Jumaat, 27 Disember 2013

JANGAN OVER LAH....MELAMPAU SANGAT....SABAR ADA HAD...BODOH TAK KAN BODOH SAMPAI BILA2

LAGI KISAH PENYOKONG TEGAR UMNO MELUAHKAN RASA BOSAN DAN MELUAT DENGAN CARA NAJIB RAZAK URUS TADBIR NEGARA!!!!


Seorang pemegang akaun laman sosial FB yang mengaku memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan .. satu keluarga penyokong cukup tegar mendakap perjuangan UMNO dan berkempen keras untuk kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 lalu telah mula melahirkan rasa marah dan berangnya kepada Najib Razak atas cara beliau mengurus ekonomi negara.

Bagi dirinya pengumuman GST 6% mulai tahun 2015 dia boleh terima, kenaikan harga gula sampai dihapuskan subsidi sampai meningkat naik 35 sen sekilo dia masih boleh terima , bila harga petrol dan diesel naik 20 sen seliter dia sudah mula naik resah dan bengang, tapi apabila Najib dah sahkan bahawa harga tol tetap jua naik mulai Januari 2014 maka disitu kesabarannya sudah dicabar.

Kenaikan tol sebagai menyeksa rakyat yang terpaksa menggunakan jalanraya bertol untuk berulang alik ke tempat kerja.

Amaran telah dikeluarkan .. kalau Najib Razak berterusan dan kekalkan gayanya mengurus ekonomi negara dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan maka silap hari pada PRU 14 nanti dia langsung sebelah mata tidak akan pandang kepada UMNO/BN.

Masih ada pemimpin UMNO berkata sokongan rakyat kepada UMNO/BN lansgung tidak terjejas walaupun harga barang dan perkhidmatan naik mencanak tinggi sampai rakyat cukup tertekan macam nak mati?

Apa guna berbicara sekadar untuk memujuk dan menyejukkan hati sedangkan realitinya pada PRU 14 nanti Insya Allah UMNO akan mati!!!!!








KOMEDI MAKAN DIRI - AKHIRNYA KERAJAAN MALAYSIA KANTOI MENGIKTIRAF SYIAH

Akhirnya segala perbuatan Zahid Hamidi menuduh Mat Sabu Syiah memakan diri dan kerajaan Barisan nasional yang diterajui ameno.

Malaysa Insider melaporkan bahawa pemimpin kerajaan barisan Nasional telah menandatangani pengiktirafan syiah sebagai satu mazhab dalam islam.

Patutlah syiah bermaharajalela di Malaysia. Tidak ada tangkapan dibuat terhadap ketua syiah Malaysia dan ketua syiah kedah yang sangat popular ketika ini.

Deklarasi Amman Message yang ditandatangani kerajaan mengiktiraf Syiah daripada kumpulan Jaafariyah dan Zaidiyah serta mengakui ia sebahagian dari ajaran Islam.

“Turut sama dalam deklarasi itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,” Hanipa Maidin.

Menteri jaga agama pun segan nak habaq. 


JAKIM menyatakan bahawa kesemua ajaran syiah yang diamalkan di Malaysia sebagai menyeleweng. Oleh kerana menteri jaga agama berkata JAKIM tiada kuasa dakwa pengikut syiah. Kuasa terletak pada JAIN (Jabatan Agama ISlam Negeri), maka JAINlah yang bertanggungjawab menahan dan mendakwa pengikut syiah.

Mengikut sejarah ajaran sesat di Malaysia, orang yang didakwa menganuti sesuatu ajaran sesat akan diberi kaunseling dan dibebaskan. Contoh terbaik ialah Haji Ashari pengasas AL Arqam dan sebahagian pengikutnya.

Pengasas Qadiani juga ditahan dan diberi kaunseling. Kemudiannya didakwa tetapi bebas kerana mengaku bukan Islam.

Ayah Pin sehingga kini belum ditangkap. Ada yang mendakwa tiada waran tangkap dikeluarkan sehingga membuatkan Sultan Mizan murka.

Ajaran sesat di Malaysia menurut wikipedia
  1. Nasrul Haq 
  2. Budi Suci 
  3. Al-Watan
  4. Budi Suci Sejati
  5. Jawa Faradin
  6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
  7. Tusuk Hikmat
  8. Ilmu Kebatinan
  9. Potong Maya
  10. Naluri
  11. Kaula
  12. Haqqullah Syahadah
  13. Rampai
  14. Wali Suci
  15. Kalimat Sakti
  16. Silat Pukulan Jarak Jauh
  17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
  18. Zikir Sha`ban Islam Haq
  19. Asal Wujud Garis Laksmana
  20. Al-Ma`zat
  21. Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
  22. Ilmu Kebatinan
  23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
  24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
  25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
  26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
  27. Mohd Nordin Putih
  28. Nasrun S.T.Qahar
  29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
  30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
  31. Wali Sembilan
  32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
  33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
  34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
  35. Al-Arqam
  36. Golongan Anti Hadis
  37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
  38. Syiah
  39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
  40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
  41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
  42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
  43. Tarikat Mufaridiah
  44. Ajaran Hassan Anak Rimau
  45. Tarikat Aurad Ismailiah
  46. Ajaran Martabat Tujuh
  47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
  48. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
  49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
  50. Ajaran AhmadiahQadiani
  51. Ajaran Mohd Nor Seman
  52. Ajaran Ayah Pin
  53. Al-Ma`unah
  54. Ajaran Azhar Wahab
  55. Ajaran Hj.Banuar
  56. Ajaran Sesat Lia Eden

Kesemua kumpulan ini tidak dapat didakwa jika mereka mengaku bukan Islam. JAIN tiada kuasa ke atas orang bukan Islam. Yang mengaku Islam, jika masih aktif selepas diberi kaunseling, mereka hanya menjalankan kegiatan secara underground.

Sebaliknya syiah di Malaysia mengaku Islam. Oleh kerana JAKIM mendakwa syiah di Malaysia semuanya menyeleweng maka JAIN mempunyai kuasa untuk mendakwa mereka kerana ehwal Islam adalah dalam bidang kuasa JAIN.

Malangnya itu tidak berlaku. Syiah bebas mengamalkan fahaman mereka tanpa tanpa perlu berselindung. Terang dan nyata mereka mengaku syiah.

Berita penangkapan mereka yang dipercayai mengamalkan syiah ada dihebahkan tetapi berita pendakwaan ke atas mereka tidak ada.

Berapa penganut syiah yang didakwa JAIN di seluruh negara?
Apa hukuman yang dikenakan?
Harap JAKIM ada statistik pendakwaan penganut syiah sebagai bukti mereka melaksanakan tugas memelihara Islam tanpa memilih bulu
Jika tiada statistik pendakwaan pengamal syiah, maka adalah wajar kita menganggap Malaysia mengiktiraf syiah secara keseluruhan bukan sahaja syiah Jaafariyah dan Zaidiyah.
"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"





PENJELASAN PROF DR MUHAYA KEMARAHAN RAKYAT TENTANG KENYATAAN BELIAU KENAIKAN KOS HIDUP, ORANG KURANG TENANG ADALAH ORANG KURANG BERSYUKUR MENAMBAHKAN RAKYAT NAIK MELUAT TERHADAP DIRINYA!!!!



Difahamkan  satu video klip khas telah di buat dengan temucara Prof Dr Muhaya mengenai kenyataan beliau di akhbar Sinar harian mengenai  KENAIKAN KOS HIDUP, ORANG KURANG TENANG ADALAH KURANG SYUKUR.

Kenyatan tidak perihatin dan sensitif terhadap golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang kini amat terhimpit dan tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang mencanak naik tanpa ada sekatan telah mengundang kritikan keras dan pedas.

Pelabagai ungkapan kata-kata yang pedih dan pilu dilontarkan kepada beliau.

Setelah Omak Kau menonton dan mendengar jawapan balas Prof Dr Muhaya tidak senang hati dan menggangu emosi Omak Kau dibuatnya.

Rakaman video yang berlatar belakangkan kolam renang dan gimnasium langsung tidak mampu untuk menyembuhkan hati rakyatyang telah terguris dan tercalar parah.

Omak Kau faham apa Prof cuba nak sampaikan iaitu ada perkara yang kita boleh ubah, dan ada perkara yang kita tidak boleh ubah.

Yang boleh ubah adalah bagaimana kita menyelia emosi di saat harga barang naik. Itu Omak Kau setuju 110%.

Tetapi persoalannya ialah adakah Prof tidak tahu dan nampak bahawa cukai GST, kenaikan tarif elektrik, kadar tol naik, minyak naik, harga barang-barang keperluan harian naik dan segala bagai ini boleh diubah dan dikawal andai Kerajaan berhemah dalam berbelanja, tiada ketirisan, tiada rasuah, tidak mengutamakan kroni dan tidak rembat duit rakyat.

Apatah lagi, duit kerajaan itu dari duit pembayar cukai. Ia duit rakyat wahai Prof. Ini asasnya..ia adalah asas kenapa majoriti rakyat marhaen  tidak bersetuju dengan pandangan Prof.

Jika Prof tidak mahu berbicara sebagai ahli politik, ahli ekonomi, ahli agama maka memadai  Prof berbicara atas kapasiti sebagai seorang insan yang ada perasaan. ..Wallahuakhlam.

TERKINI: Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dalam masa 36 jam

Di kabarkan Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dalam masa 36 jam. Namun begitu ia di nafikan oleh beberapa pihak. Screen capture berkenaan keadaan laut daripada Japan Meteorology Agency boleh di perolehi di (http://www.jma.go.jp/en/tsunami/). Sehingga kini tiada Amaran Tsunami yang dikeluarkan di Jepun. Mohon orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti dan adalah dicadangkan agar menyemak terlebih dahulu dengan laman web agensi yang berkaitan seperti: Jabatan Meteorologi Malaysia (www.met.gov.my) Jabatan Pengairan dan Saliran (www.water.gov.my) Pacific Disaster Center (www.pdc.org) Portal Bencana MKN (http://portalbencana.mkn.gov.my)

Gambar dibawah adalah keadaan terkini di sekitar laut Sabah.


Jom Ke Himpunan Melalaikan Setengah Juta Umat Gulingkan Badan

Tak ada ke yang nak buat bantahan atau laporan polis mengenai himpunan 500,000 umat yang penuh dengan hiburan yang melalaikan hingga melepasi larut malam? Adakah mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman akan terhibur apabila dapat menyaksikan secara langsung dengan TV yang diberi percuma nanti?

KONSERT AMBANG 2014 SASAR 500,000 PENGUNJUNG


KUMPULAN Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember. Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Orang ramai berpeluang menyaksikan konsert itu mulai 8.30 malam pada 31 Dis dan akan disiarkan secara langsung di NTV7 dari 10.30 malam sehingga 1 pagi pada malam yang sama.

Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/konsert-ambang-2014-sasar-500-000-pengunjung-1.232286
 
Like · · · 10 minutes ago ·
Guru Jaguh
Ustaz Kazim akui Umno tak pernah tolak islam
ustaz kazim elias


SELEPAS panas seketika kerana dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini Ustaz Mohd Kazim Elias dilihat mengakui bahawa parti Umno tidak pernah meminggirkan Islam dan ulamak.

Dalam satu video oleh Malaysian Iquirer hari ini, beliau berkata parti terbesar orang Melayu itu tidak pernah juga menidakkan program keagamaan apatah lagi tidak memartabatkan agama.

“Saya nak bagitahu kepada seluruh rakyat Malaysia. UMNO tidak pernah meminggirkan ulamak dan tidak pernah menidakkan program keagamaan dan memartabatkan agama.

“Bila saya dengar yang Datuk Seri (PM) nak buat itu, saya rasa seluruh umat Islam khususnya kena sokong dan beri kekuatan kepada Datuk Seri. UMNO tidak pernah menolak agamawan. UMNO tidak pernah menolak Islam,” katanya.

Mohd Kazim selepas mengetahui dilantik sebagai ahli MT bertindak bertemu dengan Najib yang juga Perdana Menteri bagi mendapat gambaran jelas tentang peranan yang bakal beliau mainkan dalam MT.

Beliau tidak mahu peranan menyebarkan dakwah agama Islam yang sudah dilakukan secara meluas menjadi seperti terkunci kerana penglibatannya di dalam MT Umno.

Selepas pertemuan dengan Perdan Menteri di Parlimen, Mohd Kazim kemudiannya membuat keputusan menolak perlantikan itu dengan baik kerana tidak mahu menjejaskan peranan dakwahnya yang sudah diterima oleh rakyat secara meluas. – Mynewshub


Video: http://www.youtube.com/watch?v=i57t4oUsrrM






Tiada ulasan: