• 11 individu dicari polis
1 / 1
SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah mengesan 11 individu bagi membantu siasatan dalam pelbagai kes jenayah yang berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pengesanan 11 individu itu amat diperlukan bagi memastikan kes-kes jenayah di daerah ini dapat diselesaikan.

Menurutnya, 11 individu berkenaan disyaki terlibat dalam beberapa kes termasuklah kes samun, pecah rumah, mendatangkan cedera, curi dalam bangunan dan sebagainya.

“Antara individu yang dikesan ialah Chui Jun Sheng, 28, beralamat MC 117, Pangsapuri Mewah Cheras, Taman Koperasi Ceupacs Batu 12, Selangor; Ahmad Syafiq Zainal, 24, beralamat di Taman Seri Duyung,

Kandang, Melaka; Mohd Rijal Fikri Romlan, 24, beralamat Kampung Sungkop Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah; Mohd Roshidi Hashim, 32, beralamat Kampung Tepus, Parit; Wiraman Satarudin@Haris@Abu Bakar Iris berasal dari Indonesia dan sebelum ini dikatan tinggal di Sitiawan; Muhamad Azizi Anuar Mohd Sharif, 22, beralamat Kampung Changkat Rambai Kampung Gajah.

“Beberapa individu lagi turut dikesan antaranya Mohd Kamel Ramli, 37, beralamat Kampung Kuala Puntin, Keningau Sabah; Mohamed Faizal Mohamed Amin, 35, Petaling Jaya, Selangor; Mohamad Syawal Mohd Sapardi, 19, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor; Mohammad Aznil Abdul Latif, 18, beralamat Kampung Selat Pulau, Pasir Salak; Muhammad Haffiz Azzaman, 22, beralamat di Belakang Klinik Desa Bota Kanan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu tersebut boleh menghubungi talian 05-3713222.