Selasa, 24 Disember 2013

BILA KITA JAHIL BANYAK PERKARA HARAM.... YANG HARAM ITU TETAP KITA BUAT JUGA....TAHU HARAM SEBAB DEGIL SERTA SEBAB DIHASUT OLEH SYAITAN KITA BUAT JUGA PERKARA HARAM ITU

Petisyen berjaya!! N20 Lubuk Merbau akan dibicarakan semula
Posted on Monday, December 23 @ 20:59:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Syukur Alhamdulillah petisyen N20 Lubuk Merbau diterima dan akan di bicarakan semula.

Ini berdasarkan rakaman dan text yang dibuat oleh peguam Mr Chan dari DAP yang mewakili si pemetisyen telah dapat menyakin kan Hakim Mahkamah Persekutuan...

Dari itu hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kes petisyen N20 Lubuk Merbau hendaklah dibicarakan balik di peringkat negeri ...

Sebelum ini mahkamah pilihanraya Perak telah menolak petisyen tersebut .

Sementara itu calon Pas [gambar] mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana  mendoakan kejayaan ini agar keputusan perbicaraan ini dapat diadili semula .

Hj Mohd Zainudin bin Mohd iaitu calon Pas hanya tewas dengan 53 undi pada Pru 13 yang lalu di tangan calon BN.

Takbirrr

atsixty-zakriali.blogspot.com


 Langkah populis BN tangguh kenaikan harga barang kini ‘menggigit’ mereka
Posted on Monday, December 23 @ 20:55:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Sama ada langkah populis atau Perkasa yang membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu, kedua-duanya kini “menggigit” gabungan pemerintah itu beberapa bulan selepas pilihan raya 5 Mei.

Langkah BN menangguhkan kenaikan harga dan pelaksanaan akta gaji minimum sebelum pilihan raya umum lalu menyebabkan peningkatan kemarahan kelas menengah dan bawah, terutama yang menyokong gabungan pemerintah itu, kerana kini mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dan kejatuhan nilai ringgit.

Keperitan peningkatan kos kehidupan dirasai terutama bagi golongan majoriti Bumiputera – dari perkampungan di Perlis hingga ke rumah panjang di negeri Borneo Sabah dan Sarawak – kawasan di mana kumpulan hak Melayu Perkasa memperluaskan sokongan.

Selain daripada kawasan bandar, ini juga merupakan kawasan di mana bantuan tunai kerajaan dilihat tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas.

Bagi mereka, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) baru RM650 bagi setiap isi rumah dan RM450 bagi yang bujang tidak mencukupi untuk menampung kesan pemotongan subsidi gula dan petrol atau kenaikan tarif elektrik, kadar tol dan tambang pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013, BN membayangkan BR1M mungkin meningkat sehingga RM1,200 setahun tetapi semasa Bajet 2014 dibentangkan, kerajaan hanya memperuntukkan RM650 bagi setiap keluarga dengan RM50 untuk bayaran insuran.

Bajet yang sama juga mengandungi cadangan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% bermula April 2015 di mana pengkritik mengatakan akan meningkatkan kos kehidupan.

Tetapi kerajaan percaya sebaliknya iaitu GST akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan.

Hujah ini tidak relevan kepada rakyat Malaysia yang bekerja dan Perkasa kini memperluaskan sokongan kepada golongan ini dan presidennya, Datuk Ibrahim Ali, semalam berkata mereka mampu menggantikan Umno sebagai tunjang BN.

“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim semasa Persidangan Perkasa ke-4 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau turut mempunyai keberanian untuk menetapkan petunjuk utama prestasi (KPI) untuk pemimpin tertinggi kerajaan.

"Macam-macam (harga barang) naik dan keadaan ekonomi negara kalau kita baca statistik berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan.

“Jadi, salah satu KPI untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kos kehidupan,” kata Ibrahim.

Respon kerajaan mengenai rungutan peningkatan kos kehidupan adalah untuk menubuhkan makmal bagi mengkajinya dan akan membuat cadangan selain mengkaji untuk meningkatkan gaji selari dengan peningkatan harga barang.

Kedua-duanya dilihat jauh daripada realiti sebenar atau merupakan pengakuan BN tidak mempunyai jaringan akar umbi untuk mengkaji rakyat Malaysia bekerja atau sekurang-kurangnya memberitahu mereka peningkatan kos tidak dapat dielakkan kerana kos perniagaan meningkat.

“Kita terpaksa menelan kepahitan ini, tetapi Umno hanya mahu menjadi popular daripada melakukan sesuatu yang sepatutnya untuk negara,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

“Apa yang mereka lakukan selama ini hanya menangguhkan kenaikan harga barang. Sekarang kita berdepan dengan kebanjiran kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi. Sudah tentu orang akan marah, terutama yang mengundi kita,” katanya.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 20:55:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Ust Esa Deraman - Adakah Tabligh jemaah sesat?
Posted on Monday, December 23 @ 19:46:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya







Penganjur: Polis kejar peserta, rampas bahan flashmob
Posted on Tuesday, December 24 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Penganjur flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam gembira kerana berjaya mencapai objektif, walau dengan gangguan pihak polis yang mengejar peserta dan merampas bahan yang digunakan semasa acara tersebut.

Jurucakapnya Azan Safar berkata kumpulan seramai kira-kira 100 orang itu, yang ingin menyuarakan bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan penghapusan pelbagai subsidi pada awalnya mengunjungi pusat membeli belah Mid Valley.

NONEMenurutnya, sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit.

"Mereka (polis) mengejar sebahagian daripada kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Ia (flash mob) tidak berakhir dengan baik kerana terdapat banyak halangan.

"Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan

Akhirnya, kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu terpaksa meneruskan demontrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley, katanya.

NONETambahnya, 'flash mob' itu juga bagi memberi publisiti mengenai perhimpunan lebih besar pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka.

"Ini (perhimpunan) adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa 2014 adalah tahun yang buruk untuk rakyat. Pergerakan ini tidak akan berakhir pada 31 Dis. Ia (bantahan) akan diteruskan sehingga kerajaan mendengar suara kami.

"Kami akan mendesak kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup yang telah diumumkan akan mengalami kenaikan," katanya kepada para peserta.

Sementara itu, satu lagi flashmob diadakan di kawasan sekitar pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kira-kira 40 orang peserta yang dipimpin oleh NGO Jingga 13 itu membawa menunjukkan poster dengan slogan membantah kenaikan harga barang dalam acara selama kira-kira lima minit di luar kompleks beli-belah itu.

Poster tersebut antara lainnya membantah kenaikan harga gula, petrol, elektrik, lebuh raya bertol, cukai taksiran harta, pengangkutan awam dan yuran langganan Astro.

Kumpulan peserta itu turut mengedarkan risalah bantahan kepada orang ramai di kawasan tumpuan tersebut.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Tuesday, December 24 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Dulu taksub sangat.. Sekarang rasakanlah!
Posted on Monday, December 23 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




September lalu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir telah memberikan teguran supaya kerajaan yang ada iaitu Kerajaan Barisan Nasional jangan boros..

Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013 pada 5 September 2013.

Malangnya daripada memotong perbelanjaan mereka pentadbiran Najib memilih untuk memaksa rakyat memotong perbelanjaan rakyat sendiri ekoran dari kenaikkan harga barang.

Dalam lain ayat biarpun yang gagal dalam menguruskan ekonomi negara dan boros ialah Rosmah dan Najib serta kabinetnya mereka meletakkan kegagalan mereka itu ke atas bahu rakyat. 

Nampaknya tindakan pentadbiran Najib ini bukan sahaja dipertikaikan oleh majoriti rakyat, malah Blogger-blogger yang suatu masa dulu amat taksub dengan Rosmah dan Najib turut mempertikaikannya..

Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Namun pemerhatian Sinar Harian mendapati penyokong BN juga turut merungut dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang apabila subsidi dikurangkan itu.

Rata-rata tidak puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

"Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

"Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan," kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

"Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

"Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat," katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

"Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah 'Janji Ditepati'? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini.

"Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

"Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.

"Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari," katanya dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.
Dah terhantuk baru nak terngadah??...

Dulu taksub sangat sekarang bersamalah kita tanggung akibat dari mengekalkan yang boros dan bodoh sebagai pemimpin negara...

Zaid Ibrahim juga pernah menyuarakan mengenai Kerajaan yang boros dan kaitannya dengan harga barang pada tahun 2011 dulu.. baca di ( SINI )

Tapi masih ada yang bebal untuk menyokong UMNO dan BN pada PRU13 yang lalu..

Anak Sungai derhaka


 Najib sudah boleh dikategori perdana menteri OKU
Posted on Monday, December 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.

Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU13 lalu. Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya semakin hari semakin banyak wang daripada poket rakyat yang cuba disedut atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.

Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.

Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan, Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di Selangor dengan menyatakan kerajaan PR lebih dulu melakukan kenaikan. Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga minyak sebaik saja berakhir pilihan raya pada 5 Mei lalu sedangkan kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun berkuatkuasa lagi.

Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif elektrik, tol dan pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup rakyat. Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang lain.

Dalam masa yang sama, jika Najib ingin membandingkan kenaikan gaji wakil rakyat, beliau sepatutnya melihat kepada kerajaan negeri Sarawak yang telah melakukan kenaikan gaji dan elaun lebih awal serta pada peratusan yang lebih tinggi berbanding di Selangor.

Bercakap mengenai kenaikan kadar tol pula, Najib mempertahankan cadangan kenaikan itu dengan mengatakan jika tol tidak dinaikkan, maka cukai terpaksa dinaikkan. Terlihat di sini bahawa untuk menambah pendapatan dan mengelakkan hutang negara terus bertambah, Najib hanya melihat cara mudah untuk memperolehi wang iaitu melalui kenaikan harga barang, menambah kadar cukai dan penghapusan subsidi.

Bahkan melalui apa yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli bahawa kerajaan juga didapati telah menjual dan memajak beberapa aset negara untuk mencapai sasaran defisit negara 2013 pada kadar 4% daripada KDNK sebagaimana yang dijanjikan, berbanding 4.5% tahun lalu, jelas membuktikan bahawa Najib semakin kehilangan upaya dalam mentadbir negara ini.

Sudah tentu penjualan aset negara ini adalah berdasarkan nasihat daripada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala di mana ketika mengetuai MAS, beliau juga pernah mengambil pendekatan sama iaitu menjual bangunan ibu pejabatnya untuk memperolehi pendapatan.

Lalu apa jadi kepada MAS sekarang, sudahlah hilang bangunan, prestasinya juga terus merosot. Catatan untung hanya direkodkan pada tahun awal Idris Jala mengetuainya saja dan jelas keuntungan itu kerana menjual bangunannya.

Daripada menaikkan harga barang, menambah kadar cukai, menghapuskan subsidi dan menambah derita rakyat, Najib kini menjual aset negara pula. Beliau sudah menjadi seorang yang kurang upaya atau OKU dalam memimpin negara ini.

Jika dalam kehidupan seharian OKU bermaksud orang kelainan upaya tetapi dalam kes Najib, maksud yang sesuai ialah orang kurang upaya. Beliau kini dilihat tidak mampu lagi membawa negara melangkah lebih jauh menuju kemajuan dan memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Setiap hari berita yang diterima rakyat adalah berita sedih belaka.

Najib pada hakikatnya sudah menjadi Perdana Menteri yang OKU sifatnya. Yang beliau nampak hanyalah menaikkan cukai, memotong subsidi dan menaikkan harga barang sebagai jalan mudah memperolehi wang dan pendapatan bagi negara. Kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin jauh daripada lubuk hatinya.

Jika dalam dunia pekerjaan, mereka yang sudah mengalami kecacatan kekal atau dikategorikan OKU sudah dibolehkan mengambil pencen Socso, maka Najib juga sebenarnya layak dimasukkan dalam kategori itu. Beliau pada hakikatnya sudah menjadi OKU dalam memimpin, berfikir dan merencana sesuatu yang bermakna untuk negara. Beliau juga tidak mampu lagi memimpin dengan lebih kreatif atau beraksi dengan lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya.

Lagi lama, lagi derita rakyat dibuatnya. Lagi lama juga, tiada apa lagi yang tinggal akhirnya nanti.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 3 pasangan Islam bercerai setiap jam di Malaysia, dimana silapnya?
Posted on Monday, December 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Walaupun kursus perkahwinan semakin canggih, hantaran perkahwinan semakin tinggi, namun kes perceraian semakin meningkat. Dimana silapnya? Marilah kita kembali kepada Islam sepenuhnya, mulakan dengan asas iaitu solat, pastikan semua pasangan yang hendak dan telah berkahwin tidak tinggal solat fardu, pastikan pasangan pengantin, ibu bapa pengantin, petugas kenduri kendara tidak tinggal solat semasa majlis perkahwinan.

Khutbah Jumaat boleh tak ketengahkan isu ini setiap kali musim cuti sekolah, musim kenduri kendara?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi" (Riwayat Bukhari)

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" (Riwayat Abu Daud)

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya " (Riwayat Ahmad)

3 PASANGAN ISLAM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA

23 Dis 2013

Institusi kekeluargaan Islam di Malaysia masih belum mencapai tahap kerapuhan teruk meskipun kadar perceraian dilapor meningkat dengan purata dua ke tiga perceraian pada setiap jam.

Ini kerana menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, masyarakat Islam tempatan masih mempercayai hubungan suami isteri yang dijalin secara sah menerusi perkahwinan.

Perkahwinan ‘mi segera’ menurut Noor Aziah punca utama perceraian dan ia disebabkan pasangan yang mengenali pasangan dalam tempoh singkat, bercinta terlalu lama dan berkahwin kerana sudah terlanjur serta si perempuan mengandung.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pelbagai usaha perlu dilaksana secara proaktif untuk membimbing pasangan suami isteri.



hmetro.com.my
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Monday, December 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 

 

 

 Skim Pendidikan - PPPS, PPPLD Menjadi PPP, Gaji Permulaan Untuk Sarjana dan PHD
Posted on Monday, December 23 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Gaji_Guru_Sarjana_PhD

Pekeliling Perkhidmatan Bil.40/2013 dari Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) telah dikeluarkan pada 17 Disember 2013.

Ia menjelaskan tentang penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pelaksanaa ini bertujuan meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program Pensiswazahan Guru serta penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya profesion guru.

Skim yang digabungkan adalah seperti berikut;

PPPS_PPPLD_PPPPekeliling ini juga menjelaskan tentang gaji permulaan untuk mereka yang memiliki Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah(PhD). Pemilik Sarjana akan memperolehi gaji permulaan RM2,733.98 dan pemilik PhD akan menerima sebanyak RM3,040.60.

  • Diploma perguruan - DG29 - RM1,589.00
  • Diploma berkaitan - DG29 - RM1,735.44
  • Ijazah sarjana muda berkaitan - DG41 - RM2,018.52
  • Ijazah sarjana muda pendidikan - DG41 - RM2,222.94
  • Ijazah sarjana berkaitan - DG41 - RM2,733.98
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) berkaitan - DG41 - RM3,040.60

Syarat-syarat terkini tentang kenaikan pangkat juga dijelaskan secara terperinci dalam pekeliling tersebut. Muat turun di sini.

Kini lebih beruntunglah mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah doktor falsafah (PhD) menceburi bidang pendidikan. Bagaimana pula dengan guru-guru yang dah mempunyai Sarjana dan PHD. Berapa tinggi mereka dan tangga gaji mereka akan ‘lompat’?? - www.KiniINFO.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Monday, December 23 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Pakatan akan ‘gagal dan merana’ kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan
Posted on Monday, December 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.

Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat.

SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut.

Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Tol: Bukti BN mungkir janji
Posted on Monday, December 23 @ 08:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Fadhli (kiri) melihat Amir (dua kiri) cuba menggunakan komputer riba yang ditaja Dr Nor Azlina Hassan dari Klinik Primer Nilam Puri.

KOTA BHARU – Kenaikan kadar tol yang bakal dialami rakyat merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak kerajaan sekali gus membuktikan janji tidak ditepati dalam manifesto Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika ia dilaksanakan, ternyata janji kesediaan kerajaan untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat adalah tidak benar.

“Diakui rakyat Kelantan secara umumnya tidak terlibat dengan kenaikan kadar tol berikutan tiada lebuh raya di negeri ini, namun kenaikan tersebut bakal memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan dan tempiasnya tetap akan dirasai oleh rakyat negeri Kelantan.

“Saya yakin, tindakan kerajaan ini hanyalah kerana merasakan tempoh untuk menempuhi PRU14 nanti masih panjang dan rakyat bakal melupakan keperitan ini menjelang empat tahun lagi.

"Namun perlu diingat, rakyat Malaysia pada hari ini bukan lagi mudah diperkotak-katikkan,” katanya, kelmarin.

Beliau turut diiringi beberapa pemimpin Pemuda Pas negeri menyampaikan sumbangan sebuah komputer riba kepada Amir Zuhaidi Razali, pelajar kurang upaya (OKU) yang mendapat keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fadhli berharap sumbangan komputer riba kepada Amir Zuhaidi dapat membantu beliau belajar dengan lebih berkesan sekali gus mendapat keputusan yang lebih cemerlang selepas ini.

Amir Zuhaidi Razali merupakan seorang pelajar OKU dari Sekolah Kebangsaan Ketereh mula mendapat tumpuan ramai apabila mencatat keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR yang lepas.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Monday, December 23 @ 08:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Isteri2, jangan la buat macam ni....
Posted on Monday, December 23 @ 08:56:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



“Secara luarannya, saya kelihatan seperti lelaki dan suami lain. Kecuali isteri, orang lain tidak menyedari saya menderita hampir lapan bulan apabila ‘kelelakian’ saya langsung tidak berfungsi. Ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan malu terhadap isteri tanpa menyedari ia sebenarnya berpunca daripada perbuatannya mengunci naf­su saya.

Semuanya berpunca daripada sikap cemburu buta Iza. Dia tidak mempercayai kesetiaan saya yang kerap terbang ke luar negara kerana bertugas sebagai pramugara sebuah syarikat penerbangan terkemuka.

Saya langsung tidak menyangka Iza tergamak meminta bantuan bomoh untuk menundukkan saya. Akibatnya saya langsung tiada perasaan terhadap wanita lain walaupun digoda kerana nafsu saya sudah dikunci sejak awal tahun ini.

Akibat perbuatannya yang tidak berfikir panjang, saya hilang sifat kelelakian termasuk ketika mahu ‘bersama’ dengannya walaupun sebelum itu saya lelaki normal.

Lebih menyeksakan, saya turut mengalami masalah lain seperti susah untuk membuang air kecil dan kadangkala me­ngalami sakit di kemaluan. Kesakitan itu lebih terasa pada waktu malam terutama ketika berada di luar negara.Perubahan mendadak itu menyebabkan saya sering tertanya-tanya apa kesalahan yang sudah dilakukan sehingga saya bagaikan bangkai bernyawa kerana langsung tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.

Sejujurnya saya bukan jenis lelaki yang suka ‘makan luar’ walaupun sudah pasti kadangkala agak ghairah melihat wanita cantik berpakaian seksi.

Pada awal perubahan itu, saya hanya hilang ghairah terhadap wanita lain tetapi normal pada isteri. Bagaimanapun, dua minggu selepas itu saya turut tiada nafsu terhadap Iza menyebabkan saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Saya cuba menyembunyikan masalah ini daripadanya kerana bimbang ia akan meretakkan rumah tangga kami.

Apabila diajak Iza untuk bersama, saya cuba mengelak dengan memberi alasan letih kerana menempuh perjalanan jauh dengan kapal terbang.

Pada waktu itu saya langsung tidak me­nyangka masalah itu berpunca daripada ‘buatan orang’ sebaliknya menganggap ia sebagai ketentuan Allah. Malah saya langsung tidak menceritakan masalah itu kepada Iza dan rakan-rakan kerana terlalu malu.

Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan penderitaan ditanggung selain rasa bersalah kerana mengabaikan nafkah batin terhadap isteri, saya akhirnya nekad berbincang masalah itu dengan Iza.

Pada awal perbincangan dengan Iza, saya dapat melihat perubah­an pada wajahnya yang kelihatan takut. Mungkin dia rasa bersalah kerana melakukan perbuatan itu terhadap saya.

Bagaimanapun, saya masih tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada beberapa malam kemudian, Iza mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam bagi merawat masalah itu.

Pada awalnya saya menolak kerana menyang­ka masalah itu berpunca daripada saya sendiri dan mahu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dulu tetapi Iza tetap beria-ia mengajak saya berjumpa pengamal perubatan Islam.

Melihat saya masih ragu-ragu, dia tiba-tiba menangis teresak-esak sebelum menceritakan perbuatannya menggunakan bomoh untuk mengunci nafsu kelelaki­an saya.

Sudah pasti saya terkejut mendengar pe­ngakuannya selain sedih dengan tindakannya yang tidak mempercayai suami sendiri hingga tergamak melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam.

Ketika ditanya kenapa dia sanggup melakukan perbuatan itu, Iza mendakwa terlalu sayangkan saya dan bimbang saya melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain kerana kami sering berjauhan.

Saya akui pada mulanya gagal mengawal perasaan tetapi selepas berfikir panjang, saya memaafkannya dan kini masih menjalani rawatan secara Islam untuk memulihkan masalah ini” - myMetro

Dari mimpi-senja












Tiada ulasan: