Khamis, 19 Disember 2013

JANGAN BUAT PERANGAI GILA2...NANTI BETUL2 JADI GILA...TAK TAHU BERTANYA...DENGAR RINTIHAN RAKYAT BUKAN MAIN BELASAH JE....ESOK LUSA MAKAN DIRI...INGAT KITA ADA KUASA TERAMAT BESAR IAITU ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

“Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

“Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.

Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu  meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.


Kami masih ingat.....Kami masih ingat.....
KUALA LUMPUR: Pembeli-pembeli rumah kos rendah berhak menolak tawaran ubahsuai (renovation) oleh pemaju, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, harga jualan minima bagi rumah kos rendah ditetapkan pada RM42,000 sebuah kecuali untuk peneroka bandar yang dipindahkan  ditetapkan pada RM35,000 sebuah.

“Harga ini dikawal oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pemaju tidak boleh menjual pada harga-harga yang lain,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, para pembeli perlu melaporkan dengan segera kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-55447078 atau 03-55447199 sekiranya mereka dipaksa oleh pemaju untuk menerima pakej pengubahsuaian.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius tindakan mana-mana pemaju yang cuba menjual rumah kos rendah dengan harga yang lebih tinggi di atas alasan pengubahsuaian telah dilakukan.

Tambahnya, tindakan menyenarai hitam syarikat atau pengarah-pengarah syarikat boleh dilakukan kepada para pemaju yang didapati memaksa pembeli.

Walau bagaimanapun, ujarnya bagi pembeli-pembeli yang bersetuju dengan pakej pengubahsuaian itu, mereka adalah dinasihatkan untuk membuat perbandingan kos ubahsuai yang akan dilaksanakan oleh pemaju dan kos yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor lain.
KUANTAN: Mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada Mykad disebabkan bencana banjir boleh terus membuat yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa laporan polis.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata kebiasaannya setiap dokumen peribadi yang hilang memerlukan laporan polis, namun memandangkan beban dan masalah yang dihadapi mangsa banjir, mereka dikecualikan berbuat demikian.

"Permohonan gantian dokumen pengenalan itu juga akan dibuat secara percuma bagi membantu mangsa banjir yang menghadapi kesukaran.

"Cuma ada soal jawab antara pegawai dan mangsa bagi memastikan mereka memang terbabit dengan banjir," katanya kepada pemberita dalam program 'JPN Di hati Rakyat' di Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini, hari ini.

Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada tindakan jabatan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

Beliau berkata, sekiranya mendapat sambutan, JPN akan melanjutkan tempoh pembukaan kaunter bagi permohonan Mykad baharu di Kuantan yang akan turut dilakukan di negeri-negeri lain yang terjejas banjir.

Katanya, proses permohonan Mykad baharu itu juga akan mengambil tempoh  seminggu.

Banjir yang bermula 2 Dis lepas di Pahang membabitkan pemindahan lebih 40,000 mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan banjir di sembilan daerah yang terjejas selain turut meragut tiga nyawa. - Bernama
KLANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, mahu seluas-luas ruang dibuka untuk mereka yang mahu berperanan di dalam PAS.

Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Iskandar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya pada 1 Disember lepas berkata terdapat ramai  yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran, maka ia seharusnya digemblengkan untuk memacu PAS ke hadapan.

"Mereka seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya.

Menurut beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh musuh.

Iskandar juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahun ini "Rahmat Untuk Semua".

Majlis telah berlangsung di Pejabat PAS Cawangan Palm Grove dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Ahmad Nazri Nawi selaku tuan rumah.

Iskandar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa beliau sedang mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan Parlimen di Selangor untuk bertemu pimpinan dan ahli-ahli PAS.
PULAU PINANG: Tiga sayap PAS Negeri Pulau Pinang berharap semua kepimpinan parti semua peringkat di negeri ini memberikan walak tidak berbelah bahagi kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bagi sesi 2013-2015.

Ketua Dewan Pemuda negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, Mohamad mempunyai kebolehan untuk memimpin PAS negeri sekaligus merealisasikan apa yang ditinggalkan oleh Pesuruhjaya sebelum ini, Datuk Saleh Man.

“Kepada Datuk Saleh Man, Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan sekalung tahniah kerana berjaya memimpin PAS negeri ini daripada tidak kukuh sehingga mempunyai organisasi yang makin mantap.

"Terima kasih kepimpinan PAS Pusat kerana memberikan kepercayaan kepada Haji Mohamad sebagai Pesuruhjaya PAS yang baru,” ujarnya.

Tegasnya, kepimpinan Pemuda negeri bertekad akan bekerjasama dengan beliau demi memartabatkan perjuangan PAS pada masa depan.

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Ustazah Hasnah Idrus juga berharap semua organisasi parti peringkat negeri memberikan kepercayaan penuh kepada Pesuruhjaya PAS baru agar dapat menstabilkan kekuatan sedia ada.

Apa yang diputuskan oleh pucuk kepimpinan, tambah beliau itulah yang terbaik kerana ia hasil daripada pemuafakatan bukan individu.

"Yakinlah Haji Mohamad boleh buat perubahan untuk memantapkan lagi perjuangan PAS khususnya di Pulau Pinang.  Kepada Datuk Saleh apa yang telah dicurahkan selama tujuh tahun menerajui PAS negeri akan dikenang selama-lamanya," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri, Quak Ah Hee juga bangga dengan pelantikan tersebut.

Beliau berharap, Mohamad dapat menyelesaikan kelemahan yang ada dan diganti dengan strategi baru yang nampak lebih ke hadapan.
Pesuruhjaya PAS: Saleh ucap tahniah kepada Mohamad
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan kerana mencuri kenderaan yang terdapat seorang kanak-kanak berusia lima tahun di dalamnya di Sandakan, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata anggota polis yang berasal dari negeri ini dan bertugas di Negeri Sembilan ditahan kira-kira 1 pagi di sekitar Sandakan bersama kenderaan dan kanak-kanak itu.

"Polis akan merujuk dengan hospital pakar jiwa untuk mengesan identiti anggota itu yang pulang bercuti, kerana mangsa didapati kurang siuman ketika tangkapan ke atasnya dilakukan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program menderma darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia di Kompleks Karamunsing di sini hari ini.

Anggota tersebut disiasat atas tuduhan mencuri kenderaan dan menculik.

Menurut laporan sebelum ini, pada Ahad lepas seorang wanita yang juga penyelia sebuah ladang telah meninggalkan adik iparnya itu di dalam kenderaannya Toyota Vigo di Kampung Bagiang, Kunak dengan enjinnya masih hidup serta pintu tidak berkunci, sebelum dilarikan anggota terbabit.
SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor diminta agar tidak terpengaruh dengan tindakan Kerajaan Pusat yang menaikkan harga dalam usaha mencari sumber pendapatan negara.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media menjelaskan, kerajaan negeri perlu membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat sentiasa prihatin dengan apa yang dialami oleh rakyat khususnya di Selangor.

Beliau yang turut meminta agar kerajaan negeri ataupun pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat kajian semula serta menilai kembali cadangan-cadangan yang berkaitan dengan kenaikan harga cukai mahupun apa-apa kos yang membabitkan rakyat.

"Saya berharap kerajaan negeri tidak terikut-ikut dengan kegilaan kerajaan Pusat yang mengambil keputusan untuk menaikkan harga barang ataupun apa-apa kos perkhidmatan pada tahun hadapan.

"Kita Pakatan Rakyat perlu membuktikan kepada rakyat bahawa kita sentiasa prihatin dengan apa yang dialami oleh mereka yang telah terbeban dengan kos sara hidup yang melampau.

"Kita mahu kerajaan negeri lebih prihatin dan mencari jalan penyelesaian terbaik serta mendengar rungutan pengundi jika ada cadangan untuk menaikkan cukai atau menaikkan harga tempat letak kereta," jelasnya.

Beliau melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebelum ini mempunyai serampang dua mata iaitu mengurangkan subsidi dan menaikkan cukai.

Katanya, keputusan tersebut akan menyebabkan rakyat bukan saja dibebani oleh kos sara hidup yang menimpa-nimpa.

"2014 akan menjadikan tahun yang amat malang kepada rakyat apabila mereka terpaksa mengeluarkan kos yang melebihi dari apa yang mereka perolehi.

"Jadi untuk rakyat terus terbeban, kita tidak mahu rakyat Selangor terus ditimpa malang jika kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan apa-apa kos, kita minta kerajaan negeri buktikan kita lebih prihatin kepada rakyat," sambung beliau.

Beliau yang meminta agar kerajaan negeri menggunakan simpanan yang ada jika terpaksa menanggung kos lebihan tanpa membabitkan duit dari poket rakyat.


WARGA SELANGOR BKN BODOH... Ketika Persatuan Pengguna Islam(PPIM)..ketuanya org umno...Majlis Profesor Negara...Pemuda UMNO..beberapa ADUN UMNO..beberapa MP UMNO...menuding jari ke Kerajaan Pusat.... Tiba2 facabookers..bloggers PENCACAI UMNO...menuduh Kerajaan Selangor...menuduh DAP nk kaut untung dlm kenaikkan Tol......dan hakikatnya hari ini....Menteri JKR umumkan tol akn naik bermula jan 2014...tetapi Kabinet belum putuskan berapa kadarnya.... SIAPA YG PUNYA KUASA UTK MENAIKKAN HARGA TOL...DAP?KJAAN SLANGOR??? ATAU KERAJAAN PUSAT???
Siapa yang sudah lupa? Masih ingin mengekalkan status melayu mudah lupa? Cuba malu pada diri sendiri!

Ini Raja yang cakap..! puak UMNGOK sila lah marah....
Allah cakap pun taknak ikut, apatahlagi Raja yang Cakap.
Lagi bebal puak UMNGOK tak percaya..Berubah lah UMNGOK...

Tiada ulasan: