Selasa, 10 Disember 2013

MALULAH DAH BERKALI2...TAK RETI BUAT ATAU MUTUNYA RENDAH.....JUGA MUNGKIN TAK IKUT APA YANG DIKEHENDAKI@Spesifikasi

Syiling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7
11:30AM Dis 10 2013
Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

Laporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.

Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali syiling di hospital itu runtuh.

Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping syiling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.
BIAR GAMBAR BERBICARA ... KERJA AMAL BERSIH PREMIS ANTARA JABATAN UNIT AMAL MALAYSIA DENGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA. Biar gambar menjadi saksi berbicara ... lihat dengan mata kepala sendiri sambil kita mencuit akal untuk berfikir dan menilai.

Antara Jabatan Unit Amal Malaysia PAS dengan Pemuda UMNO Malaysia yang mana satukah dilihat ikhlas, jujur dalam membuat kerja amal membantu mangsa banjir yang susah dan yang mana satu hanya lakunan semata-mata.

Tepuk dada tanya iman .. cuitkan minda tanya akal logik.
Like · · · 50 minutes ago ·
biar gambar berbicara
Like · · · 15 hours ago 
·

yang merasa perit, rakyat pemimpin kita jaga jangan bagi rasa !!!?????
Rakyat Suruh Datang Tengok Keadaan Mangsa Banjir Dalam Kesusahan...Untuk Diberi Bantuan Apa Yang Sepatutnya... Bukan Tangkap Gambar Kuncing Yang Tido Atas Katil... Hadoiiii..

Mangsa banjir Kuantan marah terhadap Bung Mokhtar


http://www.kualalumpurpost.net/
tbung-mokhtarSHAH ALAM – Kemarahan mangsa banjir di Kuantan terhadap pemimpin BN khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meluap-luap sehingga mengancam tidak membenarkan beliau menjejakkan kaki di Kuantan.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika beliau sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit.
“Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah.
“Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar,” kata Fuziah ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.
Bagaimanapun Fuziah, sebagai pemimpin di kawasan itu menasihati agar mangsa banjir di pusat pemindahan banjir terbabit supaya bertenang dan bersabar dengan tidak terlalu mengikut emosi yang dalam kemarahan.
Kemarahan itu diluahkan gara-gara tindakan Bung Mohtar yang mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawa Fuziah.
Usul tersebut kemudiannya ditolak speaker dengan alasan setiap usul yang mahu dikemukakan sepatutnya hendaklah mengemukakan notis dua hari dan secara bertulis.
Bagaimanapun, mengenakan syarat notis selama dua hari untuk usul kecemasan seperti ini dianggap tidak masuk akal kerana ianya melibatkan keselamatan ribuan rakyat yang memerlukan tindakan segera.
Fuziah memberitahu perisytiharan darurat diperlukan bagi memastikan semua agensi kerajaan dan pasukan keselamatan boleh dikerah ke tempat bencana bagi memberi pertolongan seperti bantuan memindahkan penduduk, selimut, makanan, tempat tidur dan lain-lain.
Di beberapa tempat di Pantai Timur baru-baru ini dilanda bencana banjir paling teruk sejak lebih sedekad lalu sehingga melibatkan hampir 50,000 penduduk.
Bagaimanapun kerajaan didapati gagal mengambil tindakan segera dengan berkesan hingga menyebabkan mangsa banjir terpaksa kelaparan dan kesejukkan kerana terpaksa tidak dibekalkan makanan, selimut dan tidur terpaksa tidur di atas lantai simen, menurut sumber Media Selangorku.

Warga kita antara yang cedera, ditahan di S'pura
11:20AM Dis 10 2013
Seorang warga Malaysia merupakan antara individu yang ditahan oleh polis kerana didakwa terlibat dalam rusuhan malam Ahad lalu di Little India, Singapura.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lima lagi rakyat kita, yang bekerja sebagai pegawai polis bantuan, mengalami cedera ringan ketika membantu polis Singapura ketika menangani kejadian tersebut.

Laporan laman Astro Awani menyebut, kenyataan Anifah itu disampaikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura kepada pasukan polis negara tersebut.

“Lima orang anggota polis bantuan, yang merupakan warga Malaysia dengan status kediaman tetap di Singapura mengalami cedera ringan ketika membantu pihak berkuasa Singapura,” kata menteri luar itu.

Anifah menegaskan bahawa kejadian pada malam Ahad lalu adalah “perkara dalaman” Singapura tetapi kementeriannya akan tetap bekerjasama dengan negara jiran tersebut dalam kes itu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menberi bantuan konsular yang diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia terjejas dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa Singapura,” katanya.

Laporan menyebut, rusuhan itu berlaku selepas satu bas swasta didakwa melanggar dan membunuh seorang pekerja asing di kawasan Little India.

Sekumpulan kira-kira 400 orang menterbalikkan tiga buah kereta polis dan beberapa penahanan turut dibuat.

Seramai 10 orang anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.
Dr Khir dilantik ketua pengarah pelajaran baru
11:08AM Dis 10 2013
Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Dis lepas.

Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang' bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar di Putrajaya semalam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.

"Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.

"Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi," katanya pada majlis tersebut.

Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 Nov 2010.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.

"Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.

"Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan," katanya.

Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir.

- Bernama
'Pesara marah k'jaan naikkan cukai pintu'

Kumpulan anggota Umno dari kelompok pesara kanan kerajaan hari ini menggesa perdana menteri mempertimbang semula kenaikan cukai taksiran yang mahu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula tahun depan.
Presiden Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat berkata kebanyakan pegawai kanan yang telah bersara dan menetap di sekita Kuala Lumpur terjejas dengan kenaikan tersebut.

NONE"Kalau ada apa-apa benda nak naik, fikirkanlah jangan libatkan pesara.

"Orang-orang kampung Bukit Damansara hentam saya kenapa banyak sangat naik cukai pintu ini.

"Ramai pesara di Bukit Damansara, Lembah Pantai marah naik cukai pintu, jadi harap Yang Amat Berhormat (Datuk Seri Najib Razak) pertimbangkanlah," katanya dalam ucapan majlis penghargaan pesara kanan kerajaan bersama perdana menteri pagi tadi.

Sementara itu, Najib yang merupakan tetamu kehormat dalam majlis makan tengah hari di Putrajaya itu bagaimana pun tidak memberikan reaksi langsung kepada rungutan tersebut.

Beliau sebaliknya menggesa mereka yang hadir agar menyokong inisiatif cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan bermula tahun 2015.

NONETegasnya, langkah itu akan meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya meletakkan Malaysia pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju.

"Bila fiskal defisit kita kuncupkan, Malaysia boleh jadi negara maju.

"Kerana itu saya minta sokongan daripada tuan-tuan," kata Najib dalam ucapannya.

Kenaikan cukai taksiran yang akan berkuatkuasa mulai tahun depan sehingga kini dilaporkan telah menerima lebih 10,000 bantahan daripada orang ramai yang difailkan kepada DBKL.

Bermula Januari ini, DBKL akan mengadakan sesi pendengaran sehingga akhir bulan Mac bagi meneliti setiap bantahan yang telah diajukan.
Sidang DUN P Pinang kecoh isu perkauman

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berhubung isu gerai makan diroboh Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.

Kekecohan tercetus apabila Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) mahu ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid menarik balik kenyataannya berhubung isu itu yang disifatkan sebagai rasis.

NONEPhee mendakwa Jahara cuba menimbulkan persepsi perkauman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila mengatakan PBT hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

"Saya tak kata PBT hanya ambil tindakan kepada orang Melayu. Kalau ada impression (tanggapan) macam itu saya minta maaf. Saya hanya minta keadilan, penjelasan. Peniaga terbabit bukan baru berniaga sehari, dua...sudah 20 tahun.

"Kalau mahu ambil tindakan, ambil tindakan terhadap semua...jangan pilih-pilih," kata Jahara ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan DUN di sini, hari ini.

Pertikaman lidah itu berjaya dihentikan apabila Speaker Datuk Law Choo Kiang mengarahkan Phee duduk selepas Jahara memohon maaf dan mengarahkan ketua pembangkang itu meneruskan perbahasannya.

Bagaimanapun, dewan kembali kecoh apabila Jahara mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baharu bagi Pulau Jerejak.

"Adanya satu pulau di sini diberi nama baru Mazu Island. Mazu Island ini adalah Pulau Jerejak yang mana telah diberi nama baru oleh seorang pengusaha yang mempromosikannya dalam bentuk pelancongan.

"Sebuah tokong besar juga dibina tanpa kebenaran. Siapa yang meluluskan semua ini," katanya sambil menunjukkan gambar pengusaha itu bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Tindakan Jahara menunjukkan gambar itu menimbulkan rasa tidak puas hati R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima), Phee (DAP-Sungai Puyu) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) yang bangkit mempertikaikan tindakan itu.

"Itu sudah melampau...tindakan ini menuduh seolah-olah kerajaan negeri beri kelulusan semata-mata orang itu mengenali ketua menteri. Mana ada bukti ketua menteri beri kelulusan," kata Rayer.

Jahara kemudiannya berkata beliau hanya mahu penjelasan kerajaan negeri berhubung kewujudan nama Pulau Mazu itu.

Bagaimanapun, Jahara terus-terusan diasak wakil rakyat berkenaan yang mahu beliau menjelaskan tindakannya itu.

Tindakan wakil rakyat yang tidak memberi peluang kepada Jahara untuk berbahas telah menyebabkan kesemua sepuluh wakil rakyat BN meninggalkan sidang DUN sebagai tanda protes.

-Bernama

Lim: Tiada pertukaran nama Pulau Jerejak

Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada 'Pulau Mazu' seperti didakwa sesetengah pihak.

"Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.

"Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini," katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.

Mengulas dakwaan Jahara bahawa berlakunya pilih kasih berhubung tindakan diambil terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth, Lim berkata ketua pembangkang itu sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai isu perkauman.

"Janganlah main isu perkauman. Kalau nak cakap mengapa tidak ada tindakan, kita sedia terima. Tetapi jangan cakap mengapa tidak ada tindakan ke atas peniaga Cina tetapi ambil tindakan ke atas peniaga Melayu," katanya.

-Bernama
Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di Ipoh

Seorang jurukimpal menemui seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dengan cukup sifat di Lapangan Perdana 19 berhampiran kawasan rumah kedai baharu di Taman Lapangan Setia di Ipoh hari ini.

Chong Lean Fatt yang ketika itu sedang bekerja di kawasan rumah kedai menemui bayi tanpa pakaian itu di satu lorong di kawasan berkenaan pada pukul 10.20 pagi ini.

Chong berkata pada mulanya dia terdengar bunyi tangisan bayi namun selepas membuat pemeriksaan di kawasan itu dia tidak menemui bayi dan terus menyambung kerja.

"Tangisan bayi itu kemudiannya didengari seorang supervisor (penyelia) yang juga rakan saya. Kami memeriksa di kawasan belakang rumah kedai dan terkejut melihat seorang bayi dalam keadaan tertiarap di atas jalan tar tanpa berpakaian dan masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi.

Dia kemudian menghubungi polis sebelum bayi itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata bayi itu tidak mengalami kecederaan dan kini dalam keadaan stabil.

Ahmad Termizi berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan kira-kira tiga jam sebelum dia ditemui.

- Bernama

Tiada ulasan: