Isnin, 16 Disember 2013

TENANG ITU SELESA WALAUPUN HARTA YANG DIMILIKI KURANG....TAK BERCITA2 TINGGI UNTUK DUNIA...RASA TERHIBUR WALAUPUN DIKEJI DAN DIMAKI HAMUN...CERIA MENTAATI ALLAH....IKHLAS DALAM DAKWAH TIDAK MENGHARAPKAN SANJUNGAN DAN PUJIAN....JAUH SEKALI MINTAK DIKENALI....CUKUP ALLAH SANGAT MENGENALINYA

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 4,751 berbanding 5,225 orang pada sebelah malam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan namun jumlahnya berkurangan kepada 3,602 orang daripada 909 keluarga berbanding 4,076 orang daripada 1,100 keluarga malam tadi, di 45 pusat pemindahan.

Kuantan masih kekal dengan 736 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 413 orang daripada 100 keluarga di lima pusat pemindahan yang masih dibuka. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab Kerajaan Selangor hampir RM3 bilion ketika ini mampu menampung perbelanjaan mengurus ekonomi dan perbelanjaan penting lain untuk jangka masa sehingga tiga tahun sekiranya berhadapan situasi kemelesetan ekonomi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata disebabkan itu kerajaan negeri komited menyediakan asas ekonomi kukuh sebagai persediaan menghadapi sesuatu keadaan yang tidak dijangka, lapor Selangor Kini.

Katanya, oleh sebab itulah tugas utama beliau memastikan aset dan pendapatan Negeri Selangor dijaga dengan baik kerana ia bukan hak milik saya tetapi amanah rakyat.

“Sekarang, Alhamdullilah dalam jangka masa tidak lebih enam tahun kita sudah capai satu tahap kita tidak takut dengan keadaan dua atau tiga tahun kita tidak mendapat hasil banyak kerana sudah menyediakan rizab hingga RM3 bilion.

“Sungguhpun begitu kalau kita ada duit banyak tetapi tidak dibelanjakan itu pun salah juga kerana duit ini bukan untuk beli beg yang cantik atau kereta mewah Exco tetapi bagi pembangunan rakyat di mana kita akan teruskan melabur untuk rakyat,” kata Abdul Khalid dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Selangor di sebuah hotel di Subang.

Ketika menyentuh peranan yang dimainkan Yayasan Selangor, Abdul Khalid berkata, sehingga kini yayasan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang hingga mampu melahirkan generasi muda yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara.

“Tanggungjawab kita bertambah lebih besar lagi dari dua, tiga ratus pelajar kita naikkan ke 1,000 dan kita sudah capai 3,000 dan kini kita akan tingkatkan sasaran kepada 5,000 pelajar yang dikeluarkan Yayasan Selangor ini,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti kira-kira 1,500 pengamal fahaman Syiah di seluruh negara dengan yang paling aktif ialah di Selangor, Perak dan Johor.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (Akidah) Jakim, Mohd Aizam Mas'od berkata Jakim kini menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri bagi mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang telah dikenal pasti itu.

"Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri menghadapi masalah untuk mendakwa mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu membicarakan isu fahaman Syiah pada seminar mengenai 'Akidah Ummah' anjuran bersama Jakim, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbitan Dian Darulnaim Sdn Bhd.

Ia dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim Datuk Razali Shahabudin.
      
Mohd Aizam berkata bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi mencari jalan untuk mengatasinya.
  
Beliau berkata hebahan melalui media mengenai fahaman Syiah serta  pemantauan Jabatan Agama Islam negeri-negeri yang ketat, telah memberi kesan kepada perkembangan fahaman itu di negara ini.

Mereka kini semakin berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka, katanya.

"Apa yang penting kita melakukan pemantauan dan tindakan tegas yang membuktikan kesungguhan pihak berkuasa membanteras ajaran sesat ini," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.

Contohnya, kata Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.

“Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, seperti di bawah.

Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi. Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Perhimpunan Agung Umno, 3 Disember lalu, mencadang untuk memasukkan perkataan ‘Ahli Sunnah Wal Jamaah’ pada takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan kononnya untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia.

Sehari selepas pengumuman kenaikan tambang LRT dan monorel yang sememangnya akan membawa kesan kepada ramai orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor khasnya, kita digemparkan lagi dengan isu Syiah dan hasrat kerajaan dalam menentang kefahaman Syiah di negara ini.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan rancangan untuk mewujudkan pasukan polis syariah khas untuk mengekang kegiatan pengikut Syiah.

Ribuan pelajar Syiah di Malaysia

Namun demikian, Datuk Seri mungkin terlupa bahawa  negara kita merupakan tuan rumah kepada ramai pelajar-pelajar antarabangsa di kebanyakan universiti tempatan.
Kerajaan Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar-pelajar antarabangsa ini untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Lebih 200 IPTS mendapat kebenaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk membawa masuk pelajar antarabangsa.

Usaha pengantarabangsaan dan pembinaan reputasi IPT tempatan menyumbang kepada penjanaan hasil pendapatan negara melalui enrolmen pelajar antarabangsa dan penjimatan pertukaran wang asing negara.
Aktiviti mempromosikan pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan secara berterusan melalui Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion Centre – MEPC).

Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri.

Saya percaya di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut Syiah.

Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah pelajar-pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar dari Malaysia secara serta-merta?

Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru? Maklumlah, rakyat Malaysia memang mudah keliru seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober lalu.

Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja? Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan umat Islam dari negara lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?

Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.
"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai-Nya. Maka masuklah dalam kalangan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al- Fajr: 27-30)

Cuaca pada hari itu cerah, walaupun Kelantan masih dalam musim tengkujuh. Pada petang Khamis 12.12.13, saya berkesempatan bersama-sama Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS; Ustaz Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda; dan Ir Khairil Nizam Khiruddin, Naib Ketua Pemuda; menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka sebelum menziarahi pemilik rumah kampung yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut. Kala azan Asar dilaungkan, terlihat kelibat pemilik rumah tersebut yang berjalan berseorangan dengan langkah perlahan menjejaki masjid untuk menunaikan solat bersama. Usai solat yang dipimpin Ustaz Fadhli Shaari, jemaah mengambil kesempatan bersalaman dengan sosok tua itu, yang walaupun dalam uzur, tetap kemas menghulur salam dan menguntum senyuman.

Selesai solat, kami dijemput anakanda beliau, YB Ustaz Nik Abduh, Ahli Parlimen Pasir Mas yang setia menggalas legasi kepimpinan ayahandanya. Pertemuan berlangsung di ruang tamu rumah kayu yang serba sederhana. Beliau duduk di tengah dan kami melingkunginya, umpama cucu-cucu duduk berteleku di hadapan datuk untuk mendengar sayembara pengalaman dan bibit nasihat. Bermula dengan bertanya khabar, maka berlangsunglah dialog antara sang murabbi tua dengan pemuda yang dahaga.

Di awal bicara beliau menyebut, “Ana tenang sekarang walaupun uzur”. Satu lafaz yang sangat dalam maknanya, terbit dari sanubari yang damai di hujung usia, sambil berkongsi tertib medikasi yang perlu dilalui badan beliau. Menyentuh isu semasa yang berlegar di sosok tubuh orang nombor dua dalam PAS, beliau menyebut, “Nasionalis Melayu bersifat pura-pura, lebih daripada syiah. Mulut sebut nak Islam tapi kerja lawan Islam. ISA digunakan apabila tak dapat berhujah. Pertembungan kebenaran dengan kezaliman ini berlaku sejak zaman Nabi, sejak zaman Nabi Ibrahim lawan Namrud, dan Nabi kita Muhammad SAW lawan Abu Jahal. Apabila tak boleh berhujah, digunakan kekerasan”.

Pesanan khusus untuk pemuda, “Kena kuat taqwa pada Allah, pada waktu terang atau sulit. Bagaimana? Kena ikut Nabi. Allah hantar Nabi sebagai tok wakil dia di bumi untuk sampaikan perintah pada kita”. Beliau sebut, Kelantan dah laksana taqwa sejak dulu. “Antara perkara pertama yang ambo buat masa jadi MB, ambo panggil pegawai kewangan negeri, minta pindah akaun kerajaan ke bank Islam. Ambo buat ni tanpa mesyuarat sebab ini perkara nas, tak perlu mesyuarat, kena buat”. Pesan tok guru, “Pemuda dengan kekuatan tenaga, kena perkuatkan Taqwa, sama ada dengan menulis, ceramah, program, pandai-pandailah”.

Ketika ditanya bagaimana mahu istiqamah, beliau sebut, “Istiqamah ni 24 jam, tak boleh sekejap-sekejap. Pada peribadi kita, kena jaga solat, solat awal waktu, berjemaah. Biar orang tahu kita orang PAS, lebih baik dari orang UMNO. Kedua hal peribadi, kena banyak senyum. Antum nanti jadi orang besar, jadi tok wakil, kena senyum sokmo walaupun letih”.

“Apa keutamaan pemuda?”, celah seorang dari kami. Tok guru jawab, “Tenaga ilmu, buat perancangan. Dalam banyak perkara yang ambo rancang masa jadi MB dulu, satu sahaja yang tak sempat buat. Ambo nak anjur kempen menghayati peristiwa ‘Wa Iz’ yang disebut dalam Quran. Ini semua peringatan peristiwa ‘Apabila’ yang Allah sebut untuk ingatkan kita. Contoh peristiwa ketika Allah berkata pada Malaikat mahu mencipta khalifah di muka bumi. Mungkin Ustaz Fadhli boleh buat lepas ni. Nak buat macam mana, antum fikirlah”.

Dengan rakan non-Muslim, beliau sebut, “Cina India sekarang makin rapat dengan Islam. Ini peluang dakwah. Umno berkawan dengan Cina lama, tapi Cina tak kenal Islam. PAS berkawan dengan DAP, kita rapat, dan kita boleh cerita Islam pada mereka. Ambo cadang Pemuda buat forum, tajuk ‘Jika Islam tak betul, kami (Melayu) tinggal Islam, tapi jika Islam betul, kenapa you (DAP, UMNO) nak tolak Islam’. Kena jemput berdepan, terangkan tentang Islam. Satu kejayaan apabila mereka sokong Islam walaupun belum memeluk Islam”.

Ditanya apakah aktiviti harian selepas tidak lagi bergelar Menteri Besar, beliau menjawab, “Ambo banyak kena rehat. Ambo suka baca buku. Nampak buku baru, semangat nak baca. Belum sempat habis, nampak buku baru pulak. Lepas tu, suka menulis. Apabila mari cetusan, kena cepat menulis. Kadang-kadang masa nak tidur, mari idea, kena tulis. Kita kena bawa sokmo, kertas dan kalam”. Tok guru turut berkongsi, dalam munajat dan doanya, antara doa yang paling kerap dibaca, “Doa ambo pada mak ayah ambo. Kedua, doa pada orang yang beri ambo makan minum”.  Tok guru turut berpesan, “Banyak-banyak ingat Allah, masa senang dan susah. Kadangkala Allah sengaja uji kita supaya kita sebut ‘Allah’. Senang susah ni makjun hidup. Orang kaya pun ada senang susah. Pak Mat kampung pun ada senang susah. Lazimi zikir, sebutlah apapun, asal hati ingat Allah… Ambo sangat tenang loni”.

“Ambo setakat ni je la, nak rehat”, sambil mengusap dada, ungkap beliau mengakhiri pertemuan. Kala bersalaman selepas bergambar sambil berkenalan dengan kami yang perlbagai profesion, tok guru sebut, “Zaman ambo dulu, ada seorang sahaja lulusan universiti yang terlibat dengan PAS di sini. Kami panggil dia, ‘Deraman Intelektual’. Sekarang ni ramai dah orang bijak masuk PAS”.

Tenang hati mendengar bicara hikmah pada pemuda dari murabbi kami, YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ya Allah, engkau berilah kami kekuatan dan ketenangan.

*Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS Malaysia
Saya belum terbaca sehingga rencana ini ditulis, Dr Asyrab Wajdi membuat penjelasan tentang pendapatnya bahawa Ustaz Kazim Elias telah berdosa kerana menolak tawaran Presiden Umno menjadikannya ahli  Majlis Tertinggi Umno.
    
Apa jenis dosanya? Dosa  besar atau dosa kecil?
    
Dr Asyraf adalah ahli ilmu dan berpengetahuan luas dari angkatan muda, dihormati dan diperhatikan oleh semua.
     
Dia antara dua agamawan yang dilantik oleh Presiden Umno untuk menjadi ahli Majlis Tertinggni Umno selain dari Ustaz Kazim Elias.
    
Dia logiknya tidak mahu berdosa telah menerima perlantikan bersama dengan yang  lain kecuali Ustaz Kazim.
    
Apabila dia menerima tawaran itu, dia tentulah berpahala dan memang orang beriman berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala dan berusaha sedaya mungkin  mengelakkan dosa.
    
Tetapi Ustaz Kazim, jika kenyataan Dr Asyraf itu betul dan tidak diputar belit, tidak peka dengan peluang mendapat pahala, lalu menolak perlantikan itu, maka bukan saja hilang pahala, bahkan terjerumus ke dalam dosa.
     
Saya tidak bercadang untuk mentakwil pendapat Dr Asyraf kerana saya tidak ada keupayaan untuk menyalahkannya dan tentulah dia tidak bercakap sebarangan dan semborono, bahkan bercakap mengikut ilmu dan pengetahuannya.
     
Yang kita nak tahu katagori dosanya ialah dosa besar atau dosa kecil. Adakah dosa itu tidak boleh taubat seperti kesalahan syirik? Moga-moga dijauhkan dari dosa yang tak terampun  itu. Lain-lain dosa selain syirik pintu taubat sentiasa terbuka.
     
Tiada cara bagi orang Islam untuk membebaskan dari dosanya melainkan bertaubat. Yang bukan Islam memang kosong pahala. Palilng nipis dosanya ialah seperti Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW. Dia membantu Nabi SAW menegakkan Islam, tak ada sebarang dosa kecuali tak mahu masuk Islam saja.
   
Dosa yang paling ringan itu azabnya dikatakan berselipar api saja tetapi deritanya menggelegak hingga ke otak.
     
Adapun lain-lain dosa tiadalah yang lebih ringan dari itu.
     
Ustaz Kazim yang dikatakan berdosa itu mesti taubat untuk melepaskan  dirinya dari dosa. Orang-orang soleh seperti aulia dan solihin dulu apabila mengetahui mereka berdosa, mereka bukan sekadar bertaubat, bahkan menangis selagi terasa dosanya belum diampun dan taubatnya belum diterima.
     
Dosa Ustaz Kazim ialah menolak tawaran menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno. Ustaz Kazim orang terkenal, maka taubatnya tidak boleh dibuat secara istighfar seorang diri. Ia mesti dibuat di depan umum. Dia ada peminat dan pengikut. Bagi mengelakkan peminatnya tidak melakukan dosa yang sama sepertinya, maka dia mesti mohon taubat di khalayak ramai, supaya tidak ada lagi orang yang ditawarkan jadi ahli Majlis Tertinggi Umno menolaknya atau sesiapa saja yang dilantik jadi ahli jawatankuasa Umno cawangan dan bahagian tidak  menolaknya.
    
Tiada jalan lain bagi Ustaz Kazim untuk menebus dosanya, melainkan menerima tawaran itu sebelum ia diisi oleh orang lain. Dan dia  mesti menyesali atas perbuatannya itu. Jika jawatan itu sudah diisi, dia tidak dilantik lagi kejawatan itu, adakah dengan dia mengabdikan diri jiwa raga kepada Umno seumur hidup dapat menebus dosanya?
     
Itu semua orang mahu tahu.
      
Sebagai orang yang menjalankan madrasah tahfiz sendiri yang ramai muridnya, dia mesti bertaubat supaya murid-muridnya tidak mengaji dengan orang yang berdosa. Sebagai pendakwah pula orang was-was mendengar pendakwah yang diketahui berdosa.
   
Itulah yang Ustaz Kazim perlu lalui apabila dia didapati berdosa kerana tidak mahu jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tiada ulasan: