Sabtu, 7 Disember 2013

MEMANG SIFAT MANUSIA NI BODOH KECUALI YANG ORANG TERTENTU SEPERTI NABI2,RASUL2 SERTA ORANG YANG ALLAH KEHENDAKI...KITA HANYA TAHU APA YANG DIAJAR OLEH ALLAH SWT...TU SEBAB MUDAH2 SYAITAN TIPU KITA

Pesuruhjaya PAS Terengganu syorkan penggunaan khemah untuk mangsa banjir di Terengganu
Posted on Saturday, December 07 @ 19:00:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Saiful Bahri Mamat dalam satu kenyataannya meminta semua penempatan mangsa banjir menggunakan khemah sebagai satu alternatif memberikan perlindungan kepada kaum wanita.

Sebolehnyanya pihak bantuan menyediakan khemah, jika tidak mangsa banjir boleh membeli khemah sendiri untuk memastikan keselesaan keluarga dalam berada di kawasan penempatan.



YB Haji Alias Harun, Adun Rantau Abang juga mengesyorkan perkara yang sama. Keliahatan dalam gambar YB Haji Alias sedang membuat tinjauan penempatan mangsa banjir di Dewan Majlis Sukan Negeri (MSN) Dungun di Balai Besar.


 Ustaz Kazim Maki Blogger - Bodoh Punya Manjong Mari
Posted on Saturday, December 07 @ 18:52:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



AIKS!!! USTAZ PUN HANGIN? WAKAKA



Ustaz kita sudah tak boleh tahan dengan bro Manjung Mari, pengendali blog manjongmari.blogspot.com.

Bro Manjung Mari memang seorang yang tidak sebulu dengan Ustaz Kazim. Maklumlah satu kampung. Ustaz Kazim pun orang Manjung juga... wakaka

Gua memang minat baca tulisan Manjung Mari. Setiap belasahan beliau ada point dan berisi.

Uztaz Kazim toksah meradang sangat  hingga 'nyelap'. Ustaz sendiri kata dalam ceramah "orang yang dijanjikan syurga pun buat silap hingga ditegur orang lain."

Ustaz buat silap... Manjung Mari belasah la.. wakaka-gendangperang


 Zahid Mahu Jakim Tahan Mat Sabu
Posted on Saturday, December 07 @ 18:13:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Dalam Muktamar Pas ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas.

Ahmad Zahid juga turut menggesa pemimpin Pas supaya tidak berselindung di sebalik perjuangan parti dan menyeru ahli Pas menolak ajaran sesat.

"Kita tahu pemimpin Syiah dalam Pas, parti itu perlu ketepikan politik sebegini, saya hairan bagaimana pemimpin ini boleh dilantik dalam parti.

"Saya berbesar hati jika Pas turut ikut banteras ajaran syiah, alangkah bagus Pas menunjukkan keberaniannya menolak pemimpin besar itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, sebagai usaha membanteras ajaran sesat termasuk ajaran Syiah, beliau mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Agama Islam dengan kerjasama KDN menubuhkan suruhanjaya khas bagi menangani gejala tersebut.

Selain menguatkuasa Akta Pertubuhan 1966, usaha itu perlu bagi membendung ajaran sesat daripada menular di negara ini yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Ajaran Syiah semakin bahaya, musuh Islam ialah Syiah dan kerajaan sedang giat menanganinya dengan Jakim," katanya lagi.

Menurut portal The Melaysian Insider, Mat Sabu dalam reaksi awalnya berkata akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Zahid itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya.-sh


 Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam
Posted on Saturday, December 07 @ 17:56:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Kesihatan Pada kebiasaannya, kaki ayam akan dimasukkan ke dalam sup ayam sebagai penambah rasa. Ianya akan membuatkan rasa sup menjadi lebih sedap.

Ada sesetangah orang tidak mengemari sup kaki ayam. Mungkin kerana ada anggapan yang mengatakan bahawa ianya kotor. (mungkin juga sebab ayam tidak memakai selipar).

Namun, kaki ayam dikatakan mempunyai khasiatnya yang tersendiri, ramai yang tidak tahu mengenai fakta ini.

Hari ini, aku nak kongsi sedikit info yang pada semua pembaca… semoga ianya berguna.

Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam

New York:
Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegahberlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Kaki ayam bantu cegah reput tulang

New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam 2 Fakta Menarik Tentang Khasiat Kaki Ayam

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.

Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi.

INFO: Kaki ayam

  • Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
  • Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
  • Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen.
Sumber: FB Hanya di Kelate

Tiada ulasan: