Malaysia cadang rombak Majlis Keselamatan PBB
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff berkata langkah sedemikian tidak saja mencerminkan dengan lebih baik realiti geopolitik abad ke-21, tetapi juga menjamin sebuah Majlis yang lebih demokratik, efisyen dan telus.
Beliau menarik perhatian bahawa pemimpin dunia dalam Dokumen Hasil Sidang Kemuncak Dunia 2005 telah mengikrarkan komitmen untuk melakukan rombakan awal Majlis Keselamatan.
"Rombakan Majlis Keselamatan sudah begitu lama tertangguh," kata beliau dalam satu kenyataan di rundingan antara kerajaan di New York berhubung soal perwakilan adil dan penambahan anggota Majlis Keselamatan.
Diplomat Malaysia itu berkata memandangkan hakikat bahawa lapan tahun sudah berlalu sejak tercapainya dokumen hasil, dan 20 tahun selanjutnya sejak permulaan proses ini, masyarakat antarabangsa tidak lagi sanggup bergerak lembab.
"Malaysia berpendapat bahawa 2015 adalah sasaran munasabah bagi negara-negara anggota mengemukakan hasil ketara yang menunjukkan keikhlasan dan tekad kita untuk rombakan yang kekal lama," kata beliau. - Bernama
TWU bantah kenaikan tol & tarif elektrik
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Setiausaha Agung (TWU) Tan Sri Zainal Rampak berkata kerajaan boleh menangguh sementara kenaikan itu bagi membolehkan perbincangan semula diadakan dengan syarikat konsesi memandangkan kutipan diperoleh bertambah setiap tahun.
"Perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya merupakan satu persetujuan, jadi atas faktor itu kerajaan boleh berunding semula berhubung terma perjanjian," katanya di sini semalam.
Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata kenaikan kadar tol dan elektrik secara serentak merupakan kejutan buat rakyat berpendapatan rendah kerana caj baru itu menjejas perbelanjaan harian mereka.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kadar baharu tol ialah untuk projek lebuh raya baharu dan pemegang konsesinya perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menetapkan kadar itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Azman Mohd pula menyatakan tarif elektrik baharu itu adalah sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk pengukuhan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara. - Bernama
Individu bersama pelaku rogol dianggap penjenayah
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata perkara itu antara klausa baharu yang dimasukkan dalam pindaan Akta Kanun Keseksaan, memandangkan sebelum ini tidak ada sebarang peruntukan berhubung kesalahan rogol berkumpulan.
"Sebagai contoh seseorang individu yang didapati hadir dalam perlakuan jenayah rogol termasuk sebagai penjaga pintu bilik atau pemandu kereta tetap dianggap penjenayah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 di Dewan Negara semalam.
Pindaan kepada Akta Kanun Keseksaan itu antara lain bertujuan memasukkan seksyen baharu 375B mengenai kesalahan baharu rogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Nancy menarik perhatian sabitan itu dibuat berasaskan niat bersama dan turut menjadi amalan perundangan di India sewaktu negara berkenaan berdepan kes jenayah rogol berkumpulan baru-baru ini.
Kepada cadangan supaya hukuman sebat turut dikenakan bagi kesalahan rogol berkumpulan seperti mana hukuman bagi kes rogol biasa, Nancy berkata perkara itu tidak perlu kerana hukuman penjara dalam tempoh yang lama sudah cukup berat.
"Hukuman sebatan ke atas pesalah rogol berkumpulan tidak perlu kerana hukuman penjara 10 hingga 30 tahun sudah memadai. Tempoh hukuman penjara yang lama itu sudah berat dan cukup untuk mengajar mana-mana pesalah rogol," katanya.
Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan seseorang yang didapati bersalah melakukan jenayah rogol boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan. - Bernama
Enam rentung dalam kemalangan ngeri di Bulatan Kg Pandan
- Dec 19, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki warga Britain, tiga wanita warga Filipina dan dua wanita Myanmar gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbakar.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Simon John Hall, 40, pengurus syarikat Leighton Offshore, di sini; dan warga negara Filipina ialah itu Siso Aileen, 30; Maileen Tentative Montejo, 26; dan Mary Grace Macaraig, 24.
Dua warga Myanmar itu yang memiliki pas United Nation High Commissioner for Refugees (UNHCR) dikenali sebagai Pi Pi, 20; dan Ester Sui, 26, katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam kemalangan 12.45 pagi itu, kereta berkenaan yang dalam perjalanan ke Kampung Pandan dipercayai hilang kawalan menyebabkannya terbabas dan melanggar tiang jejambat jalan, sebelum terbakar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira hampir 1.00 pagi sebelum dua jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama
- Dec 17, 2013
- http://hijabulcrewz.blogspot.com
[GAMBAR] Bala Apa Yang Menimpa Bangladesh Sehingga Syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah?
Ketahuilah apa sebenarnya punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh. Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!
Mahkamah
Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed
telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan
Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju
dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu
berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan
Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.
Sheikh Abdul Kader Mullah |
Terbaharu
pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin
Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas
tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu,
Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah
menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.
Perubahan
hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca
daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap
Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat
dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk
kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan
keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.
Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri
Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan
perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan
kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas
kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia
beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB.
Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat
kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada
sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat
keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk
rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah
zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi
pemerintahan negara tersebut.
Dalam keadaan parti
politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat
tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan
pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu,
hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan
beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk
demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
Kata-kata terakhir buat keluarga as-Syahid:
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.
Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya.
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."
Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh |
Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :
- Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.
- Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.
- Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.
- Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
- Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.
- Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
- Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.
Kepada
pendukung Jamaat Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta
bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah
kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Demikian
gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan
Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla
yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.
Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!
Saudaramu,Abdul Hadi AwangPresiden PAS Malaysia
Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:
Di bawah pula gambar-gambar
sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan
diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:
Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di
Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku
diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu,
memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan
sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah
bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di
sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka,
Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami
sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan