Khamis, 19 Disember 2013

JANGAN ADA MENTERI YANG TAHAP JENAMA CAP AYAM..MB BESAR2..PENGARAH2..PEGAWAI2...USTAZ2/ULAMAK2...DAN LAIN-LAIN YANG JENAMA CAP AYAM

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak dengan kos, saman fitnah yang dikemukakan sebuah syarikat pembuat dan pengeluar roti, membabitkan penemuan seekor cicak dalam roti yang dibeli seorang pengguna pada 6 Jan lepas.

Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata kenyataan dan gambar yang dikeluarkan jurulatih sumber manusia, Lau  Kian Eng, 42, berhubung perkara itu seperti yang diterbitkan dalam lima akhbar berbahasa Cina pada 29 Mac lepas, tidak merujuk kepada plaintif, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Pada masa sama, katanya, plaintif juga gagal mengemukakan sebarang keterangan daripada saksi bebas untuk menyokong dakwaannya itu.

Gardenia Bakeries memfailkan saman fitnah terhadap Lau pada 6 Ogos lepas, menerusi Tetuan Raja, Darryl dan Loh berhubung sidang media Lau pada 28 Mac lepas, yang dikatakan memfitnah syarikat itu berhubung penemuan cicak dalam roti.

Sidang media itu dibuat Lau ekoran penemuan seekor cicak dalam sebungkus roti putih yang dibelinya pada 6 Jan lepas, di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, Klang.
  
Plaintif mendakwa gambar-gambar beg mengandungi roti yang dikemukakan Lau seperti yang diterbitkan di akhbar, menjejaskan reputasi perniagaan plaintif, sehingga menyebabkan kerugian besar.

Ini kerana, katanya, gambar beg berwarna biru dan merah yang mengandungi roti itu mudah dikenal pasti sebagai roti yang dihasilkan  plaintif (Gardenia).

Selain daripada menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, plantif juga mahukan satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan selanjutnya sebarang kenyataan atau gambar yang memfitnah plaintif.

Dalam kenyataan pembelaan, Lau mendakwa gambar beg roti yang diterbitkan dalam akhbar berkenaan telah dikaburkan, dan tidak dapat dikenal pasti.

Beliau juga mendakwa anak perempuannya mengalami ciri-birit akibat termakan roti mengandungi cicak itu.

Sementara itu, peguam yang mewakili Lau, Sreekant Pillai berkata anak guamnya tidak memohon sebarang ganti rugi dalam kes itu tetapi hanya mahu siasatan penuh dijalankan plaintif untuk mengenal pasti punca aduan yang dikemukakan. – Bernama
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.

Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.

Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. - Bernama
 

SHAH ALAM: Isu Syiah yang ditimbulkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno lalu membuktikan Umno cuba meraih simpati undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada sidang media di pejabatnya hari ini, Umno cuba menonjolkan diri mereka sebagai sebuah parti yang lebih Islamik dengan menuduh pihak lain sebagai Syiah.

Katanya lagi, Umno melihat sokongan undi Melayu pada PRU14 akan menentukan kemenangan parti itu nanti sehingga mereka terpaksa melemparkan fitnah tanpa mempunyai asas yang kukuh.

"Mereka cuba tonjolkan diri bahawa parti itu lebih Islamik berbanding PAS sehingga melemparkan tuduhan Syiah kepada pemimpin PAS.

"Sedangkan dalam masa yang sama ketika Umno cuba menonjol sebagai parti Islamik, mereka tidak sedar budaya rasuah, penyelewengan, ketirisan terus berlaku dalam parti itu dan rakyat sedar penyelewengan mereka," jelasnya.

Beliau yang turut berpendapat kenyataan Zahid itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana melakukan fitnah tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

Katanya lagi, tindakan Zahid itu turut dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada umat Islam di negara ini yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dan menimbulkan ketegangan.

"Malang kepada negara ini mempunyai seorang menteri seperti Zahid yang tidak dapat membezakan antara bukti dengan cakap-cakap orang.

"Kita sedia maklum agenda Syiah ini merupakan agenda Amerika dan Israel dalam usaha mereka untuk menimbulkan ketegangan umat Islam di peringkat antarabangsa dan kenapa Umno turut terjebak dalam agenda seperti itu tidak dapat kita terima," sambung beliau.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat melihat sepuluh bukti yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah umpama bahan jenaka rakyat negara ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah menyerahkan isu tersebut kepada panel peguam PAS untuk tindakan undang-undang.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berhenti memberi alasan dan terus membebankan rakyat kerana kelemahan mereka sendiri.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan.

Beliau berkata, kerana kelemahan kerajaan yang membuat perjanjian yang berat sebelah, rakyat yang harus menanggung beban kenaikan tol.

"Satu kenyataan yang menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab pihak kerajaan kerana hakikatnya Wahid harus tahu bahawa perjanjian yang dikatakan tidak dapat dielakkan ialah perjanjian yang dibuat kerajaan.

"Kelemahan kerajaan membuat perjanjian berat sebelah akhirnya membebankan dan menganiayai pengguna lebuh raya.

“Kerajaan tidak boleh terus memberi alasan kerana kelemahan mereka. Akhirnya apa pun kelemahan kerajaan rakyat yang kena tanggung," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, kenaikan tol boleh dielakkan kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk berunding dengan syarikat konsesi yang dikendalikan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sepatutnya kerajaan masih boleh mengelak kenaikan tol khususnya tol Plus yang paling lama. Plus di bawah pengendalian GLC United Engineer Malaysia (UEM).

"Apabila dikendalikan oleh GLC, apa masalah kepada perjanjian? Adakah kerajaan tidak boleh mengkaji atau merombak semula perjanjian yang dibuat kerajaan oleh pengendali dengan pengendaili sebelum ini?

"Seperti yang dilakukan kerajaan yang mengambil alih sepenuhnya syarikat yang mengendalikan AES dan wujudkan satu GLC baru, kerajaan boleh buat perkara sama dengan konsesi lebuh raya," katanya.

Tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar iaitu Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda dikuasai oleh GLC.

Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut Mahfuz lagi, Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan sebelum ini apabila memasukkan agenda memasuhkan tol dalam Buku Jingga.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya.

Sebab itu Pakatan Rakyat menawarkan menawarkan keistimewaan untuk memansuhkan tol dalam Buku Jingga.

"Ini bermakna kita sudah mempunyai persiapan yang cukup untuk memastikan pengambilalihan pemegang saham konsesi berlaku tanpa membebankan pengguna lebuh raya," katanya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghentikan tindakan populis dan segera menjawab keresahan rakyat ekoran daripada kenaikan harga barang dan perkhidmatan hari ini.

“Mengapa sudah berlaku kenaikan baru hendak berbincang dan kononnya membela nasib belia?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, ramai Ahli Dewan Rakyat yang telah bersidang sehingga 5 Disember lalu termasuk para senator yang sedang bermesyuarat hari ini telah menyuarakan hasrat hati belia namun apakah tindakan kerajaan dalam melayani perkara itu.

Menurutnya, dari masalah kemelut hutang peribadi, pengangguran, gejala sosial, pemilikan harta, akses pendidikan kualiti dan teras jatidiri, semuanya telah dibangkitkan.

Terbaru, ujarnya Perdana Menteri sendiri telah mendedahkan seramai 68,300 belia telah diisytihar muflis dari tahun 2005 hingga 2012.

“Apa yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan itu juga secara tidak langsung dilihat menjawab segala tindakan kerajaan yang menstrukturkan subsidi sejak daripada bulan September yang lalu,” ujarnya.

Beliau menambah, belia hanya mengharap agar bebanan kesilapan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara tidak terus diletakkan ke atas bahu mereka.

“Saya melihat platform yang telah diwujudkan untuk menyuarakan pandangan belia sudah banyak sama ada secara formal mahupun tidak formal,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Cuma, ujar beliau bagaimana program-program yang disusun dan diimplementasikan oleh kerajaan selama ini efektif dan efisyen dalam menyelesaikan akar masalah belia.

Oleh yang demikian, beliau menyeru supaya kerajaan segera mengambil langkah konkrit untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat sebelum 1 Januari 2014 ini.

Tambahnya, enstrukturan subsidi dan kenaikan harga barang serta caj perkhidmatan telah memberi impak negatif terutamanya kepada golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar.
KUALA LUMPUR: Buat masa sekarang ini semua pemegang konsesi tol perlu memberitahu rakyat bila dan masanya tol akan dinaikkan seperti terkandung dalam perjanjian, tulis Aspan Alias.

Menurutnya, rakyat perlu diberitahu kerana ia membabitkan kehidupan rakyat yang kini sedang menghadapi masalah kehidupan dan mereka jugalah yang dijanjikan oleh kerajaan yang mereka akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara kita akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

“Kenapa rakyat diperlakukan sedemikian rupa oleh pemerintah?

“Kenapa pemerintah menjadi masalah kepada rakyat dan kenapa pimpinan begitu bebal dan tidak memahami keadaan rakyat yang semakin susah dengan kos perkhidmatan dan barangan yang melambung tinggi?” tulis beliau di dalam blognya

Beliau menambah, rakyat sedang menunggu dengan perasaan gundah gulana.

Menurutnya lagi, mereka akan dicukai melalui percukaian GST sebanyak 6 peratus.

“Rakyat sedang bertanya menjelangnya April 2015 berapa harga dan perkhidmatan semasa itu?” tulisnya lagi.

Baca di sini
KUALA LUMPUR: Keluarnya hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kalau tak suka jalan bertol, gunakanlah jalan biasa, tidak jauh maksud dan standardnya dengan ungkapan beberapa menteri sebelum ini.

Ini seperti, ‘kalau ayam mahal, janganlah makan ayam’; ‘kalau sayur mahal, tanamlah di belakang rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pilihanraya, pindahlah dalam hutan’; ‘kalau rumah mahal, jangan beli rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pendidikan, belajarlah di negara lain’ dan beberapa yang lain.

Bagi blogger Shahbudin Husin, semuanya itu adalah ungkapan "cap ayam" daripada menteri yang berlogo "ayam ayam" juga.

Menurutnya, amatlah malang, Wahid yang cemerlang ketika menjadi CEO Telekom dan Maybank, akhirnya turut termasuk dalam kelompok yang sama sebaik bercampur dan bergaul dengan mereka itu.

“Apakah mereka yang mentadbir kerajaan ini lupa bahawa sokongan rakyat kepada mereka sebenarnya hanyalah 47 peratus dan dengan kelebihan 23 kerusi saja?” tanya beliau menerusi tulisan di dalam blognya.
Baca lagi
KUALA LUMPUR: PAS Representative Council (PRC) United Kingdom & Ireland telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM25,000 (£1,900 dan €3,000) dari warga Malaysia prihatin yang berada di United Kingdom dan Ireland untuk tujuan bantuan mangsa banjir di tanah air.

Kutipan dana ini telah dibuat melalui PRC dan juga melalui kumpulan warga Malaysia yang bermastautin yang kebanyakannya terdiri dari kalangan professional di sini.

Sumbangan berkenaan telah diserahkan kepada Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat oleh wakil PRC UK & Ireland, Ahmad Ali, dalam satu majlis ringkas di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum itu, sebahagian dari sumbangan berkenaan juga telah diserahkan kepada Jabatan Amal Perak.

Hasil kutipan itu akan dan telah digunakan untuk membeli barang-barang keperluan asas seperti bahan-bahan makanan dan minuman, selimut dan ubat-ubatan selain peralatan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka.

Kesemua barang-barang tersebut akan dihantar dan diagihkan oleh Unit Amal DPPM di kawasan-kawasan yang amat memerlukan bantuan kecemasan di negeri Pahang dan Terengganu.

DPPM mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan rakyat Malaysia di UK dan Ireland dalam membantu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Sumbangan dan sokongan dari semua amat dihargai dan mudah-mudahan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah SWT.

PRC UK &Ireland juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas maklumbalas, keprihatinan yang tinggi dan sumbangan yang cukup memberangsangkan dari segenap lapisan warga Malaysia di UK & Ireland dalam kempen kutipan dana kali ini.

Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat Malaysia di UK &Ireland amat prihatin dan berkongsi  sama segala musibah yang dihadapi oleh saudara mara di tanah air.

Tarikh akhir kutipan sumbangan adalah sehingga 14 December 2013.
MELAKA: PAS Melaka selesai melantik ahli jawatankuasa sesi 2013-2015 pada mesyuaratnya di Pejabat Perhubungan PAS negeri malam tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka.

Yang Diperua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 dan Timbalan Pesuruhjaya 3 sesi lalu, Mohd Sofi Abdul Wahab dipilih semula untuk sesi ini.

Bekas Ketua Dewan Pemuda negeri sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan yang diamanahkan kepada Baihaki Ismail yang merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya sesi lalu yang digantikan oleh Harun Mohamad.

Hawa Yaakob dilantik sebagai Bendahari. Beliau merupakan bekas AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Penolong Setiausaha diamanahkan kepada Pengarah Unit Amal Negeri, Muhamat Puhat Bedol dan Ustaz Nordin Md Dahan.

AJK tambahan pula ialah Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim, Zulkhairi Abd Aziz, Mohd Hamidi Zakaria, Julasapiyah Kassim dan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Dr Khatijah Jumangat.

Ketua-ketua dewan negeri yang dipilih pada muktamar masing-masing ialah Ustaz Zulkifli Ismail (Ulamak), Jauhar Md Dawi (Pemuda) dan Kintan Man (Muslimat).
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azean Irdawaty yang meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau berharap keluarga Allahyarham bersabar dengan ujian Allah dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Katanya, Allahyarham merupakan primadona filem Melayu yang sukar ditandingi oleh pelakon masa kini.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama pimpinan DMPP akan menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya, di Damansara Utama esok sebelum dikebumikan.

Allahyarham meninggal dunia setelah menderita sakit kanser dan lymphedema yang dihidapi sejak lima tahun lalu.

 

Tiada ulasan: