Selasa, 17 Disember 2013

MAMPU KAH BERI SURAT KEPADA ALLAH MENUNJUK BUKTI KITA BERSIH ATAU TAK BERSALAH....SEDANGKAN ALLAH PAPARKAN SEGALA PERBUATAN JAHAT KITA MELALUI VIDEO DAN AUDIO DENGAN JELAS....NAK KEMANA PENJAHAT2...AHLI2 MAKSIAT...PENDERHAKA2 ALLAH SWT NAK LARI

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak lebih sebagai agenda Umno BN untuk menjatuhkan musuh politik mereka.

Lebih malang katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) juga dilihat cuba dijadikan boneka oleh pemimpin politik BN bagi mencapai matlamat itu.

Menurut Anwar, sekiranya kerajaan sudah cukup bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.

"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar.

"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya semalam.

KDN sebelum ini mendedahkan '10 bukti' yang mengaitkan Mohamad terlibat ajaran Syiah yang salh satunya mendakwa kerana Mohamad mengagumi Khomeini.

Bagaimanapun bukti itu dilihat banyak pihak sebagai dangkal dan ramai dikalangan pemimpin politik termasuk dari Umno sendiri memperlekeh pendedahan itu.

Mengulas bukti itu Anwar berkata, beliau pernah melawat Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia dan tiada orang mempersoalkannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.

"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Khomeini.

Kelmarin KDN tampil dengan kenyataan terbaru menggesa Mohamad sebagai individu yang dituduh, untuk mengemukakan bukti menafikan tuduhan yang dibuat mereka.

Mereka juga mendakwa akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Mohamad dengan fahaman Syiah kepada Jakim untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap pengamal ajaran Syiah bukan berdasarkan individu atau parti politik tetapi kerana mereka telah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah memutuskan ajaran Syiah bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Sebab itu ulama meletakkan daripada sudut peraturan hukum tidak membenarkan untuk berpegang kepada mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.

Jamil Khir juga tidak menafikan pelancong dan pelajar warga Iran di negara ini agak ramai yang mungkin membawa masuk fahaman Syiah melalui aktiviti kebudayaan seperti sambutan Hari Karbala.

Namun, tidak semua pelancong dan pelajar warga Iran menyebarkan fahaman Syiah mereka kepada warga tempatan, dan ada juga antara mereka berfahaman Sunni, katanya.

"Meskipun begitu Jakim dan Jain (Jabatan Agama Islam Negeri) akan sentiasa memantau setiap aktiviti mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata sehingga kini terdapat 98 ajaran sesat di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak lima ajaran yang dikenal pasti masih aktif pada masa ini.

"Lima ajaran sesat yang masih aktif itu ialah Syiah, Al-Arqam/Rufaqa'/Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Pertubuhan Kerabat Raja Sakti (PKRS) iaitu penjenamaan semula dari Ajaran Azhar Wahab atau al-Mansur, Ajaran Tuhan Harun dan Ajaran Ilmu Makrifat Tok Kenali Pimpinan Haji Shaari bin Mohd Yusof," katanya.

Katanya berdasarkan rekod, daripada 2007 hingga tahun lepas, pendakwaan bagi kes yang melibatkan ajaran sesat adalah sebanyak 442 kes di seluruh negara.

Persidangan dewan bersambung Selasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sedia memberi surat kuasa kepada anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk memeriksa akaun bank di mana-mana negara, kononnya beliau menerima wang sogokan berkaitan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih.

Dalam kenyataan empat perenggan di sini hari ini, Abdul Gani berkata surat kuasa atau autoriti itu akan diberikan jika Rifizi mahu memeriksa akaun bank di mana-mana negara, termasuk di Hong Kong, kononnya berjuta-juta dolar dimasukkan ke atas nama beliau sebagai wang sogokan berkaitan kes itu yang didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Beliau turut menjemput Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR, ke pejabatnya pada bila-bila masa bagi mendapatkan surat kuasa jika mahu memeriksa akaun bank atau mana-mana institusi kewangan di mana-mana negara.

"Saya juga menafikan dengan keras dakwaan yang disebarkan ke atas saya sejak sebulan yang lalu, dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak berasas sama sekali ke atas saya," tegas beliau.

Portal berita MalaysianInsider hari ini melaporkan Rafizi sebagai berkata PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat dakwaan salah laku Abdul Gani yang didedahkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

MalaysianInsider pada 26 Nov lepas melaporkan dakwaan Mat Zain bahawa wujudnya sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih pada 2007.

Pendedahan itu dilakukan dalam bentuk akuan bersumpah setebal 31 muka surat yang antara lain mendakwa salah laku Abdul Gani ketika mengendalikan kes itu. - Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendesak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiasat perjalanan Mesyuarat Agung Khas yang dijalankan Koperasi Permodalan Malaysia Berhad (KPF) pada 27 Oktober lalu.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata mesyuarat khas itu diadakan bertujuan cadangan penjualan 51 peratus ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) dan Felda Global Venture Holdings (FGVH).

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa kebanyakan perwakilan yang menghadiri mesyuarat tersebut tidak dibekalkan dengan dokumen yang sepatutnya diserahkan awal yang menyebabkan para perwakilan tidak mendapat gambaran awal berhubung cadangan penjualan ekuiti tersebut.

Mazlan berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Pengarah Bahagian Unit Kawal Selia Koperasi, SKM, Mat Deris Jusoh, di pejabat SKM, petang ini.

Sebelum itu, beliau turut mengadakan perbincangan dengan wakil SKM selama kira-kira setengah jam.

Mengulas lanjut berhubung mesyuarat khas tersebut, Mazlan turut menuntut agar SKM turut melihat bagaimana penentuan nilaian RM2.2 bilion dipersetujui sedangkan laporan penganalisis hasil kajian awal KPF membuktikan perkara sebaliknya.

"Tiga firma penyelidikan yang dilantik KPF itu sendiri iaitu CIMB meletakkan penilaian 51 peratus ekuiti dalam FHB yang dipegang KPF ialah RM2, 860 juta, manakala TA Securities(RM4081 juta) dan Kenangan Research sebanyak RM3207 juta).

"Jadi bagaimana nilaian RM2.2 bilion itu dipersetujui, lebih-lebih lagi difahamkan Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad merupakan ahli lembaga Pengarah FHB dan FGVH, yang mempunyai 'conflik of interest' dalam isu ini," kata beliau.

Difahamkan, KPF telah menjual keseluruhan 112,119,999 unit saham bersamaan 51 peratus modal berbayar dan diterbitkan FHB kepada FGVH pada nilai blsan RM2.2 bilion tupun RM19.61 sesaham secara tunai.

Sehingga 2012, KPF mempunyai keahlian seramai 207, 913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion dan 87.81 peratus keahlin datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Mazlan turut mempersoalkan mengapa kaedah pengundian dibuat secara terbuka dan tidak dilakukan secara undi sulit.

Perkara tersebut turut diakui Mat Deris yang turut berada pada mesyuarat khas tersebut sebagai pemerhati, bagaimanapun beliau tidak mahu mencampuri urusan perjalanan mesyuarat pada ketika itu.

Mazlan turut melahirkan kebimbangan tentang tiada jaminan dari kerajaan berkaitan masa depan KPF untuk membayar dividen kepada pemegang saham yang puratanya 15 peratus sebagaimana tahun-tahun sebelum ini.

"Justeru, SKM sebagai sebuah badan pelindung kepada kopersi-koperasi di Malaysia, termsuk KPF yang hampir 100 peratus pemegang sahamnya bumiputera perlu menyiasat perkara ini serta memberi penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan Anak," tegas Mazlan.

Sementara itu, SKM dalam responsnya berkata pihaknya akan menyiasat perkara yang dibangkitkan Anak sebelum memaklumkan hasil siasatan tersebut kepada Anak.

SKM turut meminta beberapa dokumen yang berkaitan bagi membantu siasatan, bagaimanapun Mazlan menolaknya dengan alasan kebanyakan dokumen tersebut diwartakan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan hanya akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, Mazlan menegaskan penyerahan memorandum ini merupakan langkah pertama Anak, sebelum diikuti dengan laporan polis dan penyerahan dokumen serta bukti berkaitan kepada SPRM.
KUANTAN: Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek.
  
Seorang daripada pengikut ajaran sesat itu, Sumustapha Suradi, 39, dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah, didakwa membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini jam 1.50 tengah hari 10 Nov lepas bersama dua orang lagi yang masih bebas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, pula didakwa bersama-sama dengan Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada waktu dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.  
  
Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib@Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Ab Karim kemudiannya menetapkan 28 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes berkenaan.

Terdahulu, keempat-empat tertuduh termasuk Harun yang berkerusi roda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini dan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan permohonan Salim untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. - Bernama

Mati menanti 'Tuhan Harun'


ANGGOTA polis mengiringi Harun (berkerusi roda), Sumustapha (tiga dari kanan), Shaizral Eddie (kanan) dan Azida (bertudung) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.



KUANTAN – Selepas 37 hari kes pembunuhan Ahmad Raffli Abdul Malek berlaku, pihak berkuasa semalam mengheret empat pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ termasuk ketuanya ke muka pengadilan dengan salah seorang daripada mereka dituduh membunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang itu.
Pengikut ajaran sesat tersebut, Sumustapha Suradi, 39, bersama dua lagi individu yang masih bebas dituduh membunuh Ahmad Raffli, 49, pada pukul 1.50 petang 10 November lalu di rumah No. 7 Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini.

Pengikut Harun dituduh bunuh

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
Kuantan: Seorang pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek pada 10 November lalu.
Tertuduh, Sumustapha Suradi, 39, dari Sandakan, Sabah membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Abdul Rahman.
Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa bersama dengan dua lagi yang masih bebas mencapai niat bersama melakukan pembunuhan ke atas Ahmad Raffli di rumah mangsa beralamat nombor 7, Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada 10 November lalu pada jam 1.50 tengah hari.

Sementara itu, ketua ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, serta seorang lagi pengikutnya, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, didakwa di mahkamah sama atas tuduhan melakukan konspirasi untuk melakukan jenayah berkenaan.
FotoHARUN (tengah) dan pengikutnya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan, semalam untuk dikenakan pertuduhan.

Mereka turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun yang sama itu.

Jodoh tutup malu

Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.
Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya.

“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
FotoHANIM (kiri) menceritakan penderitaan jadi hamba seks luar tabii bekas suami.

Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka bercerai November lalu.
SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff memohon kerjasama daripada ahli dan pimpinan Muslimat PAS seluruh negara supaya menyediakan bantuan peralatan persekolahan kepada anak-anak mangsa banjir.

Beliau berkata, bantuan persekolahan seperti pakaian lelaki dan perempuan, kasut serta beg sekolah amat perlu memandangkan mangsa banjir mengalami kerugian teruk.

Katanya, sudah tentu keluarga yang terlibat dengan banjir mengalami kerugian besar apabila segala peralatan rumah seperti tv, peti ais, dapur, perabut habis musnah.

"Sebab itu saya berharap Muslimat seluruh negara berusaha mencari sumbangan pakaian sekolah dan peralatan untuk diagihkan kepada anak-anak mangsa banjir," katanya dihubungi Harakahdaily.

Menyahut seruan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam operasi Ops Bersih katanya, Muslimat seluruh negara telah menghantar kumpulan masing-masing membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

Begitu juga katanya, bantuan daripada Briged Amal yang terdiri daripada anak-anak muda banyak membantu membersihkan rumah mangsa di Pahang.

Katanya, keadaan rumah yang dipenuhi lumpur serta perabot yang pecah dan patah tenaga untuk menjalankan operasi pembersihan itu perlu ramai.

Menurut beliau barang keperluan untuk membasuh rumah seperti air semburan berkuasa tinggi `water jet' amat diperlukan selain penyapu dan alat-alat pencuci.

"Kak Lah juga berharap bantuan kain telekung selain toto diagihkan kepada mereka. DMPP juga akan berusaha mendapatkan sumbangan daripada pihak NGO dan korporat untuk mendapatkan kain telekung, peralatan sekolah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang memperuntukkan masa selama seminggu bertemu mangsa banjir dan menyampaikan bantuan makanan dan pakaian kepada mereka.

Di Dungun, Terengganu beliau tidur di Pusat Pemindahan banjir bersama mangsa untuk merasai keperitan dan kepayahan mereka berkongsi bilik air serta tidur di tempat yang bercampur dan terdedah.

Di Kuantan, selain mengharung air banjir untuk menyampaikan sendiri bantuan makanan kepada mangsa yang tidak keluar rumah, beliau turut membantu masak makanan di pusat pemindahan  untuk mangsa banjir.

Katanya, makanan seperti sardin dan ikan masin juga diperlukan selain tikar, selimut, sejadah kerana semua barang keperluan itu musnah.
MELAKA: Penguatkuasaan tegas dan hukuman berat bukanlah penyelesaian mutlak terhadap masalah mat rempit di negara ini, kata Ketua Program Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr Rozmi Ismail.
       
Sebaliknya, beliau berkata masalah mat rempit pada masa ini perlu diteliti bagi menghasilkan pelan tindakan menghapuskan gejala itu di peringkat awal dan penawar berkesan yang berperikemanusiaan bagi 'memulihkan' remaja yang terjebak dengan gejala berkenaan.
       
Katanya, penyelidikan berterusan yang dijalankan Perkasa mendapati mereka yang terlibat dengan gejala mat rempit, majoritinya berumur antara 15 hingga 35 tahun dan tidak lagi bersekolah atau menghadapi masalah di sekolah.
       
"Peranan ibu bapa dalam mendidik penting dalam menghapuskan gejala ini pada peringkat awal, tetapi dalam kajian itu ada juga ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan terpaksa membanting tulang siang malam hingga anak mereka terabai hingga terjebak dalam gejala mat rempit," katanya ketika ditemui Bernama pada Seminar Keselamatan Jalan Raya di sini baru-baru ini.
       
Sehubungan itu, beliau berkata menghapuskan masalah mat rempit di peringkat awal terletak kepada usaha bagaimana keluarga itu membentuk hubungan erat antara anggota keluarga mereka.

Rozmi berkata bagi menghasilkan penawar berkesan untuk remaja yang terlibat dalam masalah itu, semua pihak perlu melihat perkara ini pada kaca mata mat rempit itu sendiri dan menyelami isi hati mereka.
       
Beliau berkata majoriti mat rempit ini akan meninggalkan tabiat buruk ini pada usia 35 tahun dan jika kita berjaya menghapuskan gejala ini pada peringkat awal, maka generasi pelapis rempit akan terus terhapus.
       
"Kajian juga mendapati mat rempit ini sukakan perkara mencabar, jadi melalui program Perkasa itu kita beri pada mereka, kita alihkan adrenalin mereka kepada aktiviti lasak seperti memanjat gunung dan merakit di jeram, melalui cara ini Perkasa dapat memulihkan 99 peratus daripada mat rempit yang menyertai program kami," katanya.
       
Ditanya tentang cadangan meletakkan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain kepada kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Rozmi sama sekali tidak menyetujui cadangan itu.
       
"Kita kena lihat daripada konteks mat rempit ini, kerana mereka terlibat terdiri daripada kalangan belia, baru nak hidup dah tertulis rekod jenayah jadi ini akan menggelapkan masa depan mereka...benar mereka salah tetapi saya percaya penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan diperlukan.
       
"Mereka ini manusia juga, kalau sudah ada rekod jenayah nanti macamana mereka nak sambung belajar, kerja atau buat apa sahaja pada masa depan bila mereka memilih jalan yang betul...cadangan itu seakan menutup jalan kepada mereka," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: PAS meminta Perbadanan PR1MA penjelasan terhadap beberapa perkara berhubung bantuan yang mahu diberikan kepada mereka yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank setelah dipilih untuk memiliki rumah yang telah ditawarkan

AJK PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, walaupun rancangan PR1MA tidak bercanggah dengan Akta PR1MA 2012, namun terdapat beberapa perhatian yang perlu dijelaskan.

Menurut Nasrudin, kebiasaannya pihak bank menolak permohonan pembiayaan adalah disebabkan oleh kegagalan menepati tahap kredit (credit rating) yang telah ditetapkan.

Ini bermakna, pihak bank tidak mahu mengambil risiko kegagalan pembayaran semula oleh pemohon.

"Jika PR1MA menggunakan mekanisme lain untuk menampan pembiayaan permohonan mereka, dikhuatiri tetap akan berlaku masalah pembayaran semula terutamanya jika produk pembiayaan yang ditawarkan melibatkan instrumen riba'.

"Dalam hal ini, pihak PR1MA juga mesti menjelaskan berapa peratus jumlah pemohon yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada bank meskipun telah dipilih untuk membeli rumah tersebut," katanya memohon penjelasan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Mutalib Alias 14 Disember lalu, bahawa pihak Perbadanan PR1MA akan memperkenalkan program bantuan terhadap mereka yang tidak layak mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Temerloh itu juga mahu pihak PR1MA menyatakan apakah mekanisme yang digunakan untuk membantu golongan tersebut.

Ini kerana jika merujuk kepada Seksyen 42 (Kumpulan Wang Bantuan Orang Yang Layak) Akta PR1MA 2012,  terdapat  sembilan jenis sumber wang yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi obligasi ini, kata Nasrudin.

"Namun diharapkan agar pihak Perbadanan tidak menggunakan sumber pinjaman seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 45 kerana dibimbangi boleh memberikan impak gandaan negatif yang besar sekiranya pihak pembeli gagal untuk membuat pembayaran semula kepada pihak PR1MA," jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau menggesa pihak PR1MA menyusun prioriti bahawa projek perumahan yang ditawarkan adalah bagi membolehkan rakyat berpendapatan sederhana menikmati pemilikan rumah dengan kadar yang berpatutan.

Sehubungan itu katanya, PR1MA harus mengutamakan mereka yang layak mendapatkan pembiayaan untuk membeli berbanding untuk menyewa sahaja.

"Keutamaan juga adalah diberikan kepada golongan isi rumah yang masih belum memiliki kediaman sendiri," ujarnya.

Bahan-bahan yang digunakan untuk sihir

Posted on December 16, 2013 under Haron Din, Islam by
paku sihir
Soalan
Di pejabat saya, acap kali berlaku kecoh bila didapati benda-benda pelik ditaburkan di pintu pejabat bos kami, seperti kemenyan, beras kunyit, kain warna warni, telur, daging mentah dan bangkai burung gagak hitam bersepah sehingga ke dalam bilik bos saya. Apakah maksud kerja-kerja sebegini dan bagaimana untuk mengatasinya pada pandangan Dato’?
RAKIBAH ALANG
Ipoh
Jawapan




Sering berlaku berbagai benda pelik diletakkan di hadapan rumah, kedai, warung, tempat-tempat makan, di pejabat dan sebagainya.
Orang Melayu mempunyai kefahaman menebal adanya kerja halus dilakukan, untuk menyampaikan maksud jahat, tidak puashati dengan seorang ketua ataupun seorang teman sepekerjaan, lalu berfikir untuk menukarkan mereka ke tempat lain atau dengan tujuan tertentu.
Perkara yang disebutkan saudari, memang ada imbas-imbas pekerjaan sihir, tetapi apakah setiap kali kita berjumpa perkara tersebut, hendak dikaitkan dengan sihir, atau mungkin ia suatu perang psikologi?
Mungkin ia bertujuan menakutkan seseorang, atau membuatkan orang yang ‘dibuat’ itu menarik diri dari jawatannya. Mungkin ianya kerja nakal, gurauan atau perbuatan suka-suka tanpa ada mainan sihir.
Jika diandaikan ia amalan sihir, saya rasa ianya tersasar. Sihir itu ialah perbuatan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Kebiasaannya kerja sihir dilakukan di tempat gelap dan bahan sihir biasanya disembunyikan.
Bahan sihir ditanam atau dimasukkan dalam konkrit, disangkutkan di atas bumbung atau di siling rumah dengan tujuan tiada orang yang dapat melihat.
Ia dilakukan dengan jampi mentera, berhubung dengan makluk halus sebagai perantara untuk menyampaikan maksud jahat mereka. Sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.
Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.
Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.
Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.
Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.
Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.
Keempat, jadilah panduan, Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.
Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.
Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua’lam.
Amalan selama 40 hari ditolak jika percaya benda ghaib.
Sumber: Darussyifa

 

Tiada ulasan: