KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI PULAU LANGKAWI MALAM TADI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN SETELAH USTAZ KAZIM ELIAS SUDAH MENJADI PENYOKONG TEGAR UMNO???
Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hana, Pekan Kuah,Langkawi, Kedah Darul Aman pada 21.12.2013 dimana diberitakan bukan sekadar ratusan yang haadir tetapi puluhan ribu.
Orang ramai melimpah ruah sampai terpaksa duduk bersila atas jalan diluar kawasan masjid.
Langkawi kawasan UMNO dikatakan cukup kebal teguh sudah mula goyah dan rapuh.
Ingatkan apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tak Jadi, Ustaz Kazim Elias dan Ketua Dewan Ulama Muda Sedunia, Ustaz Fathul Bari sudah menjadi penyokong tegar UMNO rakyat dikawasan kuat UMNO sudah pasti tidak terliur nak dengar ceramah dan kuliah yang disampaikan oleh pendakwah mirip dan condong kepada PAS/PR.
Rupa-rupanya silap besar sangkaan sebegitu ... lagi ramai berduyun yang datang hadir .. membuktikan ilmu yag disampaikan oleh pendakwah mirip dan condong kepada PAS/PR jauh mendapat sambutan dan perhatian serta tumpuan dibandingkan dengan ceramah yang disampaikan golongan ugama dari UMNO.
Suatu kebenaran yang tidak boleh di sangkal.
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NANTI IBRAHIM ALI MALU ... PERKASA KINI MERUPAKAN PERTUBUHAN GABUNGAN UMNO DENGAN PAS?????
TAHUN 2011 DULU PERKASA AMBIL ALIH PERANAN PAS .. TAHUN 2013 AKAN AMBIL ALIH PERANAN UMNO PULA!!!!
Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera,
Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.
Itu cakap berdegar-degar besar Encik Ibrahim b Ali hari ini 22hb Disember 2013 ...
Ini cakap-cakap lawak jenaka karut marut beliau pada 14hb Ogos 2011 pula.KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.
Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.
‘‘
Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.
“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Nampaknya PERKASA kini adalah gabungan antara PAS dengan UMNO ...Ibrahim Ali sebagai PM dan Zul Noordin sebagai TPM ... KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH KWAH.
AKHIRNYA TV3 MENJADI SUARA RAKYAT ... AJAK RAKYAT BERJIHAD LAWAN UMNO/BN????
Adakah TV3 sudah insaf akan perbuatannya selama ini? .. Aatau sudah nampak cahaya kebenaran betapa selama ini membuat gerak kerja jijik kotor mencaci cerca, menipu dan memfitnah Pakatan Rakyat dengan segala bentuk cerita karut marut?
Inilah apa yang Omak Kau dapat tafsirkan dengan kenyataan dari pembaca Buletin Utama TV3 yang mengajak rakyat Kelantan berjihad lawan pembangkang .... Pembangkang di Kelantan Darul Naim ialah UMNO/BN sebab parti pemerintahnya ialah PAS/PR .... Jelas sekali TV3 menyeru berjihad melawan UMNO/BN.
Ini adalah suatu seruan yang amat tepat dan bijak sekali .. Ini baru betul nampak cerdik dan bijak.
Tahniah!!! Kerana sudah insaf dan celik hati, jiwa dan minda.
21 Disember, 2013
Azhar Redang shared Tajuddin Al Hammam's photo.
Warga Internet Mengamuk Gara-Gara Bengang Status Terbaru Najib Di Facebook
Bila rakyat semakin benci.. buat apa
semua tak jadi. Terbaru post di fb Najib teruk kena belasah oleh
pengguna fb. Kebanyakannya memberi komen-komen pedas, Addin cuba jugak untuk memberi komen tapi dah kena ban dengan admin fb Najib.
Najib kononya nak
tunjukan keprihatinan dengan menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup,
yang bertujuan merangkan langkah-langkah susulan untuk meringankan beban
rakyat.
Namun menerima kritikan pedas dari pengguna fb, saksikanlah petikan komen-komen tersebut..
Nampaknya Najib cuba menutup
kesalahannnya dengan menaikkan harga barang. Jikalau ikhlas untuk
membantu rakyat, sepatutnya kenaikkan harga barang perlu di elakkan.
Rata-rata rakyat mungkin berpendapat biar gaji tidak naik asalkan harga
barang murah..
Inilah kerja pemimpin Melayu, negara kita
- Dec 21, 2013
- HARAKAHDAILY
Menurutnya, orang Umno sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyidin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara.
“Jika pemimpin ini ditukar yang menggantinya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik,” tulis beliau di dalam blognya Sakmongkol Ak47 sebagaimana di bawah.
Hari hari pemimpin UMNO pekik sana dan sini, merekalah pejuang Melayu. PM pun sendiri tidak jemu2 menyebut bahawa dia dengar keluhan rakyat. Kepada pengakuan demikian, kita bolehlah menjawab, orang lain pun mendengar jugak. Soalnya, PM dengar apa dia hendak buat?
Isiu pokok negara kita hari ini ialah kepimpinan. Saya tidak tahu apa lagi yang kita mahu cakapkan - PM yang kita ada ini jadi MP sejak tahun 1976 lagi. Dah jadi timbalan menteri, menteri, duduk di bawah 3 PM, jadi TPM dan akhirnya jadi PM masih tidak membentuk jatidiri kepimpinan yang tersendiri dan kebijaksanaan seorang negarawan. Inilah PM Malaysia yang menyandarkan semua keputusan kepada rumusan consultants. Sejak tahun 2009, kerajaannya belanja RM7.2 billion untuk khidmat pakar runding. Tidak juga ekonomi Malaysia jadi lebih baik.
Kerajaan pimpinan DS Najib menjahanamkan masa depan negara. Habislah harta negara ini dijual. Dan pajakan kerajaan dijadikan cagaran pinjaman. Ini yang disebut oleh YB Rafizi Ramli yang memetik Laporan Bank Dunia: Malaysia Economic Monitor, December 2013 ms 10. Lapuran itu menyebut di bawah kepala tajuk:-
Fiscal and monetary policies still accommodative but shifting to neutral
The Federal government moves more decisively towards fiscal consolidation
15. The government is expected to meet its headline deficit target for 2013 as additional non-tax collections offset higher expenditures on subsidies
.
Despite estimated operating (current) expenditures exceeding their budgeted 2013 allocations by RM 14.3billion (7.1percent) and slightly worse GDP growth compared to the previous year’s forecast, the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0 percent of GDP vs. 4.5 percent in 2012).
This target will be achieved through additional tax revenues(Figure 13). Of the additional RM11.8billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4billion originated from non-tax sources, including M1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages. Moreover, the government has also continued to underspend on development expenditure.
Harta apakah yang dijual bernilai RM1.4 billion itu? Dan apa mortgages kerajaan yang digadai bernilai RM4.2 billion? RM5.6 billion daripada hasil bukan- cukai RM7.4 billion adalah 2 perkara ini.
Jadi ini rupanya kerja kau orang ya - belakang rakyat, harta kepunyaan negara dijual dan pajakan kepada kerajaan dijadikan gadaian. Depan orang bukan main lagi bersyarah mengenai kepimpinan yang terbaik untuk bangsa Melayu.
Inilah kerajaan yang cakap besar mengenai menepati janji dan belanja berhemah yakni belanja mengikut kemampuan. Mak bapak kita dahulu kalau takde duit jual itik ayam, kerbau lembu dan gadai tanah dan harta benda lain pada chettiar.
Setelah 56 tahun merdeka, kerajaan UMNO pun buat perkara yang lebih kurang sama-menandakan betapa merudum sekali kualiti kepimpinan negara ini. This is a country with mediocre leadership.
Harta benda rakyat ini dijual kepada negara asing atau kepada rakyat sendiri? Perbuatan ini adakah sah di sisi undang2 atau tidak? Constitutional atau tidak? Penjualan aset negara tidak boleh dilakukan oleh kerajaan DS Najib tanpa melanggar undang2 dan kebenaran mesti diperolehi dari parlimen. Penjualan aset tidak pernah dibentangkan dalam parlimen. Jika demikian, kerajaan telah menyembunyikan penjualan aset negara.
Rupa2 nya kerajaan yang tidak berkualiti kepimpinannya ini dalam senyap2 telah menjual dan bergadai untuk menutup lubang defisit yang mereka sendiri ujudkan.
Bagaimana kita mahu meletakkan masa depan negara dalam tangan kepimpinan mediocre ini? Ini bukan soal cina nak ambil kuasa Melayu, Melayu hilang kuasa atau tidak, raja2 Melayu dinyahkan, atau isiu agama Islam Melayu diancam. Ini ialah isu kepimpinan negara - noktah.
Janganlah kita terus menyokong kepimpinan UMNO membabi buta hanya semata mata pemimpinnya sebangsa dengan kita. Orang UMNO sendiri janganlah taksub memikirkan bahawa hanya DS Najib sahaja yang boleh memimpin parti mereka, atau Muhyiddin sahaja yang layak, atau Hishammuddin sahaja atau mana pemimpin yang jadi pak turut sahaja yang boleh memimpin negara. Jika pemimpn ini ditukar yang mengganti nya tetap juga Melayu. Janganlah orang Melayu memikirkan bahawa Melayu dari perdu ini sahaja yang boleh memerintah dan mentadbir negara dengan lebih baik.
Mahfuz: Manifesto BN terbukti cakap kosong
SHAH ALAM – Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap
kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan
terbaharu isu kenaikan harga tol.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.
“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.
“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka.” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, isu siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.
“Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat.” katanya
Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.
Ini suatu mesej jelas, tegas tapi panas yang mau disampaikan kepada rakyat betapa gas memasak LPG bakal dinaikkan.
Berita yang pasti tidak disukai oleh rakyat jelata tetapi amat digemari disambut dengan rasa bersyukur dan ucapan jutaan terima kasih dari para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN.
Apa guna dan faedahnya memberikan undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN jika tidak diberi hadiah dengan pelbagai kenaikkan harga barang. .. lagi tinggi kenaikkan lagi dipuji dan digemari oleh para pengundi UMNO/BN PRU 13 lalu.
Para penyokong, pendokong dan ahli UMNO tidak gemar kepada barang-garang keperluan harian diturunkan, PTPTN dihapuskan, tarif elektrik di kurang, tambang LRT,Komuter dan semua jenis pengangkutan awam di kekalkan, harga petrol dan diesel diturunkan .... perkara yang meringakan beban rakyat hanya menyusahkan rakyat bagi pandangan mereka.
Tahniah para penyokong, pendokong, pejuang dan ahli UMNO .. Kerana kalian rakyat Malaysia kini makin tertekan hidup mereka .. BN Beri Nikmat Uuuuuu....
Tugas rakyat ialah untuk membina negara ini menjadi negara yang bermutu
rakyatnya, tinggi tahap ekonominya, bersih daripada rasuah dan
penyalahgunaan kuasa dan mengikut apa termaktub dalam Perlembagaan yang
tertulis sebelum kemerdekaan dahulu.
Kepimpinan sekarang tidak melalui kesusahan seperti yang terdahulu daripada Dr Mahathir Mohamad memimpin. Mereka ini hanya menjahanamkan apa yang terbentuk semasapPra Dr Mahathir dahulu. Yang kita nampak hanyalah pembangunan ‘material’ dan fizikal yang sangat mahal sahaja. Tidak nampak pembangunan ‘mental’ manusia, malahan mentaliti kita di Malaysia tidak ubah seperti mentaliti manusia di Afrika sahaja.
Yang terbentuk pemimpin kita hanya pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat’ berglamour’ dan bersuka ria dengan membelanjakan wang rakyat secara ‘lavish’ seolah-olah wang itu dipetik daripada pokok sahaja. Tidak boleh nampak duit dan harta, air liur mereka akan meleleh seperti anjing nampak tulang.
Pemimpin yang berkelakuan seperti ‘orang baru turun dari bukit’ ini
selalunya akan berbelanja banyak. Mereka baru mendapat peluang
berbelanja. Mereka akan cuba untuk menaiki tangga sosial tanpa had waima
dengan menggunakan wang rakyat yang banyak. Jika tidak mempunyai
kelayakan untuk menggunakan jet, mereka akan menggunakan Kabinet untuk
meluluskannya. Yang penting, bagi mereka hidup ini sementara dan tidak
lama, ‘kita balun cukup-cukup sementara kesempatan ada’.
‘Orang yang baru keluar dari bukit’ ini jika diberikan kuasa dan pengaruh, mereka akan menggunakan kesempatan untuk menunjuk-nunjuk kerana mereka ini selalunya banyak sangat perkara yang hendak mereka tutupi. Mereka seperti ini, jika baru mendapat kekayaan, mereka inginkan semua orang tahu mereka kaya dan berpengaruh dan mereka selalunya amat suka diampu. Mereka akan melayan orang yang selalu memberikan ‘amusement’ daripada pengampu di keliling yang ingin mendapatkan keuntungan daripada sifat mereka yang ‘ulu’ itu.
Tun Sharifah Rodziah, Tun Rahah, Tun Suhaila dan Tun Hasmah merupakan isteri-isteri perdana menteri yang disukai ramai kerana sifat kewanitaan mereka dan tahu untuk meletakkan diri mereka kena pada tempatnya. Jika kita kaji latar belakang mereka yang saya bariskan ini, mereka adalah daripada keluarga elok cara didikan keluarga mereka. Mereka ini sudah biasa dengan hidup dalam keluarga ‘aristokrat’ lama dahulu yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi.
Lahir sahaja mereka ke dunia ini mereka sudah berada di tahap ‘sosial’ yang tinggi dan tidak perlu melakukan perkara pelik yang dibenci orang. Isteri-isteri atau wanita-wanita yang saya sebutkan tadi tidak perlu menunjuk-nunjuk dan mereka tidak perlu hendak memberitahu apa mereka ada. Wanita-wanita yang saya sebutkan ini, jika mereka memakai pakaian yang murah pun akan nampak sebagai pakaian mahal-mahal.
Itu sebabnya semasa mereka menjadi wanita kepada ketua kerajaan tidak ada isu menjolok mata yang mereka lakukan secara terbuka. Kehidupan mereka begitu ‘natural’ dan tidak memerlukan orang di keliling untuk mengampu dan tidak pula mempengaruhi kerajaan untuk meluluskan apa-apa kerana itu bukan bidang yang mereka perlu terlibat. Mereka tidak mempengaruhi Kabinet untuk meminta penerbangan jet eksekutif kerana jika mereka lakukannya, belum tentu Kabinet di zaman itu akan meluluskan permohonan itu. Kabinet dahulu mempunyai pengaruh ke atas perdana menteri dan tidak mudah untuk memikirkan melakukan kerja tidak baik itu.
Tetapi Kabinet sekarang adalah ‘subservient’ kepada isteri perdana menteri kerana mereka tahu perdana menteri akan sentiasa menyebelahi isterinya tanpa memikirkan baik buruknya.
Dalam negara menghadapi krisis kewangan yang kronik sekarang ini, perbelanjaan yang ‘unnecessary’ untuk isteri perdana menteri ini amat memeritkan jiwa untuk menerimanya. Najib sibuk sekarang melakonkan watak ‘bersama rakyat’ sedangkan apa yang sebenarnya beliau lakukan adalah sebaliknya.
Najib masih berbelanja dengan boros dan beliau mengatakan yang kenaikan kadar tol dan tarif elektrik tidak dapat dielakkan. Tetapi hakikatnya masalah kewangan yang kita hadapi sekarang ialah kerana pengurusan kewangan tidak baik dengan keborosan yang tidak ada hadnya.
Itulah sebabnya dalam posting lalu saya secara terbuka meminta serta memohon Najib diberi petunjuk dan akhirnya meletakkan jawatan yang beliau pegang sekarang ini agar beliau hidup dalam ketenangan tanpa sumpah seranah rakyat.
Najib ini sebenarnya adalah setaraf dengan pimpinan yang lain seperti Muhyidin, Zahid, Shafie Apdal, Anwar Ibrahim, Tengku Adnan dan semua yang dibariskan dalam Majlis Tertinggi Umno itu. Nama-nama ini wajar memberikan laluan kepada mereka yang lebih berkemampuan dan berwibawa untuk membawa negara maju ke depan dengan lebih jauh lagi.
Janganlah berpaut lagi kepada ‘kuasa pinjaman’ itu. Rakyat terseksa dan jangan lupa, doa rakyat yang terhimpit selalunya terkabul.
“PM Najib! Start in motion the move for change now. You can kick start the move with your own resignation.” – aspanaliasnet.blogspot.com, 21 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.
“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.
“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka.” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, isu siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.
“Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat.” katanya
Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.
APABILA BERITA SUKAR MENDAPAT BEKALAN DIHEBAHKAN MENANDAKAN HARGA AKAN DINAIKKAN ... YANG PASTI GEMBIRA DI SAMBUT DENGAN RASA SYUKUR IALAH PARA PENYOKONG DAN AHLI UMNO!!!!
Ini suatu mesej jelas, tegas tapi panas yang mau disampaikan kepada rakyat betapa gas memasak LPG bakal dinaikkan.
Berita yang pasti tidak disukai oleh rakyat jelata tetapi amat digemari disambut dengan rasa bersyukur dan ucapan jutaan terima kasih dari para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN.
Apa guna dan faedahnya memberikan undi dan sokongan padu kepada UMNO/BN jika tidak diberi hadiah dengan pelbagai kenaikkan harga barang. .. lagi tinggi kenaikkan lagi dipuji dan digemari oleh para pengundi UMNO/BN PRU 13 lalu.
Para penyokong, pendokong dan ahli UMNO tidak gemar kepada barang-garang keperluan harian diturunkan, PTPTN dihapuskan, tarif elektrik di kurang, tambang LRT,Komuter dan semua jenis pengangkutan awam di kekalkan, harga petrol dan diesel diturunkan .... perkara yang meringakan beban rakyat hanya menyusahkan rakyat bagi pandangan mereka.
Tahniah para penyokong, pendokong, pejuang dan ahli UMNO .. Kerana kalian rakyat Malaysia kini makin tertekan hidup mereka .. BN Beri Nikmat Uuuuuu....
Perubahan patut bermula dengan Najib bersara secepat mungkin - Aspan Alias
Kepimpinan sekarang tidak melalui kesusahan seperti yang terdahulu daripada Dr Mahathir Mohamad memimpin. Mereka ini hanya menjahanamkan apa yang terbentuk semasapPra Dr Mahathir dahulu. Yang kita nampak hanyalah pembangunan ‘material’ dan fizikal yang sangat mahal sahaja. Tidak nampak pembangunan ‘mental’ manusia, malahan mentaliti kita di Malaysia tidak ubah seperti mentaliti manusia di Afrika sahaja.
Yang terbentuk pemimpin kita hanya pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat’ berglamour’ dan bersuka ria dengan membelanjakan wang rakyat secara ‘lavish’ seolah-olah wang itu dipetik daripada pokok sahaja. Tidak boleh nampak duit dan harta, air liur mereka akan meleleh seperti anjing nampak tulang.
‘Orang yang baru keluar dari bukit’ ini jika diberikan kuasa dan pengaruh, mereka akan menggunakan kesempatan untuk menunjuk-nunjuk kerana mereka ini selalunya banyak sangat perkara yang hendak mereka tutupi. Mereka seperti ini, jika baru mendapat kekayaan, mereka inginkan semua orang tahu mereka kaya dan berpengaruh dan mereka selalunya amat suka diampu. Mereka akan melayan orang yang selalu memberikan ‘amusement’ daripada pengampu di keliling yang ingin mendapatkan keuntungan daripada sifat mereka yang ‘ulu’ itu.
Tun Sharifah Rodziah, Tun Rahah, Tun Suhaila dan Tun Hasmah merupakan isteri-isteri perdana menteri yang disukai ramai kerana sifat kewanitaan mereka dan tahu untuk meletakkan diri mereka kena pada tempatnya. Jika kita kaji latar belakang mereka yang saya bariskan ini, mereka adalah daripada keluarga elok cara didikan keluarga mereka. Mereka ini sudah biasa dengan hidup dalam keluarga ‘aristokrat’ lama dahulu yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi.
Lahir sahaja mereka ke dunia ini mereka sudah berada di tahap ‘sosial’ yang tinggi dan tidak perlu melakukan perkara pelik yang dibenci orang. Isteri-isteri atau wanita-wanita yang saya sebutkan tadi tidak perlu menunjuk-nunjuk dan mereka tidak perlu hendak memberitahu apa mereka ada. Wanita-wanita yang saya sebutkan ini, jika mereka memakai pakaian yang murah pun akan nampak sebagai pakaian mahal-mahal.
Itu sebabnya semasa mereka menjadi wanita kepada ketua kerajaan tidak ada isu menjolok mata yang mereka lakukan secara terbuka. Kehidupan mereka begitu ‘natural’ dan tidak memerlukan orang di keliling untuk mengampu dan tidak pula mempengaruhi kerajaan untuk meluluskan apa-apa kerana itu bukan bidang yang mereka perlu terlibat. Mereka tidak mempengaruhi Kabinet untuk meminta penerbangan jet eksekutif kerana jika mereka lakukannya, belum tentu Kabinet di zaman itu akan meluluskan permohonan itu. Kabinet dahulu mempunyai pengaruh ke atas perdana menteri dan tidak mudah untuk memikirkan melakukan kerja tidak baik itu.
Tetapi Kabinet sekarang adalah ‘subservient’ kepada isteri perdana menteri kerana mereka tahu perdana menteri akan sentiasa menyebelahi isterinya tanpa memikirkan baik buruknya.
Dalam negara menghadapi krisis kewangan yang kronik sekarang ini, perbelanjaan yang ‘unnecessary’ untuk isteri perdana menteri ini amat memeritkan jiwa untuk menerimanya. Najib sibuk sekarang melakonkan watak ‘bersama rakyat’ sedangkan apa yang sebenarnya beliau lakukan adalah sebaliknya.
Najib masih berbelanja dengan boros dan beliau mengatakan yang kenaikan kadar tol dan tarif elektrik tidak dapat dielakkan. Tetapi hakikatnya masalah kewangan yang kita hadapi sekarang ialah kerana pengurusan kewangan tidak baik dengan keborosan yang tidak ada hadnya.
Itulah sebabnya dalam posting lalu saya secara terbuka meminta serta memohon Najib diberi petunjuk dan akhirnya meletakkan jawatan yang beliau pegang sekarang ini agar beliau hidup dalam ketenangan tanpa sumpah seranah rakyat.
Najib ini sebenarnya adalah setaraf dengan pimpinan yang lain seperti Muhyidin, Zahid, Shafie Apdal, Anwar Ibrahim, Tengku Adnan dan semua yang dibariskan dalam Majlis Tertinggi Umno itu. Nama-nama ini wajar memberikan laluan kepada mereka yang lebih berkemampuan dan berwibawa untuk membawa negara maju ke depan dengan lebih jauh lagi.
Janganlah berpaut lagi kepada ‘kuasa pinjaman’ itu. Rakyat terseksa dan jangan lupa, doa rakyat yang terhimpit selalunya terkabul.
“PM Najib! Start in motion the move for change now. You can kick start the move with your own resignation.” – aspanaliasnet.blogspot.com, 21 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan