulih tak menepati piawaian)
2. KD Hang Tuah - ex HMS Mermaid, ex-Black Star. Tiada masalah..memberi perkhidmatan cemerlang.
3. korvet kelas Laksamana - dibina oleh firma Itali untuk Tentera Laut Iraq. Tidak diambil akibat sekatan ke atas rejim Saddam. Malaysia beli ...jadi bukan secondhand la sebenarnya seba x pernah pakai.
4. KD Sri Inderapura - ex USS Spartanburg County. Perkhidmatan baik. terbakar beberapa tahun lepas tapi ditugaskan semula.
Saya tak masukkan perlatan lain seperti LST kelas Raja Jarom yang telah lama dilucut tauliah serta perlatan'hands-me-down' dari tentera British.
[ Last edited by alphawolf at 22-7-2007 03:25 PM ]
aku rasa dah tiba masa utk msia wat heli sendri arr...asyik beli brg2 luar je, at least spend la duit sket utk wat research heli, design engine, chasis etc etc...takes a while but worth it la
ye ka baru..?
tp.. dah lama dah..
dah nak mampos dah benda tuh..
guna lg...
mati habeh org..
Reply #10 selendangmerah's post
Tu la ...dah lama...tapi B-52 US dah pakai sejak 1961 OK aje...siap nak sambung sampai 2040!a'a........beli yg baru la...:L :L :L :L
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/22dimen1b.jpg
entahnye..beli yg baru laaa, takkan takde bajet. beli kapal selam bleh. corruption
:sweat3:
Reply #14 heysanto's post
Ai nama pun dah bajet...macam kita la, kalau dah beli barang x takleh la nak beli barang y..kena balik bajet cukup2 aje. Lain le pakai credit card....Kalau korupsi ni, macam beli barang RM10, kena bayar RM15...tu pun tak semestinya korupsi, agen pi tekan harga lebih....
Oh BTW, TUDM beli Nuri dalam dua batch, batch pertama second hand (tapi second hand low milage kalau tak salah) batch kedua baru.
Dan tak perlu nak kecoh lagi...sebab TUDM pun dah finalise calon2 akhir.
Khidmat Nuri Tamat 2012
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Helikopter Nuri tidak lagi akan digunakan dalam operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatannya secara berperingkat mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin berkata kerajaan memutuskan untuk tidak menamatkan perkhidmatan pesawat itu sekaligus kerana sumbangannya masih diperlukan pada masa ini.
"Kerajaan telah buat keputusan bahawa TUDM tidak akan tamatkan terus perkhidmatan Nuri sebaliknya ia akan ditamatkan secara berperingkat bemula 2007 dan dijangka tamat pada 2012," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai sejauh mana sumbangan pesawat Nuri kepada pertahanan dan keselamatan negara dan apakah jenis helikopter yang sesuai bagi menggantikan pesawat itu.
Zainal Abidin berkata setakat ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengkaji jenis pesawat yang lebih sesuai dan dapat memenuhi kriteria bagi meneruskan tugas yang dilaksanakan Nuri terutama bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Jenis pesawat belum dipilih lagi dan akan ditentukan apabila proses Tender Terbuka Antarabangsa ditutup Disember ini, katanya sambil menjelaskan bahawa perolehan pesawat baru akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun.
Zainal Abidin berkata pada masa ini helikopter jenis Sokorsky S-61A-4 buatan Amerika Syarikat itu masih diperlukan untuk menjayakan pengangkutan udara terutama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi dengan sistem pengangkutan lain.
"Antara fungsi utama Nuri sekarang ialah sentiasa bersedia melaksanakan tugas mencari dan menyelamat sama ada di darat, laut atau udara. Ia juga amat berkesan dalam melaksanakan tugas operasi khas seperti operasi menangani serangan pengganas," katanya.
Mengenai nahas membabitkan helikopter Nuri, Zainal Abidin berkata sebanyak 15 kejadian telah berlaku dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan ialah RM86.9 juta.
Beliau berkata bagi memastikan pesawat berkenaan selamat digunakan, beberapa langkah telah diambil antaranya meningkatkan keupayaan untuk beroperasi pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca yang kurang baik, menaik taraf peralatan kepada yang lebih canggih dan meneruskan penyelenggaraan yang rapi.
Secara purata TUDM telah membelanjakan RM24.5 juta setahun bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat yang dibuat melalui penswastaan, katanya.
-- BERNAMA
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAfJUc0N1c2tnvoIGtmH0KOiNMYJQr7qfdIVjfwun7eVyxZA_a3w4R9Co1L3E0UUuNPYYr-v-58faJM9pok4sxjJeq0BJIGaSUF6-riOBfgMtCA3y23GThlGSgwc_PTz5CzqhgXQgfoIM/s400/Nuri_Airliners.jpg
kena pakai ejen uzbek ker?
:lol:
beli saja yg baru cepat sket
TUDM terima helikopter baru
ak berharap pembelian EC725 ini adalah yang terbaik buat TUDMhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbhSXfdJp05myFk2YJ7Y6JCcen38swDdiL_VLzZXEUshk7KbwcPkurrqnQAF-BAY1G_8AhtjYFYjthwK9RdRPGZ0fqlyurD4XgauNXWIaNaJisryq8mLFyIVEPybTQwVEJTEFIGVF3ueRE/s1600/EC725TUDM.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPExDH_aeXxd4lAI6KgTh_SkvZ5DQYVHaxZLRAY9E8cmEN82ps_QN-Um0-GR7DaXH-6Yol2FdNGddvS1jLxsciVkLrSm8alOHNKcno9ZBXHZNIvtXb6iNjrgSw7q827bhFuTa5PGvgAZ9s/s1600/EC-725_CSAR.jpg
1. RWR (RADAR WARNING RECEIVER)
2. LWR ( LASER WARNING RECEIVER )
penderia RWR dan LWR pada konfigurasi helikopter EC725 CSAR. Kedudukan penderia tersebut sepertimana yang telah d bulatkan dalam gambo
Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan
sos:cougar ganti nuri
Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima dua helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.
Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.
“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.
Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter itu.
Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille, dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.
Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.
*kemungkinan pesawat yang dipaparkan adalah konfigurasi SAR dan kemungkinan sebahagian lagi dari 12 buah tersebut sememangnya ada konfigurasi CSAR, apa yang ingin ditekankan disini adalah keperluan konfigurasi CSAR ini disekalikan dalam perolehan EC725, itulah yang diharap-harapkan.adalah lebih logik sekiranya konfigurasi CSAR dalam TUDM diberi prioriti,bak kata pepatah alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang dah dapat biarlah yang terbaik
RkhKevnDY7E
SUATU KEPUTUSAN GRED "A" TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN ... PELUANG UNTUK PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DIADAKAN DI PARLIMEN BAGAN DATOH CERAH!!!!
Apabila Mahkamah Persekutuan membuat suatu keputusan bertaraf gred "A" maka sudah pasti Zahid Hamidi kini sudah mula pening kepala.
Peluang diadakan PRK adalah cerah.
Dalam perbicaraan penuh nanti sudah pasti pelbagai bukti gred A akan di kemukakan oleh pihak membuat petisyen.
Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan.
Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.
“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.
Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang.
Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu.
Tahniah kepada barisan peguam yang berjaya berhujah taraf gred A .
Turunkan Najib, azam tahun baru 2014 rakyat Malaysia
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Bagi blogger politik, Shahbudin Husin segala azam lain tidak akan lebih bermakna selain daripada azam untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Najib kini sudah dilihat sebagai liabiliti bagi rakyat negara ini dan lebih lama beliau berada di kerusinya sekarang, pasti akan menjadikan kehidupan rakyat lebih sengsara jadinya dan banyak kenaikan lagi akan dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, bagi rakyat biasa, perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan mereka hanya mungkin berlaku setelah berlakunya perubahan dalam kepimpinan negara.
Bagi yang pro BN pula, katanya sedarlah bahawa lagi lama Najib kekal sebagai Perdana Menteri, lagi merosot sokongan rakyat.
“Dengan luahan kemarahan semakin kuat daripada dalam Umno dan BN sendiri, potensi untuk BN kalah dalam pilihanraya akan datang lebih terbuka jika parti dan kerajaan kekal dipimpin oleh Najib berbanding pemimpin lain,” tulisnya lagi.
Baca di sini
Harga naik: Jangan retorik, berjuang bersama rakyat
- Dec 23, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Jelasnya, mereka yang membantah keputusan kerajaan yang menaikkan kadar tol atau barangan lain perlu menyatakan pendirian mereka secara jelas dengan keluar daripada Barisan Nasional dan berjuang bersama rakyat.
"Kita lihat ada sebilangan mereka di dalam Umno menyatakan bantah dan tidak puas hati mereka atas keputusan kerajaan serta menaikkan kadar tol serta barangan lain kerana membebankan rakyat.
"Bagi saya mereka ini tidak perlu bersikap retorik semata-mata, kalau betul mendengar suara rakyat mereka perlu keluar dari kerajaan atau parti yang disertai sebagai bantahan.
"Duduk bersama rakyat berjuang menuntut hak, ini jalan terbaik untuk mereka mengecam keputusan yang dilihat menekan hidup rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyambut baik bantahan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno terhadap keputusan peringkat tertinggi kerajaan dalam membeban hidup rakyat.
Namun katanya, bantahan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada pemimpin yang mereka sanjungi jika tidak ada satu keputusan drastik atau mengejutkan dilakukan oleh mereka.
"Terdapat beberapa pemimpin yang membantah seperti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam keputusan kabinet walaupun beliau turut berada di dalam kabinet.
"Saya sokong tapi ia tidak akan memberi kesan kepada pemimpin tertinggi (Perdana Menteri) jika bantahan itu tidak disertai dengan tindakan keluar dari parti (Umno BN).
"Adalah lebih baik mereka meninggalkan Umno-BN jika mereka sendiri tidak setuju dengan keputusan yang membebankan hidup rakyat, saya pasti Perdana Menteri akan terfikir kesan dari keputusan beliau itu," sambung beliau.
Beliau yang turut menyeru agar mana-mana pimpinan dari Umno-BN yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar kos yang membebankan rakyat perlu hadir bersama-sama rakyat menyatakan bantahan mereka.
Katanya tidak perlu hanya berani bersuara sedangkan pada hakikat sebenar mereka takut untuk berdepan dengan ketua mereka sendiri demi menjaga kedudukan di dalam parti mahupun kerajaan.
Gantung The Heat: Demokrasi hanya proses pilih sibodoh jadi pemimpin
- Dec 23, 2013
- Haris Zuan
Sebagai latar untuk perbincangan ini, suka diingatkan, Malaysia berada di kedudukan 145 untuk Indeks Kebebasan Media yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, ketinggalan di belakang Bangladesh, Kemboja, dan Indonesia, syukur sedikit baik berbanding negara komunis Korea Utara. Mengapa kita harus malu dengan rekod ini dan bagaimana kebebasan akhbar ini mempengaruhi tahap kecerdikan kita dalam membuat keputusan?
Apa kaitannya kebebasan akhbar dengan demokrasi?
Pertamanya bagi memahami perkara ini, kita harus pulang kepada idea paling asas dalam demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan kini. Oleh kerana penduduk Malaysia ini terlalu ramai, maka tidak semua orang mampu terlibat aktif dalam proses membuat keputusan. Bayangkan sahaja dalam sebuah kampung, setiap kali diadakan mesyuarat, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu hadir. Apatah lagi untuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi setiap sidang.
Perkara ini boleh kita fahami atas dua alasan. Pertama tidak semua orang mempunyai masa lapang untuk hadir mesyuarat dan keduanya tidak semua orang berminat dengan semua isu yang dibincangkan serta mungkin juga tidak mempunyai pengetahuan mendalam akan setiap isu yang ingin dibincangkan.
Oleh yang demikian, kita memilih wakil yang terbaik di antara kita untuk mewakili kita dengan anggapan mereka ini akan memastikan kepentingan kita dipertahankan. Maka kita memilih wakil setiap penggal pilihan raya tanpa gagal ke Dewan Undangan Negeri untuk pertahankan kepentingan kita di peringkat negeri dan Parlimen untuk peringkat Persekutuan. Mudah. (nota: malangnya kini kita tidak lagi memilih wakil ke kerajaan tempatan setelah hak ini digantung oleh Kerajaan Umno-BN sejak 1960-an).
Namun, bagaimana kita mahu memastikan mereka ini menjalankan tanggungjawab menjaga kepentingan kita atau mereka ini sebenarnya membuat keputusan yang menyusahkan kita pada akhirnya? Maka di sinilah pentingnya kebebasan media termasuk akhbar.
Kita mesti mengetahui apa yang mereka lakukan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Apa yang mereka bahas dan putuskan. Apakah setiap wakil yang kita pilih itu benar-benar berbahas demi mempertahankan kepentingan kita atau sebenarnya mereka hanya membuat lawak sarkis. Maaf, jangan silap sangka, saya tidak merujuk kepada Bung Mokhtar.
Malangnya di negara ini tiada siaran langsung untuk sidang Parlimen – Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara – apatah lagi Dewan Undangan Negeri. Hanya RTM yang menyiarkan siaran langsung untuk sesi jawapan Menteri daripada jam 10:00 pagi hingga 11:30 pagi. Hanya itu.
Maklumat ini sangat penting bagi memastikan kita tidak kekal memilih orang yang tidak layak untuk mewakili kepentingan kita. Demikianlah peri pentingnya maklumat yang datangnya daripada kebebasan media. Tanpa kebebasan media ini, kita mungkin bukan sahaja akan terus memilih orang bodoh untuk membuat keputusan untuk kita, malah kita akan kekal memuja kebodohan mereka.
Tapi bagaimana pula jika akhbar ini menipu?
Kebebasan media dan hak bersuara bukan bererti TV3 akan menyiarkan berita yang menyokong Pakatan Rakyat atau Roketkini berkempen untuk BN. Media tidak pernah neutral dan tidak mungkin akan neutral. Maka atas alasan inilah kita memerlukan lebih banyak media untuk mewakili kumpulan yang berbeza – bukan sahaja dalam soal parti politik.
Apabila ada banyak pilihan, kita boleh membandingkan maklumat yang ada dan membuat keputusan yang lebih baik. Tanpa maklumat daripada semua sudut, kita akan kekal menjadi bodoh.
Kebebasan datang dengan akibat dan tanggungjawab. Jika akhbar didapati menipu, saman sahaja mereka ini sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat yang menang berjuta ringgit kerana akhbar salah lapor kenyataan mereka. Malangnya berita ini tidak disiarkan demi membodohkan orang kampung.
Membawa isu salah lapor ini ke mahkamah jika tidak mahu dibiarkan kepada orang ramai untuk membuat keputusan sendiri adalah jauh lebih terhormat dan munasabah berbanding sistem kini yang membolehkan satu orang manusia di negara ini – Menteri Dalam Negeri – menentukan apa yang seharusnya 30 juta rakyat negara ini baca dan tahu.
Gunakan Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara?
Satu ayat yang gemar digunakan oleh mereka yang anti-kebebasan bersuara (mereka ini sebenarnya tidak pun faham erti kebebasan bersuara itu hanya anti kerana disuruh begitu) adalah lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Jamal Abdillah – guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Kenyataan yang sebenarnya bersifat falasi (kesalahan logik atau kesesatan hujah).
Bersuara adalah manifestasi fikiran kita. Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk menzahirkan fikiran kita dalam apa bentuk pun – tulisan, filem, musik, lukisan – dan dalam apa medium pun – akhbar, majalah, radio, playcard, kanvas. Hak berfikir bererti hak untuk menyampaikan idea kita kepada orang lain. Tanpa kebebasan paling asas ini oleh lain (termasuk kita) tidak mampu untuk berfikir kerana masing-masing tidak mampu meluahkan idea masing-masing dan saling bertukar pandangan.
Oleh itu, tidak mungkin wujud keadaan di mana kita dapat menggunakan hak berfikir tanpa mendapat hak bersuara kerana kedua-duannya adalah hal yang sama, melainkan jika ada yang bersuara tanpa berfikir – sekali lagi ini tiada hubungan dengan Bung Mokhtar.
Oleh kerana kini tiada lagi ruang untuk menzahirkan hak berfikir melalui medium konvensional seperti TV dan akhbar maka ramai yang telah menggunakan internet – Facebook, Twitter, Youtube dan portal berita.
Malangnya capaian internet di Malaysia ini maha pelahan (di tangga 122 dunia di belakang Angola menurut Household Download Index) dan liputannya belum benar-benar mencakupi luar bandar maka hanya mereka yang berada di bandar dan pinggir bandar yang mendapat akses kepada maklumat ini yang kemudiannya menciptakan jurang perbezaan maklumat yang besar antara bandar dan luar bandar, sebagaimana yang terjadi kini.
Akhirnya penduduk luar bandar (yang rata-ratanya Melayu Islam Sunni) kekal dibodohkan untuk terus memilih wakil yang memastikan kehidupan mereka yang sedia susah kian menderita. Maka tanpa adanya kebebasan bersuara sampai bila-bila demokrasi hanya proses menaikkan orang bodoh sebagai pemimpin. Sekali lagi saya ingin tegaskan, saya tidak merujuk Bung Mokhtar secara langsung mahupun tidak langsung. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan