Khamis, 19 Disember 2013

DIAKHIRAT TAK DE TRICK2LAH....KALAU DAH BERSALAH TAK BOLEH LARI...ANGGOTA2 BADAN JADI SAKSI...TAK BOLEH NAK AUTA2LAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini gamat dengan ketawa hadirin apabila Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad (gambar) yang tidak tahan dengan asakan peguam defendan Mohamed Hanipa Maidin lantas menuduh peguam itu cuba 'memerangkap' beliau.

"Awak cuba 'trick' saya," katanya kepada Hanipa membuatkan mahkamah gamat dengan ketawa.

Hanipa ketika menyoal balas Faizoull inginkan jawapan sama ada beliau bersetuju bahawa Felda memang mempunyai hubungan dagang dengan Israel memandangkan anak syarikat Kumpulan Felda, Felda Iffco Oil Products Sdn Bhd mempunyai hubungan perniagaan dengan Bunge Agribusiness Singapore Ptd Ltd.

Menurut Hanipa, sebuah syarikat perkapalan antarabangsa, DGS Foreign  Trading (Shipping) Ltd  dalam laman webnya telah menyenaraikan Bunge sebagai syarikat pembekal kepada Israel.

"Apabila Felda Iffco ada hubungan (perniagaan) dengan Bunge bemaksud ia ada hubungan (perniagaan) dengan Israel," ujar Hanipa.

Reaksi spontan Faizoull itu membuatkan Hanipa memohon mahkamah berhenti rehat dan dipersetujui Hakim Lee Hen Chong.

Faizoull ialah saksi pertama pihak Felda dalam saman fitnahnya terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan enam yang lain berikutan berita yang disiarkan Harakah dan Suara KeADILan yang mengkritik urus niaga minyak sawit Felda dengan Israel.

Selain Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, turut dinamakan dalam writ saman Felda ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya, wartawan Mohd Arif Atan, syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd. dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Defendan diwakili Mohamed Hanipa, William Leong, Nasar Khan Mirbas Khan dan Azhana Mohd Khairuddin manakala kumpulan peguam plaintif diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Ketika disoal balas Hanipa apabila sesi perbicaraan disambung pada sebelah petang, Faizoull beberapa kali menafikan kaitan Felda dengan syarikat-syarikat milik Felda khususnya Felda Global Venture Berhad (FGVB) dan Felda Iffco.

Malah beliau mendakwa urusan perniagaan anak syarikat Felda tiada kena mengena dengan portfolio beliau yang "melihat dan melaksanakan tugas Felda sebagai agensi pembasmi kemiskinan dan memberi tanah kepada peneroka".

Faizoull juga mengaku "tidak ambil tahu" terhadap urusniaga yang dilaksanakan anak syarikat Felda dan beberapa kali menyatakan bahawa Felda dan Kumpulan Felda (serta anak-anak syarikatnya) adalah dua entiti yang berbeza.

Walaupun dibantah peguam plaintif, hakim bagaimanapun menerima pandangan Hanipa bahawa Kumpulan Felda dan anak-anak syarikatnya  mempunyai kaitan dengan Felda dan menerima semua dokumen berkaitan sebagai exhibit.

Perbicaraan yang sepatutnya disambung esok ditangguh ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian ekoran peguam Mohd Hafarizam terlibat dalam perbicaraan petisyen pilihan raya umum.
TEMERLOH: PAS Pahang yang bermesyuarat hari ini, selesai melantik semua ahli jawatankuasa (AJK) tambahan, pengerusi lajnah serta melakukan sedikit perubahan dalam AJK Harian negeri bagi sesi 2013-2015.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya petang tadi berkata, mesyuarat bersetuju mengekalkan Ustaz Yusof Embong dan Ustaz Nasrudin Hassan masing-masing sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Md Jusoh Darus dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Katanya, bagi jawatan Setiausaha Perhubungan kekal disandang Roslan Zainal Al-Ahmadi sementara Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri sesi lalu Cikgu Abdul Majid Hassan dilantik Penolong Setiausaha.

Tempat Abdul Majid diambil oleh bekas timbalannya Hasenan Haron. Kedua-dua jawatan Bendahari dan Ketua Penerangan dikekalkan kepada Musaniff Ab Rahman dan Suhaimi Md Saad.

“Mesyuarat hari ini turut melantik lapan orang AJK baru iaitu Hasanuddin Salim diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Syed Hamid Syed Mohamad Pengerusi Lajnah Pertanian dan Asas Tani, Wan Mahathir Wan Mohamad, Pengerusi Lajnah Pendidikan.

“Ketua Pemuda Negeri yang lalu Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Dakwah, Nasrun Amir Abdullah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Harris Abdullah Pengerusi Lajnah Undang-Undang.

“Syed Abdul Rahman Syed Hussein Ketua Urusetia Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri dan satu kuota untuk Muslimat diberikan kepada Alawiyyah Kasdan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang turut menubuhkan Kelab Veteran PAS yang dipengerusikan oleh Ismail Mohamad. Manakala bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri kekal diterajui oleh N. Balasubramaniam.

Kedua-duanya dijemput hadir pada setiap mesyuarat perhubungan negeri.

“Mesyuarat tadi juga bersetuju mewujudkan Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana peringkat negeri, dipengerusikan oleh Nasrudin Hassan,” katanya.

Ketua-ketua Dewan negeri pula ialah Ustaz Mokhtar Senik (Ulamak), Ustaz Nazri Ahmad (Pemuda) dan Salamiah Mohd Nor (Muslimat) yang dipilih pada muktamar masing-masing sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemuda daripada Solidariti Utara Untuk Kedaulatan Makanan (Sukma) berhimpun di hadapan Pasar Seni siang tadi bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Perhimpunan aman kira-kira satu jam itu disertai 30 aktivis Pengupayaan Insan, Bela Tani Negeri Kedah, Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung, Jaringan Suara Rakyat Perak dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah.

Mereka berhimpun sambil membawa bahan-bahan mentah seperti ikan, sayur-sayuran dan beras sebagai simbolik mempertahankan hak untuk kedaulatan makanan negara.

Jurucakap kumpulan tersebut, Nor Fitri Amir Mohamad yang juga Pengerusi Api berkata, jika TPPA dilaksanakan, tarif dan subsidi bagi produk pertanian akan dihapuskan dan kemungkinan akan berlaku lambakan hasil pertanian dari negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Australia lalu membunuh industri pertanian tempatan.

Sedangkan katanya, tarif dan subsidi bagi produk pertanian dan perikanan adalah bertujuan untuk melindungi kebajikan petani, penternak dan nelayan tempatan dan bagi menjamin hak kedaulatan makanan negara.

"Tanpa industri pertanian tempatan yang kukuh, Malaysia perlu bergantung sepenuhnya kepada produk makanan dari luar. Industri beras tempatan ketika ini masih boleh bertahan dengan tarif 40 peratus ke atas beras import.

"Apa yang lebih membingungkan, Amerika mahu subsidi produk pertanian negara lain dihapuskan sedangkan produk pertanian Amerika masih disubsidi di bawah TPPA," katanya.

Selain itu katanya, Sukma melihat TPPA ini merupakan satu jerat ekonomi.

Hal ini kerana kononnya produk pertanian Malaysia juga boleh dipasarkan keluar namun langkah-langkah bukan tarif contohnya standard kebersihan dan fitosanitasi yang berubah-ubah seringkali digunakan oleh negara maju untuk menghalang kemasukan produk pertanian dari negara lain.

Justeru tegasnya, Sukma menuntut menuntut agar kerajaan menolak perjanjian TPP ini melainkan jika TPPA tidak menjejaskan subsidi pertanian Malaysia semasa dan masa depan dalam apa jua cara.

"TPPA tidak boleh dilaksanakan melainkan kalau ia tidak mengurangkan tarif ikan dan produk pertanian Malaysia dalam apa-apa cara dan mengekalkan hak Malaysia untuk mengambil apa-apa langkah yang berkaitan dengan pertanian diatas kepentingan Sekuriti Makanan Negara dan kedaulatan makanan negara," tegasnya.

Himpunan bertemakan kekalkan Kemerdekaan Tolak TPPA itu turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj.
KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurut Malaysian Insider, kajian Merdeka Center juga menunjukkan isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada responden yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

Sejumlah 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan  kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos  2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala  1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013.
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila kesemua 59 mangsa daripada 16 keluarga yang sebelum ini berada di empat pusat pemindahan di Pekan dan Maran dibenar pulang.
  
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka dibenarkan pulang kira-kira 3.30 petang tadi.

Pagi tadi, seramai 41 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan di Pekan sementara di Maran, seramai 18 orang daripada enam keluarga berada di satu pusat pemindahan.

Lebih 40,000 penduduk dari sembilan daerah di Rompin, Kuantan, Pekan, Maran, Jerantut, Temeroh, Lipis, Raub dan Bera terpaksa berpindah apabila banjir mula melanda 2 Dis lalu.

Banjir di Pahang turut meragut tiga nyawa. - Bernama
SINAR HARIAN: Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya. Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu.

 KESAS untung 121% dan PLUS untung 69%


Rafizi Ramli bukan seorang yang bercakap kosong tanpa bukti. Kali ini beliau mendedahkan keuntungan syarikat pengendali lebuhraya Malaysia mengikut peratus.

Menurutnya, Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara.

Syarikat pengendali Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatat keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.

Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint, berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatat keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara enam peratus.

Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun hingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.

Tiada ulasan: