Banjir: Pemimpin Umno terpisah realiti akar umbi
- Dec 09, 2013
- SAIDAH HAIRAN
SHAH ALAM: Kerajaan BN dilihat tidak mampu bertindak mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir apabila mereka lebih mengutamakan Perhimpunan Agung Umno daripada memahami penderitaan rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melihat ketidakseriusan Umno dalam membela nasib masyarakat Melayu dapat dibuktikan apabila rakyat Pahang khususnya dilanda banjir tahap kritikal tetapi pimpinan Umno tetap meneruskan persidangan.
Katanya, Perhimpunan Agung Umno diteruskan manakala Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah dijadikan sasaran berhubung isu banjir.
"Apa yang boleh dibawa oleh seorang Ahli Parlimen, mereka hanya boleh membawa isu ke Dewan Rakyat. Sedangkan kerajaan Pahang berada di bawah kuasa BN begitu juga kerajaan Pusat dikuasai BN tidak mampu mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir," tegasnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir, di sini.
Beliau menegaskan kesengsaraan yang menimpa mangsa banjir di Pahang dan Terengganu tidak ditangani secara serius tetapi hanya sebagai isu sampingan.
"Pimpinan Umno tidak memahami dan agak terpisah daripada realiti di peringkat akar umbi," katanya.
Dalam masa yang sama beliau turut menyelar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan hanya Umno menjadi tempat penggantungan orang Melayu.
Beliau menegaskan, sejak merdeka sehingga sekarang sebahagian besar kehidupan orang Melayu ibarat `nyawa-nyawa ikan' kerana segala masalah yang dihadapi orang Melayu apabila diserahkan kepada Umno tidak dapat ditangani.
Apa yang terbukti tambah beliau Umno hanya menggunakan dasar dan cogankata untuk membantu orang yang tertentu di kalangan mereka.
Menurut beliau, dalam tempoh yang begitu lama sudah terbukti kegagalan Umno untuk menaikkan martabat yang sepatutnya dan sudah tiba masa orang Melayu memilih juara parti yang membela rakyat.
"PAS akan berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Melayu dan orang bukan Melayu berdasarkan ajaran Islam," tegasnya.
Sahabat saya kata Muhyiddin TPM 2, Najib TPM 1...
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, rakan yang berjenaka dengan mereka dahulu itu menelefon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib.
Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.
“Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyiddin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua,” tulis beliau di dalam blognya.
Baca di sini
Muslimat PAS desak ulama Umno kaji ucapan Najib
- Dec 09, 2013
- SAIDAH HAIRAN
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ucapan hanya Umno tempat Melayu bergantung boleh membawa syirik rububiyyah.
Ini kerana katanya, jika yang mengucapkan itu yakin dan iktikad bahawa tanpa Umno rakyat Melayu akan hilang tempat pergantungan sedangkan Islam mengajar ucapan Allahussomad (hanya Allah tempat bergantung).
"Para ulama dalam Umno seharusnya mengkaji ucapan ini sebab ia merupakan ucapan daripada seorang pemimpin negara. Kita tidak mahu ucapa yang boleh membawa rosaknya akidah rakyat, walaupun daripada pembesar negara," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengingatkan supaya Perdana Menteri mesti bertaubat kerana rezeki kerajaan dan rakyat semuanya adalah milik Allah SWT.
Menurut beliau, apakah itu ucapan daripada seorang pemimpin yang mempunyai penghayatan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang mereka laungkan.
"Mereka mengaku berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan ucapan mereka bercanggah dengan prinsip atau pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah," tegasnya.
Siti Zailah berkata, Najib sering mengucapkan tentang kedudukan orang Melayu akan terancam jika Umno tidak memerintah atau Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa Malaysia.
Katanya, pelbagai ucapan ancaman kepada orang Melayu oleh Najib dan pimpinan Umno seolah-olah di Malaysia hanya Umno yang memberi rezeki dan penentu masa depan orang Melayu.
Jasa Rosmah, menteri lain perlu insafi diri
- Dec 09, 2013
- MUHAMMAD FAIZAL
Malah jelasnya lagi, pengakuan tersebut menunjukkan apa yang dilakukan oleh barisan kabinet itu turut tidak dihargai oleh Najib.
"Mana-mana menteri atau timbalan yang dilantik di dalam kabinet perlulah menginsafi diri dan menilai kembali segala jasa yang mereka lakukan selama ini.
"Kita lihat Najib lebih menghargai jasa isterinya sahaja jika dibandingkan pemimpin lain, kerja teruk-teruk tetapi tidak dihargai, kesian," jelasnya.
Dalam pada itu, Mahfuz juga turut menyatakan pengakuan tersebut membukti Najib tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah di peringkat antarabangsa sehingga terpaksa meminta bantuan isterinya.
"Sekarang sudah jelas bahawa Najib tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat di peringkat antarabangsa termasuk Menteri Luar yang dilantik.
"Jadi untuk apa kita membazirkan duit membayar gaji Perdana Menteri dan menteri, lebih baik lantik Rosmah menyertai kabinet atau sebagai Perdana Menteri sebab bukti beliau mampu menyelesaikan masalah.
"Rasanya belum terlambat untuk Najib serta barisan kabinet membuat perubahan dengan melantik Rosmah sebagai menteri," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Mahfuz dalam pada itu tidak bersetuju jika pendedahan 'jasa' Rosmah oleh Najib itu sekadar alasan untuk membenarkan isterinya itu menggunakan kemudahan serta kewangan negara.
Misi bantuan banjir agih bantuan dari rumah ke rumah
- Dec 09, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Sekretariat Parlimen Temerloh meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir di Dun Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pihaknya bergerak dengan kerjasama Unit Amal Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selain jentera dari Selangor dan Perak.
Katanya, selain mengagihkan bantuan ke pusat-pusat pemindahan banjir, pihaknya juga pergi memberikan bantuan dari rumah ke rumah kerana ada mangsa yang terperangkap di rumah dan tidak dapat dibawa ke pusat pemindahan banjir.
Setakat ini penduduk Kampung Lompat dan Kampung Batu Kapur di Dun Semantan terperangkap di rumah masing-masing dan bantuan perlu dihantar ke sana menaiki bot.
"Paling besar kredit saya perlu berikan kepada Unit Amal kerana mereka yang bertungkus-lumus membantu dari awal lagi hinggalah hari ini.
"Hari ini pun ada 20 orang lagi jentera Unit Amal memberikan perkhidmatan mereka mengagihkan bantuan ke pusat bantuan banjir dan ke rumah-rumah.
"Sebanyak sepuluh pusat pemindahan banjir masih didiami mangsa banjir," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tambah beliau juga, operasi bantuan mungkin akan berterusan sehingga empat atau lima hari lagi, sehingga banjir surut di Temerloh.
Selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing, operasi membersihkan rumah akan dilakukan sehingga selesai.
"Mengikut pengalaman lepas, banjir akan berterusan labih dari seminggu. Walaupun di Temerloh tidak hujan, tetapi hujan dari Jerantut dan kawasan sekitar menyebabkan air melimpah ke Temerloh.
"Khidmat kita bukan sahaja ketika banjir, tetapi akan tutut membantu mangsa membersihkan rumah mereka yang dicemari lumpur dan sampah-sarap," kata AJK PAS Pusat itu.
Najib sekadar 'main wayang' undang Khaled Mesha'al
- Dec 09, 2013
- HARAKAHDAILY
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jika benar Umno isu Palestin, kenapa sejak sekian lama, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Gaza.
Katanya, sebagai sebuah parti yang memerintah tidak memadai dengan hanya menjemput tokoh besar Hamas ini menghadiri perhimpunan agung semata-mata sedangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan ialah mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pertubuhan yang sah di saat ianya dilabel sebagai kumpulan anti demokrasi dan juga mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa.
Lebih daripada itu lagi katanya Malaysia sepatutnya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Gaza yang dipimpin oleh Hamas, kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
"Kami ngin menegaskan lagi, sekiranya Umno ikhlas dengan kehadiran Khaled Mesha'al dan Hamas, DPPM mencabar Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Gaza.
"Tanpa pengiktirafan ini, kami beranggapan Umno hanyalah mengeksploitasi Khalid Mesha'al sebagai alat agar Umno dilihat sebuah parti pro-Islam dan pro-Palestin di mata rakyat Malaysia beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau lagi, banyak lagi pihak-pihak lain yang melakukan usaha-usaha di dalam memperjuangkan isu Palestin sama ada parti politik atau NGO, malah lebih dekat dengan Hamas sejak sekian lama.
Najib ketika ucapan penggulunganya semalam turut mendedahkan bahawa Khaled Mesha'al ada memberitahunya yang beliau hanya mengenali PAS berbanding Umno ekoran hubungan erat kedua-dua gerakan Islam itu sejak sekian lama.
Cara Mengenali Tukang Sihir
Berikut adalah cara-cara untuk mengenali tukar sihir:- Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
- Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
- Memberi azimat-azimat tertentu
- Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami
- Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
- Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
- Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masui sinar mentari
- Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
- Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap denganya
- Dia membaca sesuatu yang tidak difahami
- Memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan
- Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.
Monday, December 9, 2013
Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan
Terdapat seorang pemuda
yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada
suatu hari pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w.
t. Dia berkata,”Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat.”
” Yang pertama, aku
lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku
menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun
membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya
pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. LantaranAllah s. w. t.
menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli
ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,
” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka
dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali
kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi.
Mengapa begituhalnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut,”
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan
solat sewaktu hidupnya.Seungguhnya solat merupakan amalan yang pertama
sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita
yang lain.”
Pemuda itu menyambung
lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu
siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali
kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah
golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,”balas
ahli ibadah itu lagi.
” Golongan keempat,
kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah
itu, ” Wahai pemuda, itulah golonganmanusia yang derhaka kepada kedua
ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali
tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
“Golongan kelima, ku
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung
pemuda itu. ” Anak muda,mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.
pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah
tersebut.
” Wahai guru, golongan
yang keenam yang aku lihat,sewaktu siangnya lahadnya kering kontang.
Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, kulihat mayat
tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya,”jawab ahli ibadah tadi. “
Wahai guru, golongan
yang terakhir yang aku lihat,mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan
guru?”tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda,
mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula
dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya.” Ingatlah,sesungguhn ya daripada Allah s. w. t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan
dipertanggungjawabk an atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan
sebesar zarah.
*Sumber dari losong.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan