Syarikat projek mega langgar peraturan alam sekitar
- Dec 23, 2013
- HARAKAHDAILY
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagaimana dipetik oleh sebuah akhbar harian berkata, sekalipun kementerian menjalankan pendidikan dan kempen kesedaran namun masih ramai melakukan kesalahan.
Walaupun begitu, Lajnah Alam Sekitar PAS Terengganu berpendapat, mengaitkan tindakan pelanggaran kebersihan alam sekitar dengan peningkatan kes wabak denggi cuma satu daripada skop penumpuan penguatkuasaan.
“Sedangkan bahana dari jenayah alam sekitar kepada kehidupan manusia adalah lebih besar dan menyeluruh,” ujar pengerusinya, Dr Azman Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan.
Katanya, kalau sasaran dari penguatkuasaan undang-undang yang menjanjikan hukuman lebih berat ini adalah orang ramai atau rakyat awam, beliau berpendapat bahawa sasaran itu juga menumpukan hanya satu skop yang terhad.
Menurutnya, perlanggaran peraturan alam sekitar hasil dari tindakan rakyat awam kesannya sangat adalah sangat sedikit atau minima.
Sebaliknya, kata beliau tindakan pencabulan alam sekitar secara rakus oleh syarikat-syarikat mega bersaiz gergasi dengan pelaksanaan projek-projek bernilai ratusan juta ringgit adalah isu yang perlu diberikan tumpuan dalam penguatkuasaan undang-undang.
“Denggi adalah satu wabak yang boleh membawa maut. Jenayah alam sekitar yang lain, kesannya juga tak kurang hebat.
“Banjir, tanah runtuh, pencemaran sungai dan tasik, hakisan tanah, musnahnya habitat dan ekosistem semula jadi,” ujarnya lagi.
Kata beliau, kesannya adalah kerosakkan dan kerugian harta benda, kehilangan sumber pendapatan rakyat, kesan sosioekonomi rakyat, kehilangan tempat pembiakan spesis hidupan air yang menjejaskan pendapatan nelayan dan pelbagai lagi.
“Di Terengganu sendiri kita mempunyai senarai panjang beserta data lengkap siri-siri perlanggaran aspek alam sekitar dalam perlaksanaan projek-projek bersaiz mega dengan peruntukan ratusan juta ringgit,” katanya.
Sebahagiannya, kata beliau dilaksanakan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan sendiri.
Azman menambah, pihaknya telah memainkan peranan dari segi aspek penelitian, pengumpulan data dan fakta, kajian di lapangan seterusnya disusuli dengan pendedahan demi pendedahan.
Beliau berkata, semuanya masih dipandang sepi oleh pihak berwajib yang mempunyai autoriti untuk mengambil tindakan.
“Maka, demi menyahut ketegasan Menteri yang bercadang untuk mengenakan hukuman berat terhadap pesalah alam sekitar, Lajnah Alam Sekitar PAS Terengganu menawarkan khidmat percuma untuk membantu membekalkan data, fakta serta hasil kajian kami bagi dimanfaatkan oleh pihak berwajib supaya isu-isu alam sekitar yang membelengu rakyat dapat ditangani dengan sewajarnya,” ujarnya.
Pihaknya juga, kata beliau bersedia untuk duduk semeja, berbincang bagi mencari solusi terbaik atas kapasiti kami adalah pihak yang dekat dengan rakyat serta merasai denyut nadi rakyat,” katanya.
“Laporan EIA atau DEIA yang dikemukakan pihak pemaju, maaf kalau kami katakan, sebahagian besarnya hanyalah lesen bagi perjalanan projek-projek mereka sedangkan hakikat kesan yang sebenar, banyak disembunyikan dari pengetahuan umum,” katanya.
Tiada rakyat Malaysia cedera letupan bom Selatan Thailand
- Dec 22, 2013
- .
Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.
"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi Bernama malam ini. - Bernama
Kelantan realisasi 50 program baru penggal ke-13
- Dec 22, 2013
- ASLANI M
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, lebih 50 program yang ditawarkan kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 lalu diusahakan supaya dapat dilaksanakan.
“Sebab itulah kita adakan konsensus dengan Ikatan Ilmuan Islam bagi memastikan program yang ditawarkan tersebut dapat dilaksanakan.
“Hasil beberapa siri perbincangan sebelum ini telah merumuskan pelan pembangunan negeri dikenali Sistem Perancangan dan Pemantauan Projek Kelantan (S3PK),” katanya ketika merasmikan Konvensyen Intelek dan Graduan Kelantan (i-Grad) di sini semalam.
Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Seranta, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama anggota-anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Dr Ramli Mamat serta Presiden i-Grad, Zamakhshari Muhamad.
Ahmad berkata, pelan rangka kerja itu bagi tempoh 2013-2018 bagi membolehkan rakyat menikmati hasil daripada program kebajikan yang dilaksanakan.
Selain itu ujarnya meneruskan program yang dirancangkan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini termasuk membina lebuh raya rakyat, meningkatkan bekalan air dan membina stadium.
Bagi mencapai matlamat tersebut katanya, penjawat awam negeri hendaklah memikul amanah yang dipertanggungjawab oleh kerajaan sebaik mungkin.
“Biar satu zarah pun kerja buat kita akan diaudit di akhirat kelak. Kalau ada yang tidak menepati prosedur ditetapkan mereka akan berhadapan dengan pendakwaan di hadapan Allah Taala,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan negeri akan memastikan setiap keluarga di Kelantan memiliki rumah kediaman sendiri.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut slogan Satu Keluarga Satu Rumah dilancarkan.
Manakala tanggungjawab membina rumah tersebut diamanahkan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Kita ikut Hang Mokhtar menyanyi ramai-ramai
- Dec 19, 2013
- http://aspanaliasnet.blogspot.com
Isu tol lebuhraya adalah isu lama. Ia
mula menjadi isu kepada rakyat sejak lebihraya bertol mula diperkenalkan
pada awal lapan puluhan dahulu. Semasa itu Samy Velu menjadi Menteri
yang bertanggungjawab terhadap lebuhraya ini, walaupun perkhidmatan ini
diserahkan kepada pemegang konsessi untuk melaksanakan lebuhraya bertol
ini.
Keresahan rakyat dizahirkan melalui berbagai-bagai cara, salah
satunya dari lagu nyanyian Hang Mokhtar. Oleh kerana isu ini isu ‘hot’
sekarang ini, kita ingatkan kembali lagi Ayoyo Samy nyanyian Hang
Mokhtar. Untuk meringankan rasa resah gelisah rakyat yang akan merasakan
ketamakan pemegang-pemegang konsessi bermula Januari nanti kita cuba
bawa menyanyi pula.
Kalau Bung Mokhtar hendak ikut sama menyanyi dengan semua ahli Parlimen pun, lagi baik.
Tol: Masihkah anda ingat?
- Dec 18, 2013
- http://bicaraworld.blogspot.com
KESAS untung 121% dan PLUS untung 69%
Rafizi Ramli bukan seorang yang bercakap
kosong tanpa bukti. Kali ini beliau mendedahkan keuntungan syarikat
pengendali lebuhraya Malaysia mengikut peratus.
Menurutnya, Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara.
Syarikat pengendali Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatat keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.
Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint, berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatat keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara enam peratus.
Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun hingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.
Menurutnya, Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara.
Syarikat pengendali Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatat keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.
Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint, berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatat keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara enam peratus.
Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun hingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.
Bersediakah rakyat ikat perut?
- Dec 19, 2013
- SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.
Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?
Inilah yang merisaukan kita kalau tidak berhati-hati menangani secara bijak untuk mengatasi segala masalah yang kita hadapi sekarang ini. Perlukah dalam keadaan sebegini harga tarif eletrik, harga minyak dan bahan api yang lain serta harga tol hendak kita naikkan lagi dalam keadaan tergesa-gesa dan agak serentak itu?
Diharap ia dapat ditangguhkan sehingga rakyat bersedia dan pendapatan rakyat lebih terjamin lagi. Kalau sekiranya kita mampu berikan gaji sekurang-kurangnya sekali ganda apa yang pekerja dapat dinegara ini ketika ini silakan kerana ia bolehlah dikatakan seimbang tetapi kalau sebaliknya risiko untuk ikat perut sampai terjerut itu berpotensi sangatlah.
Datuk Wahid jangan jadi macam menteri lain
- Dec 17, 2013
- AHMAD AFIF ZULKIPLI
Memetik laporan bajet 2011, kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib pernah mengumumkan kenaikan harga tol tidak akan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Lalu kita ingin bertanya kepada Datuk Wahid, adakah Datuk lupa untuk merujuk kenyataan Perdana Menteri dalam laporan ini dengan terus mengumumkan kenaikan harga tol tahun depan?
Perkara ini seolah-olah dilihat sebagai agenda menguntungkan kroni semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat yang makin tertekan di negara sendiri. Sepatutnya kadar tol semakin rendah berikutan syarikat konsesi mendapat pulangan yang lumayan melalui pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakannya.
Kita sekali lagi menegaskan kepada beliau selaku orang baru dalam kabinet untuk lebih mementingkan nasib dan kesusahan rakyat daripada kepentingan agenda pihak-pihak tertentu. Jika beliau gagal untuk berbuat demikian, kita fikir beliau mungkin boleh melepaskan jawatan sebagai menteri dan kembali berkhidmat bersama Maybank Berhad. Hal ini demi menjaga nama baik beliau melalui reputasi dan kecemermelangan beliau mengurus tadbir Maybank.
Kita melihat kenaikan harga tol ini merupakan siri penderaan seterusnya kepada rakyat Malaysia oleh sebuah kerajaan yang menggunakan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bermula dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, peningkatan tariff elektrik tahun 2014, kenaikan tambang LRT serta monorel dan paling terbaru kenaikan harga tol yang seolah-olah menjadi pelengkap kepada kempen ‘melaksana’ janji Najib.
Anak muda dan mahasiswa komited untuk terus bersama memperjuangkan nasib rakyat khususnya melalui gerakan yang baru dilancarkan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup yang juga turut memuatkan salah satu agenda perjuangan TURUN iaitu untuk mendesak kerajaan mendedahkan perjanjian konsesi tol.
Ahmad Afif bin Zulkipli
Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS
Carilah alasan yang cerdik sikit
- Dec 17, 2013
- HAMBALI AKRAM
Alasan ini, seperti juga seperti sekian banyak alasan – saya sifat sebagai menafikan daya intelektual rakyat atau dengan kata lainnya menganggap rakyat Malaysia ini bodoh-bodoh belaka.
Sebelum ini pun telah banyak alasan seumpamanya keluar dari mulut para menteri yang kebanyakannya berpendidikan tinggi. Antara contohnya ialah jika harga ayam mahal, jangan makan ayam, subsidi gula dikurangkan (harga gula naik) kerana mahu elakkan rakyat kena kencing manis, subsidi minyak dikurangkan (harga minyak naik) tetapi masih rendah berbanding negara jiran, dan banyak lagi – terkini, kalau tak nak guna tol, guna jalan biasa.
Pelik bin ajaib! Itu sahaja yang dapat saya katakan.
Disebalik alasan ini, sebahagian besar rakyat tahu bahawa defisit dalam kewangan negara disebabkan kelemahan dan sifat tamak Umno-BN itu sendiri. Lihat sahaja laporan audit negara. Pelbagai ketirisan yang didedahkan. Malah ketirisan itu berlaku berulang kali tahun demi tahun.
Jika ketirisan yang terpapar dalam laporan audit negara itu dapat diatasi, kewangan negara tidak mungkin mengalami defisit.
Itu yang dilaporkan dalam laporan audit negara! Bagaimana pula ketirisan yang tidak tercatat di situ? Mungkin lebih banyak lagi. Sepatutnya, negara yang dikurniakan dengan pelbagai sumber alam ini menjadi kaya raya dan mewah sama ada kerajaan mahupun rakyatnya!
SEKARANG SIAPA YANG BODOH DAN KENA TIPU??????
Pakatan Rakyat dalam Menifestonta Pakatan harapan Rakyat menjanjikan dalam tempoh 24 jam menang PRU 13 akan turunkan harga petrol diesel dan LPG .. penyokong UMNO/BN tolak mentah-mentah ... mereka gembira kerajaan UMNO/BN naikkan 20 sen seliter ... hapuskan tol dan PTPTN ... tak mau juga .. sanggup di CCRIS, halang keluar negara dan diburu sampai kelubang cacing dan akhir tol dinaikkan dengan alasan perjanjian konsesi dan tidak mau cukai lain di naikkan... turunkan tarif elektrik dalam tempoh 2 minggu pun tidak mau percaya akhirnya dinaikkan 15% mulai bulan depan ... tambang bas dan pengangkutan awam disebabkan harga petrol dan diesel naik .. Astro naik sebab taukenya tidak gentar dan segan dengan pucuk pimpinan UMNO/BN terutamanya Najib Razak.
Nah!!!! sekarang siapa yang bodoh dan kena tipu hidup-hidup oleh UMNO/BN.
Golongan sesat akan menyesal di akhirat kelak
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRISyeikh al-Maghari dalam tafsirnya berkata: “Selepas Allah s.w.t menyebut alam zahir yang menunjukkan tauhid khaliq dan rahmatnya, begitu juga hal mereka yang tidak berakal dengan ayat-ayat yang dibuktikan Allah s.w.t atas keEsaannya, sehingga mereka menjadikan dengan Allah s.w.t sekutu-sekutu yang lain untuk mendapat kebaikan dan menolak kejahatan dan menjauhkan daripada mereka syariah dan agama.
Lantas Allah s.w.t menerangkan kepada orang yang mengikut dan diikut (ketua) pada hari kiamat hingga terdedah hakikat yang sebenarnya pada sudut manusia melihat depan mata mereka azab Allah s.w.t.”
Firman Allah: Iaitu ketika pemimpin-pemimpin (sesat) yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya dan (ketika mereka) melihat azab dan terputus segala hubungan di antara mereka.
Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka. (Al-Baqarah: 166-167)
Firman Allah s.w.t: Iaitu ketika pemimpin-pemimpin (sesat) yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya.
Berkenaan dengan maksud yang diikuti, mempunyai dua pendapat:
Mereka adalah pemimpin atau ketua - inilah pendapat Ibn Abbas, Abu al- Aliah, Qatadah, Muqatil, al-Zajjaj.
Mereka ialah syaitan-syaitan.
Firman Allah s.w.t: Dan (ketika mereka) melihat azab dan terputus segala hubungan di antara mereka.
Perkataan asbab di sini ada empat pendapat:
1. Segala kasih sayang - pendapat Ibn Abbas, Mujahid dan Qatadah.
2. Segala amalan seperti riwayat as-Suddi daripada Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas - pendapat Abi Solih dan Ibn Zaid.
3. Ia adalah hubungan kekeluargaan seperti riwayat Ibn Suraij daripada Ibn Abbas. Pendapat semua di atas.
4. Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya berkata, sesungguhnya setiap yang menghiasi kekufuran dan maksiat kepada yang lain pasti akan berlepas diri daripada mereka hingga syaitan sekalipun, benarlah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud, Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu yakni setelah selesai masing-masing dihitung amalnya dan menerima balasan, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar yakni Allah berjanji melalui rasul-rasul-Nya akan menyelamatkan orang-orang yang beriman dan taat dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu, lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku maka janganlah kamu salahkan daku, tetapi salahkan diri kamu sendiri, Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah tuhan yang kamu sekutukan daku dengan-Nya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Ibn Qutaibah berkata: “Ia adalah sebab-sebab yang mereka berhubung dengannya di dunia. Adapun dinamakannya dengan sebab-sebab kerana pada bahasa sebab, maksudnya tali kemudian dikatakan setiap yang bersambungan dengannya kepada maksud atas sebagai sebab.”
Firman Allah s.w.t: Dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut itu; andainya kami mendapat peluang kembali ke dunia, tentulah kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana sekarang mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan amalan-amalan mereka menjadi penyesalan-penyesalan kepada mereka dan mereka tidak sekali-kali akan keluar dari neraka.
Tertipu
Di sini timbullah kemarahan para pengikut yang tertipu kepada pemimpin-pemimpin yang sesat itu, dan mereka berangan-angan hendak membalas perbuatan pemimpin itu andainya mereka dapat pulang semula ke dunia untuk menyatakan bahawa mereka berlepas tangan dari pemimpin-pemimpin yang lemah yang telah menipu mereka di hadapan pemandangan azab.
Ini adalah satu pemandangan yang mengharukan, iaitu pemandangan perbalahan dan perseteruan di antara para pengikut dengan para pemimpin, di antara para pencinta-pencinta dengan orang-orang yang dicinta. Di sini datanglah satu ulasan yang pedih.
Menjadikan daripada mereka syariah dan agama. Lantas Allah s.w.t menerangkan kepada orang yang mengikut dan diikut (ketua) pada hari kiamat hingga terduduk hakikat yang sebenarnya pada sudut manusia melihat daripada mata mereka azab Allah s.w.t.
Ibn al-Anbari berkata: “Allah s.w.t memperlihatkan kepada mereka segala amalan yang buruk dalam kerugian ke atas mereka apabila mereka melihat balasan kurniaan Allah s.w.t terhadap orang yang beriman daripada amalan soleh mereka.
Beliau berkata: “Dan harus dengan maksud begitu juga Allah s.w.t memperlihatkan mereka segala amalan dan balasan kepada mereka, dihapuskan balasan dan didirikan amalan pada tempatnya.”
Al-Imam al-Qurtubi berkata: “Dengan menaqalkan pendapat Rabi’, iaitu amalan-amalan yang rosak dan buruk yang telah mereka kerjakan menyebabkan mereka dihukum masuk ke neraka.” Ibn Mas’ud dan al-Suddi berkata: “Segala amalan soleh yang mereka tinggalkannya menyebabkan mereka terlepas daripada menghuni syurga.” Diriwayatkan mengikut pendapat ini banyak hadis.
Al-Suddi juga berkata: “Diangkat bagi mereka syurga kemudian mereka melihat kepadanya serta istana-istana di dalamnya kalau mereka taat kepada Allah. Kemudian diberi kepada orang-orang beriman, maka sebab itu mereka berasa amat sesal.”
Iktibar dan pengajaran ayat:
1. Wujudnya azab neraka yang wajib kita imani. Ia termasuk daripada rukun iman, iaitu beriman dengan hari akhirat.
2. Kehidupan manusia tidaklah terhad dan terbatas hanya di dunia sahaja, tetapi jauh daripada itu wujudnya kehidupan yang abadi, iaitu kehidupan di syurga dan neraka. Justeru hendaklah kita berusaha menuju ke syurga dengan beriman dan beramal soleh.
3. Manusia terbahagi kepada dua: iaitu ketua dan pengikut, ketua yang beriman dan soleh sudah pasti membawa pengikutnya ke arah keredaan Allah s.w.t, yang pasti bahagia di dunia dan akhirat, sebaliknya jika tidak masing-masing akan melaknati antara satu sama lain di hari akhirat kelak.
4. Manusia dikurniakan akal fikiran, justeru perlulah lahirkan yang terbaik dalam tindakan, mudah-mudahan boleh memberikan kebaikan dan manfaat di akhirat.
KISAH PALING BENAR !!! MALAYSIA HARI INI !!! !!! SEMUA RAKAN FACEBOOK !!! SEBARKAN SEGERA (MENANGI HADIAH !!! WANG TUNAI) !!! ♥>>>> RM 30,000.00 <<<<♥ "(SELURUH MALAYSIA)" ♥(KOMEN PALING BODOH 1 MALAYSIA)♥ (K.P.B.1.M - 2013) DILANCAR !! KE SELURUH DUNIA !! (OLEH UMNO, UTK KEKALKAN KUASA BN) (PADA PRU - 14) (SELEPAS B.R.1.M, BERJAYA , MERASUAH PENGUNDI, BUTA PULITIK, DI SELURUH MALAYSIA) (MISI (K.P.B.1.M) ( BN KALAH , MACAI AKAN MATI ) (PERSATUAN "MACAI FB" SEMALAYSIA) (KHAS UTK SEMUA MACAI UMNO) (SELURUH DUNIA) *(BILA ORANG BODOH, CUBA KOMEN ?)* ♥♥ (1) (IA PATUT) - MALU PADA DIRI KITA SENDIRI, CUBA KITA FIKIR ,SEBAB APA KITA JADI BODOH ? SEBAB UTAMA, KITA KURANG MEMBACA DAN MENUNTUT ILMU ? ♥♥ (2) (KITA PATUT) - KITA PASTI MALU, PADA KAWAN - KAWAN , YG MANA KAWAN KITA YG BIJAK DAN PINTAR, DPT MENILAI , YG KITA, MMG DAN DISAHKAN BODOH, OLEH MEMBER2 KITA . i) (KURANG MINAT) - MEMBER2 KITA, PASTI MENJADI KURANG BERMINAT SAMADA BERKAWAN & BERNIAGA DAN BERURUSAN DGN KITA DLM SEMUA PERKARA DGN KITA , ii) (BODOH) - SEMUA MEMBER2 KITA YG BERILMU, ANGGAP KITA, MMG BODOH, SUDAH PASTI, MEREKA TIDAK AKAN MEMBAWA KITA ,UTK BERBINCANG APA SAJA YG PENTING !!! iii) (DLM HATI) - SEMUA MEMBER2 KITA , PASTI BERKATA , DIDALAM HATI, KITA HANYA LAYAK BERKAWAN, DGN MEMBER2 YG SAMA2, MACAI DGN KITA SAJA ??? SEBAB KITA !!!!!!! (KITA DARI GOLONGAN - MANUSIA2 YG TIDAK DPT MENILAI, YG MANA BENAR/FAKTA DAN YG MANA SALAH) !!! (3) (MEMBER BERILMU) - BILA MEMBER2 KITA, YG BERILMU, MENILAI KITA (SBG MEMBER JAHIL, TIDAK MINAT MENUNTUT ILMU AGAMA ISLAM DGN TOK2 IMAM, ULAMA, USTAZ2 YG BERADA SEKAMPUNG DGN KITA) (4) KOMEN KITA, BOLEH MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA, DI SELURUH DUNIA, MEREKA BOLEI MENILAI, TAHAP PINTAR, BERPOLITIK RAKYAT MALAYSIA , MASIH BERADA DI ZAMAN BATU !!! ANDA TIDAK DIBENARKAN KOMEN SEKIRANYA, ANDA SALAH SEORANG RAKYAT MALAYSIA, SEPERTI PERIBADI ANDA DIBAWAH : (1) BUTA POLITIK, BUTA MAKLUMAT, BUTA HATI, TAK TAU APA2 TTG POLITIK, TIDAK BOLEH BACA AL-QURAN DAN MAKNA NYA (2) TIDAK FAHAM HUKUM ISLAM DAN APA ITU ISLAM, AL-QURAN & HADITH . (3) TALAM DUA MUKA & SERAMPANG 2 MATA, ULAR AIR, HIDUP 2 ALAM, PUTUS FIUS, KURANG SIHAT, OTAK KURANG PROTEN/VITAMIN C , OTAK KERING DAN KITA LANSUNG TIDAK TAHU APA2 PUN TTG DUNIA KINI , CUMA YG KITA ADA, HANYA, BERPENGALAMAN, FITNAH TERBAIK . (4) TIDAK TAHU APA2 TTG POLITIK, CUMA JADI MACAI, PENCIPTA FITNAH DGN UPAH YG SEDIKIT, DAN MENANGGUNG DOSA YG AMAT BESAR . . SEBENARNYA !!! SEMUA MACAI HANYA TIPU DIRI MEREKA SENDIRI, KEBANYAKAN MEREKA , TERLALU BERGANTUNG HIDUP DGN BN, MEREKA SEBENAR TIDAK TAHU , YG PEMINPIN BN, TIPU WANG RAKYAT , TERMASUK, SEMUA MACAI BN/UMNO, DI SELURUH DUNIA . PEMINPIN MENGAJI MACAI DGN UPAH YG SEDIKIT, SEDANGKAN SEMUA PEMINPIN BN/UMNO MENJADI JUTAWAN DAN ADA YG BILLIONAIRE, MENIPU TANPA HENTI ,WANG RAKYAT UTK KEPENTINGAN KELUARGA & KRONI , DAN SEMUA AHLI UMNO YG BERJAWATAN DARI ATAS SEHINGGA YG PALING BAWAH YAITU JKKK, PENGHULU, KETUA KAMPUNG,(ASAL (BN/UMNO) KAMI DARI - ( CLUB PAKATAN RAKYAT SEMALAYSIA ) - MENASIHATKAN SEMUA MACAI BERHENTILAH DARI MENJADI BARUA BN/UMNO , RASUAH, PECAH AMANAH , SELEWENG WANG RAKYAT, PENIPU UNDI, MAKSIAT DAN PENGHALANG HUKUM ISLAM . (AMARAN - JIKA ANDA SAPERTI SALAH SATU YG DIATAS ,KOMEN JUGA SEBAGAI MACAI KALDAI , SEMUA ORANG BIJAK DAN BERILMI, PASTI MENGATAKAN , INILAH KOMEN ORANG BODOH, DAN TIDAK BERILMU UGAMA, "(BODOH ! MACAM KALDAI TUA)" "(PUN MINAT, NK KOMEN JUGA !!)" PENAJA RASMI : - (KAJI OTAK MACAI & KOMEN AWAM) (CLUB PAKATAN RAKYAT SEMALAYSIA) MACAI BN/UMNO DISAHKAN :; (VIRUS PEROSAK POLITIK) DAN KITA KENA CARI !! KITA TERUS BONGKAR !!! APAKAH MASALAH, MACAI BN DIATAS!!! SILA BERI KOMEN YG TERBAIK ? KOMEN SEGERA !!!' OK (HADIAH RM 30.000 - KOMEN TERBAIK) (TARIKH TUTUP KOMEN PADA 30/6/2014) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥ SEMUA (RAKAN FB) ! AYUH !!! SHARE ALL !!! SEGERA !!! (KESELURUH DUNIA) "(HADIAH UTAMA = RM 50.000)" (SEMUA (RAKAN FB) MALAYSIA) ♥♥ (ANDA PERLU MEMBACA DGN TELITI, DAN JAWAB, SECARA (ONLINE 24 JAM) , UTK MEMENANGI (RM 50K) ♥♥ (HADIAH UTAMA RM 50 .000 !!!!) *(JAWAPAN DAN KOMEN TERBAIK)* (TERBUKA KPD SEMUA PARTI DI MALAYSIA (BN , UMNO , PKR , PAS , DAP) (♥♥ KAJI SELIDIK SALAHLAKU PEMINPIN DARI TAHUN 1982 - 2013 ♥♥) >>> ANDA PERLU PILIH, YG MANA BENAR DAN YG MANA FITNAH TTG KENYATAAN KAMI ??? SOALAN : - (1) NEGARA MALAYSIA ADALAH ANTARA, NEGARA PALING, RASUAH DI DUNIA . (2) PEMINPIN BN/UMNO, ANTARA PEMINPIN PALING RASUAH DAN PALING KEJI, DI DUNIA . (3) 90 % PEMINPIN MALAYSIA, MMPUNYAI KEKAYAAN, PALING LUAR BIASA, DI DUNIA . (MUNGKIN MEREKA DPT WANG YG JATUH DARI LANGIT) (4) MALAYSIA, ANTARA NEGARA, PALING PENIPU DLM PILIHANRAYA, DI DUNIA (5) MALAYSIA - SPRM ADALAH YG PALING LEMAH DAN BERAT SEBELAH DI DUNIA YG DIKUASAI OLEH BN/UMNO SEKULAR ? (CONTOH - BODOH/CUAI TIDAK BOLEH DI DAKWA) (6) RAKYAT MALAYSIA ANTARA, PALING BYK TERIMA RASUAH UNDI DARI BN , DI DUNIA. (7) MALAYSIA, ANTARA, PEMINPIN PALING RASUAH ,PALING TAMAK, BODOH, BOROS, MENGUNA WANG RAKYAT UTK KELUARGA DI DUNIA . (DIPANGGIL,FAMELY PLANNING) (8) MALAYSIA - MEDIA/TV MALAYSIA, ADALAH ANTARA, MEDIA/TV PAING PENIPU, FITNAH, BERAT SEBELAH DAN ULANG TAYANG BERITA YG SAMA, TRBANYAK DI DUNIA . (9) MENTERI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN TERKAYA, DI ASIA, DGN PINTAR, MENIPU WANG RAKYAT , UTK KELUARGA / KRONI DAN PEMINPIN KANAN BN. (10) MALAYSIA NO 2, CUKAI KERETA , PALING MAHAL DI DUNIA, SELEPAS SINGAPURA . (10) MALAYSIA - HARGA BARANG PENGGUNA ANTARA , YG TERMAHAL DI DUNIA. (11) PEMINPIN DI MALAYSIA, ANTARA PEMINPIN ISLAM/KADI YG PALING RAMAI DI DUNIA,, MENGHALANG HUKUM HUDUD, DILAKSANAKAN DI MALAYSIA . ♥ (12) UNDANG2 MALAYSIA DAN MAHKAMAH, ANTARA , YG PALING TAK ADIL, DI DUNIA. (CONTOH - TERIMA RASUAH RM 5.000 - PENJARA 7 TAHUN & RASUAH LEBIH DARI 1 JUTA - PENJARA HANYA 12 BULAN SAJA . ♥ (13) MALAYSIA - SPR MALAYSIA ,ADALAH ANTARA , SPR PALING PENIPU PILIHAN RAYA, DI DUNIA MODEN. ♥ (14) ISTERI PEMINPIN ISLAM, DI MALAYSIA, ANTARA , YG PALING BYK DEDAH AURAT, BOROS, WANG RAKYAT, DI DUNIA . ♥ (15) MALAYSIA - MASJID DI MALAYSIA ANTARA MASJID, YG PALING KURANG PENDUDUK, SEMBAHYANG BERJAMAAH, DI DUNIA. ♥ (16) MALAYSIA - PEMINPIN MALAYSIA ANTARA PEMINPIN, YG PALING RAMAI MINAT K-POP, DI DUNIA. ♥ (17)MALAYSIA - PEMBERIAN WANG ZAKAT DI MALAYSIA, ADALAH ANTARA , YG PALING TAK ADIL DI DUNIA . ♥ (18) MALAYSIA ANTARA , PUSAT JUDI DAN ARAK, TERBESAR DI DUNIA . ♥ (19) MALAYSIA ANTARA , NEGARA ,YG PALING RAMAI , WANITA ISLAM, YG DEDAH AURAT, DI DUNIA. ♥ (20) MALAYSIA ANTARA , NEGARA YG MEMPUNYAI PALING BYK MACAI FITNAH , EDIT PHOTO DAN VIDEO DI DUNIA. ♥ (21) MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI KADI , YG TAK BERMINAT DGN HUKUM ISLAM, DI DUNIA ♥ (22)MALAYSIA - PEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA , ANTARA, PEMANDU PALING TIDAK BERTIMBANG RASA, DI DUNIA . ♥ (23) MALAYSIA - SEJARAH, SELANGOR, ANTARA ,NEGERI DI MALAYSIA, YG MEMPUNYAI SIMPANAN WANG MELEBIHI 2 BILLION, DI MALAYSIA ♥ (24) MALAYSIA - TNB, CAJ ELETRIK DI MALAYSIA, ANTARA ,YG TERMAHAL DAN IPP TRBYK, DI DUNIA. ♥ (25) MALASIA ANTARA NEGARA YG PALING BYK JLN BERTOL DAN CAJ PENGUNA, ANTARA ,YG TERTINGGI DI DUNIA . ♥ (26) MALAYSIA - ISU BANJIR , PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIS ANTARA , YG PALING BURUK , TERMASUK TEMPAT PERPINDAHAN, DI DUNIA KINI . ♥ (27) 48 % RAKYAT MALAYSIA ANTARA , RAKYAT PALING BODOH DI DUNIA , DALAM MEMILIH PEMINPIN YG CEKAP , BERSIH , ADIL , TELUS DAN TIDAK DPT MENILAI YG MANA BENAR DAN YG MANA SALAH, DI SELURUH DUNIA . ♥ (28) DATUK SERI ANWAR IBRAHIM , ADALAH ANTARA PEMINPIN , YANG PALING BYK DIFITNAH OLEH UMNO/BN, DI DUNIA. ♥ (29) DI MALAYSIA - NEGERI TRANGGANU ADALAH ANTARA NEGERI - NEGERI DI SELURUH DUNIA , YG PALING BYK , BANGUNAN, DAN MASJID RUNTUH, TANPA SEBARANG, BENCANA ALAM, DI DUNIA . ♥ (30) TAIB MAHMUD, ADALAH ANTARA MENTERI , YG PALING BIJAK ,CURI WANG RAKYAT , TIDAK DPT DISIASAT, MEMERINTAH PALING LAMA DAN KAWIN PALING BYK, DI KALANGAN MENTERI 2 DI SELURUH DUNIA ... ♥ (31) BUNG MOKTAR, ANTARA RAKYAT MALAYSIA, YG PALING BODOH, DPT MEMJADI WAKIL RAKYAT, DAYUS DAN ANTARA PEMINPIN ,YG PALING KEJI, DI DUNIA . ♥ (32) MALAYSIA - MUNGKIN NEGARA PERTAMA, YG MENJUAL PULAU MALAYSIA KPD NEGARA JIRAN, TANPA SEBARANG, PAKSAAN & TEKANAN, DI DUNIA, (PULAU BATU PUTIH). ♥ (33) NEGERI PERAK - ADALAH NEGERI YG PERTAMA DI DUNIA, PERSIDANDANGAN DUN NEGERI DIADAKAN , DI BAWAH POKOK DI IPOH , PERAK . ♥ (34) DI MALAYSIA - PERAK DIRAMPAS OLEH BN , TIDAK MENGIKUT UNDANG , ADALAH SEJARAH PERTAMA , DI MALAYSIA, SELEPAS POTUGIS, MENYERANG MALAYSIA TAHUN 1511. ♥ (35) MALAYSIA ADALAH NEGARA , PERTAMA DI DUNIA , (BLACKOUT, SELURUH NEGARA) KETIKA KIRAAN UNDI DLM PRU 13 (BERTUJUAN UTK MENIPU, KIRAAN UNDI) ♥ (36) DI MALAYSIA - ADALAH NEGARA BEBAS MENGUNDI SEMASA PILIHAN RAYA, SELURUH PENDUDUK DI DUNIA, YG WAJAHNYA SEIRAS RAKYAT MALAYSIA, DI BERI I/ C SEMENTARA UTK MENGUNDI DI MALAYSIA, RAKYAT BANGLADESH MERUPAKAN PENGUNDI TRBANYAK YG DIBERI I/C UTK MENGUNDI, DI DUNIA . ♥ (37) MALAYSIA MEMPUNYAI PALING RAMAI, ORANG BODOH DAPAT JADI ADUN/PARLIMEN/ MENTERI, DI DUNIA . . ♥ (38) INSURAN KENDERAAN, DI MALAYSIA , ANTARA YG PALING MAHAL DI DUNIA . ♥ (39) MALAYSIA PUSPAKOM - PUSPAKOM ADALAH, MEMPUNYAI PALING RAMAI , KAKITANGAN / PERKERJA, YG TERIMA RASUAH, DI MALAYSIA, SELEPAS PEMINPIN BN/UMNO , DI MALAYSIA . ♥ (40)MALAYSIA - AYAH PIN ADALAH PALING BIJAK, PEMBAWA AJARAN SESAT DI DUNIA , SEHINGGA KINI IA TIDAK DPT DITANGKAP OLEH SEMUA PIHAK BERKUASA DI MALAYSIA . ♥ (41) MALAYSIA - AKHBAR PENYOKONG KERAJAAN, ADALAH , AKHBAR PENYEBAR BERITA PALSU, DI DUNIA, DAN AKHBAR YG PALING BYK KALAH SAMAN , DI DUNIA. ♥ (42) DI MALAYSIA ANTARA ORANG ISLAM YG PALING BYK JADI, PENGURUSI , KEGIATAN PERJUDIAN DAN ARAK DI DUNIA . ♥ (43) KEBANYAKAN PENYOKONG WANITA ISLAM UMNO, YG PALING RAMAI ,TIDAK MENUTUP AURAT YG DIBENARKAN OLEH ISLAM, DARI PARTI LAIN DI MALAYSIA, KEBANYAKAN ANTARA YG PALING KURANG PENDIDIKAN ISLAM DI DUNIA . ♥ (44) PEMINPIN MALAYSIA - KENYATAAN YG PALING JAHIL DI DUNIA , SEJAK NABI ADAM HINGGA SKRG , IALAH, (TIADA UMNO - MELAYU AKAN MATI) SAH SYIRIK DAN JATUH AQIDAH ISLAM. ♥ (45) 45 % RAKYAT MALAYSIA, HANYA BERGANTUNG HIDUP DGN BN, MELALUI, BR1M, PR1M, SR1M,SL1M, BPIM, TR1M, DAN ANTARA RAKYAT YG TERBANYAK BERGANTUNG HIDUP DGN KERAJAAN DI DUNIA (FALSAFAH MEREKA HANYA SATU - (TIADA UMNO , MEREKA PASTI MATI ???) ♥ (46) PEMINPIN KERAJAAN ADALAH YG PALING BIJAK BERNIAGA, DI DUNIA (CONTOH BIJAK - BELI JAM DGN HARGA RM 100 = CLAIM DGN HARGA RM 1.800 = UNTUNG - RM 1.800 - 100 = RM 1.700) BIJAK DAN PINTAR. ♥ (47) MALAYSIA - ADALAH ANTARA UNDANG2 TERBAIK DI DUNIA, YAITU, MANA PESALAH RASUAH & PECAH AMANAH, YG PANDAI PURA2 CUAI & BODOH, TIDAK BOLEH DI DAKWA DI MAHKAMAH MENGIKUT SPRM JAKUN . ( JIKA ANDA TK NK DIPENJARA JIKA BERSALAH, ANDA DINASIHATKAN BERPURA2 BODOH DI HADAPAN SPRM . ANDA PERLU PILIH : - SOALAN :- ♥ (1) (NOMBOR BERAPAKAH, YG ANDA FIKIR KENYATAN DIATAS, ADALAH BENAR @ NOMBOR BERAPA PULA YG DIKIRA (FITNAH) ,MENGENAI MALAYSIA ??? ♥ (2) ATAU ADAKAH SEMUA YG KAMI TULIS ADALAH BENAR SATU KENYATAAN YG BENAR JIKA JAWAPAN SEMUA DIATAS ADALAH BENAR ?? ♥ (3) JIKA KENYATAAN DIATAS SEMUA BENAR ? (SILA KONGSI DGN SEGERA) (UTK DISEBARKAN KE SEMUA RAKAN FB DI SELURUH DUNIA) .. ♥♥ (SILA JAWAB SEGERA BERSERTA BUKTI , JAWAPAN YG ANDA PILIH) ?? ♥♥♥ (MASA HANYA DIBERI (1 JAM) UTK JAWAB SEMUA KENYATAAN INI) ♥♥♥♥ (JAWAN ANDA HENDAK DIHANTAR (SECARA ONLINE) SELEWAT-LEWATNYA (PADA 30/6/2014 (SEBELUM JAM 12 TENGAH MALAM , WAKTU MALAYSIA) KEPUTUSANNYA:- DAN PENGUMUMAN PEMENANG, PADA 1/7/2014 (KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUTAMAD) CARA KIRAAN MARKAH :- 1) BENAR - JUMLAH = ???????? 2) FITNAH - JUMLAH = ??? 3) KOMEN TERBAIK . 4) SHARE TERBANYAK = ????? TERMA /SYARAT :- PENAJA RASMI OLEH :- (CLUB PAKATAN RAKYAT SEMALAYSIA) ♥♥♥ (SEMUA RAKAN FB, DIJEMPUT MENJADI AHLI ( CLUB PAKATAN RAKYAT SEMALAYSIA ) KAMI MERHARGAI SOKONGAN ANDA, MEMBAWA PERUBAHAN POLITIK MALAYSIA) ♥♥♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan