Sabtu, 21 Disember 2013

NAK KAYA JANGAN SAMPAI MENIPU....DAN JANGAN MENINDAS...NAK KAYA/SENANG JANGAN JADI KAKI BODEK...NAK KAYA JANGAN SAMPAI MENINGGAL HUKUM2 ISLAM...KALAU KAYA PUN TAK BERGUNA SEBAB HASIL/PUNCA DARI YANG HARAM

Tertipu Dengan p1Wimax
Posted on Thursday, December 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Kes P1 Wimax ini telah menjadi isu yang semakin serius apabila lebih 16000 orang telah menjadi ahli "Group P1 Wimax S*** yang telah meluahkan ketidak puasan hati mereka kepada dasar P1 Wimax.

Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !

KUANTAN,
4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax.

"Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu.

Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju.

Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus.

Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi.

Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax
"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut


Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

pahangdaily

Read more: http://splashurl.com/qhsnlan"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
karlmetz
Posted on Thursday, December 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 

 

 

 

 Cepat kahwin sebelum kerajaan laksana GST
Posted on Saturday, December 21 @ 20:55:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.


Sinar Harian | 21 Dis 2013 

 NGO anjur 'flashmob' The Heat di KL esok
Posted on Saturday, December 21 @ 20:47:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering




Isu penggantungan mingguan The Heat turut menjadi salah satu tuntutan dalam flashmob oleh sebuah NGO di ibu kota esok.

Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata selain isu kenaikan harga barang, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung akhbar baru itu dianggap menindas media.

"Ini tidak demokratik. Tidak patut buat begini kepada mana-mana media yang mengkritik, ini tunjuk secara jelasnya penindasan KDN terhadap media," kata beliau kepada Malaysiakini hari ini.



JINGGA 13 akan mengadakan flashmob mereka di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada jam 4 petang, esok.

Fariz (kanan) berkata, mereka akan turut mengedar risalah (bawah) menolak tindakan kerajaan terhadap The Heat.

Berhubung kenaikan harga barang, Fariz berkata, ia berpunca daripada dasar kerajaan melalui pengurangan subsidi minyak, kenaikan tarif elektrik, penghapusan subsidi gula dan kenaikan cukai pintu.


Beliau memberi contoh walaupun kerajaan berjanji rakyat tidak begitu terkesan secara langsung, kenaikan tarif elektrik membuktikan kesan tidak langsung yang bahaya.



"Walaupun TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata 70 peratus rakyat tak terlibat dengan kenaikan bil elektrik, mereka dari sektor perkilangan dan perniagaan sebaliknya menaikkan harga bagi menampung kos yang lebih tinggi. Kenaikan ini melibatkan 100 peratus rakyat," kata beliau.


Sementara itu, satu lagi NGO, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan turut mengadakan flashmob mereka di satu lagi kompleks membeli belah, juga pada jam 2 petang esok.


Mereka mengajak rakyat yang prihatin dengan kenaikan kos sara hidup bersama mereka di kompleks membeli belah Mid Valley Megamall, Bangsar dan memakai baju berwarna hitam.

Pengerusi TURUN Muhamad Azan Safar berkata tujuan flashmob itu untuk mengajak rakyat turut sama memprotes kenaikan harga barang di samping mempromosi Himpunan Amarah Rakyat pada 31 Disember ini.

"Sebelum mula flashmob pada jam 2 petang, Kita akan edarkan kertas arahan bagaimana orang ramai boleh turut sama menyertai aksi flashmob sekaligus tanda sokongan terhadap usaha protes kenaikan harga barang hari ini," kata beliau kepada Malaysiakini.

Kedua-dua NGO itu turut bergabung dengan pelbagai NGO lain untuk rapat umum di Dataran Merdeka 31 Disember ini bagi menunjukkan protes mereka terhadap dasar kerajaan.

malaysiakini | 21 Dis 2013 

 Kemalangan Maut Di Kg Pasir Putih, Jalan Dungun - K. Terengganu
Posted on Saturday, December 21 @ 18:35:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Petang tadi sekitar pukul 4 petang satu kemalangan maut melibatkan sebuah lori membawa ayam telah merempuah sebuah kancil daripada arah bertentang kerana memotong. Lori tersebut mengheret kereta kancil dan merempuh pula sebuah sarena.



Rempoh Sarena selepas mengheret kereta kancil.



Pemandu kancil dan isterinya (maklumat awal) meninggal di tempat kejadian.




Kancil yang dirempuh remuk teruk.

Berhati-hati dalam memandu, utamakan keselamatan. Lori ayam dipercayai gopoh untuk mengambil bekalan ayam lalu memotong dan melanggar kancil dan terbabas melanggar pula Sarena mengikut saksi kejadian yang berada di situ dimana kawasan kg pasir putih adalah tempat utama menjual jagung, kacang rebus dan madu ditepi-tepi jalan.

Takdir tidak menentukan kita salah atau benar.
Oleh itu sentiasalah ingat Allah dan bertaubatlah apa yang kita lakukan kerana nyawa kita tidak dijamin untuk sampai ke umur pencen!

Tiada ada apa-apa bila kita meninggal....
Hanya amalan kita sahaja boleh membantu..


 Perang mulut berterusan, Ustaz KDN kata transformasi tidak perlu menteri mentali
Posted on Saturday, December 21 @ 17:50:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Perang mulut di antara Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain dan Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu fahaman Wahabi berterusan selepas pegawai kerajaan itu mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar namanya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.Semalam Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini. – 21 Disember, 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 17:50:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Untung RM4b masih tak cukup?
Posted on Saturday, December 21 @ 17:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat rundingan semula dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengurangkan kos ditanggungnya sekali gus berupaya menurunkan tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, TNB banyak mengeluarkan belanja untuk membeli tenaga elektrik daripada IPP pada kadar yang tinggi sehingga terpaksa menanggung kos berlebihan.

“Ini satu faktor mengapa TNB selalu tidak cukup wang kerana mereka terpaksa bergantung kepada IPP untuk mengekalkan bekalan elektrik yang mencukupi.

“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kenyataan bahawa kenaikan tarif yang berkuat kuasa 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan TNB sukar diterima kerana syarikat itu mengaut keuntungan lebih RM4 bilion.

Pada 30 Oktober lalu, TNB mengumumkan keuntungan bersih berjumlah RM4.61 bilion dicatatkannya keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013.

Ini mewakili peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Kalau mereka kata tidak cukup, maknanya mereka tidak ada keuntungan dan kita faham kenapa mereka naikkan tarif. Tapi macam mana boleh kata tidak cukup padahal mereka untung RM4 bilion.

“Saya kurang faham mengenai perkara ini. Sepatutnya keuntungan itu mereka boleh gunakan untuk perbelanjaan yang diperlukan,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan berkata, kenaikan tarif elektrik baru yang berkuat kuasa Januari 2014 masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan syarikat tersebut.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 17:47:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 PR gesa sidang tergempar bincang pendedahan k'jaan jual aset negara RM1.4 bilion
Posted on Saturday, December 21 @ 17:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Sebahagian yang hadir di pelancaran kempen anti-GST di Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam semalam.

 Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat tergempar di Parlimen untuk membincangkan penjualan aset negara seperti didedahkan oleh laporan Bank Dunia baru-baru ini.

“Kita perlu sesi ini untuk membincangkan tentang penjualan aset negara. Bila penjualan ini dilakukan dan mengapa kita tidak diberitahu tentang ini?
"Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan kerana laporan itu menyebut penjualan aset negara sebanyak RM 1.4 bilion kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa defisit negara ini terkawal," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan kempen PR menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berucap di perhimpunan anti-GST, malam semalam.  
Menurut Anwar, mesyuarat tergempar itu juga perlu membincangkan kemerosotan sistem pendidikan Malaysia dan ranking rendah yang diperolehi negara seperti yang didedahkan laporan sistem persekolahan dunia baru-baru ini.
Surat menuntut mesyuarat tergempar itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Isnin ini, selepas mesyuarat Majlis Presiden PR, tambahnya.
Bercakap di sidang akhbar semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memetik laporan Bank Dunia mendedahkan jumlah pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM1.4 bilion hasil penjualan aset, manakala RM4.2 bilion berupa sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Rafizi mendakwa penjualan aset negara bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013."Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.
Semalam, kempen menentang GST menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi PR yang lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming

Hampir 500 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum hadir di majlis tersebut biarpun cuaca hujan.

Kempen anti-GST merupakan satu lagi usaha PR meraih sokongan umum menolak sistem cukai baru itu yang dikatakan tidak adil dan membebankan pada ketika rakyat terpaksa menangguh kenaikan harga barang. 

Azmin dalam ucapannya menyentuh penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai contoh penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan.
"Kerana itu kita menyarankan Najib melantik Rosmah jadi Menteri luar Negeri memandangkan dia mempunyai hubungan yang kuat dengan negara Timur Tengah, malah sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Siti Hasmah tidak pernah dilaporkan menggunakan jet rasmi kerajaan," katanya disambut dengan sorakan dari hadirin.
Sementara itu, Lim dalam ucapannya menegaskan, punca sesebuah negara itu muflis bukan kerana sistem cukai yang dilaksanakan, tetapi korupsi yang membarah dalam sebuah negara.
Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.Abdul Hadi menggariskan prinsip Islam dalam hal cukai, iaitu ia hanya dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.
"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil," katanya.
Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April 2014.
Selain itu, pentadbiran Najib turut melakukan pemotongan subsidi minyak dan gula yang menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu.
Terbaru, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus dan harga tol di beberapa lebuh raya di Lembah Kelang bermula 2014. – 21 Disember, 2013.
sumber 
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 17:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Naik harga: Blogger Pro-BN pun bantah
Posted on Saturday, December 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"

SHAH ALAM – Semua sudah sedia maklum mengenai isu kenaikan harga barang kebelakangan ini hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan daripada pelbagai pihak terutama penyokong pembangkang.

Rata-rata tidak puas hati apabila kebanyakan barang dan perkhidmatan dinaikkan secara serentak bermula tahun hadapan termasuklah gula, tarif elektrik, tambang LRT dan terbaharu kadar tol.

Antaranya, blogger The Unspinners menyatakan penyakit pengurusan harga berlaku di negara ini ialah apabila semua harga mahu dinaikkan secara serentak.

“Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat berkaitan kerajaan pun guna alasan sama, padahal syarikat kerajaan sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat menikmati harga murah.

“Menaikkan harga barang memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuk pengurangan kadar cukai berkaitan,” kata blog tersebut.

Sementara satu lagi blogger, Gerakan Anti PKR pula mempersoalkan kesan kenaikan kadar tol yang akan menyebabkan poket rakyat semakin nipis.

“Apa kesan tol naik? Kesan tol naik adalah menyebabkan poket rakyat makin kempis.

“Bukan setakat itu, tatkala tol naik ini bermakna pedagang akan menolak kos kenaikan itu kepada rakyat. Justeru rasionalisasi bermakna kos kenaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, blog Medan Info Kita juga mempersoalkan tindakan BN yang tidak menepati janji pada PRU13.

“Kenapa pada saat ini tidak mahu menepati janji sedangkan slogan BN adalah ‘Janji Ditepati’? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dipersalahkan dalam hal sebegini.

“Kita harus melihat siapakah di belakang tabir membuat keputusan yang kurang bijak ini. Siapakah penasihat kepada Najib memberikan lorong jalan yang boleh menjahanamkan parti dan mengundang kebencian rakyat?" soalnya.

Manakala, blogger Sahabat Gunung pula menerbitkan kenyataan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menyatakan kerajaan hanya akan menguji kesetiaan rakyat kepada BN dengan menaikkan harga tambang pengangkutan awam.

“Nazir berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda Umno mendesak pihak kerajaan menilai semula cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat khususnya warga kota berpendapatan sederhana saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari,” katanya dipetik blog berkenaan.

Satu lagi blog iaitu Malaysia Heaven menyatakan langkah menubuhkan makmal untuk mengkaji siri kenaikan barang dirasakan kurang perlu.

Katanya, dengan menubuhkan makmal baru, lebih banyak duit akan dihabiskan pada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin cakap makmal akan ditubuhkan untuk kaji kos sara hidup masyarakat. Makmal ditubuhkan akan diletakkan di bawah Pemandu. Habis apa tanggungjawab kementerian yang ada?

"Adakah selama ini Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat tak selidik kesusahan rakyat? Adakah menteri masih tak tahu, kenaikan harga minyak, gula dan lain lain tu antara punca rakyat hidup susah?" katanya.

Blog lain yang turut memperkatakan isu yang sama ialah Parpukari dan Selangorchronicle.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Tiada ulasan: