Rabu, 11 Disember 2013

MASA KITA HIDUP MUNGKIN BOLEH HALAU ORANG....BILA KITA DAH MATI ORANG HIDUP AKAN HANTAR KE KUBURAN...JADI MASA HIDUP NI JANGAN BERLAGAKLAH...BERSOPAN SANTUN KAN MANIS

Adakah Zahid Faham Apa Itu ASWJ ?
Posted on Wednesday, December 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Kuala Lumpur -11hb Disember - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib menyifatkan keghairahan Umno membangkitkan isu ASWJ pada waktu sekarang adalah semata-mata ingin mengelirukan masyarakat Malaysia tentang pengertian ASWJ dalam konteks yang sebenar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita-berita yang dilaporkan sejak kebelakangan ini khususnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi yang menggambarkan seolah-olah hanya Umno sahaja yang mempejuangkan akidah ASWJ di negara ini sedangkan realiti sebenarnya adalah berbeza.
" Saya ingin bertanya kepada Zahid, adakah beliau faham apa yang dimaksudkan dengan ahli sunnah wal jamaah yang berdasarkan al Quran dan assunnah ?" soal beliau lagi.

" Akidah ahli sunnah wal jamaah ialah akidah yang memandu sesiapa sahaja yang percaya kepadanya untuk memperjuangkan ajaran agama Allah s.w.t , termasuklah memperjuangkan hukum hakamNya yang wajib dilaksanakan dalam negara ini."
" Mereka yang memperjuangkan ASWJ hendaklah wajib menentang segala apa bentuk tindakan yang bertentangan dengan Al Quran dan As-Sunnah yang berlaku di dalam negara ini " tegas beliau ketika dihubungi.

Sumber Link

 Orang Nombor 2
Posted on Wednesday, December 11 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam pendedahannya Sabtu lalu berkata beliau tidak faham "bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS".



Alih-alih Zahid Hamidi kata dia tak sebut nama Hj Mohamad Sabu. Mungkin kurang faham siapa orang no 2 daam PAS.

 


  Terima Kasih Kepada Pertugas PAS (Unit Amal)
Posted on Wednesday, December 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





Dalam media sosial, banyak tahniah dan ucapan terima kasih kepada PAS (Unit Amal khususnya) atas kesungguhan memberikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa banjir.

PAS perlu mengekalkan momentum ini dalam semua perkara. Konsep negera berkebajikan harus ditonjolkan dalam semua aspek agar PAS boleh menjadi juara Pakatan Rakyat.

Unit Amal satu badan PAS yang telah berjaya. Lajnah kebajikan & Kemasyarakatan yang selalu ada dalam organasasi PAS harus di'rebonding' untuk ditonjolkan bukan sahaja kepada ahli tetapi kepada masyarakat setempat.

Biar masyarakat nampak PAS tempat bergantung. 


Halau Pertugas Bantuan Banjir
 

Posted on Wednesday, December 11 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





Bencana Alam suatu yang tidak diminta, yang sudah pasti akan menimpa semua orang tak kira apa fahaman politiknya. Oleh itu bantuan yang akan diberikan juga datang daripada semua golongan. Tapi malang kalau Ketua Kampung yang buat perangai bodoh menghalang atas dasar berbeza fahaman politik.



Ini yang terjadi di Rancangan Rumah Murah Semambu, Kuantan.

Sume telah maklum.. akan ada gelombang kedua banjir bila bila masa yg bakal melanda dinegeri Pahang, Trenggana, Kelantan dan Johor...jadi bersiap sedia.. yg jadi ketua kampung, jgn bodoh sombong..bantuan utk mangsa banjir jgn dihalang kerana berlainan fahaman politik... seperti yg berlaku di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini, bila ketua kampung (UMNO) memaki hamun dan menolak bantuan untuk mangsa banjir.. otak xde ker..?? _ raja shahrim
 


 Mawi dan Ekin Bantu Golongan Gelandangan

Posted on Wednesday, December 11 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





Lama tak dengar cerita pasal Mawi. Terbaru Mawi dan Ekin dimaklumkan telah membantu golongan gelandangan di Chow Kit, Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Tahniah atas usaha ini dan sekaigus memberikan imej yang sangat baik kepada golongan artis.





Jika ramai yang turut membua perkara seperti ini, negara kita akan menjadi lebih harmoni. 


 Banjir: Pahang Perlu Ambil Iktibar

Posted on Wednesday, December 11 @ 03:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"Banjir yang menimpa Pahang khususnya Kuantan pada kali ini mengikut kata penduduk adalah terburuk sejak tahun 1970. Setelah banjir nampaknya mula reda, ramai yang tertanya-tanya apakah petunjuk dari ujian yang Allah timpakan itu.

Banyak kejadian bencana besar yang berlaku terdapat hikmah disebalik ujian tersebut seperti bencana tsunami di Aceh, walaupun banyak berlaku korban akhirnya umat Islam dapat mengambil iktibar hinggakan peperangan selama Islam yang berpanjangan akhirnya menemui jalan perdamaian.

Begitu juga dengan banjir di Pahang, kita berharap semua pihak dapat mengambil iktibar diatas ujian tersebut dan perlu kembali kepangkal jalan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Saya tertarik dengan satu artikel yang mendedahkan perancangan menjadikan Kuantan sebagai pusat penyembahan berhala sedunia sebagai mana Mekah menjadi pusat ibadah umat Islam.


Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Satu pusat tumpuan Keagamaan ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium (Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Dalam laman web rasmi projek tersebut dinyatakan projek tersebut mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.(http://www.enchant1mst.com/index.html)

Sepatutnya sebagai sebuah negara Islam sebagai agama rasmi, cadangan untuk menjadikan Kuantan sebagai pusat tumpuan agama lain walau atas alasan pelancungan bagi mendapatkan sumber ekonomi sekalipun tidak sepatutnya berlaku.


Apakah tidak cukup lagi sumber rezeki yang diberikan Allah di bumi Malaysia ini hingga kita sanggup menggadai prinsip dengan mencari kemurkaan Allah? Ingatlah bencana banjir ini hanyalah amaran bagi semua pihak bahawa Allah berhak menarik balik segala kurniaNya jika kita melampaui batas. Ingatlah Allah lah sahaja pemberi rezeki sebagai mana dikurniakan di Mekah walaupun tanah tandus gersang tetapi Allah memberikannya kekayaan melimpah ruah melalui kedatangan umat Islam dari segala penjuru dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Begitu juga dikeluarkan dibawah perut buminya minyak yang menjadi bahan komoditi paling bernilai.

Masih lagi belum terlambat bagi pihak berkuasa untuk menilai semula rancangan tersebut, segala rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan hendaklah mengikut landasan syariat yang telah digariskan dalam Islam. Kita juga menyeru alim-ulamak dari berbagai pihak terutamanya yang berada dalam kerajaan supaya menyuarakan bantahan terhadap rancangan tersebut. Ingatlah banjir yang menimpa ini adalah amaran dari Allah supaya kita kembali ke landasan yang sebenar.



Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; danapa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).(4:79)
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ismanusa
Posted on Wednesday, December 11 @ 03:41:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


 Banjir oh banjir

Posted on Wednesday, December 11 @ 03:38:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"nk tanye lah sekit kenape, tka ade liputan penuh kat media2 cetak dan elektronik perihal banjir besar di kuantan ? kat media cetak, kalu dlm berita hairan tu, penuh dengan laporan perhimpuan puak parti pemerintah (duk selak tngok kat kedai - tak beli pon !) tak dop langsung gambar2 pemindahan mangsa2 banjir, heran betol......

kalau lah banjir kat kelantan - oooooiiii penuh muka surat paper - buleh di katokan setiap helai ado gambor nyo !!! meme manusia di malaysia sekarang sudah buleh menilai perihal parti pemerintah malaysia ni, dasar mereka - kepada rakyat, di kerah segenap segi kewangan rakyat dri cukai perhead penjawat awam, kenaikan minyak petrol (negera lain ado jugo pengeluar minyak tetapi, harga minyak di negara mereka murah), bahan makanan yang tak termasuk akal - mahal nya ! kemudian ni,harga memggunakan elektrik juga akan naik - nampak nye, untuk kemajuan malaysia - rakyat yang menanggung namun - perkhidmatan kerajaan kepada rakyat !!!! berpatutan ke ???? dengan apa yang rakyat kena tanggung - dah lah pengurusan banjir - kacau bilau ! sehingga menteri besar terengganu terpaksa menahan lori roti, kemudiannya menteri bahagian hal bencana - cakap merapu - no knowledge begitu juga para ahli parliman - no knowledge perihal ape2 cuma untuk mengapu aje.... perihal banjir ni telah membuka pekong sebena parti perintah !"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ocean
Posted on Wednesday, December 11 @ 03:38:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


 Ahli Umno Kecewa, Bantuan Pilih Kasih

Posted on Tuesday, December 10 @ 22:27:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Ahli Umno sendiri kecewa bantuan banjir oleh pemimpin-pemimpin Umno diberi secara terpilih dan ada yang sorok barang rembat untuk keperluan keluarga sendiri.

"Saya ahli Umno. Tapi saya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang beri bantuan kepada orang yang dikenali sahaja. Ada yang sorok barang untuk keperluan keluarga sendiri. Syukur kerana Pakatan beri bantuan. Saya lihat Unit Amal PAS dan PKR datang membantu kami".... Norizan Abu Bakar, 48.

Nak tahu hebat dan baik sesebuah parti itu ketika kita berada dalam kesusahan... siapa bantu cara ikhlas siapa yang sapu dan kebas hak rakyat.-omakkau


 Bob Lokman Masuk Hospital?

Posted on Tuesday, December 10 @ 15:24:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Pihak kami dimaklumkan Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital Taiping kerana menggalami sesak nafas dipercayai selepas makan durian lima hari lalu.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa Bob Lokman akan di pindah ke hospital Sungai Buluh.

Jika ada sesiapa boleh mengesahkan maklumat yang dihantar ini. Kami tidak dapat menghubungi pihak yang terdekat dengan Bob Lokman.

- TKO 


 Khir Toyo minta maaf pada Teresa Kok
 
Posted on Tuesday, December 10 @ 13:48:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Bekas menteri besar Selangor Mohamad Khir Toyo meminta maaf kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok  atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan.

Khir juga bersetuju membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai kos untuk Kok.

Sebagai balasan, Kok bersetuju menarik balik samannya.

Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid hari ini.

Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

"Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa memasukkan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan."

"Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos."

Kok pada Disember 2008 memfailkan tindakan terhadap Khir dan Utusan Malaysia dalam saman RM30 juta setiap seorang.

Hafiz Yatim
Malaysiakini.com

Tiada ulasan: