Isnin, 9 Disember 2013

KITA TAK JAGA KEBERSIHAN DIRI...KEBERSIHAN RUMAH JUGA KEBERSIHAN MAKANAN....KEMUDIAN KITA JATUH SAKIT....ADAKAH KETENTUAN ALLAH.....KITA MAHU TAK BELAJAR...MALAS BELAJAR...TAK PENDULI ILMU DAN ALAM BELAJAR....KEMUDIAN KITA JADI BODOH....NI KETENTUAN ALLAH JUGA KE....NI TAKDIR YANG KITA PILIH....SAMALAH JUGA KITA MEMANDU LAJU2....LANGAR UNDANG2...TAK PENDULI ORANG LAIN....BERLAKU KEMALANGAN....MAKA TAKDIR NI JUGA KITA YANG PILIH SENDIRI

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak. Bukan sahaja manifesto Pakatan Rakyat yang diceduk, malah ayat ‘BN ciplak manifesto PR’ pun ditiru BN. Cuma BN ubah sikit dari ciplak kepada cedok.

Perkara itu jelas apabila Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Pakatan Rakyat meniru manifesto BN.

“Manifesto pilihan raya pakatan pembangkang sebenarnya hanya mengembangkan inisiatif yang telah dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"Mereka hanya menokok tambah apa yang telah dilaksanakan kerajaan BN, kemudian menjaja kononnya BN meniru agenda yang dibentangkan mereka,” kata Muhyiddin.

Pakatan telah membentangkan manifestonya pada 25 Februari lepas, sebulan setengah sebelum BN mengumumkan manifestonya pada 6 April secara langsung di semua media TV.

Ramai yang berpendapat bahawa banyak tawaran yang dikemukakan oleh PR ada di dalam manifesto BN.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Meskipun demikian, Muhyiddin tetap menuduh PR  meniru manifestonya.

“Selama ini BN serang manifesto PR akan bangkrapkan negara. Jadi, BN marah PR ciplak manifesto dia yang bakal bankrapkan negara? Atau BN akui cara dia bakal bankrapkan negara? Tapi, buat apa PR nak ciplak manifesto yang bakal bangkrapkan negara?” tulis Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Fbnya.

Mengambil sudut tawaran turun harga kereta, Tuan Ibrahim menyoal mengapa setelah BN memerintah 56 tahun baru BN terlintas ada inisiatif untuk menurunkan harga kereta.

“Selepas PR umum turun harga kereta, BN serang kata tawaran itu akan bankrapkan negara.

"BN kemudian umum turun harga kereta, tuduh pula PR ciplak manifesto BN. Jadi BN masukkan benda yang bakal bankrapkan negara dalam manifesto dia?" sindir Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyindir kehebatan kepimpinan BN dalam menceduk sehingga ayat “BN ciplak manifesto PR” turut diceduknya.

“Hebat BN ini. Ayat 'BN ciplak manifesto PR' pun kena ceduk menjadi 'PR ciplak BN',” sindir Tuan Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran Pakatan Rakyat akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.





LAPORAN BERKAITAN

Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan
BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara

Catatan Pilu, Yang Amat Menyayat Hati Dari Hati Seorang Ahli UMNO... bacalah!


Surat yang meluahkan isi hati seorang penyokong tegar UMNO ini asalnya disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO yang boleh dianggap sebagai otai dalam UMNO..

Dalam surat ini penyokong tegar yang juga ahli UMNO sejak berumur 18 tahun lagi meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang jelas telah memungkiri janji-janjinya sebelum pilihanraya tempoh hari..

Korang bacalah... sedih oooo....


Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

Sumber surat dari SINI

Sedihnyaaaaaa.... kah.. kah.. kah...

Dah kena kencing tunggu apa lagi?.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO...

Tulisan di atas diambil daripada blog Anak Sungai Derhaka.
Tidakkah kerajaan berhasrat mengubah peraturan yakni hanya doktor perempuan sahaja dibenarkan untuk merawat pesakit perempuan diwad sakit puan atau semasa berada 'dilabour room' untuk menyambut bayi yang akan dilahirkan itu nanti?

Perkara ini telahpun beberapa kali dibangkitkan oleh wakil rakyat PAS dalam sidang parlimen. Namun sehingga kini tiada kesungguhan di pihak kerajaan untuk melaksanakannya.

Saya rasa sudah sampai masanya kita berbuat demikian iaitu mengasingkan pesakit perempuan iaitu hanya doktor perempuan sahaja dibenarkan merawat mereka di wad bersalin. Kalau diambil kira nisbah doktor lelaki dengan doktor wanita sudah sama kedudukan dan ini termasuk doktor pakar -jadi tiada alasan lagi mengapa harus masih doktor lelaki merawat pesakit wanita.
 
Sekurang-kurangnya diberikan keistemewaan kepada pesakit wanita yang beragama Islam untuk mendapatkan rawatan sedemikian kerana ada berkaitan dengan hukum-hakam dan ajaran Islam itu sendiri. Ataupun sekurang-kurangnya pesakit wanita itu dibenarkan membuat pilihannya sendiri untuk mendapatkan rawatan doktor wanita juga. Ini juga patut dimasukkan dalam dalam salah satu cabang tranformasi yang diwar-warkan itu.
Elektrik naik ketentuan Allah. Mudah dan ringkas alasan itu. Saya menjangkakan alasan ini bakal digunakan oleh Umno-BN untuk meredakan kemarahan rakyat. Apatah lagi kemarahan rakyat khususnya ahli dan penyokong serta mereka yang buta politik biasanya tidak terlalu lama.

Sebaik sahaja menerima BR1M atau “gula-gula” yang seumpamanya, marah itu akan reda dan terus sejuk apabila menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Begitulah rakyat Malaysia khususnya Melayu. 

Kadangkala saya tergelak sendirian memikirkan alasan yang diberikan oleh menteri apabila berlaku sebarang kenaikan cukai atau sebagainya.

Saya tidak pasti adakah mereka menjawab menggunakan akal atau membaca skrip seperti burung kakak tua. Alasan mengatakan kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan rakyat terlalu biasa didengar. Begitu juga alasan yang mengatakan bahawa kerajaan menyediakan rebat kepada golongan sasar yang layak.

Betul, golongan miskin khususnya diluar bandar akan mendapat rebat secara individu. Namun, adakah menteri itu terfikir bahawa banyak lagi sektor lain yang terkesan akibat kenaikan tarif ini? Setiap sektor yang terbabit sudah pasti akan menaikkan harga barangan mereka dan akhirnya semua rakyat tidak kira miskin atau kaya akan terkena tempiasnya.

Cuma, saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta kita sama-sama berfikir adakah kenaikan gaji Adun di Selangor dan Sarawak juga ketentuan Allah? Jika itu ketentuan Allah, tak usahlan Umno bising-bising dan mengkritik.
Apabila diwar-warkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus, terbayanglah bahawa harga barang akan naik lagi. Malang sekali kerana beberapa minggu sahaja diumumkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen seliter dan bahang daripada kenaikan itu mula terasa apabila harga bahan makanan juga turut naik harganya.

Selepas itu naik pula harga gula maka harga barangan yang ada kaitan dengan gula pun turut naik. Bertambahlah derita rakyat sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa. Apabila dibandingkan kenaikan harga barang berbanding gaji - gaji dinaikkan bagaikan kura-kura tetapi harga barang dan cukai barang dinaikkan mencanak lajunya bagaikan kuda lumba.

Mana hendak bayar sewa rumah, mana pula peruntukan untuk perbelanjaan seisi keluarga saperti belanja dapur, bil api, bil air, bil cukai pintu, cukai tanah, bas sekolah, belanja sekolah anak-anak, duit minyak kereta. Akhirnya kerana keadaan memaksa mahu tidak mahu kenalah pinjam disana sini dan berlakulah apa yang dikatakan korek lubang sana dan kambus lubang sini, tanpa ada noktah kesudahannya hinggalah ke hari akan bersara pun masih tanggung hutang keliling pinggang. Pada masa itu nanti rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri disebabkan harga rumah pun sudah naik mendadak bagaikan tidak terkawal lagi.

Yang kaya bertambah kaya dan yang susah keadaannya semakin susah. Sebagai sebuah negara yang akan menuju ke arah negara maju pemerintah sepatutnya memastikan bahawa seluruh rakyat di negara ini hidup dalam berkeadaan cukup keperluan asasnya dan bukannya rakyat jauh ketinggalan kebelakang tetapi negara sahaja nampak saperti maju ke hadapan. Nampak sahaja diluarnya cantik dan indah tetapi di dalamnya sebaliknya pula.

Saya pula ada terdengar bahawa minyak petrol akan dinaikkan lagi dan begitu juga tol. Apakah berita ini benar atau palsu? harap-harap tidak menjadi kenyataan kerana apa yang dirasai sekarang ini terlalu panas bahangnya.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hilang kredibiliti apabila menuduh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengamalkan ajaran Syiah.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut turut membuktikan Zahid cuba melaga-lagakan umat Islam di negara ini tanpa sebarang bukti kukuh sepertimana dilakukan oleh agenda zionis di luar negara.

"Saya melihat Zahid sudah hilang kewarasannya serta kredibiliti beliau sebagai menteri dengan melabelkan Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah.

"Tindakan tersebut juga tidak ubah sepertimana dilakukan oleh zionis yang memperbesarkan isu Syiah diperingkat antarabangsa dengan tujuan untuk memecah belah umat Islam," jelas beliau.

Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Jelas Mahfuz, Umno cuba menyakinkan masyarakat Melayu bahawa mereka merupakan parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu sehingga terpaksa menuduh pihak lain mengamalkan Syiah.

"Mereka (Umno) semakin tertekan apabila melihat orang Melayu tidak lagi menyebelahi mereka, yang mana rasuah ketirisan dan peningkatan sara hidup yang semakin teruk hingga Zahid cuba mengalihkan isu tersebut kepada Syiah agar rakyat lupa.

"Sedangkan beliau tidak tahu tindakan tersebut hanya akan menimbulkan ancaman keselamatan kepada negara dari peringkat antarabangsa," katanya lagi.

Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena turut menegaskan apa yang dikatakan oleh Zahid itu hanya satu pembohongan semata-mata.

RANTAU PANJANG: Atas kesedaran semangat kebersamaan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bachok bersama Unit Amal kawasan itu telah menggerakkan misi menyelamat mangsa banjir di jajahan ini sejak semalam.

Misi yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Ahmad Marzuk Shaary itu turut  disertai beberapa NGO termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan, PAPISMA dan NGO Royalti (R).

Mereka semalam turut menyalurkan bantuan berupa barangan dan makanan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Ipoh yang menempatkan lebih 550 orang mangsa banjir.

Bagi jajahan Rantau Panjang, antara kawasan yang terjejas teruk ialah sekitat Masjid Banggol Kulim,  Jalan Sekolah China, serat Kampung Kubang Chenok.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika ditemui, sudah sampai masanya kerajaan segera membina tembatan banjir di sepanjang tebing di Sungai Golok di sini.

Malah perkara itu sudah beberapa kali diusulkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusuf di Dewan Rakyat sebelum ini.

"Masyarakat sekitar hampir setiap tahun mengalami bencana banjir ini. Banyak kerugian yang dialami oleh penduduk.

"Ada penduduk yang mengalami trauma apabila setiap tahun berlaku banjir malah kadangkala berlaku dua kali dalam setahun," katanya.

Selain itu, mereka juga turut menyampaikan bantuan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi di sini.

Misi semalam itu berakhir kira-kira jam 6 petang.

Tiada ulasan: