Ditemukan, Injil yang Mengabarkan Kedatangan Nabi Muhammad!
dakwatuna.com – Kairo. Sebuah Injil berusia 1.500 tahun yang menceritakan kedatangan Nabi Muhammad SAW ditemukan di Turki. Kabarnya, Gereja Vatikan telah meminta secara resmi kepada pemerintah Turki untuk melihat Injil yang tersimpan selama 12 tahun di negara tersebut.Menteri Budaya dan Pariwisata Turki, Ertugul Gunay mengatakan sejalan dengan keyakinan Islam, Injil ini memperlakukan Yesus sebagai manusia bukan Tuhan. Fakta ini, sekaligus menolak ide konsep tritunggal dan penyaliban Yesus.
“Disebutkan injil ini, Yesus berkata kepada salah seorang pendeta, bagaimana kami memanggil mesias? Muhammad adalah nama yang diberkati,” kata dia membacakan salah satu ayat dalam Injil seperti dikutip alarabiya.net, Senin (27/2).
Gunay menuturkan dalam injil ini juga disebutkan Yesus sendiri menyangkal menjadi Mesias. Yesus mengatakan bahwa Mesias itu adalah keturunan Ismail yakni orang Arab.
Sebelumnya, Umat Islam sendiri mengklai pesan kedatangan Muhammad SAW juga terdapat dalam injil Barnabas, Markus, Matius, Lukas dan Yohannas.
Gunay mengatakan pihak Vatikan telah meminta salinan injil tersebut saat Injil tersebut hendak diselundupkan ke luar Turki pada tahun 2000. Kini, Injil tersebut berada dalam brankas pengadilan Ankara. Nantinya, Injil tersebut akan diserahkan kepada Museum Etnografi Ankara.
Meski demikian, kalangan Gereja skeptis dengan keaslian Injil tersebut. Seorang pendeta Protestan Ihsan Ozbek mengatakan Injil itu berasal dari abad ke-5 atau ke-6. Sementara Barnabas, yang merupakan pemeluk pertama Kristen hidup pada abad pertama.
“Salinan Injil di Ankara mungkin telah ditulis ulang oleh salah seorang pengikut Barnabas,” kata dia.
Sebab, lanjutnya, ada jeda 500 tahun antara Barnabas dan penulisan salinan Inkjil. “Umat Islam mungkin akan kecewa bahwa Injil ini tidak ada hubungannya dengan injil Barnabas,” ujarnya.
Sementara Profesor Omer Faruk menilai Injil itu perlu ditelusuri lebih lanjut guna memastikan Injil itu dibuat oleh Barnabas atau pengikutnya. (Ajeng Ritzki Pitakasari/Agung Sasongko/RoL)
Redaktur: Retummoc Keyword: Ertugul Gunay, injil, Muhammad SAW, nabi, Omer Faruk, Turki
Harga naik: Pakar ekonomi jangan jadi pengampu
- Dec 20, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menerangkan kepada rakyat mengapa kerajaan Umno BN menjadi ‘gila’ melakukan semua kenaikan secara mendadak bermula 2014, termasuk vukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada April 2015.
Beliau berkata, tindakan Ketua Ekonomis CIMB, Lee Heng Guie dan Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan, Dr Yeah Kim Leng membuat ramalan mengenai inflasi agresif adalah untuk mengurangkan kejutan kepada rakyat.
"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) guna pendekatan ‘conditioning’ minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.
"Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu dibuat oleh pakar kerana pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014.
"Pakar ekonomi ini juga menjangkakan akan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar yakni petrol dan diesel dan rakyat rakyat semakin mula gerun memikirkan mengenai kenaikan ini dan tak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar-pakar ini," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS turut berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menjelaskan kepada rakyat mengapa berlaku defisit fiskal selama 16 tahun dan menjelaskan mengenai dakwaan bahawa negara akan bankrap jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
"Mereka perlu terangkan tentang hutang kerajaan Pusat berjumlah RM543.3 yang menghampiri had pinjaman (statutory limit) 55% nisbah KDNK dalam undang-undang kerajaan BN sendiri seumpama Akta Pinjaman Tempatan 1959.
"Mereka juga kena cerita kepada rakyat, khususnya sejak Najib ambil alih 2009, hutang kerajaan melonjak dua kali ganda. Betulkah hutang ini antara sebabnya juga kerana tadbir urus yang jelek dan tata kelola kewangan yang boros, sarat ketirisan, rasuah serta peruntukan keutamaan yang salah dan songsang (misallocation of fund)?
"Mereka kena terangkan bahawa ramai kata kerajaan memangsakan rakyat kerana memeterai perjanjian-perjanjian konsesi utiliti seperti air, lebuh raya dan elektrik yang jelasnya berat sebelah. Tindakan kronisme ini jelas memperkayakan kroni tetapi sebaliknya membebankan rakyat. Betulkah semua dakwaan ini? soalnya.
Tambah beliau lagi, pakar-pakar ekonomi juga seharusnya berani untuk menyatakan bahawa risiko akibat pengurangan pelonggaran kuantitatif (Quantitive Easing) di Amerika Syarikat masih wujud.
Ini sekaligus bermaksud pengaliran keluar modal bakal berulang seperti baru-baru ini dan masalah imbangan pembayaran di negara-negara seperti Malaysia juga akan terjejas akibat impak ke atas ekonomi global.
"Pakar-pakar ekonomi juga sepatutnya lebih peka terhadap golongan berpendapatan rendah dan terutama yang tidak punya gaji kerana bekerja sendiri seperti nelayan, petani, kerja kampung dan peniaga pasar malam.
"Mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan imbuhan berbanding yang disebut oleh ahli ekonomi tadi. Betul golongan menengah dan menengah mengecapi kenaikan gaji purata 5-6%. Ini tidak termasuk kenaikan kepada ratusan peratus kepada penguasa politik negeri dan sedikit lagi Pusat dan ahli-ahli Parlimen, tapi tidak rakyat teramai," katanya lagi.
Beliau juga berkata, ahli ekonomi juga mesti bertanggungjawab mendedahkan tentang kemungkinan besar Bank Negara Malaysia (BNM) akan terpaksa menaikkan Kadar Pinjaman Semalaman atau OPR ke paras 3.5% hingga 4% sekaligus menaikkan kos pinjaman atau kadar purata pinjaman (Average Lending Rate-ALR).
"Langkah ini terpaksa diambil BNM bagi menangani kadar inflasi dan tekanan inflasi yang telah melebihi atau melepasi kadar simpanan.
"Ahli ekonomi juga kena mengingatkan kerajaan berapa ramai pula akan bakal terbeban dengan kadar pinjaman yang tinggi ini bagi membayar ansuran bulanan mereka. Berapa ramai pula bakal diisytihar muflis atau bankrap?"
"Sementara kita sanjungi peranan ahli ekonomi, kita mengingatkan mereka supaya bertindak professional, berintegriti dan jangan menjadi “pak karut” kerajaan. Bertindaklah mengikut tuntutan maklumat berdasarkan kajian sebenar para ‘analysts’. Peliharalah maruah dan integriti keprofesiolan tuan-tuan," katanya.
GST zalim, bercanggah dengan konsep keadilan Islam
- Dec 21, 2013
- HAZAYANI ZAKARIA
Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi dan Kit Siang pada Majlis Pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi. (Foto: Mohd Nasir Sudin)
KUALA LUMPUR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 jelas bersifat zalim dan tidak adil menurut konsep Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, GST ternyata bercanggah dengan konsep adil dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua orang tanpa mengira kaya atau miskin.
"Perlu difahami konsep adil mengikut Islam (adalah) bukan semua orang kena. Konsep adil mengikut Islam (adalah) mereka yang mampu mengikut kemampuan masing-masing.
"GST ini, yang beli gula satu lori, yang beli gula satu kilogram, semua kena bayar cukai. Ini satu konsep yang salah," kata beliau sewaktu berucap di majlis pelancaran Kempen Faham GST, Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau juga menegaskan, kerajaan juga wajib menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat jika berlaku cukai yang melibatkan kenaikan harga barang keperluan asas yang diguna oleh semua golongan masyarakat.
"Sekiranya berlaku cukai yang menyebabkan kenaikan barangan keperluan orang ramai, maka kerajaan diwajibkan menetapkan harga yang tidak membebankan rakyat yakni barang-barang keperluan mereka.
"Barang-barang keperluan rukun hidup, makanan harian mesti dikawal, pengangkutan ke sana ke mari mesti dikawal, elektrik yang digunakan semua orang mesti dikawal.
"Bukan barang rukun hidup ini diambil peluang untuk dinaikkan cukainya atas nama adil untuk semua. Ini satu konsep yang zalim mengikut Islam," kata beliau di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, sistem percukaian dalam sesebuah negara boleh dihapuskan apabila sumber negara sudah cukup untuk menampung kehidupan rakyatnya.
"Percukaian dalam Islam yang dikenakan termasuk kepada orang bukan Islam, sekiranya sumber negara sudah cukup maka beberapa cukai dihapuskan.
"Di sinilah Pakatan Rakyat pernah mencadangkan tol dihapuskan. Ini boleh buat.
"Tol dibayar kerana membayar kos pembinaan lebuh raya. Sudah tentu dalam masa puluhan tahun sudah cukup bayarannya.
"Mengapa dinaikkan lagi? Bukan nak bayar kos lebuh raya tapi nak bayar pada kerajaan yang tidak mampu mengendalikan kewangan," tegasnya.
Justeru tegasnya, Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang khas tergempar Parlimen bagi membincangkan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat.
"Malangnya sepatutnya keputusan yang dibuat kerajaan mesti melalui rakyat, melalui wakil-wakil yang dipilih. 51 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat (tetapi) tidak boleh mengalahkan 47 peratus yang menjadi kerajaan.
"Kita melihat demokrasi di negara barat yang sungguh-sungguh mendukung demokrasi. Ahli-ahli prlimen kerajaan boleh bangkang kalau kerajaan buat tidak betul. Apa yang berlaku semua ahli parlimen BN mesti menyokong apa yang dibuat oleh sesiapa sahaja kerajaan dia.
"Atas dasar nak memulihkan demokrasi inilah mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen untuk membahaskan masalah-masalah yang berkait dengan rakyat tanpa mengira kerajaan dan pembangkang. Biar ahli-ahli parlimen bebas memberi pandangan mereka. Yang betul kita sokong, yang salah mesti dilawan," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, AAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil NGO dan aktivis yang menentang pelaksanaan GST.
Semua yang hadir juga sebulat suara untuk menyertai Himpunan Amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini bagi menyambut tahun baru 2014 yang disifatkan sebagai tahun kesengsaraan rakyat
Petronas bayar mahal rezab gas syarikat Kanada
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Tindakan Petronas membeli rezab gas syarikat Kanada, Progress Energy
pada harga yang terlalu tinggi berbanding nilaian semasa pasaran perlu
mendapat penjelasan daripada , pengurusan syarikat minyak negara itu dan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, tegas Pengarah Strategik PKR,
Rafizi Ramli.
“Saya telah ajukan analisa kos setiap
tong rezab gas yang dibeli pada harga US$16.42 setong sedangkan
pembelian PETRONAS yang lain pada masa yang sama hanyalah US$7.46
setong.
“Ia memberi gambaran bahawa PETRONAS
membayar dua kali lebih mahal harga rezab gas batuan di Canada
berbanding dengan harga rezab minyak mentah di Brazil yang dibelinya
sekitar tempoh yang sama,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang
dikeluarkan semalam.
Menurut Rafizi, Bloomberg
pada 27 Julai 2012 melaporkan bahawa PETRONAS menawarkan untuk membeli
saham-saham Progress Energy pada harga C$22 sesaham, iaitu 90% lebih
mahal dari harga terakhir semasa saham-saham itu diniagakan di pasaran
saham.
“Alasan yang diberikan untuk menambah
tawaran harga pembelian ialah kononnya kerana ada satu lagi tawaran yang
lebih tinggi dibuat oleh sebuah syarikat.
“Identiti syarikat ini adalah rahsia
dan sehingga kini menjadi tanda tanya syarikat mana yang menyebabkan
PETRONAS menaikkan tawaran sehingga membayar satu kali ganda lebih mahal
berbanding nilaian pasaran,” ujarnya.
Menurut Rafizi, harga saham Progress
Energy kekal stabil di sekitar C$11 dari tahun 2008 dan hanya melonjak
naik satu kali ganda setelah PETRONAS mengumumkan akan membayar harga
yang begitu tinggi.
Bekas pengurus kanan PETRONAS itu
mengingatkan bahawa nilaian semasa harga saham adalah berkait dengan
nilai rezab yang dipegang.
“Pada ketika harga gas melonjak tinggi
sekitar tahun 2008 – 2010, harga saham Progress Energy tidak berubah
menunjukkan nilaian C$11 satu saham itu adalah harga yang dterimapakai
oleh pasaran dan industri.
“Sebab itu saya mempersoalkan kenapa
PETRONAS membayar sehingga 90% lebih mahal bagi saham-saham (bila
diterjemahkan kepada harga setong rezab gas batuan, harga itu lebih dari
satu kali ganda dari pembelian semasa yang lain) Progress Energy
sedangkan harga gas di Amerika Utara jatuh menjunam?” soal beliau.
Menurut Rafizi, alasan bahawa wujud
satu syarikat misteri yang bersaing dengan PETRONAS untuk membeli
Progress Energy meragukan, apatah lagi apabila syarikat-syarikat besar
dunia seperti Shell telah menarik diri dari membida kerana harga yang
ditawarkan oleh syarikat besar dunia ini dilaporkan terlalu rendah
berbanding tawaran harga PETRONAS.
“Perkara-perkara ini menunjukkan ada yang tidak telus dalam urusan pembelian tersebut.
“Saya akan menulis kepada Tun Dr
Mahathir dan Dato’ Kadir Jasin satu laporan lengkap mengenai
perkara-perkara ini agar mereka juga boleh membantu mendapatkan komen
dari pengurusan PETRONAS dan Perdana Menteri,” katanya.
Najib jual aset negara untuk kurangkan defisit
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR:
Pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak dilaporkan akan mengambil
jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang
dari aset-aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran
ekonomi dan mencapai sasaran defisit yang ditetapkan, dakwa Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Memetik laporan terkini dari Bank
Dunia, beliau menyifatkan langkah ini sebagai ‘cukup mengejutkan’ kerana
pentadbiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan
mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaan.
Laporan bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan:
“… the government reaffirmed its
headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This
target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of
the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared
to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources,
including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion
from the securitization of government mortgages…”
Rafizi mengesyakki bahawa rancangan
menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai
sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal.
“Ini bermakna, harta-harta negara ini
telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun
2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.
“Saya memandang serius perkara ini dan
akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin
untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun
Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan
menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam
laporan Bank Dunia.
“Perkara ini akan saya bawa dalam
mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini (semalam) supaya permohonan
sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin,” ujarnya.
Menurut beliau, PKR telah berkali-kali
menegaskan bahawa untuk menurunkan defisit, reformasi ekonomi yang
menyeluruh perlu dibuat, bermula dengan mengekang rasuah dan keborosan.
Langkah ini, jelasnya akan
mengurangkan belanja yang ditanggung rakyat setiap tahun kerana
pendapatan yang diperolehi negara adalah mencukupi.
Malah tambahnya, dengan penjimatan
dalam perbelanjaan kerajaan, PKR yakin sasaran defisit yang lebih rendah
iaitu 3.5% boleh dicapai seperti yang diunjurkan di dalam Belanjawan
Pakatan Rakyat.
“Keengganan Dato’ Seri Najib Tun Razak
memotong perbelanjaan boros kerajaannya menyebabkan beliau mencari
jalan yang menekan rakyat.
“Kenaikan harga barang, pengurangan
subsidi, kenaikan tarif dan yang terkini kenaikan tol adalah berpunca
dari kegilaan Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu mencapai sasaran defisit
tetapi tidak mahu membanteras rasuah,” tegas beliau.
Ahmad Maslan kata GST akan turunkan harga barang
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata setiap tuduhan akan dijawab oleh pasukan GST yang terdiri daripada pegawai kewangan dan kastam.
"Kita akan jawab satu demi satu," katanya kepada media selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2013, di sini semalam.
Beliau juga menempelak pembangkang yang hanya tahu memburukkan usaha kerajaan namun tidak menawarkan alternatif kepada GST.
"Jika GST tidak bagus masakan cukai itu diamal oleh 160 daripada 193 negara di dunia," katanya menambah jika sistem cukai sedia ada diteruskan, harga barang akan terus naik berganda-ganda, justeru bukan pilihan yang baik untuk memantapkan ekonomi negara.
"Pembangkang hanya melabel BN (Barisan Nasional) sebagai 'barang naik' namun saya mahu jelaskan bahawa dalam negara-negara yang melaksanakan GST, barang naik hanya sekejap dan selepas sistem itu difahami, kos perniagaan akhirnya dapat dikurang.
"Ini yang mereka khuatir kerana slogan mereka 'BN barang naik' sudah tidak tercapai kerana dengan GST harga barang akan turun... mana mereka suka barang turun," kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno.
Katanya GST satu sistem pencukaian yang telus dan efisien dan menerusinya kerajaan yakin dapat mengurangkan 'black economy' atau mereka yang lari daripada cukai.
Nampaknya usaha pembangkang menentang GST itu membayangkan mereka mahu membela golongan 'black economy' ini, katanya.
Pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus pada April 2015 itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014.
Serentak itu juga kerajaan memansuhkan cukai perkhidmatan dan cukai jualan, yang kini pada kadar keseluruhan 16 peratus.
Mengenai pengurangan subsidi berperingkat, Ahmad berkata: "Kita tidak akan hapuskan subsidi, tetapi mengalihkannya daripada golongan tersasar kepada golongan bersasar."
"Subsidi bukan suatu yang baik dari segi teori ekonomi dan pada masa ini kita mahu membaiki struktur ekonomi negara supaya lebih tahan menghadapi cabaran di masa depan dan mampu menampung ketidaktentuan di luar sana," katanya lagi. - Bernama
Menteri dakwa belum keluar arahan naik tol
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan Perjanjian Konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya yang mana kadar tol akan dinaikkan pada 2014.
"Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi yang terlibat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan masih lagi mempertimbang langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Katanya ini termasuk mengadakan makmal yang dikendali Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada 2014.
Fadillah menjelaskan sejak 2008, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah dalam mengurangkan beban kewangan pengguna lebuh raya, antaranya penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, untuk 15 lebuh raya.
Selain itu, katanya langkah lain adalah penutupan awal plaza tol dan pemansuhan kutipan tol yang melibatkan tujuh plaza tol.
Kerajaan turut melaksanakan pengurangan kadar tol melibatkan tiga lebuh raya selain melakukan penstrukturan semula kadar tol melibatkan lebuh raya di bawah kendalian syarikat PLUS dan Kumpulan MTD.
Fadillah berkata dalam mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan kesan kepada rakyat, kerajaan juga perlu menghormati Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.
Ini bagi memastikan Malaysia terus mendapat keyakinan pelabur dan tidak menjejaskan usaha meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh dan berdaya saing, katanya. - Bernama
Kronologi pembunuhan & penculikan warga Taiwan di Sabah
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.
15 Nov - Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.
16 Nov - KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.
17 Nov - Polis percaya An Wei Chang (gambar) masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.
18 Nov - Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.
19 Nov - Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.
20 Nov - Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.
21 Nov - Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.
25 Nov - Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.
30 Nov - Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.
1 Dis - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.
2 Dis - Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.
20 Dis - KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan diterbangkan ke Zamboanga City. - Bernama
Tanya ayah alam barzakh petanda anak pergi
KUALA PILAH – “Masih terngiang-ngiang di telinga saya, sewaktu arwah
Nur Khalilatul bertanyakan soalan tentang alam barzakh ketika kami
sedang menonton televisyen bersama.
“Saya sungguh tak sangka soalan itu sebenarnya petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya”, kata bapa mangsa, Husny Zaim Ibrahim, 39.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, Nur Khalilatul Sofiah, 14, maut di tempat kejadian apabila kereta dipandu Husny terbabas di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak, di sini.
Husny bersama isteri, Nur Selawati Ahmad, 39, dan tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Feldajaya Selatan, Jempol ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi menziarahi saudara.
Dia memandu dengan berhati-hati sewaktu melalui Jalan Sungkak, kerana hari semakin gelap bimbang binatang ternakan berkeliaran di jalan berkenaan.
Namun, setibanya di lokasi kejadian, kereta jenis Honda yang dipandunya hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali.
“Saya tak tahu apa yang berlaku. Seingat saya, sewaktu mengawal stereng, tiba-tiba kereta terbabas ke kiri jalan, lalu rempuh tiang lampu.
“Kemudian merempuh sebatang pokok kelapa sawit sehingga menyebabkan kereta saya remuk,” katanya.
Husny berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan selepas menyedari mereka terlibat dalam kemalangan, dia dan isteri mencari anak-anak.
“Saya dan isteri bergegas keluar selamatkan anak-anak. Pintu belakang kereta remuk dan saya cuba pecahkan pintu sebelah kiri.
"Saya lihat arwah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Manakala dua lagi, Nur Syuhadatul Husna, 16, dan Muhammad Abrar Hakimi, 9, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu menghantar mangsa sekeluarga ke HTAN.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak jam 6.50 petang kelmarin.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari arah Sungkak ke Kuala Pilah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan kemudiannya terbabas ke dalam kebun kelapa sawit.
“Namun, kira-kira jam 7.40 malam, pihak kami menerima panggilan HTAN memberitahu seorang penumpang perempuan berusia 14 meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saya sungguh tak sangka soalan itu sebenarnya petanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya”, kata bapa mangsa, Husny Zaim Ibrahim, 39.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, Nur Khalilatul Sofiah, 14, maut di tempat kejadian apabila kereta dipandu Husny terbabas di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak, di sini.
Husny bersama isteri, Nur Selawati Ahmad, 39, dan tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Feldajaya Selatan, Jempol ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi menziarahi saudara.
Dia memandu dengan berhati-hati sewaktu melalui Jalan Sungkak, kerana hari semakin gelap bimbang binatang ternakan berkeliaran di jalan berkenaan.
Namun, setibanya di lokasi kejadian, kereta jenis Honda yang dipandunya hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali.
“Saya tak tahu apa yang berlaku. Seingat saya, sewaktu mengawal stereng, tiba-tiba kereta terbabas ke kiri jalan, lalu rempuh tiang lampu.
“Kemudian merempuh sebatang pokok kelapa sawit sehingga menyebabkan kereta saya remuk,” katanya.
Husny berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan selepas menyedari mereka terlibat dalam kemalangan, dia dan isteri mencari anak-anak.
“Saya dan isteri bergegas keluar selamatkan anak-anak. Pintu belakang kereta remuk dan saya cuba pecahkan pintu sebelah kiri.
"Saya lihat arwah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Manakala dua lagi, Nur Syuhadatul Husna, 16, dan Muhammad Abrar Hakimi, 9, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu menghantar mangsa sekeluarga ke HTAN.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Kampung Sungkak jam 6.50 petang kelmarin.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari arah Sungkak ke Kuala Pilah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu jalan kemudiannya terbabas ke dalam kebun kelapa sawit.
“Namun, kira-kira jam 7.40 malam, pihak kami menerima panggilan HTAN memberitahu seorang penumpang perempuan berusia 14 meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan